Friday, July 29, 2016

Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Ramai yang tak percaya dan tak dapat terima hakikat bahawa gula pasir dan bahan makanan yang mengandunginya boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. 

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi. Otak manusia tidak boleh menyimpan glukosa jadi sumber glukosa diambil dari glukosa yang ada dalam darah. Paras glukosa yang diperlukan lebih kurang 100mg glukosa bagi setiap 100ml darah.

Otak amat sensitif apabila apabila paras glukosa melebihi 100mg/ml. Apabila kandungan glukosa ini tinggi (hyperglycaemia) sistem pengangkutan glukosa ke dalam sel-sel otak akan tertutup dan gula tidak dapat masuk ke sel-sel otak. 

Dalam keadaan ini otak akan mengarahkan limpa untuk mengeluarkan insulin yang akan menyalurkan glukosa ke otot-otot dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. 


Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke

Proses pembakaran tenaga ini akan menggerakkan otot-otot. Jika pembakaran berlebihan akibat terlalu banyak glukosa, kanak-kanak akan bergerak tanpa dapat dikawal. Inilah yang disebut sebagai hiperaktif.

Tenaga yang dihasilkan secara berlebihan ini akan menyebabkan kanak-kanak mula melompat-lompat, berlari dengan aktif sekali, menjerit-jerit dan berkelakuan yang sukar dikawal.
(Rujuk Diges Pendidik jilid 9 Bil. 1/2009Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalam Kalangan Kanak-kanak)

Mengikut kajian yang dijalankan Unit Psikiatri Universiti of Bristol United Kingdom pada tahun 2009, kanak-kanak yang mengambil makanan ringan seawal usia usia 4 tahun menjadi punca kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. (Rujuk drzubaidi.com )


Apa itu kanak-kanak hiperaktif?


Hiperaktif merupakan salah satu ciri ADHD. ADHD singkatan kepada attention deficit hyperactive disorder. Hiperaktif bukanlah satu penyakit. Kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri sendiri. 


Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif


  • Kerap menggerakkan tangan dan kaki atau menggeliat-geliat di tempat duduk.
  • Selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas, kurang perhatian dan memberikan tumpuan (fokus) yang lebih banyak terhadap sesuatu perkara lain yang lebih diminati.
  • Sering berlari ke sana dan ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai. contohnya kanak-kanak ini mungkin berlari dan melompat di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
  • Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap. Mereka ini tidak bercakap banyak atau gagal mengawal pertuturan mereka. contohnya mereka tidak tahu masa yang seharusnya perlu diam atau masa mereka perlu bercakap.
  • Selalu on the go iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap dilihat seperti digerakkan oleh motor.
  • Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap.
  • Kadang-kadang cuma mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat difahami sahaja.

Selain merawat kanak-kanak hiperaktif dengan ubat-ubatan hospital, pengambilan makanan tambahan (suplemen) amatlah digalakkan. 

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad pengambilan minyak ikan omega 3 setiap hari selama 6 bulan bagi kanak-kanak hiperaktif (ADHD) dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dapat menyempurnakan kerja dan dapat meningkatkan prestasi akademik. 

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)



Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak hiperaktif (ADHD). Menurut umm.edu Asid lemak omega 3 memainkan peranan yang penting untuk memastikan fungsi normal otak.

Pengambilan Gula Berlebihan Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif...Betul Ke?

Di dalam Vita-Lea for Children mengandungi Zinc, magnesium, zat besi dan Vitamin B8 yang diperlukan oleh kanak-kanak hiperaktif (ADHD).


Zinc

Ada beberapa kajian mengatakan kanak-kanak hiperaktif (ADHD) mempunyai kandungan zink yang rendah di dalam darah. Zink memainkan peranan dalam fungsi neurotransmitter dan menyokong kesihatan otak.


Magnesium

Magnesium merupakan mineral penting yang mengawal lebih 300 tindak balas biokimia dalam badan. Mineral ini memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh manusia. Kekurangan magnesium boleh mencetuskan keresahan, kurang tumpuan, cepat marah dan kekeliruan mental.

