Thursday, August 11, 2016

7 Cara Mudah dan Cepat Membuang Angin Dalam Badan

Masalah angin dalam badan atau perut bukanlah satu masalah besar. Tetapi kehadirannya menyebabkan kita rasa tidak selesa. Setiap orang biasanya mengalami gejala yang sama tetapi punca yang berbeza. Dalam keadaan normal angin sememangnya wujud di dalam esofagus, perut, usus besar dan usus kecil. 

Menurut Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, Pakar Perunding Gastroenterologi dari Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), angin dalam perut yang dihadapi kebanyakan orang adalah berpunca daripada dua sumber iaitu:
  • udara yang ditelan tanpa sedar apabila seseorang itu dalam keadaan tertekan atau stress.
  • proses penghancuran makanan yang tidak dihadam di dalam usus besar menghasilkan gas seperti karbon dioksida, hidrogen, karbon dan methane.

Sebab-sebab lain yang dikatakan menjadi punca badan berangin ialah makan makanan yang tinggi serat. Makanan tinggi serat boleh menghasilkan gas. Masalah sembelit juga menjadi sebab badan berangin.

7 Langkah Mudah Dan Cepat Membuang Angin Dalam Badan


Cara Pertama

Elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang menjadi punca terhasilnya gas seperti makanan tinggi serat dan karbohidat. Mengikut Mayo Clinic antara makanan yang menjadi punca angin ialah:
  • kekacang
  • brokoli
  • kubis
  • bunga kubis
  • minuman karbonat
  • gula-gula getah
  • buah seperti epal, oic dan pear
  • susu dan produk tenusu
  • makanan bijirin penuh
  • daun salad
  • bawang


Cara Kedua

Minum sebelum makan. Minum semasa makan menyebabkan usus kehilangan asid yang berfungsi untuk proses penghadaman. Minum air 30 minit sebelum makan boleh membantu usus mencerna dengan lebih baik.

Cara Ketiga

Makan dan minum dengan perlahan-lahan. Tabiat makan dengan cepat menyebabkan udara ditelan dengan banyak yang boleh menghasilkan angin dalam perut

Jika anda memakai gigi palsu semak dengan doktor gigi anda tentang kesesuaian gigi (tidak longgar) supaya tidak tertelan angin semasa makan.

Cara Keempat

Elakkan pemanis tiruan. Agak susah nak elakkan pemanis tiruan ni. Setiap makanan yang ada hari ini tak kira makanan ringan atau kuih muih yang dijual di kedai-kedai mengandungi pemanis tiruan. Kita nak elakkan mungkin agak sukar. Langkah yang selamat cuba kurangkan.

Kat rumah boleh la kita guna pemanis stevia bagi menggantikan gula pasir yang banyak keburukannya.

Cara Kelima

Minum air teh daun pudina (peppermint). Daun pudina mengandungi minyak menthol yang berfungsi sebagai anti spasmodic dengan melancarkan otot dalam saluran penghadaman. Peppermint juga boleh membantu menenangkan perut kembung dan melancarkan perjalanan makanan di dalam usus dengan cepat.

Minum secawan teh peppermint tanpa gula selepas makan membantu menghilang rasa sebu dan kembung perut. Nak kunyah daun peppermint pun boleh juga kakau tak nak buat air teh. Tapi mampu ke?

Cara Keenam

Minum teh HaliaHalia adalah herba yang terkenal yang boleh digunakan untuk mengurangkan gas dan kembung. Ia mengandungi beberapa bahan-bahan aktif termasuk sebatian pedas gingerols dan shogaols yang membantu mengurangkan keradangan dalam usus dan mengendurkan otot usus.

Camne nak buat teh halia sendiri? Tak susah pun. Ambil hirisan halia yang dipotong nipis 5 hingga 6 hirisan. Letak dalam cawan dan tuang air panas ke dalam cawan itu. Tutup cawan rapat-rapat dan biarkan halia tadi berendam dalam air panas kira-kira 10 minit. Nak rasa lagi best boleh letak madu dan perah jus lemon sedikit. Wow memang terangkat la.. 

Cara Ketujuh

Bawang putih. Kualiti pemanasan yang terdapat di dalam bawang putih mampu mengurangkan kembung dan gas di dalam perut serta membuang angin dalam badan. Sebab tu la petua nenek moyang kita menggunakan bawang putih untuk membuang angin dalam badan bagi ibu-ibu yang bersalin. 

Yang paling bagusnya kita kunyah bawang putih segar dengan gigi. Tapi mampu ke kita? Saya sendiri memang tak daya la nak makan bawang putih hidup-hidup tanpa masak. 

Kalau tak mampu macam mana nak buat? Jangan risau adik kakak semua. Saya ada caranya yang paling mudah nak selesaikan angin dalam badan dan perut. 

Produk Shaklee boleh membantu korang untuk buang angin dalam badan tanpa bersusah payah nak kunyah bawang putih, nak cari daun pudina bagai. Produk Shaklee yang boleh menyelesaikan masalah ini ialah Peppermint Ginger Plus dan Garlic Complex


7 Cara Mudah Dan Cepat Membuang Angin Dalam Badan
Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus (RM45 / 90 tablets) 

Peppermint ginger plus shaklee dihasilkan dari 4 herb asli iaitu halia, pudina, jintan hitam dan jintan manis. 

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman serta  dapat melegakan perut.

Pudina pula merupkaan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadama secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Garlic complex


Garlic Complex (RM47.50 / 60 tablets)

Dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin Aktif)

Garlic Complex berfungsi mempertingkatkan sistem penghadaman seperti masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.


Inginkan vitamin Shaklee untuk mengatasi masalah angin dalam badan dengan cepat dan berkesan dengan harga paling istimewa?
Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

No comments:

Post a Comment