Wednesday, 4 April 2018

Produk Penjagaan Kulit Baby Yang Selamat Dan Organik Pilihan Ibu Bijak

Assalamualaikum. 
Saya pasti ramai ibu-ibu yang tercari-cari produk penjagaan kulit bayi yang selamat dan organik serta semulajadi kan. Bukan kita orang dewasa je yang perlu pakai produk penjagaan kulit yang selamat dan organik, bayi pun kena la cari yang terbaik juga kan.



Sememangnya saya sangat ternanti-nanti bila la Shaklee nak keluarkan produk penjagaan kulit untuk bayi ni. Bila Shaklee umumkan set baby Shaklee ni akan masuk Malaysia pada bulan Februari tahun lepas, memang saya lompat bintang. Gembira sangat-sangat kot. Hihihi. 

Tak perlu dah nak risau lagi bila guna produk yang beyond organic dan pastinya dijamin selamat ni. Memang puas hati sangat. Jom kita kenali produk penjagaan baby Shaklee yang hebat ni. 




Keistimewaan Set Shaklee Baby

  • Diiuji pakar pediatrik
  • Diuji secara klinikal
  • pH seimbang
  • Bahan yang digunakan disahkan organik
  • Tidak menimbulkan alahan
  • Dihasilkan dari bahan semulajadi dan organik

Set Shaklee Baby Produk Penjagaan Kulit Bayi Terbaik Di Pasaran


Shaklee hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit bayi terbaik yang ada di pasaran hari ini.


Apa yang menjadikan produk penjagaan kulit baby shaklee ni adalah terbaik dipasaran kerana ia telah diformulasikan tanpa bahan-bahan kimia seperti di bawah:
  • paraben
  • 1,4-dioxan
  • Natrium lauril sulfat (SLS)
  • Pewarna atau wangian tiruan
  • Phthalates
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Formaldehid
Set Shaklee Baby ni ada 3 produk utama iaitu Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil.

Gentle Wash

Sabun mandian yang tidak memedihkan mata menjadikan masa mandi bayi lebih selamat dan menyeronokkan.
  • Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik.
  • Mandian yang lembut ini menenangkan dan melegakan kulit bayi.
  • Ianya tidak menimbulkan alahan.
  • Mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti.
Bagi yang ada masalah kulit sensitif dengan sabun mandian tak perlu risau lagi nak cari sabun yang selamat. Gentle Wash Set Baby Shaklee (sabun mandian) sangat sesuai untuk kulit sensitif. Ia menjadikan saat-saat mandi bayi korang penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Giteww..

Soothing Lotion


Losyen yang memberikan rasa kelembutan semulajadi untuk kulit sensitif. Memang best sangat bau losyen ni. Bau yang dihasilkan dari bahan semulajadi kan. Tak puas nak cium bau losyen ni. Rasa nak pakai sokmo. Sebelum tidur saya akan sapu losyen ni kat tangan sendiri. Bau wangi semulajadi dari losyen boleh jadi satu terapi tau. Best sangat.
  • Ia mengandungi chamomile, lavender, miyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.
  • Mengembalikan nutrien kulit bayi
  • Menenangkan dan melegakan kulit
  • Memberikan rasa kelembapan yang optimum
  • Losyen ini mampu mengekalkan pipi gebu bayi korang dan kelembapan jari-jemarinya.
Lagi satu losyen ni pekat sangat. Picit sikit-sikit je. Memang sangat menjimatkan. Fall in love betul dengan bau dia yang wangi semulajadi tu.


Massage Oil


Minyak urut yang sangat menenangkan ini mengandungi wangian semulajadi, sangat lembut dan sangat sempurna untuk mengurut bayi bila-bila masa saja. Ia juga boleh digunakan sebagai pelembap selepas mandian.
Minyak urut Set Shaklee baby ini mengandungi minyak biji matahari, lavender dan chamomile. Ia membantu melembapkan dan melegakan kulit.

Campuran minyak organik khas ini memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang. 

Bau ketiga-ketiga produk ni memang sangat menenangkan. Saya sendiri seolah-olah ketagih dengan bauan dan wangian semulajadi yang ada pada set shaklee baby ni. Pujian melambung tinggi yang saya berikan ini bukanlah disebabkan kerana saya ni pengedar Shaklee tau. 

Korang patut rasai sendiri wangian natural yang ada dalam Shaklee Baby. Tak cuba tak tahu kan. Dah cuba confirm nak repeat order lagi. InsyaAllah saya yakin korang takkan menyesal beli Set Shaklee Baby.

Berminat nak cuba produk penjagaan kulit baby yang selamat dan organik ini? Meh wassap saya.

With love,
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846


No comments:

Post a Comment