Dalam satu kajian awal 75 kanak-kanak yang kekurangan magnesium dengan ADHD, mereka yang menerima makanan tambahan magnesium menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku berbanding dengan mereka yang tidak menerima makanan tambahan.

Vitamin B6


Badan manusia memmerlukan vitamin B6 yang mencukupi untuk menghasilkan bahan kimia otak yang memberi kesan kepada kanak-kanak ADHD.

Zat Besi

Menurut www.healthline.com kekurangan zat besi bagi kanak-kanak menyebabkan mereka cepat marah, kemerosotan kognitif dan ketidakupayaan pembelajaran.



Inginkan vitamin untuk anak-anak yang hiperaktif dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?


Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Thursday, July 28, 2016

Rawat Masalah Buasir Segera Sebelum Menjadi Lebih Teruk

Kita tahu buasir ni penyakit yang berkaitan dengan dubur. Di dalam istilah perubatan buasir disebut sebagai haemorroid. Tanda yang paling mudah untuk menentukan buasir atau tidak apabila salur dubur menjadi bengkak. Pesakit buasir akan merasa sakit apabila otot dubur menekan bengkak tersebut dan proses membuang air besar menjadi sangat terseksa dan sakit.

Terdapat dua jenis buasir iaitu:


  • buasir dalaman (internal haemorroid) - buasir yang bermula dari dalam saluran dubur
  • buasir luaran (external haemorroid) - bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur
Buasir internal boleh berdarah dari dalam saluran dubur dan terkeluar atai disebut sebagai prolapse. Biasanya pesakit buasir akan dapat rasa adanya sesuatu yang terkeluar (ketumbuhan) di luar lubang dubur (anus). terutama sekali semasa membuang air besar.


7 Langkah Mudah Untuk Elakkan Buasir


Cara terbaik untuk mencegah buasir ialah dengan memastikan najis sentiasa lembut supaya proses membuang ai besar berjalan dengan lancar.

  • Makan makanan yang tinggi serat. Serat banyak terdapat di dalam buah-buahan dan juga sayura-sayuran serta bijirin penuh. Serat membantu melembutkan najis dan dapat elakkan meneran ketika membuang air besar.
  • Minum air yang banyak. Minum air 6 hingga 8 gelas sehari bukan saja baik untuk proses penghadaman malah baik untuk kesihatan tubuh.
  • Mengambil makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi serat. Ramai yang tidak mengambil serat yang mencukupi dalam diet harian mereka. jadi pengambilan serat dalam bentuk suplemen boleh membantu menampung kekurangan itu. dinasihatkan jika ambil suplemen serat pastikan minum air masak lebih dari 8 gelas. Air yang kurang boleh menyebabkan sembelit yang lebih teruk. Alfalfa Shaklee dan juga Herblax Shaklee mengandungi serat yang tinggi untuk mengatasi sembelit.
  • Jangan meneran. Meneran ketika membuang air besar mencetuskan tekanan yang lebih kuat ke atas urat dalam rektum lalu menyebabkan kesakitan dan pendarahan.
  • Jangan lengahkan apabila ingin membuang air besar. Melambat-lambatkan atau menahan diri dari membuang air besar menyebabkan najis menjadi kering dan lebih sukar untuk membuang.
  • Senaman. Kekal aktif dapat membantu mencegah sembelit dan mengurangkan tekanan pada salur darah.
  • Elakkan duduk dalam tempoh yang lama. Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas boleh meningkatkan tekanan pada salur darah dubur.

Cadangan Suplemen Untuk Atasi Buasir


Rawat Masalah Buasir Segera Sebelum Menjadi Lebih Teruk

OMEGA GUARD

- membantu mengurangkan bengkak akibat buasir.
- membantu mengurangkan radang dan kesakitan.

OSTEMATRIX

- melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis.
- membantu mengurangkan sembelit.

ZINC COMPLEX

- membantu proses penyembuhan luka akibat buasir berdarah dengan cepat.


Inginkan vitamin untuk mengatasi penyakit gusi bengkak dan berdarah dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846


Wednesday, July 27, 2016

Gusi Bengkak Dan Berdarah Sampai Fobia Nak Berus Gigi

Gusi bengkak dan berdarah merupakan salah satu tanda penyakit gusi peringkat awal. Dalam istilah perubatan disebut sebagai gingivitis. 

