Wednesday, November 30, 2016

Apa Yang Saya Buat Untuk Kuatkan Sistem Imun?

Suka saya menyebut sistem imun badan manusia ni ibaratnya sistem kawalan keselamatan rumah kita. Ada rumah yang lengkap dengan pagar dan tembok yang lengkap dengan CCTV dan alarm. Setiap pintu dan tingkap rumah ada grill. Tujuannya untuk nak halang pencuri dan perompak dari menceroboh dan memusnahkan harta benda kita kan.

Selengkap dan secanggih manapun sistem kawalan rumah yang kita ada, doa dan tawakkal kepada Allah jangan kita lupa. Setelah kita berusaha sedaya upaya menjaga keselamatan diri dan harta benda, slebihnya kita serahlan kepada Allah.


Apa itu imuniti?


Begitu juga dengan sistem imunisasi tubuh manusia. Ia ibarat tembok atau dinding yang berfungsi menghalang serangan penjahat iaitu pelbagai virus dan bakteria dari menceroboh masuk ke dalam badan.

Imuniti merujuk kepada keupayaan seseorang itu untuk mencegah penyakit dan melawan jangkitan.

Kita bergantung kepada sistem pertahanan badan (sistem imun) untuk mempertahankan badan kita secara semulajadi daripada sebarang jangkitan kuman.

Jadi, bila sistem imun kita kuat dan kebal nak dapat penyakit pun payah la kan. Bila dah dinding sistem imun kita kukuh, apa-apa virus, kuman dan patogen Banyak penyakit yang boleh menyerang kita bila sistem imun lemah.

Nak kekalkan sistem imun yang sihat pada zaman sekarang memang sangatlah susah dan mencabar. Banyak faktor menyebabkan sistem pertahanan kita menjadi lemah. Kesannya kita mudah mendapat pelbagai penyakit.

Antaran punca sistem imun lemah ialah tidur yang tidak cukup, kurang aktiviti fizikal, makan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan proses, makanan dalam tin dan makanan ringan serta faktor tekanan hidup yang semakin meningkat.



Perkara yang boleh merosakkan sistem imun tubuh kita. 


Macam mana saya jaga sistem imun ahli keluarga saya ?


Korang nak tahu tak apa yang saya dan ahli keluarga buat setiap hari untuk jaga dan boost sistem imun? Meh baca apa rahsianya..hihi..

  • Makan makanan yang sihat. Kurangkan makan makanan proses. Kalau boleh elakkan lagi baik kan. Tapi agak susah. Zaman skarng ni makanan proses tu banyak sangat.
  • Minum air masak yang banyak sekurangnya 3 liter sehari. Pastikan air tu ditapis. Minum air ni penting untuk kita buang toksin dan elak sembelit kan.
  • Guna stevia sebagai pengganti gula. Ia lebih selamat berbanding gula. Bagi korang yang suka minum air manis tu sangatlah digalakkan bertukar kepda stevia. Gula ni bukan punca diabetes je tau, gout pun disebabkan gula je tau.
  • Bersenam atau buat aktiviti fizikal. Yang ni saya sendiri pun liat sikit nak buat. Siapa yang rajin bersenam tu memang tabik lah.
  • Bertukar kepada produk berasaskan sumber semulajadi. Bukan saja supelemen semulajadi yang saya amalkan, sabun basuh, dish wash, shampu dan juga set penjagaan kulit juga saya pilih dari sumber 100% semulajadi (natural)
  • Setiap pagi sebelum gosok gigi saya juga akan ambil sesudu besar madu tualang dan cuka tin atau cuka kurma atau cuka epal dan dicampurkan dengan segelas air.
  • Yang terakhir dan juga yang terpenting adalah mengambil vitamin dari sumber semulajadi seperti vitamin C shaklee untuk kuatkan system imun.
Selain Vitamin C produk favourite saya dan suami yang lain untuk tingkatkan system imun tentulah Nutriferon dan juga Vivix Shaklee.


10 Makanan Hebat Untuk Kukuhkan Sistem Imun

Jadi bagi yang rasa badan lemah-lemah je tu, asyik demam dan selesema je. Boleh la cuba amalkan 10 makanan hebat ni. Kalau dah sebulan sampai tiga empat kali demam tu tandanya imunisasi lemah la tu. Selepas berikhtiar doa dan tawakkal jangan dilupakan pulak ye. 

Kita dah berusaha sedaya mungkin. Maka langkah terakhir tiada yang lain hanyalah sandarkan segalanya kepada Allah. 



Prevent Better Than Cure


Cegah itu lebih baik kan. Bila dah sakit bukan kita je yang susah, ahli keluarga semua pun susah hati, apatah lagi mak ayah kita kan.

Kos merawat sesuatu penyakit zaman sekarang bukannya murah dah. Pergi klinik sebab demam je pun kena bayar sampai RM60. Kos sebotol Vitamin C tak sampai pun RM100 tapi boleh tahan sehingga 6 bulan kot. Maksudnya sehari korang kena spend duit lebih kurang 50 sen je sehari untuk cegah korang dari penyakit.

Murah ke tak murah Vitamin C Shaklee ni? Tepuk dada tanya hati korang..

Tuesday, November 29, 2016

Cara Saya Mengurus Masa Antara Bisnes Dan Kerjaya

Assalamualaikum..

Setiap orang biasanya akan ada time management sendiri. Tak kiralah siapa dia sekalipun, samaada berkerja makan gaji, berkerja sendiri atau suri rumah kita perlu mengurus masa dengan bijak.

Begitu juga dengan saya. Bekerja sepenuh masa sebagai seorang guru di sekolah rendah kebangsaa cina dalam masa yang sama aktif menjalankan bisnes produk Vitamin kegemaran ramai ni dan saya juga seorang isteri. Ia sememangnya sangat memerlukan saya pandai mengurus masa agar tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang isteri dan guru tidak terabai.
  

