Thursday, June 22, 2017

Rahsia Saya Bertenaga Sepanjang Hari Semasa Berpuasa

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang penuh keberkatan..Tinggal 2 hari je lagi kita akan menyambut hari raya tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan.

Masih belum terlambat untuk saya berkongsi apa rahsia saya mengekalkan tenaga sepanjang hari semas berpuasa. Korang tahu la kan puasa tahun ni agak mencabar untuk semua kerana cuaca yang panas terik. 

Rahsia Saya Bertenaga Sepanjang Hari Semasa Berpuasa


Untuk kekalkan tenaga dan mengurangkan badan dari terhidrasi sepanjang hari bukanlah satu tugas yang mudah. Badan kita akan mudah terhidrasi bila waktu malam selepas berbuka jika kita tidak minum air secukupnya.

Dehidrasi ni boleh memberikan kesan yang buruk ke atas pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya ialah:

  • mempengaruhi prestasi normal fizikal tubuh
  • menyebabkan badan menjadi letih dan lemah
  • menyebabkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman dan sembelit
  • mengurangkan kadar penyerapan organ-organ tubuh kita yang membawa kepada sembelit
  • menyebabkan kulit kurang anjal dan kulit kering. Ini kerana kulit kita terdiri daripada 30% air yang memberikan kulit kita daya tahan dan keanjalan.

Untuk memastikan badan kita mendapat air yang cukup, pastikan kita minum air 8 gelas sehari. Kena tahu cara yang betul macam mana nak minum 8 gelas sehari tu. Senang je masa bersahur minum 2 gelas, masa berbuka puasa 2 gelas dan 4 gelas sepanjang malam selepas berbuka. 

Selain minum air yang cukup saya juga minum air perfomance drink untuk memastikan badan saya sentiasa terhidrasi sepanjang hari. Apa tu perfomance drink? Bagi yang tak tahu dan kenal perfomance drink bleh rujuk gambar kat bawah. 


Air perfomance drink ni boleh diambil semasa berbuka dan iftar. Best tau korang. Sepanjang puasa saya memang tak minum air lain dah. 

Rahsia saya yang seterusnya tentulah Energizing Soy Protein. Inilah rahsia terbesar saya kekalkan tenaga sepanjang hari. Di dalam entry terdahulu saya ada kongsikan beberapa resepi nak hidang ESP yang sedap dan lazat lagi berkrim..giteww...Korang boleh klik link kat bawah ni tau
Menu Sahur Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat



Bagi yang nak kuruskan badan highly recommennded sangat korang ambik ESP ni sepanjang berpuasa. InsyaAllah inchloss dan berat korang ada penurunan. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Idilfitri yang mulia.

Tuesday, June 20, 2017

Menu Sahur Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat

Salam Ramadhan..Masih belum terlambat untuk saya berkongsi menu sahur saya pada bulan puasa kali ini. Alhamdulillah kita berjaya menempuh puasa sehingga ke hari 25..

Bila tiba bulan puasa ni mak-mak la paling pening nak masak apa kan. Terutama time sahur. Zaman kecik-kecik dulu time sahur menu yang paling sedap dan berselera tentulah telur goreng mata kerbau..

Bukan budak-budak je yang suka telur mata ni, umur dah remaja purba macam saya ni pun masih suka telur mata kerbau. Tak ada lauk lain pun tak apa..

Menu Sahur Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat
Ada orang time sahur nak makan nasi. Ada yang makan kurma pun dah ok. Ikut selera masing-masing. Saya pulak sejak kenal shaklee 3 years ago menu sahur saya tentulah ESP (energizing soy protein) yang dikisar dengan kurma atau buah kegemaran.

Ramai yang tanya saya, "Sedap ke nyah", "Kenyang ke minum air jus macam tu je", "Tak jemu ke hari-hari makan yang tu je"..