Penyakit ini terjadi disebabkan berkumpulnya plak di kawasan gusi dan gigi. Berjuta-juta bakteria terdapat dalam plak yang menyebabkan radang pada gusi. Di dalam plak juga ada toksin dan asid yang yang boleh menyebabkan gusi merah, bengkak dan berdarah.

Plak terhasil daripada sisa-sisa makanan lembut yang berkumpul dan melekat di permukaan celahan gigi. Plak yang tidak dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus. Air liur kita yang mengandungi kalsium menyebabkan plak menjadi keras.  



Penyakit gusi boleh berlaku pada semua orang. Biasanya boleh dirawat dengan penjagaan gigi dan mulut yang betul. Tetapi jika penyakit ini tidak dirawat pada peringkat awal, plak akan menyebabkan inflamasi dan boleh melemahkan tisu lembut dan tulang di sekitar gigi.

Jika inflamasi ini berterusan akan menyebabkan gigi menjadi goyang dan akhirnya tanggal dengan sendiri atau perlu dicabut.

Gusi berdarah juga boleh jadi punca masalah kesihatan yang lain. Jadi jangan ambil mudah jika korang ada mengalami masalah gusi bengkak dan berdarah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan awal dapat dibuat. Rawatan awal amatlah penting untuk elakkan penyakit menjadi lebih teruk.


Tanda-tanda Penyakit Gusi Peringkat Awal (Gingivitis)

  • Gigi yang merah atau bengkak atau berdarah apabila memberus gigi atau memflos atau menguyah makanan keras
  • sakit gigi atau gigi sensitif
  • nafas berbau 
  • gusi bengkak dan bernanah
  • gusi merah menyala
  • gusi mudah berdarah
  • diet yang tidak betul (kurang vitamin C dan B serta Kalsium)
  • gigi menjadi longgar atau mempunyai lekuk akhirnya kena cabut. Ini peringkat penyakit gusi yang paling teruk disebut sebagai periodontitis.


Perbezaan gigi dan gusi yang sihat dengan yang tidak sihat


Rawatan Penyakit Gusi


Selain penjagaan kesihatan mulut yang berkesan, untuk merawat penyakit gusi ialah dengan mencuci gigi dan mambuang kalkulus. Disebut juga sebagai scaling.

Alat yang digunakan untuk mencuci dipanggil ultrasonic scaler. Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah kerana gusi yang bengkak mudah berdarah.

Jika penyakit gusi pada tahap yang lebih serius,kaedah biasa tidak mencukupi untuk merawatnya. Gusi yang bengkak atau bernanah perlu dikeluarkan atau dipotong dengan melakukan satu pembedahan kecil. Penyakit itu selalu melibatkan lebih dari satu bahagian rahang, dan pembedahan kecil akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Gigi yang longgar kadangkala boleh menjadi kukuh semula tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Bagi gigi yang terlalu longgar, rawatan splinting perlu dilakukan untuk mengukuhkan gigi dalam rahang. Kadangkala gigi yang longgar terpaksa dicabut dan digantikan dengan gigi palsu.

Bagaimanapun,kejayaan rawatan periodontik bergantung kepada kerjasama pesakit kerana tanpa penjagaan kebersihan mulut ia tidak akan berhasil. Penyakit gusi sering kali mudah berbalik semula

Ramai yang  tidak tahu bahawa mereka ada penyakit gusi ini (gingivitis) sehinggalah muncul tanda-tanda seperti di atas. Sebab tu la doktor gigi sarankan kepada kita supaya membuat pemeriksaan secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun. Paling bagus setiap 6 bulan sekali. Jadi kalau-kalau ada masalah berkaitan gigi dan gusi dapatlah kita rawat cepat-cepat.

Jom kita tengok pula apa petua dan tip penting yang boleh diamalkan setiap hari untuk mencegah berlakunya penyakit gusi.