Setiap orang di atas muka bumi ni Allah bagi 24 jam je sehari. So kita semua kena pandai-pandailah bahagi masa kan antara masa untuk bekerja, masa untuk beribadah dan masa untuk berehat. 

Jom kita baca dan hayati hadith Nabi Muhammad SAW di bawah ni.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat melainkan ditanya dahulu tentang empat perkara, tentang umurnya dan untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana ia mempergunakanya, hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa ia membelanjakannya dan tentang ilmunya bagaimana ia memanfaatkannya"

Pengurusan Masa Cara Saya


Mungkin setiap orang skillnya berbeza. Apa yang penting kita selesa dengan cara kita dan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik. 


Berkorban masa


Bab berkorban masa tu memang wajib dah. Masa tidur dah tak sama dah dengan zaman sebelum kahwin dan zaman sebelum buat bisnes. Masa rehat pun sama juga. Masa rehat saya ialah masa tidur saya. Dulu ada masa free selalu layan citer korea. Sekarang dah jarang-jarang dah boleh tengok. Tengok tv pun kadang -kadang tak ada masa. 



Rangcang apa yang nak buat setiap hari



Apa yang nak buat setiap hari memang kena plan dengan baik. Kalau takut lupa apa yang saya nak buat pada hari itu biasanya saya akan tulis di atas kertas. Then saya akan tampal kat mana yang senang nampak, macam kat peti ais ke, kat cermin dalam bilik ke, kat SOHO. 


Sekarang dah ada aplikasi yang boleh kita listkan apa yang nak buat setiap hari. Sebelum tidur boleh list siap2 apa yang perlu buat hari esok. So tak delah kita lupa apa nak buat kan. Pentingnya untuk kita buat "to do list" setiap hari.

Multitasking itu wajib


Multitasking bukan untuk sistem komputer je tau. Untuk mereka yang super busy macam saya ni wajib la kena praktik bab multitasking ni. Dalam satu masa kita kena pandai buat banyak kerja. Itu namanya multitasking. Biasanya multitasking ni orang perempuan memang sangat la bijak. 

Apa yang biasa saya buat ialah sambil masak dalam masa yang sama layan mesej customer. Kadang-kadang sambil masak saya juga akan update blog, buat sharing di facebook atau instagram, buat poster dan sebagainya.

Fokus


Fokus ini juga sangat penting terutama bila sayanak update entry blog. Camne saya nak kekal fokus? Saya akan tutup data henpon. Bila tak tutup data whatsApp dari pelbagi group akan mengganggu fokus saya. Facebook pulak jangan cuba-cuba nak mula scroll. Bila dah start tu akan ralit. Nak tengok page yang jual jubah la, nak tengok page yang jual shawl la...

Jangan ikut macam saya okey..


Bila kita bijak mengurus masa, setiap saat yang ada akan dipenuhi dengan sesuatu yang bermanfaat. Bak kata pepatah Melayu "masa itu emas". Berharganya masa itu sampaikan kita orang Melayu menyamakannya seperti emas. Masa yang telah berlalu takkan dapat kita kejar semula.

Monday, November 28, 2016

Kenangan Tahun 2016 Bila Teringat Senyum Sorang-sorang

Assalamualaikum...

Bila belek-belek gambar dalam phone ni terkenang pulak saat-saat bercuti bersama keluarga kat Fraser Hill masa cuti tahun baru cina.

Tinggal sebulan je lebih kurang kita akan melangkah ke tahun baru 2017..Yang pastinya setiap orang ada kenangan manis, pahit, masam, masin dan tawar serta kelat yang terukir sepanjang tahun 2016 ni..betul tak?

Yang pahit, masam, masin tu tak payah la dok ingat sangat.. Let bygones be bygones la ye. Nak throwback pun yang sweet2 je la..barulah rasa semangat sikit..tak gitu?

Yang dukung budak kecil mata sepet tu kakak saya. Yang pakai baju biru tu adik saya. saya yang tengah-tengah tu la..hihi

Bukit Fraser tu biasa-biasa je. Bagi yang dah pergi korang tahulah camne keadaan Fraser Hill tu kan. Bagi saya tak best sangat pun. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya teringat-ingat.


Jom kita throwback satu persatu.


Percutian yang tak dirancang


Pada mulanya saya dan suami tak nak pun pergi bukit fraser ni. Sebabnya suami cuti tak lama saya pulak cuti seminggu la. Yang confirm nak pergi pun abang mie sekeluarga, mak dan adik-adik 3 orang.

Jadi abang mie book bilik hotel 3 je la tapi last minit saya dan suami pon nak ikut, kakak dan famili dia pun join juga, dan abang peng satu famili dia pun nak pergi juga. 

Yang berdiri paling kanan tu adik lelaki, anak bongsu dalam keluarga. Yang dok dukung budak manja tu abang peng. Yang kanak-kanak dua orang tu anak saudara. Mak ayah diaorang tak ikut...

Makanya terpaksalah angkut toto, bantal dan selimut dari rumah masing-masing. Pakat-pakat bawa la sikit sorang. Nak booking bilik hotel lain macam dah tak sempat. Confirm hotel yang budget dah penuh kan sebab public holiday..

Bab makan kat sana tak ada masalah banyak je restoran dan kedai-kedai yang ada. Cuma tempat peranginan macam tu nasi ayam RM5 sah-sah tak de la..Nasib baik dok 1 malam je. Kalau tak 

Jalan yang ngeri sampai bila-bila pun tak lupa


Yang paling tak boleh lupa tang jalan dia. Pergh memang ngeri giler. Dah la sempit bengkang bengkok pulak tu..Bukan setakat perut je kecut, jantung, hati, pankreas semua kecut nak tercabut seriau giler..