Meh nak citer kat korang..bab sedap tu tak payah cakaplah..Memang sedap sangat-sangat. Awesome sesangat okey rasa dia..hihi.. Jemu?? Oooo tidak, InsyaAllah takkan jemu sampai bila-bila pun. Kalau puasa itu jelah menu sahur saya.

Kenyang ke? Ye sangat mengeyangkan sampai berbuka. Tak rasa lapar pun. Kadang-kadang tu tak rasa pun macam berpuasa sebab kenyang sampai petang. Korang tak percaya? Kena la cuba baru tahu..

Kalau kisar dengan kurma sebelum tidur saya rendam kurma tu siap-siap dalam air. Nak lembutkan kurma tu. So bila blend pagi esoknya kurma tu hancur elok je..

Sukatan yang saya buat 3 sudu besar ESP dan 5 biji kurma. Selain kurma korang juga boleh guna buah-buahan kegemaran korang. Sangat mudah dan cepat. Less than 10 minit dah siap. So kalau pagi tu terbangun lambat sempat lagi la nak bersahur kan.  

Nah saya share resepi menu sihat semasa ramadhan. Boleh guna resepi yang mudah, cepat dan berkhasiat ni semasa sahur dan berbuka juga tau..Sedap sangat..


Menu Sahur  Dan Berbuka Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat


Menu Sahur  Dan Berbuka Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat


Menu Sahur  Dan Berbuka Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat


Menu Sahur  Dan Berbuka Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat


Menu Sahur Yang Mudah, Cepat dan Berkhasiat


Bab berkhasiat tu tak payah saya terang banyak-banyak pun korang tahu dah kot. Kurma rasanya semua orang tahu khasiatnya yang banyak dan tiada tandingan. 

Apa khasiat ESP pulak?? Nak tahu apa khasiat ESP ni korang cer try klik link kat bawah ni tau..

Korang nak tengok apa kata mereka yang ambil ESP semasa sahur boleh klik link bawah ni okey..Check it out..!!!

Walaupun puasa Ramadhan dah tinggal beberapa hari je lagi, tapi tu bukan bermakna korang dah tak boleh ambik ESP kan.. Kita-kita yang gegirl ni nanti kan nak kena ganti puasa boleh la ambik ESP time sahur. So lepas ni tak payah fikir dah nak sahur dengan apa..

Ibu-ibu gorgeous yang nak ganti puasa bersalin tu pun boleh sangat ambik ESP tau. InsyaAllah kekal bertenaga sepanjang hari.

Salam Ramadhan. Selamat hari raya Aidilfitri. InsyaAllah kita jumpa lagi next entry okey..

Thursday, June 15, 2017

6 Cara Mudah Naikkan Seri Wajah Yang Kusam Dan Lesu

Nak dapatkan kulit wajah yang berseri dan sihat tak semestinya kena guna produk kecantikan yang mahal atau kena cucuk sana sini. Sebagai seorang wanita terutamanya yang berkerjaya mestilah nak sentiasa nak tampil berseri kan. Tak mau la lesu dan kusam je. 

Banyak tip dan cara yang boleh kita amalkan supaya kulit sentiasa berseri dan tidak kusam. Untuk kali ni saya nak berkongsi 6 tip dan cara mudah untuk jaga kulit kita supaya tidak kusam dan lesu. Walaupun tak make up masih lagi nampak berseri dan elok je..Giteww...


Pakai pelembap muka

Pastikan apply pelembap muka secara konsisten setiap hari. Krim malam pun penting juga tau. Walaupun malam dan dok dalam rumah kulit juga boleh jadi kering. Sebab tu penting pakai pelembap dan krim malam.

Elakkan terdedah kepada cahaya matahari

Kalau boleh elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari dlam tempoh yang lama. Langkah terbaik pakai krim pelindung UV jika berada di luar rumah.


