Wednesday, November 23, 2016

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Setiap tahun angka pesakit kanser di Malaysia semakin meningkat. Penyakit yang sangat ditakuti ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status apa seklaipun. Mengikut www.mstar.com.my dianggarkan 100, 000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun. Kaum hawa paling ramai yang kena kanser. 

Daripada angka tersebut wanita Melayu paling ramai yang menghidap kanser diikuti kaum Cina. Kaum lelaki pulak terbalik. Lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser berbanding lelaki Melayu. Sangat menakutkan. 

Jom kita tengok jenis-jenis kanser yang banyak terjadi di kalangan lelaki.

Kanser Kolorektal

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Kanser kolorektal atau kanser kolorektum juga kita sebut sebagai kanser usus besar (kolon) dan rektum (hujung kolon). Kanser ini juga dikenali sebagai pembunuh ini. Sebabnya tak ada simptom awal yang muncul. 

Kalau ada tanda-tanda pun kadang-kadang tidak jelas. Dan ramai yang salah sangka sebagai petanda sakit lain.

Antara simptom kanser kolorektal ialah:

  • bermula dengan gastrik
  • banyak angin dalam perut
  • berlakunya perubahan dalam tabiat membuang air besar seperti cirit-birit atau sembelit dalam tempoh yang lama beberapa minggu hingga sebulan
  • ada darah yang banyak dalam najis
  • ada lendir dalam najis
  • turun berat badab tanpa sebab
  • sakit perut. Ia berlaku apabila adanya komplikasi seperti kebocoran Pada tahap ini rawatan segera perlu dibuat. 


Siapa yang berisiko mendapat kanser klorektal?

  • umur yang melebihi 40 tahun
  • kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
  • mereka yang suka makan daging merah
  • pernah menghidap polip kolorektum
  • ada ahli keluarga yang menghidap kanser kolorektal
  • pernah menghidap kanser yang ada kaitan dengan genetik seperti kanser rahim, perut, usus kecil, pankreas dan buah pinggang)
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser)
  • merokok
  • alkohol

Jadi jika ada tanda-tanda seperti di atas cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. InsyaAllah dengan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa kita.

Kanser Paru-paru


Merokok adalah punca utama kanser paru-paru terjadi. Perokok pasif yang terdedah dengan kepada asap rokok sekunder juga berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru walaupun tidak merokok. 

Bukti menunjukkan risiko mendapat kanser paru-paru bagi perokok pasif meningkat jika pasangannya merokok 20 batang sehari atau lebih.

Simptom Kanser Paru-paru


Gejala dan tanda-tanda kanser paru-paru bergantung kepada saiz tumor dan kedudukannya.
  • Batuk yang berterusan (batuk jenis kering)
  • Batuk berdarah atau kahak ada darah
  • Sesak nafas walaupun dalam keadaan rehat
  • Sakit dada ketika bernafas
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Berlakunya perubahan pada suara seperti garau
  • Bahagian dada, leher dan muka menjadi bengkak dan kemerahan
  • Radang paru-paru dalam tempoh masa yang lama
  • Loya, muntah, dahaga, sembelit atau berkeadaan keliru akibat dari peningkatan paras kalsium dalam darah (hypercalcemia)


Faktor-faktor Risiko Kanser Paru-paru


Selain faktor merokok terdapat faktor-faktor lain juga yang meningkatkan peluang mendapat kanser paru-paru, iaitu:
  • terdedah kepada bahan kimia atau industri kimia seperti asbestos, nikel, arsenik dan radon di tempat kerja atau tempat lain
  • sejarah keluarga dan diri. mereka yang mempunyai saudara mara paling rapat seperti ibu bapa, adik beradik atau anak yang pernah menghidap kanser paru-paru berisiko dua kali ganda dari orang lain. 

Saya pernah menulis tentang kanser paru-paru sebelum ni secara lebih detail. Nak tahu apa suplemen terbaik untuk kanser paru-paru boleh klik kat link di bawah ni tau..👇👇😊😉
Merokok dan Asap Rokok Menjadi Punca Utama Kanser Paru-paru


Kanser Pangkal Hidung


Kanser pangkal hidung juga lebih dikenali sebagai kanser nasofarink. Nasofarink ni satu bahagian daripada tekak. Ia terletak di belakang hidung dan bahagian atas 1/3 tekak. Kedudukan nasofarink bermula di belakang hidung sehingga ke leher. (boleh lihat gambar di bawah)


5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung


Tanda-tanda awal kanser pangkal hidung seperti hidung kerap berdarah, ada masalah berkaitan pendengaran seperti bunyi berdengung dan sakit telinga dan hidung tersumbat.