Pulak tu masa perjalana pergi dan balik saya yang drive. Suami pulak tiba-tiba tak berapa sihat. Nak buat camne nak tak nak saya la yang terpaksa drive..
Ni tak semua yang ada dalam gambar. Pagi-pagi dah turun nak ambik gambar kat jam ni la. Petang mula-mula sampai orang ramai sangat nak ambik gambar pun tak boleh. Semua ni tal mandi lagi. haha. Maklumlah tempat sejuk tak rasa nak mandi, Nak mandi pun takut. Tengok tu orang pun tak ada lagi.

Selepas balik dari bukit fraser badan sebelah kanan rasa sakit. Mujur ada ostematrix. Telan 4 biji sehari alhamdulillah lega sakit-sakit badan.

Dan satu lagi yang tak boleh lupa pasal mak tersayang. Mak saya masa ni tak berapa sihat juga. Biasala sakit-sakit orang tua. Lenguh dan sakit lutut. Ikutkan dia malas nak jalan-jalan bagai ni. Tapi sebab dah anak-anak yang bersungguh-sungguh sangat dok ajak ikut je la.

Lepas check in dan rehat sekejap kami semua adik beradik pusing-pusing dan jalan-jalan ambik gambar dan hirup udara segar lagi sejuk tu. Tetapi disebabkan tak sihat berapa sihat, Mak stay je la duduk dlam bilik teman anak sedara tidur. Pagi esok pun sama. Sebelum sarapan pagi-pagi lagi sambung ambik gambar yang tak habis semalamnya tu.

Yang budak-budak 3 orang tu anak-anak abang Mie..Fefeling oversea gitu..

Mak saya ni sampai ke sudah tak keluar bilik hotel. Hotel dah la tingkat 3, lift pulak tak ada. Memang tak la mak saya nak turun naik kan. Makan pagi pun bungkus bawa naik masuk bilik.

Walaupun tak semua adik bradik ada bersama, apa pun ia satu kenangan yang manis utk dikenang untuk tahun ni. Entah bila lagi dapat jalan-jalan dan berdrama dengan adik beradik semua. 



Sunday, November 27, 2016

Aku, Dia Dan Vitamin Kegemaran Selamanya Cinta

Assalamualaikum semua..

Hari ni rasa nak cerita tentang vitamin favourite pulak. Sejak ku kenal apa itu shaklee pada bulan Oktober tahun 2013, Set Vitamin untuk kulitlah yang menjadi kegemaran sehingga hari ini. 

Set Vitamin favourite yang saya maksudkan itu ialah Sustained Release Vita-C Plus atau nama glemernya Vitamin C dan Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP.


vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat


Kenapa Vitamin C dan ESP yang jadi feveret saya??


Sedar tak sedar Vitamin C dan ESP sangat membantu mengatasi masalah kesihatan yang saya hadapi terutama masalah kulit..

Dulu kan kulit saya ni kering sangat2. 

Alhamdulillah kini tiada lagi masalah kulit kering. Kulit dah lemnap-lembap dah. Bila sentuh best je rasa uoll. Dulu kan bila sentuh je pipi mak aih kering dan kasarnya rasa..

Dulu kan kulitku mudah kena sunburn tau...
Kena panas sikit je pun muka dah menjadi dua warna. Alhmdulillah konsisten ambil set kulit ni masalah sunburn kini tiada lagi..

Dulu kan tona kulitku tak sekata..sekarang dah cerah sekata..bukan kulit wajah je cerah sekata bahagian siku dulu kering dan warna gelap pun dah hilang. dah tak kering macam dulu. Yang paling syok dah tak gelap macam sebelumnya..

Dulu jerawat suka sangat datang menyinggah terutama masa nak datang bulan..stress oooiii bila jerawat naik walaupun seketul pulak tu..
kini jerawat pun dah segan-segan dah nak bertenggek kat muka ku ini..selamat tinggal jerawat..

Dulu parut jerawat susah nak hilang..mujur ada vitamin feveret ni selesai masalah..

vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat

Dulu gusi saya ni mudah sangat berdarah. Tak buat apa-apa pun sedar dah berdarah. Memang agak teruk juga la kan. Seriously memang sampai fobia nak gosok gigi. Takut nak oooiii nak gosok gigi. Tapi terpaksa gosok juga la kan. Tu pun gosok gitu-gitu je la asalkan gosok. Alhamdulillah sekarang dah tak ada masalah gusi berdarah..

Kenapa korang pun kena ambil Vitamin C dan ESP??


Bila sebut je vitamin C kebanyakan akan ingat vitamin C ni untuk kecantikan kulit je kan. Yup memang betul. Tetapi korang tahu tak kepentingan dan kebaikan vitamin C yang lain??

Vitamin C bukan untuk mereka yang nak kulit cantik, gebu, flawless glowing macam Mira Filzah je tau. Banyak sangat fungsi vitamin C ni untuk kesihatan kita. Vitamin C sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita.

Vitamin C ni juga adalah salah satu antioksidan. Antioksidan bertindak sebagai benteng penghalang radikal bebas. Serangan radikal bebas secara berterusan tanpa ada yang menghalang boleh menyumbang kepada proses penuaan dan penyakit seperti kanser,penyakit jantung dan keadaan seprti artritis.

Apabila seseorang itu mengalami kekurangan vitamin C ia akan menunjukkan pelbagai simptom dan tanda. Antaranya ialah rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi) dan gusi berdarah, kulit juga menjadi kasar dan kering, bersisik, kadar pemulihan luka menjadi lambat, lebam pada badan dengan mudah, dan hidung berdarah serta imunisasi menurun.

Sebiji Vitamin C Shaklee khasiatnya bersamaan dgn korang makan buah oren 7 biji setengah..Hmm kalu saya memang tak daya la nak makan buah oren sehari 7 biji kan..Apa susah vitamin c shaklee kan ado..


vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat

ESP ni kan protein. Memang kena ambil setiap hari la. Bila badan tak cukup protein macam2 la masalah datang kan..Kulit kering dan kusam, rambut gugur, kuku rapuh, badan letih tak bermaya dan macam2 lagi la masalah..

