Rahsia Saya Bertenaga Sepanjang Hari Semasa Berpuasa

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang penuh keberkatan..Tinggal 2 hari je lagi kita akan menyambut hari raya tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan.

Masih belum terlambat untuk saya berkongsi apa rahsia saya mengekalkan tenaga sepanjang hari semas berpuasa. Korang tahu la kan puasa tahun ni agak mencabar untuk semua kerana cuaca yang panas terik. 

Rahsia Saya Bertenaga Sepanjang Hari Semasa Berpuasa


Untuk kekalkan tenaga dan mengurangkan badan dari terhidrasi sepanjang hari bukanlah satu tugas yang mudah. Badan kita akan mudah terhidrasi bila waktu malam selepas berbuka jika kita tidak minum air secukupnya.

Dehidrasi ni boleh memberikan kesan yang buruk ke atas pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya ialah:

  • mempengaruhi prestasi normal fizikal tubuh
  • menyebabkan badan menjadi letih dan lemah
  • menyebabkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman dan sembelit
  • mengurangkan kadar penyerapan organ-organ tubuh kita yang membawa kepada sembelit
  • menyebabkan kulit kurang anjal dan kulit kering. Ini kerana kulit kita terdiri daripada 30% air yang memberikan kulit kita daya tahan dan keanjalan.

Untuk memastikan badan kita mendapat air yang cukup, pastikan kita minum air 8 gelas sehari. Kena tahu cara yang betul macam mana nak minum 8 gelas sehari tu. Senang je masa bersahur minum 2 gelas, masa berbuka puasa 2 gelas dan 4 gelas sepanjang malam selepas berbuka. 

Selain minum air yang cukup saya juga minum air perfomance drink untuk memastikan badan saya sentiasa terhidrasi sepanjang hari. Apa tu perfomance drink? Bagi yang tak tahu dan kenal perfomance drink bleh rujuk gambar kat bawah. 


Air perfomance drink ni boleh diambil semasa berbuka dan iftar. Best tau korang. Sepanjang puasa saya memang tak minum air lain dah. 

Rahsia saya yang seterusnya tentulah Energizing Soy Protein. Inilah rahsia terbesar saya kekalkan tenaga sepanjang hari. Di dalam entry terdahulu saya ada kongsikan beberapa resepi nak hidang ESP yang sedap dan lazat lagi berkrim..giteww...Korang boleh klik link kat bawah ni tau
Menu Sahur Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat



Bagi yang nak kuruskan badan highly recommennded sangat korang ambik ESP ni sepanjang berpuasa. InsyaAllah inchloss dan berat korang ada penurunan. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Idilfitri yang mulia.

Comments