Banyakkan minum air kosong

Air kosong sangat penting tau untuk kecantikan kulit bukan untuk kesihatan je. Air kosong bukan ais okey. Pastu kurangkan pengambilan makanan bergula dan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan tinggi antioksidan yang lebih banyak. Ia sangat penting untuk mengelakkan kulit dari kering dan kusam. 


Rehat yang cukup

Mendapat rehat yang mencukupi juga penting untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Pastikan korang tidur secara berbaring bukan meniarap. Posisi tidur yang betul amat penting untu memudahkan perjalan darah ke seluruh tubuh.

Jangan guna sabun mandi untuk cuci muka

Ramai yang suka guna sabun mandi untuk mencuci muka kan..Betul tak? Yelah senang sambil gosok-gosok kat badan terus la cuci muka. Tak boeh tau buat camtu sebabnya kandungan di dalam sabun mandi tak sesuai untuk kulit wajah kita.


Jangan gosok muka berlebihan

Bagi yang suka gosok atau tonyoh muka berlebihan tu sila hentikan segera. Perbuatan ini boleh membuatkan kuit wajah  menggelupas dan meninggalkan kesan parut. Cara yang terbaik buat gerakan lembut untuk membuang kotoran dan minyak pada kulit wajah.

Ini sahaja tip mudah yang korang boleh cuba buat dan amalkan. InsyaAllah ia membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Selamat beramal.

Tuesday, June 13, 2017

5 Tip Kuruskan Badan Di Bulan Puasa

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kepeluang serta kesihatan yang baik berpuasa pada hari ini. Selain peluang untuk kita beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh di bulan puasa yang penuh barakah ni, inilah masanya untuk yang ada masalah berat badan yang berlebihan untuk kurangkan berat badan secara semulajadi tanpa bergantung kepada pil-pil kurus dan sebagainya.

Bagi yang berniat nak kurangkan berat badan di bulan puasa memang kena control nafsu makan sungguh-sungguh. Almaklumlah di bulan puasa ni macam-macam makanan sedap-sedap  yang akan muncul. Dalam keadaan lapar bila pergi bazar ramadhan semua makanan kita terliur. Semua rasa nak beli.



Masa tu tak fikir dah pasal kalori ke apa kan. Yang penting dapat ngap puas-puas. Ini yang bahaya ni. Siap hari bulan bukan makin kurus tapi makin bertambah berat badan. Haru la macam ni. Watch out okey..jangan sampai berat badan naik pulak..

5 Tip Kurangkan Berat Badan


Jadi kalau korang nak kurangkan berat badan pada bulan Ramadhan ini cuba ikut 5 tips ni. Mana tahu dari baju saiz M boleh jadi saiz S..gitewww...


Minum air secukupnya


Bab minum air ni korang kena plan betul-betul supaya diri sentiasa mendapat air yang mencukupi. Ye memang susah nak pastikan badan mendapat air yang cukup bulan puasa ni kan. Berapa banyak air yang kena minum? Standardnya 2-3 liter sehari atau 8 gelas.

Minum air yang mencukupi adalah kunci penting untuk kurangkan berat badan. Korang tahu tak minum air yang cukup penting juga untuk kawal keinginan kita nak minum atau makan benda-benda manis selepas berbuka. Makanan dan minuman manis lah yang akan merosakkan diet korang.


Korang boleh apply cadangan pembahagian pengambilan air kat bawah ni. 
  1. minum dua gelas air semasa berbuka puasa
  2. selepas itu minum 4 gelas air antara waktu selepas berbuka sehingga watu sahur. Pastikan korang minum tak lebih satu gelas setiap jam.
  3. 2 gelas semasa bersahur.
InsyaAllah kalau korang apply tip ni badan korang tak ada masalah kekurangan air. Saya dah cuba memang sangat membantu. Minuman manis, minuman lain tea, kopi semua tu tak kira sebagai air tau. Yang korang kena minum 8 gelas tu air kosong je okey.