Petua membantu mencegah penyakit gusi

  • memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membuang sisa makanan dan plak antara gigi.
  • gunakan flos dengan teknik yang betul untuk membersihkan celah-celah gigi yang rapat sekurang-kurang sekali sehari.
  • tukar berus gigi setiap 3 bulan sekali. Guna berus gigi berbulu lembut supaya gusi tidak cedera.
  • makan makanan yang seimbang dan hadkan pengambilan makanan di antara waktu makan utama. Ini sangat penting untuk pastikan gigi dan gusi yang sihat.
  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.Ini dapat bantu mengurangkan pembentukan plak.  
  • Berhenti merokok. Merokok meningkatkan risiko penyakit berkaitan rokok termasuklah penyakit gusi. 
  • jumpa pakar pergigian secara berkala untuk pemeriksaan dan pemberishan gigi sekurangnya 2 kali setahun.
  • alert dengan tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit gusi.
  • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan membantu mencegah plak terkumpul di celah dan permukaan gigi.
Selain mendapatkan rawatan pakar korang boleh juga boleh mengambil suplemen (makanan tambahan) untuk menampung diet yang tidak sihat.

Suplemen shaklee dapat membantu menampung kekurangan vitamin yang boleh menyebabkan penyakit gusi. Suplemen yang dicadangkan ialah;
Gusi Bengkak Dan Berdarah Sampai Fobia Nak Berus Gigi

Jom kita tengok apa fungsi ketiga-tiga vitamin ini.

Ostematrix 

Di dalam ostematrix ni ada kalsium dan juga vitamin D. Keduanya sangatlah penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuklah tulang yang menyokong gigi.


Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

Vitamikn C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menghalang serangan radikal bebas yang memusnahkan tisu.

Jadi kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).


Garlic Complex

Bawang putih berfungsi sebagai antibakteria. Lagi bagus kalau korang boleh makan dan kunyah bawang putih mentah-mentah. Mampu buat macam tu? tak sanggup kot kan nak makan bawang putih mentah. Apa susah telan je vitamin Garlic Complex...Hihi..

Garlic Complex berfungsi sebagai antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ia selamat digunakan dalam tempoh yang lama untuk merangsang dan meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh kuman, virus, kulat, yis kandida dan sebagainya.

Pengalaman penulis sendiri yang menghadapi masalah gusi bengkak dan berdarah


Saya sendiri pernah mengalami penyakit gusi ni. sampai trauma dan fobia nak gosok gigi. Kadang-kadang tu tak gosok gigi pun tiba-tiba je gusi berdarah dengan sendiri.  Bukan tu je mulut saya pun berbau juga. Segan bila bercakap dengan kawan-kawan. 

Alhamdulillah masalah gusi berdarah dan mulut berbau kini dah seleasi. Sejak konsisten mengamalkan Vitamin C, Ostematrix dan juga Garlic Complex perasaan fobia nak berus gigi dah tak ada dah. Rupanya gusi berdarah sebab tak cukup vitamin.

Selain ambik vitamin Shaklee, korang kena juga buat pemeriksaan gigi secara tetap di klinik gigi. Penting tau. 

Bagi saya bab cuci gigi ni (scaling) kena buat setiap tahun atau 6 bulan sekali. Sebabnya bila kita gosok gigi biasanya sisa makanan yang melekat kat gigi tu tak dapat dibersihkan dengan betul. Jadi penting sangat untuk elakkan plak terbentuk pada permukaan gigi. 


Inginkan vitamin untuk mengatasi penyakit gusi bengkak dan berdarah dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?


Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Friday, July 22, 2016

Mini Strok Petanda Awal Untuk Mendapat Serangan Strok Yang Membawa Maut

Ingat tak lagi kita kepada pakar motivasi terkenal Malaysia Prof Izzi yang meningggal dunia pada bulan Ramadhan yang lalu. Tahu tak kalian punca kematian beliau? Mengikut isteri beliau, Allahyarham pernah diserang strok pada 11 Jun di mana badan sebelah kiri menjadi kejang. Selepas itu beliau menunjukkan perkembangan yang positif. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 24 Jun kira-kira pukul 1.15 petang. Al-fatihah untuk Allahyarham Prof Izzi.

Apa itu mini strok?


