Friday, December 9, 2016

Cara Saya Tingkatkan Ilmu Tentang Kesihatan, Nutrisi Dan Bisnes

Mula-mula terjebak dalam bisnes suplemen ni memang sangat-sangatlah kurang tentang ilmu kesihatan, nutrisi, suplemen dan vitamin semua ni. Memang zero la org kata. Tapi dari zero tu kita boleh uasaha untuk jadi hero kan..

Tapi saya tak risau sebab banyak cara yang saya boleh buat untuk cari ilmu kesihatan dan nutrisi ni. Tiada ilmu tentang suplemen dan vitamin bukan alasan untuk tidak memulakan langkah pertama dalam bisnes suplemen.

Cara Saya Tingkatkan Ilmu Tentang Kesihatan, Nutrisi Dan Bisnes

Bukan doktor dan nurse je yang perlu tahu tentang ilmu kesihatan, nutrisi dan suplemen ni tau. Semua orang sepatutnya kena tahu. Tak semestinya banyak. Sekurang-kurangnya ilmu yang ada tu untuk keperluan kita juga.

Sebagai seller yang aktif ilmu tentang kesihatan, nutrisi dan suplemen ni sangatlah penting untuk dikuasai. Saya bukan menjual siplemen semata-mata tapi saya juga memberi consultation dan tip-tip kesihatan kepada pelanggan saya.

Jadi nak tak nak ilmu berkaitan kesihatan, nutrisi dan suplemen haruslah dipelajari sedikit demi sedikit tanpa jemu.

Ilmu yang berkaitan dengan produk saya perolehi melalui pembacaan dari buku khas tentang produk shaklee. Walaupun ada dibekalkan buku tentang produk tapi memang tak cukup. Maklumat yang ada di dalam buku nutrisi produk ni tak banyak pun. Hanya maklumat asas saja.

Nak jadi pengedar Shaklee yang hebat mesti kena cari sendiri melalui pembacaan atau mengikuti kelas-kelas nutrisi. Nak kena cari dan gali lagi dari sumber-sumber lain yang sahih.

Cara Saya Tingkatkan Ilmu Tentang Kesihatan, Nutrisi Dan Bisnes
Gambar ihsan dari www.permatacintaku.com
Salah satu cara yang saya buat untuk mendapatkan ilmu kesihatan, nutrisis dan bisnes ialah dengan mengikuti kelas secara online saja. Kelas online yang saya maksudkan ialah kelas yang dibuat oleh group support Wahmilionare dan ireach super group.
Kami hanya menggunakan medium telegram untuk berkongsi ilmu. Balik kampung ke, pergi jalan-jalan ke kalau ada kelas saya tetap boleh join. Yang penting boleh akses internet.

Kalau ada halangan tak boleh join on the exact time boleh scroll dan dengar balik bila-bila masa yang mampu. Ada juga kelas online yang kami buat dengan menjemput ahli nutrisi Shaklee sendiri.

Cara Saya Tingkatkan Ilmu Tentang Kesihatan, Nutrisi Dan Bisnes
Antara kelas online berkaitan produk promo yang dibuat menggunakan perantaraan telegram

HQ syarikat juga ada buat health talk tentang produk dan tajuk-tajuk atau isu-isu yang terpilih. Talk tentang produk akan diberi oleh ahli nutrisi shaklee sendiri. Setakat ni saya belum berpeluang lagi nak join kelas nutrisi yang dianjurkan oleh pihak syarikat sendiri.

Harap suatu hari nanti dapat join talk dan kelas nutrisi yang syarikat anjurkan. Jelas sangat tengok kawan-kawan yang pergi timba ilmu secara direct dari pakar-pakar yang dijemput khas oleh pihak syarikat

Selain itu saya juga menjadikan beberapa laman web antarabangsa sebagai rujukan antaranya ialah mayoclinic.com, umm.edu, m.webmed.com, drzubaidi.com dan mmgazette.com.


Cara Saya Tingkatkan Ilmu Tentang Kesihatan, Nutrisi Dan Bisnes

Dan majalah kesihatan yang saya suka baca tentulah iSihat. Korang nak tambah ilmu kesihatan dan nutrisi boleh la baca majalah iSihat. Highly recomended. Bagus sangat majalah ni tau. Rugi tau tak baca. Mungkin korang boleh baca kat internet tapi baca majalah ni fefeling tu lain sikit.

Itu saja perkongsian daripada saya untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga noktah terakhir.

No comments:

Post a Comment