Ambil makanan seimbang dan ringan semasa berbuka puasa


Ini yang susah nak control kan. Apa yang penting semasa berbuka tu jangan niat nak makan banyak-banyak nak balas dendam sebab berlapar seharian. Tu yang makan sampai tak hengat kan. Semua benda nak ngap. 

Kalau boleh jangan ambil makanan yang tinggi karbohidrat. Nak makan nasi cukuplah segenggam je. Banyakkan makan buah dan sayur. Elakan makanan bergoreng. 

Jangan tinggal sahur


Sesetengah orang memang liat nak bangun sahur terutama golongan bujang. Saya ni sejenis manusia yang wajib sahur kalau berpuasa. Memang saya tak boleh puasa kalau tak sahur. Menggigil dan lemah satu badan. Kecuali tak sempat sahur sebab tak terbangun. Bukan saja tak bangun tau tau. Kalau dah bulan Ramadhan kena puasa juga la walaupun tak bangun sahur. Terpaksa la kan tak boleh nak buat apa dah..

Bagi yang nak kuruskan badan tidak makan sahur adalah satu tindakan yang kurang bijak. Malas untuk bangun makan sahur akan membuatkan korang bertambah lapar semasa berpuasa. Akibatnya korang akan makan makan secara berlebihan semasa berbuka. 


Ikut logik pun memang kita akan rasa lapar la kalau tak sahur. Bayangkan korang tak makan lebih dari 12 jam. Maunya tak lapar kan. Selalu je kita dengan kan ustaz ustazah dok ceramah dalam TV atau radio cakap dalam sahur itu barakah..

Sahur ni tak semestinya kena makan nasi. Pastikan makanan sahur korang tu kurang garam. Makanan yang tinggi garam menyebabkan korang rasa makin lapar. Sebaiknya makanlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh bukan roti putih. 

Pengambilan protein seperti telur pun penting juga supaya tahap glukosa stabil dalam darah agar tidak rasa lapar semasa berpuasa.


Kekal aktif sepanjang hari


Biasanya lepas bersahur ramai yang tumbang kan..ini adalah aktiviti yang sangat tidak bagus. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kita tidur dan bermalas-malasan di atas katil. Memang akan rasa mengantuk selepas makan sahur. 

Jadi kena buat sesuatu supaya korang tak terus tidur selepas bersahur. Kalau hari bekerja rasanya tak sempatlah nak tidur kan. Kalau hari tak kerja tilam dan bantal yang empuk tu dok memanggil-manggil je kan.

Macam-macam korang boleh buat. Kemas rumah ke, siram pokok bunga ke, lipat baju ke..Selepas berbuka pun korang boleh buat senaman ringan tau seperti bangkit tubi (sit-up) atau mencangkung (squats) selama 30 minit.

Elak gula proses


Ramai yang tak tahu gula proses yang ada dalam makanan dan minuman tu antara penyebab utama berat badan sukar nak turun. Setiap makana yang kita ambil memang mengandungi gula proses. Bukan setakat badan jadi gemuk je bila ambil gula proses secara tidak terkawal, macam-macam lagi penyakit lain yang datang menjelma. Percayalah..



Jadikan bulan puasa ni starting point untuk korang tinggalkan makanan dan minuman yang manis-manis. Banyak lagi makanan yang ada gula semulajadi yang tak meudaratkan kesihatan tubuh badan kita seperti buah-buahan, madu dan buah kering.  

Dulu saya antara penggemar makanan dan minuma manis. Maklumlah orang Terengganu kan makanan dan minuman tu manisnya lebih sikit. Alhamdulillah Allah hadirkan kepada saya kesedaran tentang bahaya gula lebih awal. Bila dah tahu tak bagusnya gula proses ni saya dah tak minum air manis-manis dan kurang dah ambil makanan manis. 


Kalau bertandang rumah orang tu lain la. Minum juga la sikit. Tak minum kan kecik ati pulak tuan rumah kan. Kalau kat rumah sendiri saya memang minum air kosong saja. Makan kat kedai pun saya akan order air kosong atau air jus tanpa gula. Biarlah orang nak kata apa pun badan saya, saya lah kena jaga..