Ramai yang tak sedar serangan mini strok atau angin ahmar permulaan merupakan tanda-tanda awal kepada serangan strok yang boleh membawa maut. Jika tidak dirawat dengan betul seseorang itu sangat berisiko tinggi mendapat serangan strok yang boleh membawa kepada kematian.

Mini strok atau di dalam istilah perubatan dikenali sebagai Transient Ischemic Attack (TIA). Serangan Iskemia sementara (TIA) disebabkan oleh darah beku yang menghalang peredaran darah sampai ke kawasan tertentu di dalam otak. Keadaan ini biasanya berlaku sekejap je kadang-kadang tak sampai lima minit pun. 

Mini Strok Petanda Awal Untuk Mendapat Serangan strok Yang Membawa Maut


Keadaan ini dapat dikawal oleh tubuh secara semulajadi. Sebab tu tiada kerosakan otak yang berlaku dan seseorang yang terkena TIA tidak mendapat kecacatan kekal. 

Tanda-tanda dan Simptom Mini Strok (TIA)

  • bermasalah ketika bercakap seperti susah hendak memulakan percakapan, susah untuk menyusun ayat ketika bercakap, atau percakap tidak jelas
  • rasa lemah seluruh badan
  • tidak dapat menggerakkan tangan, kaki, muka dan sebelah badan
  • menghadapi masalah penglihatan seperti penglihatan secara tiba-tiba tidak jelas, atau terus tak dapat tengok apa-apa objek di hadapan
  • pandangan kabur
  • tiba-tiba jatuh ketika berjalan kerana kaki lemah
  • tidak dapat mengimbangi badan
  • diserang sakit kepala yang kuat ketika memandu
Tanda-tanda dan simptom seperti di atas biasanya tidak lama. Sebab tu ramai yang buat tak endah dan menganggap ia bukan sakit yang serius.  

Siapa yang berisiko mendapat mini strok (TIA)?


Jika anda dan saudara-mara serta kawan-kawan pernah menghadapi tanda-tanda mini strok segeralah mendapatkan pemeriksaan lanjut. Mini strok (TIA) ibarat bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa je.

Jika tiada rawatan awal yang dibuat serangan strok sebenar boleh berlaku. Serangan strok boleh menyebabkan kerosakan otak dan kecacatan fizikal serta kognitif. Bila strok menyerang risiko untuk mendapat kematian sangatlah tinggi.

Suplemen terbaik untuk mengcegah dan merawat strok


Vivix Shaklee adalah suplemen terbaik untuk merawat strok dan mencegahnya dari berulang. Vivix berfungsi merangsang sel-sel saraf otak pesakit strok agar kembali aktif danboleh berfungsi seperti sediakala. 


Lobak ungu yang terdapat dalam vivix mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi yang mana sangat la bagus untuk mengelak arteri tersumbat yang menjadi punca serangan strok.

Testimoni Pesakit Strok yang kembali pulih selepas mengamalkan suplemen Vivix Shaklee secara konsisten


Mini Strok Petanda Awal Untuk Mendapat Serangan strok Yang Membawa Maut
Saya Hafza Aein..Ini suami saya yang mengalami strok pada April 2014. Doktor mengesajkan otak kirinya membengkak dengan cepat. Hanya pembedahan pembukaan tempuraung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Saya bersetuju tanpa berfikir panjang kerana tiada pilihan lain. 
 Pada Mei 2014 suami masih lagi tidak sedar dan doktor memberitahu sel-sel otak dibahagian kiritelah mati. dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami. Samaada tidak dapat ingat siapa diri dia dan ahli keluarga atau boleh ingat tapi cepat lupa atau mengahadapi masalah pertuturan. 
 Alhamdulillah Allah Maha Besar, bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga. Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia kami tidak faham. Mula dari tu saya cuba bagi suami satu sudu kecil VIVIX setiap malam dan berdoa untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak kiri. 
Alhamdulillah selepas hampir setahun saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap. Suka saya bila doktor cakap macam tu. 
Terima kasih shaklee kerana telah membantu menyembuhkkan suami saya.

Jika korang ingin mencuba suplemen Shaklee untuk mengatasi mini strok atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit  strok dan penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain.

