Monday, January 16, 2017

8 Vitamin Penting Yang Perlu Di Ambil Semasa Mengandung

Zaman sekarang ni mengambil vitamin prenatal atau suplemen semasa hamil bukan lagi satu pilihan. Bagi saya dah jadi kemestian dah. Bukan lagi harus. Suplemen semasa hamil juga disebut sebagai prenatal vitamin

Ada beberapa sebab kenapa ibu hamil sangat digalakkan mengambil suplemen semasa mengandung. Antarnya ialah:

  • mengurangkan berlakunya kecacatan pada bayi semasa hamil
  • mengurangkan risiko kelahiran pramatang
  • mengurangkan risiko bayi kekurangan berat semas lahir
  • membantu ibu hamil supaya lebih sihat dan kuat semasa mengandung
  • membantu mengurangkan risiko kekurangan zat dan nutrisi bagi ibu hamil yang mengalami loya, muntah dan tidak ada selera untuk makan di awal kehamilan.


Banyak kajian yang telah dijalankan dan telah terbukti bahawa kekuarangan nutrisi di kalangan ibu hamil boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang akan dilahirkan.

Kekurang iodin dalam akan menggangggu proses pembesaran dan perkembangan saraf serta pembentukan sel-sel otak.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan menjadi terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu serta mengakibatkan lemah anggota badan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin merupakan salah satu sebab utama gangguan kemahiran motor, kelemahan otot, kecelaruan koordinasi dan kemahiran manual.

Keperluan iodin adalah lebih tinggi bagi wanita hamil dan menyusu bayi. Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak iodin berbanding orang biasa.


8 Vitamin Penting Semasa Mengandung




1. Protein


Pengambilan protein yang cukup sangat penting untuk proses pembentukan sel-sel bayi di dalam kandungan. Sel-sel merupakan binaan asas badan yang akan bergabung dan membentuk organ, anggota badan dan seluruh sistem dalam tubuh.



2. Zat Besi (iron)


Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi membantu mengurangkan risiko bayi lahir tak cukup bulan (kelahiran pramatang).

Bagi wanita mengandung dos zat besi yang dicadangkan ialah 27 mg setiap hari.


3. Kalsium


Kalsium pula penting membantu pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Ibu hamil yang tak dapat dapat bekalan kalsium yang cukup boleh mendapat preeclampsia. Keadaan ini boleh membawa kematian kepada ibu dan anak di dalam rahim.

Bagi wanita mengandung dos kalsium yang dicadangkan ialah 1000 miligrams (mg) sehari.

4. Asid Folik


Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari. Ada beberapa kajian yang menunjukan Kekurangan Folik Asid boleh sebabkan bayi sumbing.

Bagi wanita mengandung dos asid folik yang dicadangkan ialah 1000 mcg setiap hari.

5. Omega 3


Omega 3 sangat diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik.
Bagi wanita mengandung dan menyusukan anak dos omega 3 yang dicadangkan ialah 200 hingga 300 mg setiap hari.

6. Vitamin C


Vitamin C memang sangat bagus untuk memastikan imun sistem ibu mengandung kekal sihat dan terbaik.

Untuk bayi pula, Vitamin C penting untuk membantu penghasilan kolagen. Sebab apa kolagen penting? Kolagen nih diperlukan untuk pembentukan tulang rawan, otot dan sendi yang kuat di samping memastikan kulit, gusi dan tendon bayi sempurna.

7. Vitamin D


Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.


8. Vitamin B12


Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.Sangat perlu dalam pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.

Set Prenatal Vitamin Terbaik Pilihan Ibu-ibu Kini


Bagi ibu-ibu yang tercari-cari set prenatal vitamin yang terbaik pilihan yang paling tepat tentulah Set Prenatal Vitamin Shaklee

Produk shaklee adalah vitamin semulajadi bukan vitamin sintetik yang ada bahan kimia. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi 100%.


Set prenatal vitamin Shaklee (set premium) terdiri daripada B-complex,Sustained Release Vita-C Plus, Ostematrix, Energizing Soy Protein, Vitalea Iron Formula (multivitamin) dan Omega Guard (minyak ikan omega 3).

Kesemua 8 vitamin penting yang perlu diambil oleh ibu hamil ada dalam Set Prenatal Vitamin Shaklee yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu di Malaysia.

Telah terbukti kehebatannya dan keberkesannya membantu ibu-ibu mengandung melalui fasa kehamilan dengan lebih baik dan sihat sehingga bersalin.

Nak tahu lebih lanjut tentang vitamin ibu hamil ni boleh klik kat link bawah ni ye. Dalam tu saya ada ulas lebih lanjut tentang fungsi setiap produk yang ada dalam set prenatal vitamin shaklee 👇👇👇

Mengambil Vitamin Semasa Hamil Bantu Kurangkan Risiko Kecacatan Dan Kelahiran Pramatang


Berminat nak cuba Set Prenatal Vitamin Shaklee? Apa tunggu lagi meh Whatsapp saya kita sembang-sembang.

Your trusted Shaklee consultant
Puan Nor Akmal 
+60139279846

No comments:

Post a Comment