Panjang pulak bebelan saya kali ni eh. Oklah cukup setakat tu untuk entry hari ni. Jumpa lagi next entry. Selamat berpuasa, selamat beramal..Semoga tip ini membantu korang yang nak slim sebelum raya. 

Friday, June 9, 2017

Badan Rasa Ringan Dan Sakit Lutut Semakin Berkurangan Selepas Mengamalkan Vivix Sebulan

Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua? Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan diberi berpeluang hari berpuasa hari ke hari ini. Bertuah bagi yang diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah di bulan yang penuh barakah ini. Bagi yang diuji oleh Allah dengan kesakitan anggaplah sakit itu sebagai penghapus dosa.

Cerita tentang Wak Nah


Badan Rasa Ringan Dan Sakit Lutut Semakin Berkurangan Selepas Mengamalkan Vivix Sebulan

Hari ni saya nak cerita tentang seorang customer nama beliau Wak Nah. Wak Nah sebelum ni ada penyakit darah tinggi dan juga sakit lutut. Maklumlah bila umur semakin meningkat ni macam-macam penyakit yang muncul kan terutama sakit lutut tu biasala bagi orang tua.

Beberapa bulan lalu, mak dan ayah datang ke rumah Wak Nah. Terkejut Wak Nah bila berjumpa ayah, sebab dulu ayah ada sakit jantung dan tak boleh drive sorang-sorang.

Apa kata Wak Nah kat ayah, "Ko kok sihat Nal (ayah saya Zainal)". Bila berjumpa saya dan adik beradik, Wak Nah asyik cakap "bapak kau kok sihat, nampak muda".

Ayah pun apa lagi terus promote Vivix kat Wak Nah. Sebab dah rasa kesan Vivix macam mana. Bila ada sebahagian ubat jantung hospital yang ayah tak payah ambil dah, makin suka ayah promote vivix ni kat saudara mara. Tujuan promote bukan sebab nak jual dan untung dapat duit semata-mata tapi apa yang lagi penting adalah berkongsi benda baik nak semua orang sihat.

Badan Semakin Sihat Dan Sakit Lutut Semakin Berkurangan


Testimoni Wak Nah yang ada darah tinggi dan sakit lutut mengamalkan Vivix Shaklee

Alhamdulillah selepas mengamalkan Vivix selama sebulan Wak Nah mengalami kesan yang sama. Kesihatan yang semakin baik setelah berikhtiar dengan vivix. Ikhtiar dengan vitamin yang dihasilkan dari bahan semulajadi 100% memang tak rugi dan tak ada kesan sampingan.

Kesan dari sakit darah tinggi tu Wak Nah selalu sakit kepala dan bahagian tengkuk pun sakit juga. Alhamdulillah dengan izin Allah jua selepas sebulan konsisten amalkan Vivix Shaklee sakit kepala dan tengkuk Wak Nah semakin berkurangan. Sakit lutut pun semakin kurang juga. Bukan tu je kesan yang Wak Nah rasa, badan pun rasa ringan. Pagi-pagi nak bangun pun senang..

Korang boleh klik link kat bawah ni kalau nak tengok testimoni lain mereka yang mengamalkan vitamin Shaklee untuk masalah sakit lutut.
👉👉Sakit Lutut Mak Yang Kronik Sembuh Selepas Seminggu Dan Boleh Kejar Cucu Naik Tangga👈👈


Ambik Vitamin Shalee Kena Konsisten Dan Banyak Sabar



Makan vitamin semulajadi macam produk shaklee kena konsisten dan sabar banyak-banyak. Tak semua orang ada sakit yang sama bila makan Vivix atau produk shaklee yang lain akan alami kesan positif dalam tempoh yang sama.
Sebab tu kena faham betul-betul bila ambil suplemen semulajadi ni. Nak nampak kesan yang ketara tu memang lambat la dan ambil masa.