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk merawat luka pembedahan dan vitamin Shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Thursday, July 21, 2016

Rambut Gugur: Perlu Ke Kita Risau Atau Buat Tak Tahu saja?

Masalah rambut gugur tak perlu kita risaukan sangat sebabnya ia adalah perkara yang normal. Tapi kita perlulah risau dan concern apabila masalah rambut gugur secara banyak dan berlebihan yang menyebabkan rambut menjadi semkain nipis dan botak.

Rambut yang gugur antara 50 hingga 100 helai itu dianggap normal. Sehelai rambut yang gugur akan diganti dengan rambut yang baru dari folkikel yang sama yang terletak di bawah permukaan kulit. Dikatakan rambut akan tumbuh sebanyak satu setengah inci dalam masa sebulan. 

Bila dah rambut gugur sampai bilangan rambut semakin kurang jangan buat tak tahu saja. Tanpa rawatan yang betul rambut boleh jadi botak. Orang lelaki rambut botak oklah kan. Tapi kurang hensem lah kalau kepala botak ni. 

atasi masalah rambut gugur dengan lebih berkesan dan cepat

Agaknya kalau orang perempuan rambut botak tak ke macam pelik. Yang pakai tudung boleh la kita sembunyikan dalam tudung kan..

Dalam entry terdahulu saya pernah kongsikan 7 punca yang menyebabkan keguguran rambut. Entry kali ini saya kongsikan bagaimana nak treat rambut gugur dengan suplemen yang sesuai.


Vitamin terbaik untuk atasi masalah rambut gugur


Salah satu sebab rambut gugur adalah kerana diet yang tidak seimbang. Untuk menggalakkan rambut tumbuh secara semulajadi pastikan badan menerima vitamin dan mineral yang mencukupi agar rambut subur dan sihat lebih lama.

Antara vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan rambut ialah Biotin, Niacin (B3), Vitamin C, Zink dan Zat Besi. Selain itu protein juga amat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Bagaimana rangkaian produk Shaklee boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur dengan lebih berkesan dan cepat?


Suplemen atau vitamin yang sesuai untuk mengatasi masalah rambut gugur ialah B-complex, Zinc Complex, Vitalea Iron Formula, Energizing Soy Protein (ESP), Sustained Release Vita-C (Vitamin C), Vita-E Complex (Vitamin E) dan Omega Guard (Asid lemak omega 3).

atasi masalah rambut gugur dengan lebih berkesan dan cepat


Jom kita tengok pula apa fungsi setiap suplemen ni. Dan bagaimana ia boleh membantu mengatasi rambut gugur dengan berkesan dan cepat.

B-complex

B-complex Shaklee kesemua jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita termasuklah Biotin, Niacin (B3) dan asid folik yang sangat penting untuk merawat dan melindungi rambut dari gugur. Vitamin B adalah perlu bagi hemoglobin yang sihat, yang membawa oksigen ke kulit kepala melalui sel-sel darah merah.

Zinc Complex

Badan kita memerlukan zink untuk rambut yang sihat. Zink berfungsi untuk mengeluarkan sebum yang merupakan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala dan sangat diperlukan untuk rambut yang sihat. 

Zink juga membantu menjaga kelembapan kulit kepala, mencegah kelumumur dan melindungi batang rambut supaya sihat dan kuat. Zink yang tidak mencukupi menyebabkan uban pra-matang dan botak.

Badan kita secara semulajadi tidak mampu menyimpan zink. Jadi setiap hari kita perlu pastikan mengambil makanan yang kaya degan zink. Apa susah telan je suplemen Zink Complex Shaklee. hihi..

Vitalea Iron Formula (multivitamin)

Di dalam Vitalea ada zat besi. Kita tahu zat besi sangat penting untuk kesihatan rambut. Kekurangan zat besi menjadi satu sebab rambut gugur. 

Wanita cenderung menghadapi kekurangan zat besi disebabkan haid yang banyak, ulser atau radang perut yang menyebabkan pendarahan dalam saluran pencernaan dan kehilangan darah selepas melahirkan anak. 

