Sunday, 29 April 2018

Resepi Smoothie Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat

Assalamualaikum.

Tak sampai sebulan lagi kita akan menempuh bulan Ramadhan yang diberkati. Pastinya ramai dah suri rumah, ibu-ibu dan kaum wanita mula mengumpul resepi yang akan digunakan bulan puasa nanti. 

Saya sendiri lebih prefer resepi yang simple mimple je. Maklumlah bulan puasa kan kita nak fokus kepada ibadah. Bab makan tu yang ringkas je pun tak apa yang paling penting penuh khasiat dan nutrisi.

Resepi Smoothie Buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat

Tak ada guna juga kan kalau kita masak macam-macam menu tapi tak ada nutrisi atau kurang nutrisi. 

Bagi yang nak kuruskan badan bulan puasa adalah bulan terbaik. Ambik peluang bulan yang mulia ni untuk turunkan berat badan. Kalau kena cara yang betul korang boleh turunkan berat badan dengan jayanya.


Smoothie Buah Menu Pilihan Saya Ketika Bersahur


Smoothie buah adalah menu kegemaran saya bila bersahur. Ia pastinya mudah untuk disediakan, cepat dan penuh nutrisi. Nak ambik waktu berbuka pun boleh.

Bila tak puasa smoothie ni saya suka ambik waktu pagi sebagai sarapan dan waktu malam sebagai dinner.

Bagi yang tak biasa minum smoothie ni mungkin tertanya-tanya kenyang ke?  Sedap ke? Of course kenyang sangat. Kenyang yang lebiu lama berbanding makan nasi lemak tau.

Yang paling best lagi istimewa smoothie saya ni bila dicampur dengan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Sedap yang amat okey. So saya dah tak campur dengan susu. Biasanya buat smoothie ni bahan utamanya susu kan.

Jom kita tengok apa resepi protein smoothie menggunakan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee


RESEPI 1 SMOOTHIE ESP


Smoothie ESP dengan kurma adalah smoothie favourite saya semasa bersahur. Biasanya saya tak campur dengan susu dah. Cukup dengan 3 skop ESP, kurma 5 atau 7 biji (kurma saya suka ambil bilangan ganjil) dan air secukupnya. Kalau rasa nak sejuk boleh campur ais atau guna air sejuk saja. InsyaAllah rasa kenyang hingga berbuka.


Resepi Smoothie buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat

RESEPI 2 SMOOTHIE ESP


Hari tak puasa smoothie ESP dengan mangga menjadi pilihan saya. Memang yummy sangat. Boleh campur dengan anggur juga kalau nak. Pilihan buah untuk buat Smoothie ni ikut tekak masing-masing, ada yang boleh telan ada yang  tak boleh kan.


Resepi Smoothie sayur Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


RESEPI 3 SMOOTHIE ESP



Resepi Smoothie buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


RESEPI 4 SMOOTHIE ESP

Resepi Smoothie buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


RESEPI 5 SMOOTHIE ESP


Resepi Smoothie buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


RESEPI 6 SMOOTHE ESP


Resepi Smoothie sayur Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


RESEPI 7 SMOOTHIE ESP


Resepi Smoothie buah Yang Mudah, Lazat Dan Berkhasiat


Banyak lagi buah dan sayur yang korang boleh guna untuk buat smoothie. Apa yang penting mesti ada Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee hokey. So lepas ni tak payah pening-pening dah fikir nak masak apa bila nak bersahur. Bab smoothie ni kena try and error juga sebabnya tak semua boleh kita telan kan.

Mana yang rasa sedap dan suka boleh la buat. Smoothie buah ni lebih berkhasiat berbanding jus buah. Sebabnya smoothie ni kita telan sekali dengan seratnya. Berbanding dengan jus buah kita hanya minum hasil perahan buah saja dan serat kita buang.

Nak smoothie tu betul-betul berkhasiat jangan ditambah gula atau menggunakan susu yang ada gula. Sebab tu saya lebih suka guna ESP, air kosong dan buah-buahan pilihan saja untuk buat smoothie. Sebab nak pastikan smoothie itu betul-betul bernutrisi. Kalau campur dengan susu pun saya lebih suka guna susu kambing.




Kenapa Saya Pilih ESP Shaklee untuk buat smoothie?

  • ESP Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi
  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol.
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

Selamat mencuba resepi smoothie yang mudah, sedap dan lazat ini. 



With 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846

1 comment:

  1. Waduh sedap nya tengok semua resepi smoothie yg ada.. Blh cuba nnti ni..:)

    ReplyDelete