Tuesday, June 13, 2017

5 Tip Kuruskan Badan Di Bulan Puasa

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kepeluang serta kesihatan yang baik berpuasa pada hari ini. Selain peluang untuk kita beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh di bulan puasa yang penuh barakah ni, inilah masanya untuk yang ada masalah berat badan yang berlebihan untuk kurangkan berat badan secara semulajadi tanpa bergantung kepada pil-pil kurus dan sebagainya.

Bagi yang berniat nak kurangkan berat badan di bulan puasa memang kena control nafsu makan sungguh-sungguh. Almaklumlah di bulan puasa ni macam-macam makanan sedap-sedap  yang akan muncul. Dalam keadaan lapar bila pergi bazar ramadhan semua makanan kita terliur. Semua rasa nak beli.



Masa tu tak fikir dah pasal kalori ke apa kan. Yang penting dapat ngap puas-puas. Ini yang bahaya ni. Siap hari bulan bukan makin kurus tapi makin bertambah berat badan. Haru la macam ni. Watch out okey..jangan sampai berat badan naik pulak..

5 Tip Kurangkan Berat Badan


Jadi kalau korang nak kurangkan berat badan pada bulan Ramadhan ini cuba ikut 5 tips ni. Mana tahu dari baju saiz M boleh jadi saiz S..gitewww...


Minum air secukupnya


Bab minum air ni korang kena plan betul-betul supaya diri sentiasa mendapat air yang mencukupi. Ye memang susah nak pastikan badan mendapat air yang cukup bulan puasa ni kan. Berapa banyak air yang kena minum? Standardnya 2-3 liter sehari atau 8 gelas.

Minum air yang mencukupi adalah kunci penting untuk kurangkan berat badan. Korang tahu tak minum air yang cukup penting juga untuk kawal keinginan kita nak minum atau makan benda-benda manis selepas berbuka. Makanan dan minuman manis lah yang akan merosakkan diet korang.


Korang boleh apply cadangan pembahagian pengambilan air kat bawah ni. 
  1. minum dua gelas air semasa berbuka puasa
  2. selepas itu minum 4 gelas air antara waktu selepas berbuka sehingga watu sahur. Pastikan korang minum tak lebih satu gelas setiap jam.
  3. 2 gelas semasa bersahur.
InsyaAllah kalau korang apply tip ni badan korang tak ada masalah kekurangan air. Saya dah cuba memang sangat membantu. Minuman manis, minuman lain tea, kopi semua tu tak kira sebagai air tau. Yang korang kena minum 8 gelas tu air kosong je okey.


Ambil makanan seimbang dan ringan semasa berbuka puasa


Ini yang susah nak control kan. Apa yang penting semasa berbuka tu jangan niat nak makan banyak-banyak nak balas dendam sebab berlapar seharian. Tu yang makan sampai tak hengat kan. Semua benda nak ngap. 

Kalau boleh jangan ambil makanan yang tinggi karbohidrat. Nak makan nasi cukuplah segenggam je. Banyakkan makan buah dan sayur. Elakan makanan bergoreng. 

Jangan tinggal sahur


Sesetengah orang memang liat nak bangun sahur terutama golongan bujang. Saya ni sejenis manusia yang wajib sahur kalau berpuasa. Memang saya tak boleh puasa kalau tak sahur. Menggigil dan lemah satu badan. Kecuali tak sempat sahur sebab tak terbangun. Bukan saja tak bangun tau tau. Kalau dah bulan Ramadhan kena puasa juga la walaupun tak bangun sahur. Terpaksa la kan tak boleh nak buat apa dah..

Bagi yang nak kuruskan badan tidak makan sahur adalah satu tindakan yang kurang bijak. Malas untuk bangun makan sahur akan membuatkan korang bertambah lapar semasa berpuasa. Akibatnya korang akan makan makan secara berlebihan semasa berbuka. 


Ikut logik pun memang kita akan rasa lapar la kalau tak sahur. Bayangkan korang tak makan lebih dari 12 jam. Maunya tak lapar kan. Selalu je kita dengan kan ustaz ustazah dok ceramah dalam TV atau radio cakap dalam sahur itu barakah..

Sahur ni tak semestinya kena makan nasi. Pastikan makanan sahur korang tu kurang garam. Makanan yang tinggi garam menyebabkan korang rasa makin lapar. Sebaiknya makanlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh bukan roti putih. 

Pengambilan protein seperti telur pun penting juga supaya tahap glukosa stabil dalam darah agar tidak rasa lapar semasa berpuasa.


Kekal aktif sepanjang hari


Biasanya lepas bersahur ramai yang tumbang kan..ini adalah aktiviti yang sangat tidak bagus. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kita tidur dan bermalas-malasan di atas katil. Memang akan rasa mengantuk selepas makan sahur. 

Jadi kena buat sesuatu supaya korang tak terus tidur selepas bersahur. Kalau hari bekerja rasanya tak sempatlah nak tidur kan. Kalau hari tak kerja tilam dan bantal yang empuk tu dok memanggil-manggil je kan.

Macam-macam korang boleh buat. Kemas rumah ke, siram pokok bunga ke, lipat baju ke..Selepas berbuka pun korang boleh buat senaman ringan tau seperti bangkit tubi (sit-up) atau mencangkung (squats) selama 30 minit.

Elak gula proses


Ramai yang tak tahu gula proses yang ada dalam makanan dan minuman tu antara penyebab utama berat badan sukar nak turun. Setiap makana yang kita ambil memang mengandungi gula proses. Bukan setakat badan jadi gemuk je bila ambil gula proses secara tidak terkawal, macam-macam lagi penyakit lain yang datang menjelma. Percayalah..



Jadikan bulan puasa ni starting point untuk korang tinggalkan makanan dan minuman yang manis-manis. Banyak lagi makanan yang ada gula semulajadi yang tak meudaratkan kesihatan tubuh badan kita seperti buah-buahan, madu dan buah kering.  

Dulu saya antara penggemar makanan dan minuma manis. Maklumlah orang Terengganu kan makanan dan minuman tu manisnya lebih sikit. Alhamdulillah Allah hadirkan kepada saya kesedaran tentang bahaya gula lebih awal. Bila dah tahu tak bagusnya gula proses ni saya dah tak minum air manis-manis dan kurang dah ambil makanan manis. 


Kalau bertandang rumah orang tu lain la. Minum juga la sikit. Tak minum kan kecik ati pulak tuan rumah kan. Kalau kat rumah sendiri saya memang minum air kosong saja. Makan kat kedai pun saya akan order air kosong atau air jus tanpa gula. Biarlah orang nak kata apa pun badan saya, saya lah kena jaga..

Panjang pulak bebelan saya kali ni eh. Oklah cukup setakat tu untuk entry hari ni. Jumpa lagi next entry. Selamat berpuasa, selamat beramal..Semoga tip ini membantu korang yang nak slim sebelum raya. 

No comments:

Post a Comment