Monday, November 28, 2016

Kenangan Tahun 2016 Bila Teringat Senyum Sorang-sorang

Assalamualaikum...

Bila belek-belek gambar dalam phone ni terkenang pulak saat-saat bercuti bersama keluarga kat Fraser Hill masa cuti tahun baru cina.

Tinggal sebulan je lebih kurang kita akan melangkah ke tahun baru 2017..Yang pastinya setiap orang ada kenangan manis, pahit, masam, masin dan tawar serta kelat yang terukir sepanjang tahun 2016 ni..betul tak?

Yang pahit, masam, masin tu tak payah la dok ingat sangat.. Let bygones be bygones la ye. Nak throwback pun yang sweet2 je la..barulah rasa semangat sikit..tak gitu?

Yang dukung budak kecil mata sepet tu kakak saya. Yang pakai baju biru tu adik saya. saya yang tengah-tengah tu la..hihi

Bukit Fraser tu biasa-biasa je. Bagi yang dah pergi korang tahulah camne keadaan Fraser Hill tu kan. Bagi saya tak best sangat pun. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya teringat-ingat.


Jom kita throwback satu persatu.


Percutian yang tak dirancang


Pada mulanya saya dan suami tak nak pun pergi bukit fraser ni. Sebabnya suami cuti tak lama saya pulak cuti seminggu la. Yang confirm nak pergi pun abang mie sekeluarga, mak dan adik-adik 3 orang.

Jadi abang mie book bilik hotel 3 je la tapi last minit saya dan suami pon nak ikut, kakak dan famili dia pun join juga, dan abang peng satu famili dia pun nak pergi juga. 

Yang berdiri paling kanan tu adik lelaki, anak bongsu dalam keluarga. Yang dok dukung budak manja tu abang peng. Yang kanak-kanak dua orang tu anak saudara. Mak ayah diaorang tak ikut...

Makanya terpaksalah angkut toto, bantal dan selimut dari rumah masing-masing. Pakat-pakat bawa la sikit sorang. Nak booking bilik hotel lain macam dah tak sempat. Confirm hotel yang budget dah penuh kan sebab public holiday..

Bab makan kat sana tak ada masalah banyak je restoran dan kedai-kedai yang ada. Cuma tempat peranginan macam tu nasi ayam RM5 sah-sah tak de la..Nasib baik dok 1 malam je. Kalau tak 

Jalan yang ngeri sampai bila-bila pun tak lupa


Yang paling tak boleh lupa tang jalan dia. Pergh memang ngeri giler. Dah la sempit bengkang bengkok pulak tu..Bukan setakat perut je kecut, jantung, hati, pankreas semua kecut nak tercabut seriau giler..


Pulak tu masa perjalana pergi dan balik saya yang drive. Suami pulak tiba-tiba tak berapa sihat. Nak buat camne nak tak nak saya la yang terpaksa drive..
Ni tak semua yang ada dalam gambar. Pagi-pagi dah turun nak ambik gambar kat jam ni la. Petang mula-mula sampai orang ramai sangat nak ambik gambar pun tak boleh. Semua ni tal mandi lagi. haha. Maklumlah tempat sejuk tak rasa nak mandi, Nak mandi pun takut. Tengok tu orang pun tak ada lagi.

Selepas balik dari bukit fraser badan sebelah kanan rasa sakit. Mujur ada ostematrix. Telan 4 biji sehari alhamdulillah lega sakit-sakit badan.

Dan satu lagi yang tak boleh lupa pasal mak tersayang. Mak saya masa ni tak berapa sihat juga. Biasala sakit-sakit orang tua. Lenguh dan sakit lutut. Ikutkan dia malas nak jalan-jalan bagai ni. Tapi sebab dah anak-anak yang bersungguh-sungguh sangat dok ajak ikut je la.

Lepas check in dan rehat sekejap kami semua adik beradik pusing-pusing dan jalan-jalan ambik gambar dan hirup udara segar lagi sejuk tu. Tetapi disebabkan tak sihat berapa sihat, Mak stay je la duduk dlam bilik teman anak sedara tidur. Pagi esok pun sama. Sebelum sarapan pagi-pagi lagi sambung ambik gambar yang tak habis semalamnya tu.

Yang budak-budak 3 orang tu anak-anak abang Mie..Fefeling oversea gitu..

Mak saya ni sampai ke sudah tak keluar bilik hotel. Hotel dah la tingkat 3, lift pulak tak ada. Memang tak la mak saya nak turun naik kan. Makan pagi pun bungkus bawa naik masuk bilik.

Walaupun tak semua adik bradik ada bersama, apa pun ia satu kenangan yang manis utk dikenang untuk tahun ni. Entah bila lagi dapat jalan-jalan dan berdrama dengan adik beradik semua. 



No comments:

Post a Comment