Setiap pagi wajib minun ESP terutama hari sekolah sebagai sarapan pagi dan untuk tenaga sepanjang hari. Kadang-kadang pagi kelas full dari pukul 8 sampai 10. Kalau tak minum ESP memang tergolek atas tangga gamaknya..hihi..

Dulu..kini..selamanya Shaklee di hatiku..Selamanya Cinta bak kata Shila Amzah dan Alif Satar giteww..

Friday, November 25, 2016

10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Korang tahu tak kanser adalah salah satu daripada sebab utama kematian yang berlaku di Malaysia.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007, secara keseluruhannya terdapat 10 jenis kanser utama yang sering berlaku di kalangan rakyat Malaysia.

Lima kanser yang paling kerap di kalangan lelaki Malaysia pada tahun 2007 adalah paru-paru, kolorektal (kolon dan rektum), nasofarinks, prostat dan limfoma. 

Lima jenis kanser yang paling biasa menyerang wanita adalah kanser payudara, kolorektal (kanser kolon dan rektum), pangkal rahim (serviks), ovari dan paru-paru.

10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser Payudara


Insiden penyakit kanser payudara banyak berlaku di kalangan kaum Cina diikuti oleh kaum India dan Melayu. Statistik pada tahun 2007 menunjukkan ramia wanita yang berumur di antara 50 hingga 59 tahun mendapat kanser payudara.


Kanser Kolorektum (klorektal)



Kanser kolorektal atau kanser kolorektum ialah kanser yang berlaku pada usus besar iaitu kolon dan rektum (hujung kolon). Kanser ini adalah kanser kedua yang paling banyak kes di kalangan lelaki dan perempuan selepas kanser payudara.


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia


Kanser Paru-paru


Kanser paru-paru ialah kanser yang paling utama berlaku di kalangan kaum lelaki. Kanser ini juga menjadi kanser ketiga palin lazim berlaku di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus besar.

Kaum Cina mencatatkan kes yang paling banyak berbanding Melayu dan India. Kebanyakan kes lambat dikesan. 

90% punca kanser paru-paru disebabkan merokok. Perokok pasif juga berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru. Jangan ingat korang tak merokok takkan dapat kanser paru-paru ye. 

Kalau suami, ayah dan adik beradik lelaki korang adalah perokok tegar korang juga ada risiko yang sama.
So watch out and beware okey. jangan ambil mudah..


Kanser Pangkal Hidung (Nasofarink)


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser keempat yang paling biasa berlaku dan kanser ketiga di kalangan lelaki.

Nasofarink ni satu bahagian daripada tekak. Ia terletak di belakang hidung dan bahagian atas 1/3 tekak. Kedudukan nasofarink bermula di belakang hidung sehingga ke leher. (boleh lihat gambar di bawah)


Kanser Serviks (pangkal rahim)


Kanser serviks berpunca daripada perubahan sel yang disebabkan oleh virus yang disebut papilomavirus manusia (human papillomavirus - HPV).

Virus ini boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan yang berlaku semasa aktiviti seks. 

Virus je boleh berpindah tetapi penyakit kanser serviks itu sendiri tidak boleh berjangkit kepada individu lain.

10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

Kanser Limfoma


Kanser limfoma ialah kanser yang terbentuk di dalam sistem limfa. Sistem limfa ialah sebahagian sistem imun tubuh. Ia mengandungi sel imun yang bernama limfosit. Limfosit inilah yang  berperanan untuk melindungi tubuh kita dari seranga virus, bakteria dan sebagainya.

Kanser limfoma berlaku apabila limfosit yang tidak normal membahagi dengan sangat cepat dan tumbuh tanpa kawalan.

Leukemia

Leukemia ialah kanser ketujuh yang kerap menyerang kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Ia juga kanser yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 hingga 14 tahun.

Kanser Ovari


Kanser yang keempat paling kerap menyerang wanita di Malaysia. Ovari ialah organ yang berfungsi mengeluarkan benih dan hormon bagi wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumaur 40 tahun ke atas.

Wanita yang ada ibu dan adik beradiknya pernah menghidap kanser ovari berisiko tinggi mendapat kanser ini juga. 


10 Jenis Kanser Utama Yang Kerap Menyerang Rakyat Malaysia


Kanser Perut

Kanser ini kerap berlaku di kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Biasanya orang lelaki yang ramai menghidap kanser perut. 


Kanser Hati

Mereka yang mengidap penyakit hepatitis B dan C secara kronik adalah berisiko untuk mendapat hepatoma. . Mereka yang mengidap penyakit hati hepatitis B kronik atau sirosis hati (pembentukan parut di hati daripada pelbagai punca) sangat-sangat berisiko untuk mengidap hepatoma.

Macam mana kita nak cegah dan elak kanser?


Ada beberapa cara yang boleh kita buat sebagai langkah pencegahan penyakit kanser. Langkah pencegahan ni memang wajib semua orang buat. Sebab apa penyakit kanser ni tak kira sesiapa pun semuanya berisiko. Lebih-lebih lagi bagi yang tak amalkan gaya hidup sihat.

Untuk mencegah kanser ada tiga perkara utama yang kita kena buat iaitu:
  • gaya hidup sihat. (tidak merokok, tidak minum arak)
  • diet yang seimbang
  • kurangkan stress

Faktor utama kanser adalah corak pemakanan yang tidak sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dan juga resveratrol sangat membantu mencegah kanser.

Sirap ajaib Vivix Shaklee adalah pilihan saya. Vivix Shaklee ialah supelmen yang mengandungi antioksidan dan resveratrol yang sangat tinggi. Vivix Shaklee berupaya menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan membiak.

Thursday, November 24, 2016

Manfaat Dan Fungsi Utama Vitamin E Complex Shaklee

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.
Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.


Manfaat Dan Fungsi Utama Vitamin E Complex Shaklee

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta.

Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Antara manfaat dan fungsi utama Vitamin E Complex Shaklee ialah:

  • Melindungi jantung - pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia dan penyakit jantung

  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - kaum lelaki yang mengambil 600 IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan bilangan sperma mereka.
Vitamin E Shaklee mampu meningkatkan kesuburan lelaki
Berdasarkan kajian yang dijalankan Vitamin E dan selenium membantu meningkatkan kualiti sperma dan membantu dalam pergerakan sperma.

  • Anti-penuaan - 1 kapsul vitmain E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, dan bintik penuaan.

  • Antioksidan yang kuat - pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti oksida yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imunisasi, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. ia juga memperbaiki masalah katarak dan penglihatan.

  • Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen

  • Memperbaiki Arthiritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir dan sakit sendi
  • Memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.



Untuk mendapatkan Vitamin E anda boleh memperolehinya daripada pelbagai sumber makanan yang lain. Antaranya ialah: 

  • Minyak sayuran
  • sayuran berdaun hijau gelap
  • kacang, biji-bijian
  • semua bijirin
  • Beras perang
  • telur
  • rumpai laut
  • susu
  • oat
  • kacang soya (soya GMO)
  • ubi kentang

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan

  • Mudah radang
  • penuaan kulit sebelum masa
  • rambut gugur
  • anemia dan sebagainya.

Untuk menempah klik link di bawah:


Beli VITAMIN E SHAKLEE di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan ut kesihatan kita."



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal: WhatsApp/Telegram: 0139279846



Wednesday, November 23, 2016

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Setiap tahun angka pesakit kanser di Malaysia semakin meningkat. Penyakit yang sangat ditakuti ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status apa seklaipun. Mengikut www.mstar.com.my dianggarkan 100, 000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun. Kaum hawa paling ramai yang kena kanser. 

Daripada angka tersebut wanita Melayu paling ramai yang menghidap kanser diikuti kaum Cina. Kaum lelaki pulak terbalik. Lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser berbanding lelaki Melayu. Sangat menakutkan. 

Jom kita tengok jenis-jenis kanser yang banyak terjadi di kalangan lelaki.

Kanser Kolorektal

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Kanser kolorektal atau kanser kolorektum juga kita sebut sebagai kanser usus besar (kolon) dan rektum (hujung kolon). Kanser ini juga dikenali sebagai pembunuh ini. Sebabnya tak ada simptom awal yang muncul. 

Kalau ada tanda-tanda pun kadang-kadang tidak jelas. Dan ramai yang salah sangka sebagai petanda sakit lain.

Antara simptom kanser kolorektal ialah:

  • bermula dengan gastrik
  • banyak angin dalam perut
  • berlakunya perubahan dalam tabiat membuang air besar seperti cirit-birit atau sembelit dalam tempoh yang lama beberapa minggu hingga sebulan
  • ada darah yang banyak dalam najis
  • ada lendir dalam najis
  • turun berat badab tanpa sebab
  • sakit perut. Ia berlaku apabila adanya komplikasi seperti kebocoran Pada tahap ini rawatan segera perlu dibuat. 


Siapa yang berisiko mendapat kanser klorektal?

  • umur yang melebihi 40 tahun
  • kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
  • mereka yang suka makan daging merah
  • pernah menghidap polip kolorektum
  • ada ahli keluarga yang menghidap kanser kolorektal
  • pernah menghidap kanser yang ada kaitan dengan genetik seperti kanser rahim, perut, usus kecil, pankreas dan buah pinggang)
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser)
  • merokok
  • alkohol

Jadi jika ada tanda-tanda seperti di atas cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. InsyaAllah dengan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa kita.

Kanser Paru-paru


Merokok adalah punca utama kanser paru-paru terjadi. Perokok pasif yang terdedah dengan kepada asap rokok sekunder juga berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru walaupun tidak merokok. 

Bukti menunjukkan risiko mendapat kanser paru-paru bagi perokok pasif meningkat jika pasangannya merokok 20 batang sehari atau lebih.

Simptom Kanser Paru-paru


Gejala dan tanda-tanda kanser paru-paru bergantung kepada saiz tumor dan kedudukannya.
  • Batuk yang berterusan (batuk jenis kering)
  • Batuk berdarah atau kahak ada darah
  • Sesak nafas walaupun dalam keadaan rehat
  • Sakit dada ketika bernafas
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Berlakunya perubahan pada suara seperti garau
  • Bahagian dada, leher dan muka menjadi bengkak dan kemerahan
  • Radang paru-paru dalam tempoh masa yang lama
  • Loya, muntah, dahaga, sembelit atau berkeadaan keliru akibat dari peningkatan paras kalsium dalam darah (hypercalcemia)


Faktor-faktor Risiko Kanser Paru-paru


Selain faktor merokok terdapat faktor-faktor lain juga yang meningkatkan peluang mendapat kanser paru-paru, iaitu:
  • terdedah kepada bahan kimia atau industri kimia seperti asbestos, nikel, arsenik dan radon di tempat kerja atau tempat lain
  • sejarah keluarga dan diri. mereka yang mempunyai saudara mara paling rapat seperti ibu bapa, adik beradik atau anak yang pernah menghidap kanser paru-paru berisiko dua kali ganda dari orang lain. 

Saya pernah menulis tentang kanser paru-paru sebelum ni secara lebih detail. Nak tahu apa suplemen terbaik untuk kanser paru-paru boleh klik kat link di bawah ni tau..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ˜ŠπŸ˜‰
Merokok dan Asap Rokok Menjadi Punca Utama Kanser Paru-paru


Kanser Pangkal Hidung


Kanser pangkal hidung juga lebih dikenali sebagai kanser nasofarink. Nasofarink ni satu bahagian daripada tekak. Ia terletak di belakang hidung dan bahagian atas 1/3 tekak. Kedudukan nasofarink bermula di belakang hidung sehingga ke leher. (boleh lihat gambar di bawah)


5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Menyerang Kaum Adam

Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung


Tanda-tanda awal kanser pangkal hidung seperti hidung kerap berdarah, ada masalah berkaitan pendengaran seperti bunyi berdengung dan sakit telinga dan hidung tersumbat.