Produk shaklee bukannya ada dadah atau steroid atau bahan kimia lain bila makan je terus rasa perubahan, terus rasa sihat. Nama dah suplemen semulajadikan so 100% bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi.

Di dalam entry terdahulu saya juga pernah share testimoni mereka yang alami sakit lutut mengambil Vivix. Korang boleh klik link kat bawah ni tau nak tahu lebih lanjut bagaimana Vivix bertindak untuk sakit lutut.
👉Sakit Lutut Mak Semakin Sembuh, Tak Perlu Lagi Solat Atas Kerusi👈


Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah lutut yang sakit dan darah tinggi serta vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

💗 Your trusted Shaklee Consultant
👉 Puan Nor Akmal
📱 WhatsApp/telegram +6013-927 9846



Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen (vitamin) iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."

Wednesday, June 7, 2017

Masalah Slip Disc dan Lelah Emak Semakin Baik Selepas Mengamalkan Vivix

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak tahu langsung pasal penyakit slip disc (slipped disc) ni. Tapi tak pe jangan risau saya akan cuba fahamkan korang apa itu masalah slipped disc atau disebut juga sebagai prolapsed disc atau disk tergelincir.

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad slipped disc ialah penyakit berkaitan tulang rawan lembut yang menjadi pelapik antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.

Ini menyebabkan seseorang itu sakit pada bahagian pinggang terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak duduk atau berdiri lama atau dalam posisi membongkok.

Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Vivix Shaklee rawatan alternatif penyakit slipped dics, slip disc, slip disk


Senang citer atau bahasa orang kampungnya sakit tulang belakang. Guna istilah sains dan pelik-pelik ni tak pfaham pulak mak cik dan pakcik kat kampung tu kan..Gurau je. Orang kampung sekarang pun dah makin terbuka dah. Setakat nak dapat maklumat camni semuanya di huung jari. Klik-klik je terus keluar.

Bagi yang diuji Allah dengan ujian kesakitan ini akan tahulah macam mana sakit dan terseksanya menanggung dugaan hidup ini.

Saya pernah mengulas penjang tentang penyakit slipped disc ini di dalam entry terdahulu. Di akhir entry ini saya akan share link ke entry terdahulu saya berkenaan slipped disc.

So di sini saya tak berniat nak ulas kembali tentang penyakit slipped disc, yelah saya bukannya doktor pun.
 
Untuk kali ni saya nak share lagi testimoni pesakit slipped disc yang berikhtiar dengan mengamalkan sirap ajaib iaitu Vivix Shaklee.



Vivix Shaklee rawatan alternatif terbaik untuk slipped disc dan lelah
Asalnya Si anak hadiahkan mak tersayangnya Vivix Shaklee sebagai ikhtiar alternatif untuk penyakit slipped disc. Tapi apa yang bestnya bukan masalah slipped disc je yang semakin baik malah lelah si emak semakin beransur sembuh. Ada lagi yang lagi best resultnya bila konsisten amalkan Vivix ni tau. Tak pasal-pasal jeragat si emak pun semakin berkurangan. 

Di sini saya kongsikan testimoni lain mereka yang mengamalkan Vivix untuk masalah slipped disc. Korang nak tengok boleh klik link kat bawah ni tau..
Rawatan Alternatif Penyakit Slipped Disc Elak Pembedahan Dan Bedridden


Mungkin korang atau ada kawan-kawan atau saudara mara yang menderita slipped disc? Saya cadangkan korang cuba berikhtiar dengan Vivix Shaklee.

Tak perlu ragu-ragu lagi dengan produk Shaklee. Ia terbukti selamat dan berkesan..Nak Vivix dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

💗 
Your trusted Shaklee Consultant
👉 Puan Nor Akmal
📱  WhatsApp/telegram +6013-927 9846


Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen (vitamin) iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."