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah sumber protein soya yang terbaik. Kekurangan protein boleh mengganggu kitaran hayat rambut dan rambut akan gugur dalam tempoh dua hingga 3 bulan.

Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan rambut yang sihat badan kita memerlukan protein yang mencukupi. Jadi pengambilan ESP sangatlah penting diambil setiap hari untuk menampung kekurangan protein dalam diet harian kita yang tidak seimbang.

Sustained Release Vita-C (Vitamin C)

Pengambilan Vitamin C yang mencukupi sangat pentung untuk menggalakkan pengeluaran kolagen. Kolagen sangat diperlukan jika ingin rambut yang sihat. Kita juga memerlukan Vitamin C untuk mencegah demam dan selesema.

Vita-E Complex (Vitamin E)

Vitamin E diperlukan untuk peredaran darah yang lancar ke kulit kepala. Ia juga sangat penting dalam membantu meningkatkan penyerapan oksigen.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi ekstrak biji anggur. Biji anggur boleh merangsang penegeluaran folikel. Biji anggur boleh membantu menghalang rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 

Omega Guard (Asid lemak omega 3)

Untuk memastikan rambut kita sentiasa sihat asid lemak omega 3 juga sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.


Banyaknya vitamin yang kena ambil? Biar betul. Tak semestinya kena ambik semua tau..Sebab tu pentingnya beli produk shaklee dengan pengedar yang sah.

Nak tahu mana yang perlu diambil atau tidak, itu pentingnya konsaltasi. Beli dengan saya korang akan dapat konsaltasi yang terbaik. Beli produk shaklee yang dijual di kedai-kedai jamu, kiosk-kiosk kat pasar raya tiada jaminan korang akan dapat konsaltasi yang betul dan tepat.

Beli mahal-mahal lepas tu cara makan salah. Buat rugi je kan beli. Nak elak anda kerugian meh beli dengan saya. Konsaltasi adalah percuma untuk seumur hidup tau.

Selain vitamin untuk merawat dari dalam masalah rambut gugur, korang juga boleh cubat set rawatan rambut iaitu Revitalizing Shampoo, Lightweight Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment.

atasi rambut gugur dengan berkesan dan cepat.

Saya juga menghadapi masalh rambut gugur. Bagaimana saya mengatasinya? Sudah pastilah saya mengambil Vitamin Shaklee dan set rawatan rambut. Alhamdulillah masalah rambut gugur dapat dikawal. Badan pun lebih sihat dan bertenaga.

Stress tau bila rambut gugur ni. Setiap kali bersikat bergumpalan rambut gugur. Takut tengok. rambut jadi makin nipis. Sekarang dah tak risau dah. Suplemen shaklee sangat membantu saya mengataai masalah rambut gugur yang agak teruk. 


Jika korang ingin mencuba suplemen Shaklee untuk mengatasi masalah rambut gugur atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain. 

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk merawat luka pembedahan dan vitamin Shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Wednesday, July 20, 2016

Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat

Apendisitis atau radang apendiks ialah kedaan di mana apendiks membengkak dan ada nanah. Apendiks atau disebut sebagai sekum adalah satu organ kecil sambungan daripada salah satu usus besar yang terletak di bahagian bawah paras pusat dan kanan abdomen.

Sesiap sahaja berisiko mendapat apendiks terutama yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun. 


Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat


Simptom dan tanda-tanda apendiks


Tanda-tanda utama sakit apendiks ialah apabila muncul rasa sakit apendiks bermula di bahagian perut (bawah abdomen) sama sepert rasa sakit gastrik. Rasa sakit ini akan berlarutan dalam masa beberapa jam dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen (bawah paras pusat).

Selain rasa sakit seperti di atas, seseorang yang terkena penyakit apendiks akut akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah:
  • rasa mual dan muntah
  • tiada selera makan
  • demam yang ringan
  • sembelit
  • tidak boleh mengeluarkan angin atau kentut
  • cirit-birit 
  • abdomen membengkak


Rawatan Penyakit Apendiks Akut


Untuk merawat apendiks akut tiada cara lain melainkan dengan membuangnya melalui pembedahan. Apendiks yang tidak dibuang akan pecah dan boleh menyebabkan keracunan darah yang membawa maut.