Apabila kanser semakin merebak akan muncul tanda-tanda seperti di bawah:
  • deria pendengaran hilang
  • rasa sakit, kebad atau lumpuh pada bahagian muka
  • ada darah bila batuk
  • sukar untuk menelan makanan
  • nak bernafas atau bercakap menjadi susah kerana hidug tersumbat
  • mata menjadi kabur ataupun ada bayang
  • susah nak buka mulut


Kanser Prostat


Berdasarkan statistik dianggarkan lebih 1.1 juta kaum adam di Malaysia menghidap kanser prostat. Ia menjadi pembunuh kepada kaum lelaki nombor empat selepas serangan jangtung, kencing manis dan darah tinggi.

Kanser prostat terjadi apabila ketumbuhan bermula dalam kelenjar prostat. Kebiasaannya kanser ini menyerang lelaki yang berumur 50 tahun. Semakin tua usia seseorang itu semakin tinggi risikonya.

Beberapa faktor menjadi penyebab kepada kanser prostat, antaranya ialah usia, sejarah keluarga, pemakanan dan hormon.


Nak tahu apa suplemen terbaik untuk kanser prostat boleh klik kat link di bawah ni tau..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ˜ŠπŸ˜‰
Bahaya Kanser Prostat, Kaum Lelaki Jangan Ambil Mudah


Wahai lelaki budiman sekalian nak tahu tentang kanser prostat ni kena tahu dan kenal apa itu prostat dan fungsinya dahulu.

Jangan ambil mudah ye kanser prostat ni walaupun ia tak sepopular pemyakit 3 serangkai..tapi jika tak disesan dan dirawat lebih awal sel-sel kanser boleh merebak bahagian lain seperti tulang dan paru-paru. 

Kanser Hati


Kanser bermula pada sel, iaitu blok binaan yang membentuk tisu. Tisu membentuk organ di dalam tubuh. Biasanya, sel tumbuh dan membahagi untuk membentuk sel baru apabila tubuh memerlukannya. Apabila sel semakin tua dan musnah, sel baru akan mengambil tempatnya. Kadangkala, proses yang teratur ini terganggu. Sel baru terbentuk walaupun tubuh tidak memerlukannya atau sel tua tidak dimusnahkan seperti yang sepatutnya. Akhirnya suatu jisim tisu yang dinamai tumor terhasil. (sumber)

Kanser hati juga disebut sebagai penyakit senyap. Ini kerana kebiasaannya kanser ini tidak menunjukkan tanda-tanda pada peringkat awal.

Apa pun tanda-tanda dan gejala ini mungkin terjadi apabila seseorang itu mendapat kanser hati:
  • Rasa sakit pada atas bahagian perut, di sebelah kanan
  • Suatu ketulan atau rasa berat pada atas bahagian perut
  • Bahagian perut bengkak (kembung)
  • Hilang selera makan dan rasa kenyang
  • Berat tubuh mengurang
  • Kelemahan atau terasa letih
  • Loya dan muntah-muntah
  • Kulit dan mata kuning, najis berwarna pucat dan air kencing berwarna gelap kerana Jaundis
  • Demam


Apa yang perlu kita lakukan??


Jadi apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko terjadinya kanser dan menyelamatkan nyawa kita.

Antara langkah awal untuk mencegah penyakit kanser ialah dengan mengambil makanan atau suplemen yang mengandungi antioksidan dan resveratrol yang tinggi. 

Suplemen antioksidan dan resveratrol membantu menghalang radikal bebas yang menjadi punca kanser.

Suplemen pilihan saya tentulah Vivix Shaklee yang mengandungi resveratrol yang sangat berkuasa. Ia bukan saja membantu mencegah kanser malah berkeupayaan menghalang sel-sel kanser dari merebak dan sekaligus boleh mematikan sel-sel kanser. 

Monday, November 21, 2016

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Berlaku Di Kalangan Wanita

Kanser menjadi satu penyakit yang paling ditakuti. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya dan miskin. Semua kita berisiko mendapat kanser.

Untuk entry kali ini saya nak cerita secara ringkas 5 kanser utama yang sering berlaku di kalangan wanita. Antaranya ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser endometrium (kanser rahim), kanser tiroid, dan kanser usus (kolon).


Kanser Payudara


Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara. Kebiasaannya kanser ini menyerang wanita yang berusia 40 tahun ke atas.

Untuk mengesan kanser payudar pada peringkat awal agak susah sebenarnya. 


5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Berlaku Di Kalangan Wanita


Umur merupakan faktor utama bagi golongan berusia diserang kanser payu dara. Faktor genetik juga menjadi penyebab terutama kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payu dara iaitu 80 hingga 90 peratus.

Bagi anda yang ada ahli keluarga terdekat pernah mendapat penyakit kanser ini korang perlu mengambil langkah awal pencegahan. Genetik antara faktor utama kanser payudara. Selain gaya pemakanan yang mesti dititikberatkan dan diubah, pengambilan suplemen yang tinggi antioksidan sangatlah perlu dan WAJIB.

Nak cegah kanser payudara? Nak cari suplemen terbaik sebagai rawatan alternatif kanser payudara? Jom klik link kat bawah ni tau.
Sejarah Keluarga Menjadi Faktor Risiko Yang Tinggi Untuk Mendapat Kanser Payudara

Kanser Paru-paru


Merokok menjadi punca utama kanser paru-paru. Wanita yang menjadi perokok pasif juga mempunyai risiko yang sama untuk mendapat kanser paru-paru.

Doktor percaya merokok menjadi sebab kanser paru-paru. Merokok akan merosakkan sel-sel sihat yang melapisi organ itu. Apabila seseorang itu menyedut asap rokok yang penuh dengan bahan karsinogen yang menyebabkan kanser, perubahan dalam tisu paru-paru akan bermula serta merta.

