Kulit Putih Dan Cantik Dalam Masa 5 Hari..Biar Betul??

Kat Malaysia ni banyak sangat iklan produk kosmetik yang menjanjikan kulit cantik, putih gebu dalam masa yang singkat, 5 hari la...7 hari la..2 minggu la..

Kunyah-kunyak terus cantik macam Mia Ahmad..
Golek-golek terus gebu macam Neelofa..
Goncang-goncang terus putih melepak macam Mira Filzah..

Bagi yang mudah terpedaya dan percaya terus je beli produk-produk ni tanpa berfikir panjang. Kekonon nak kulit putih melepak gebu gebas macam artis kesayangan.

Saya sangat kesian dan bersimpati dengan mereka yang tak sedar pun kat dalam produk pemutihan kulit ni ada satu bahan yang sangat bahaya iaitu merkuri.


Ada kajian yang dibuat menunjukkan seramai 60% wanita Asia menggunakan produk kosmetik yang ada merkuri ni sebab nak nampak lebih muda, putih dan cantik.

Bahaya Merkuri Dalam Kosmetik


Biasanya produk yang ada merkuri ni memang murah yang amat. Dah la murah yang amat pastu kesan pun nampak cepat. Berbanding produk dari bahan semulajadi dah la mahal pastu 3 bulan baru nampak kesan ketara..

Tetapi..korang kena ingat penggunaan merkuri dalam masa yang panjang akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan dan tubuh badan.

Kesan jangka panjang penggunaan produk kosmetik merbahaya ni boleh menyebabkan kerosakan saraf terutama tangan rosak. Biasanya kulit tangan akan ada rasa gatal dan rasa terbakar.

Kesan sampingan lain yang akan dapat ialah sesorang itu akan merasa lemah, emosi yang tidak stabil, muncul masalah ingatan, badan menggigil, letih, pening, hilang ingatan dan rasa yang terlalu letih.

Kalau korang perasan ada je berita kat media tentang wanita yang menggunakan produk kosmetik murah ni mengalami masalah. Ada yang jerawat teruk, kulit terbakar, kulit menggelupas dan bertukar pudar. Kesan macam ni akan berpanjangan. Bukan sehari dua haru je. Berpuluh-puluh tahun. 

Ada juga wanita yang amalkan kosmetik merkuri tak menunjukkan apa-apa tanda pun. Bila tak ada tanda-tanda macam saya sebut kat atas tu syok je dok pakai tak risau apa-apa dah kan. Orang cakap bahaya pun tak kisah. "Ada aku kisah".. Akhirnya buah pinggang dan saraf dah rosak teruk baru sedar. 

Tak salah nak kulit cantik


Bagi wanita naluri nak kulit cantik tu adalah normal dan tak salah pun. Yang salahnya bila pilih produk merbahaya. Hati-hatilah korang bila nak beli produk kosmetik ni. Jangan main beli je. Semak dulu produk tu ada kelulusan KKM ke tak. Semak bahan yang digunakan.

Memang la kosmetik yang bagus ni agak mahal. Apa gunanya beli kosmetik murah dan kulit putih gebu dalam masa seminggu tapi kesan negatifnya lebih teruk. Tak gunalah kulit cantik dan putih melepak tapi badan sakit dan sengsara.

Cukup-cukup lah tu kita jadi mangsa lambakan produk kosmetik ni. 

Jom pilih produk yang betul


Produk kecantikan yang menjadi pilihan saya sejak tahun 2013 tentulah rangkaian produk Shaklee. Mula-mula guna vitamin Shaklee bukan sebab nak kulit cantik pun. Masa tu lebih kepada nak badan sihat je. 

Makin lama guna produk Shaklee makin saya jatuh cinta. Saya tak sedar pun kulit saya yang dulu agak bermasalah dah jadi lebih baik.

Dulu kulit saya ni kering yang amat, jerawat pun ada juga, kulit sensitif dengan cahaya matahari, tona kulit ak sekata, parut jerawat, jerawat pasir dan jeragat pun ada juga.

Alhamdulilah selepas konsisten ambik vitamin Shaklee dan set skin care NutriWhite Shaklee, masalah kulit saya makin lama makin baik.

Memang ambik masa. Bukan sebulan atau 2 bulan tau. Saya tak kisah yang penting tidak merosakkan buah pinggang saya, tak ada kesan sampingan jangka panjang dan pendek.

Produk Kecantikan Pilihan Hati Saya Dulu Kini Dan Selamanya


Meh saya perkenalkan produk yang saya ambik untuk kulit cantik saya..hihi..Memang fall in love dengan produk shakle ni. Takkan cari yang lain dah..

Inilah set vitamin dari rangkaian produk shaklee yang saya ambik. Nak kulit cantik cantik berseri kenalah rawat dari dalam. Apa yang saya dapat sejak konsisten ambil produk shaklee ni bukan kulit je tiada masalah badan pun lebih sihat dan bertenaga.

produk untuk kulit cantik, yang selamat dan berkesan

Nak kulit cantik berseri dan badan sihat sokmo korang boleh ambik vitamin Shaklee ni.

Untuk penjagaan kulit dari luaran saya pilih SET SKIN CARE NUTRIWHITE Shaklee.


Shaklee produk yang berasaskan bahan semulajadi, tiada bahan kimia yang merbahaya..Takkan ada kesan sampingan waalaupun ambik 20 tahun lamanya.

Produk yang dihasilkan selepas melalui kajian klinikal dan ujian makmal yang ketat. Setiap produk yang nak dibuat shaklee kaji dulu bahan-bahan yang digunakan. 

Shaklee ada makmal sendiri dan ada saintis yang mengkaji setiap bahan yang nak dikeluarkan. Shaklee akan menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.

Pihak shaklee juga menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya. Pastinya syarikat telah melaburkan lebih 250 juta dolar US dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Itulah kehebatan produk shaklee yang tida pada produk kesihatan lain.

Your trusted Shaklee consultant

Puan Nor Akmal

+6013-9279846

Comments