Apabila kanser semakin merebak akan muncul tanda-tanda seperti di bawah:
  • deria pendengaran hilang
  • rasa sakit, kebad atau lumpuh pada bahagian muka
  • ada darah bila batuk
  • sukar untuk menelan makanan
  • nak bernafas atau bercakap menjadi susah kerana hidug tersumbat
  • mata menjadi kabur ataupun ada bayang
  • susah nak buka mulut


Kanser Prostat


Berdasarkan statistik dianggarkan lebih 1.1 juta kaum adam di Malaysia menghidap kanser prostat. Ia menjadi pembunuh kepada kaum lelaki nombor empat selepas serangan jangtung, kencing manis dan darah tinggi.

Kanser prostat terjadi apabila ketumbuhan bermula dalam kelenjar prostat. Kebiasaannya kanser ini menyerang lelaki yang berumur 50 tahun. Semakin tua usia seseorang itu semakin tinggi risikonya.

Beberapa faktor menjadi penyebab kepada kanser prostat, antaranya ialah usia, sejarah keluarga, pemakanan dan hormon.


Nak tahu apa suplemen terbaik untuk kanser prostat boleh klik kat link di bawah ni tau..👇👇😊😉
Bahaya Kanser Prostat, Kaum Lelaki Jangan Ambil Mudah


Wahai lelaki budiman sekalian nak tahu tentang kanser prostat ni kena tahu dan kenal apa itu prostat dan fungsinya dahulu.

Jangan ambil mudah ye kanser prostat ni walaupun ia tak sepopular pemyakit 3 serangkai..tapi jika tak disesan dan dirawat lebih awal sel-sel kanser boleh merebak bahagian lain seperti tulang dan paru-paru. 

Kanser Hati


Kanser bermula pada sel, iaitu blok binaan yang membentuk tisu. Tisu membentuk organ di dalam tubuh. Biasanya, sel tumbuh dan membahagi untuk membentuk sel baru apabila tubuh memerlukannya. Apabila sel semakin tua dan musnah, sel baru akan mengambil tempatnya. Kadangkala, proses yang teratur ini terganggu. Sel baru terbentuk walaupun tubuh tidak memerlukannya atau sel tua tidak dimusnahkan seperti yang sepatutnya. Akhirnya suatu jisim tisu yang dinamai tumor terhasil. (sumber)

Kanser hati juga disebut sebagai penyakit senyap. Ini kerana kebiasaannya kanser ini tidak menunjukkan tanda-tanda pada peringkat awal.

Apa pun tanda-tanda dan gejala ini mungkin terjadi apabila seseorang itu mendapat kanser hati:
  • Rasa sakit pada atas bahagian perut, di sebelah kanan
  • Suatu ketulan atau rasa berat pada atas bahagian perut
  • Bahagian perut bengkak (kembung)
  • Hilang selera makan dan rasa kenyang
  • Berat tubuh mengurang
  • Kelemahan atau terasa letih
  • Loya dan muntah-muntah
  • Kulit dan mata kuning, najis berwarna pucat dan air kencing berwarna gelap kerana Jaundis
  • Demam


Apa yang perlu kita lakukan??


Jadi apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko terjadinya kanser dan menyelamatkan nyawa kita.

Antara langkah awal untuk mencegah penyakit kanser ialah dengan mengambil makanan atau suplemen yang mengandungi antioksidan dan resveratrol yang tinggi. 

Suplemen antioksidan dan resveratrol membantu menghalang radikal bebas yang menjadi punca kanser.

Suplemen pilihan saya tentulah Vivix Shaklee yang mengandungi resveratrol yang sangat berkuasa. Ia bukan saja membantu mencegah kanser malah berkeupayaan menghalang sel-sel kanser dari merebak dan sekaligus boleh mematikan sel-sel kanser. 

No comments:

Post a Comment