Pada peringkat awal, badan kita masih lagi boleh memperbaiki kerosakan sel-sel dan tisu paru-paru. Tetapi pendedahan terhadap asap rokok secara berterusan dan berulang-ulang, sel-sel normal yang melapisi paru-paru akan menjadi semakin rosak.

Kerosakan inilah yang menyebabkan sel-sel menjadi tidak normal dan bertindak luar biasa akhirnya membentuk sel-sel kanser.


Nak cegah kanser paru-paru? Klik link kat bawah ni tau
Merokok dan Asap Rokok Menjadi Punca Utama Kanser Paru-paru


Kanser Endometrium

Kanser endometrium juga dikenali sebagai kanser rahim (uterine cancer). Ia kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 55 tahun dan ke atas. Di Malaysia kanser rahim paling banyak terjadi di kalangan wanita yang berusia di antara 60 hingga 69 tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang kanser rahim boleh klik link di bawah ini πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ‘‡πŸ‘‡
Pendarahan Yang Berlaku Selepas Menopaus Petanda Kanser Rahim

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Berlaku Di Kalangan Wanita

Kanser ovari menjadi kanser ketiga tertinggi menyerang kaum hawa. Di antara kanser yang berkaitan sistem reproduktif wanita kanser ovari merupakan kanser yang paling susah untuk dikesan pada peringkat awal. Kematiang disebabkan kanser ini juga adalah tinggi. 

Di Malaysia kanser ini menyerang wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Kebanyakan kes pesakit kanser ovari datang lambat untuk mendapatkan rawatan. Ketika ini rawatan kurang berkesan kerana sel-sel kanser sudah merebak.

Nak cegah kanser ovari? Nak cari rawatan alternatif kanser ovari? Klik link kat bawah ni tau..
Dunia Yang Gelap Kini Kembali Bersinar Apabila Disahkan Bebas Kanser Ovari


Kanser Usus

Walaupun dikatakan kanser usus kerap berlkau di kalangan kaum adam, namun wanita juga berisiko mendapat kanser usus.

Salah satu tanda-tanda kanser usus ialah najis berdarah atau najis berwarna hitam seperti kopi.

Nak tahu apa suplemen terbaik untuk kanser usus jom klik link kat bawah ni.
Meremang Bulu Roma Bila Mak Mertua Kawan Sembuh Kanser Usus Tahap 4

5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Berlaku Di Kalangan Wanita



Apa yang perlu kita lakukan??


Jadi apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko terjadinya kanser dan menyelamatkan nyawa kita.

Memang ngeri bila sebut bab kanser ni kan. Pada tahun 2011 atau 2012 mak saudara sebelah mak saya telah meninggal disebabkan kanser usus. Sepupu saya belah mak juga meninggal disebabkan kanser payudara. Pada tahun 2004 lebih kurang saya pun tak berapa nak ingat dah, mak saudara sebelah ayah pun meninggal kerana kanser payudara.

Lihat pada sejarah, saya juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser. Takut sangat bila fikir bab sakit ni kan. Sebagai langkah pencegahan saya mengamalkan suplemen VIVIX Shaklee.


5 Jenis Kanser Utama Yang Biasa Berlaku Di Kalangan Wanita

Vivix mengandungi resveratrol satu sebatian polifenol yang sangat berkuasa. Salah satu fungsi resveratrol ialah mampu menghalang sel-sel kanser dari merebak. Sekaligus berupaya mencetuskan kematian sel-sel kanser (apoptosis).
  • Bahan-Bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser.
  • VIVIX dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
  • VIVIX Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik.
  • VIVIX Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser.

Ayuh kita cegah penyakit kanser sebelum terlambat. Pengambilan siap ajaib Vivix Shaklee mampu mencegah terjadinya penyakit kanser. Vivix Shaklee telah dibuktikan secara ujian klinikal mampu menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan merebak.

Pastinya harga sebotol Vivix sangatlah murah jika dibandingkan dengan kos untuk merawat penyakit kanser.

Inginkan VIVIX dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa? Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Friday, November 18, 2016

Merokok Salah Satu Punca Utama Kanser Tekak

Kanser adalah penyakit yang mana sel-sel berkembang dan membahagi secara tidak terkawal di dalam badan. Sel-sel yang tidak normal ini berkembang membentuk ketumbuhan malignan yang dipanggil tumor.

Kanser tekak merujuk kepada tumor kanser yang berkembang di dalam tekak (pharynx), kotak suara (larynx) da tonsil. Tekak ialah tiub ototyang bermula di belakang hidung dan berakhir pada leher. 

Kanser tekak kebiasaannya bermula di dalam sel-sel rata yang melapisi bahagian dalam tekak. 

Merokok Salah Satu Punca Utama Kanser Tekak

Kotak suara yang terletak di bawah tekak juga terdedah kepada kanser tekak. Kotak suara dicipta daripada tulang rawan dan mengandungi pita suara yang getaran untuk menghasilkan bunyi apabila kita bercakap.

Kanser tekak juga boleh memberi kesan kepada bahagian rawan (injap pernafasan) yang berfungsi sebagai penutup kepada salur udara kita. Kanser tonsil merupakan satu lagi bentuk kanser tekak yang memberi kesan kepada tonsil dan yang terletak dibahagian belakang tekak.

Kanser tekak adalah istilah umum yang merujuk kepada kanser yang terjadi di dalam tekak (pharyngeal cancer) atau di dalam peti suara (laryngeal cancer).

Tekak dan peti suara berkait rapat dengan kotak suara yang terletak di bawah tekak.

