Signature Market Kedai Online Produk Natural Dan Organik Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum.

Dah sebulan lebih saya tidak mencoret sesuatu di sini kan. Pagi ini saya menerima perkhabaran Abah kawan baik saya (semasa belajar di UM dulu) telah kembali menemui penciptanya pukul 1 petang semalam. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga teman saya ini diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh ujian Allah.

Hari ni nak story mory benda santai je. Rasa nak buat review tak berbayar pasal produk signature market. Signature market ni kedai online pertama di Malaysia yang menjual produk natural dan organik. Ia diasaskan pada tahun 2014. Yang berada berdekatan dengan kedai fizikal signature market boleh terus ke kedai untuk membuat pembelian.


Bagi yang mencari menu kudapan yang sihat korang boleh la membeli belah di signature market. Sebelum purchase meh la cuci mata dulu kat web rasmi signature market. Korang boleh klik link ini https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/

Sebelum membuat apa-apa pembelian korang kena daftar keahlian dulu. Pastu dah boleh terus pilih produk dan masuk dalam bakul. Bagi yang dah biasa buat pembelian online mesti tau kan macam mana step dan apa yang perlu nak buat.

Yang tak biasa atau pertama kali nak buat pembelian online korang jangan risau. Prosesnya tak susah pun janji ada duit dalam bank. Gituuu..Hihihi. Diingatkan segala urusan jual beli hanya melalui emel tau. So semasa register keahlian tu pastikan korang guna emel yang aktif.


Satu lagi perkara penting yang saya nak ingatkan, korang kena banyak-banyak sabar bila dah buat pembelian dengan signature market ni tau. Bukan produknya tak bagus. 

Apa yang saya faham selepas order kita masuk, pihak signature market baru akan mula proses membaking order kita. Sebab tu la tempoh yang diambil untuk produk sampai selepas kita placed order tu agak lama.

Macam apa yang  berlaku pada saya sendiri. Saya buat pembelian pada 16 September. Pada 21 September saya terima emel mengatakan order saya dalam proses baking. Pada 26 September saya terima satu lagi emel mengatakan parcel saya dalam perjalanan dan pada hari tersebut juga parcel saya selamat sampai. Alhamdulillah.


So sesiapa yang berminat nak shopping di signature market tu korang kena la plan betul-betul dan banyakkan bersabar ok. Nak tengok produk apa yang saya beli tak? Semasa cerita ini di tulis mini sun dried aprikot dan healthy nut mix tu dah habis pun. Organic chocolate almond powder tu saya tak try lagi. Tak tahu la apa rasanya.

Maklumat berkenaan produk secara detail ada di paparkan di dalam web rasmi signature produk. Korang boleh klik pada setiap produk segala maklumat berkenaan bahan-bahan yang digunakan dalam produk dan asal produk pun ada dipaparkan.


Kurier yang digunakan untuk proses penghantaran ialah kurier DHL eCommerce. Ini kotak yang digunakan untuk meletakkan produk yang kita order. Sangat eksklusif kan. Bungkusan produk pun sangat cantik. Bila dah buka tak payah letak dalam tupperware pun sebab bahagian atas bugkusan tu dah ada zip lock. Mudah nak di bawa ke mana-mana. Selit-selit je dalam bag. Hihihi



Rasanya itu sahaja reveiw tak berbayar berkenaan produk signature market. Dari masa ke semas signature market akan buat sales tau. So korang kena alert la. Nanti boleh la grab produk kegemaran dengan harga yang murah. Apa tunggu lagi pergi la cuci mata kat signature market. Ok bye.

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846 
(whatsApp / Telegram)

Comments

Post a Comment