Kenali tanda-tanda dan simptom kanser tekak


Pada peringkat awal agak sukar untuk mengesan kansere tekak. Gejala dan tanda-tanda kanser tekak yang biasa berlaku ialah:

  • perubahan pada suara seperti serak dan suara tidak jelas
  • sukar untuk menelan
  • sakit telinga
  • luka yang tidak sembuh
  • sakit tekak
  • turun berat badan
  • batuk berterusan (mungkin batuk berdarah)
  • sakit telinga
  • nodus limfa di leher membengkak
  • termengah-mengah ketika bernafas

Jika ada tanda-tanda di atas yang berterusan segeralah berjumpa dengan doktor. Penting sangat tau untuk kita buat pemeriksaan lanjut yang lebih teliti.

Punca dan faktor risiko kanser tekak


Menurut healthline.com orang lelaki lebih berisiko mendapat kanser tekak berbanding wanita. Gaya hidup yang tidak sihat boleh meningkatkan lagi risiko mendapat kanser tekak.

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan lagi risiko kanser tekak ialah:
  • penggunaan tembakau termasuklah merokok dan menguyah tembakau
  • pengambilan dan penggunaan alkohol yang berlebihan
  • kekurangan Vitamin A
  • terdedah kepada asbestos
  • pengambilan makanan yang kurang buah-buahan dan sayur-sayuran
  • sejenis virus yang dipanggil human papillomavirus (HPV). Ini adalah virus kelamin
  • penyakit refluks gastroesophageal (GERD)
  • penjagaan kebersihan gigi yang rendah

Menurut The Cancer Treatment Centers of America berkata jangkitan HPV merupakan faktor risiko untuk kedua-dua kanser pangkal rahim di kalangan wanita dan kanser tekak.

Kanser tekak amat berkait rapat dengan perbuatan merokok. Walaupun tak semua orang merokok menghiadap kanser tekak. Tetapi jika korang merokok inilah masanya yang terbaik untuk berhenti merokok kerana:
  • Merokok membuatkan rawatan tidak berkesan
  • Merokok menjadikannya lebih sukar untuk badan anda untuk sembuh selepas pembedahan.
  • Merokok meningkatkan risiko anda mendapat kanser lain pada masa akan datang

Ye saya tahu nak berhenti merokok bukan senang tapi kalau nak seribu daya kalau dah tak nak tu macam-macam alasan kit aboleh bagi. Betul tak?

Nak tahu cara berhenti merokok dengan mudah meh klik link kat bawah ni ye..tekan je πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ‘‡πŸ‘‡

Suplemen terbaik untuk pesakit kanser tekak dan mencegah kanser berulang


Suplemen terbaik yang paling berkesan untuk pesakit kanser tekak dan kanser lain ialah Vivix Shaklee. Di dalam Vivix ni ada satu bahan yang sangat berkuasa yang dinamakan sebagai resveratrol. Apa benda resveratrol ni sampaikan ramai sangat tergila-gilakan Vivix.

Merokok Salah Satu Punca Utama Kanser Tekak

Kat bawah ni saya petik dari website articles.mercola.com 
Resveratrol’s antioxidant, anti-inflammatory, and anti-carcinogenic properties have been well-established by science, and its benefits are thought to extend to the prevention and treatment of chronic diseases such as cancer and Alzheimer’s disease, among others.

Faham ke tak faham? Mudahnya begini. Resveratrol ni ada fungsi antioksidan dan juga antikarsinogen. Banyak sangat kajian-kajian makmal yang telah dibuat nak cari apa manfaat reveratrol ni.

Memang banyak sangat faedah resveratrol untuk kesihatan antaranya ialah sebagai satu cara untuk mencegah dan rawatan untuk penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya.

Resvetarol ni banyak terdapat di dalam buah anggur muscadine. Anggur muscadine ni memang tak wujud la kat Malaysia atau asia tenggara ni. Memang tak ada. Nak tanam pun takkan hidup punyalah.

Anggur yang hebat ciptaan Allah ni berasal dari Tenggara Amerika Syarikat. Kat dalam hutan antara Delaware ke Teluk Mexico pun ada juga anggur ni.

So mana nak cari anggur muscadine ni? takkan nak pergi Amerika pulak kan?? Tak payah susah payah habiskan duit berpuluh-puluh ribu ringgit pergi juma Donald Trumph nak beli anggur hebat ni.

Merokok Salah Satu Punca Utama Kanser Tekak

Kat Malaysia pun ada tau. Eh biar betul? Ye betul. Kat atas tadi saya ada sebut kan Vivix Shaklee. Dalam Vivix Shaklee ni bukan ada anggur muscadine je tau. Ada lagi 3 jenis tumbuhan iaitu lobak ungu (purple carrot), polyganum cuspidatum (japanese knotweed) dan elderberry Eropah.

Gabungan empat ramuan semulajadi yang hebat ini menjadikan Vivix Shaklee suplemen yang mengandungi resveratrol lebih berkuasa berbanding produk lain. Vivix diberi jolokan sebagai sirap ajaib atau tonik ajaib.

Sebab tu harganya tidak mahal jika dibandingkan dengan manfaat yang ada di dalamnya. Pastinya kita takkkan mampu nak cari kesemua tumbuhan yang ada dalam Vivix ni kan. kalau boleh cari pun kosnya pasti lagi mahal berbanding korang beli sebotol Vivix yang tak sampai pun RM500.

Jom tengok testimoni pesakit kanser yang mengambil Vivix Shaklee sebagai rawatan alternatif πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ˜πŸ˜
Testimoni Pesakit Kanser Sihat Selepas Mengambil Makanan Tambahan Resveratrol

Vivix Shaklee adalah pilihan paling tepat dan terbai untuk mencegah penyakit kanser dan sebagai alternatif merawat kanser tekak dan juga kanser lain. Ini kerana kebolehannya boleh mematikan sel-sel kanser dan seklaigus mengelakkan sel-sek kanser dari berkembang.

Merokok Salah Satu Punca Utama Kanser Tekak

Usah ragu-ragu lagi. Jom pilih Vivix Shaklee. Pasti anda tidak menyesal.

Bacaan lanjut tentang kelebihan resveratrol boleh baca di siniπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ˜„πŸ˜„


Inginkan Vivix dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846