Jika seseorang itu mempunyai apendiks yang teruk apendektomi iaitu pembedahan untuk mengeluarkan apendiks perlu di buat. Pembedahan apendektomi merupakan rawatan tradisionl yang telah wujud sejak 100 tahun yang lalu. 

Melalui pembedahan ependektomi terbuka ini apendiks pada peringkat pangkal yang panjangnya antara 5 hingga 10 cm akan dibuang. Luka pembedahan ependektomi bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti. Biasanya antara 3 cm hingga 5 cm.

Satu lagi teknik terbaru membuang apendiks ialah pembedahan laparoskopik. Kaedah laparoskopik tidak meninggalkan parut yang panjang. Melalui kaedah laparokopik pakar pembedahan akan membuat tiga torehan yang mana setiapa satunya berukuran antara 5mm hingga 10mm sahaja.


Bagaimana mengesan penyakit aendiks akut?


Doktor akan tekan bahagian abdomen kanan dan dilepaskan dengan tiba-tiba. Bila dilepaskan secara tiba-tiba biasanya bahagian tersebut akan rasa sakit. Ini juga salah satu tanda radang apendiks.

Untuk memastikan radang apendiks atau tidak prosedur di bawah ini akan dilakukan:

  • ujian darah - bilangan darah putih menjadi tinggi jika ada radang apendiks
  • ujian air kencing - ujian ini untuk memastikan jika ada jangkitan di trek urinari atau batu karang yang menyebbakan rasa sakit.
  • ujian imbasan - imbasan ultrasound dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak terdapat penyakit lain yang menyerupai apendisitis. Imbasan ultrasound yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan teknologi komputer akan menghasilkan imej organ dalaman

Baiklah itu serba sedikit tentang radang apendiks yang saya faham melalui pembacaan yang agak terhad ini dan juga pengalaman saya sendiri yang pernah menjalani pembedahan membuang apendiks pada tahun 2014.


Catatan ringkas pembedahan radang apendiks yang saya tempuhi



30 Disember 2013 - 
Bermulanya rasa sakit di bahagian perut. Buat tak endah je sebab ingat perut masuk angin.

31 Disember 2013 - 
Rasa sakit makin teruk. Pagi tu masih lagi ke sekolah. Badan rasa macam nak demam. makan dah tak ada selera. rasa loya dan nak untah mula muncul. Selepas Zohor ke klinik panel. Sampai je klinik saya muntah. 

Doktor syak saya kena apendiks dan memminta saya ke hospital daerah untuk meriksaan lanjut. Maklumlah klinik panel tiada kelengkapan yang memcukupi. 

Kemudian terus ke hospital daerah. Hampir sejam tunggu barulah dipanggil untuk ambil darah dan ujian air kencing. pastu tunggu lagi hampir sejam barulah dipanggil masuk bilik. Doktor scan tapi masih ragu-ragu nak buat conclusin sama ada apendiks atau kehamilah ektopik.

Disebabkan hospital daerah juga tak cukup kepakaran dan peralatan akhirnya aku dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

1 Januari 2014 - 
Petang baru aku ditolak ke bili untuk membuat ujian ultrasound. Dan disahkan sakit apendiks. doktor minta aku mula berpuasa dan pembedahan akan dibuat pukul 12 malam.

Tunggu punya tunggu pembedahan tak jadi. Sampai tertidur dengan gown pembedahan. Pembedahan terpaksa ditangguhkan sebab OT (bilik pembedahan) tak cukup. Kes apendiks saya ni macam kes yang tak urgent la. Jadi didahulukan kes yang urgent seperti bersalin.

2 Januari 2014 -
Lebih kurang pukul 7.30 pagi nurse bagitau suruh bersiap-siap pembedahan akan dibuat pagi ni. Dalam pukul 8 saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. Masa ni Maa (my mom) dalam perjalanan dari terengganu. Suami pun tak dapat datang sebab tunggu mak sampai dulu. Sedih sangat masa ni. Sebelum tu call suami dan mak minta maaf apa suami. Meleleh juga air mata. 

Sedar-sedar lebih kurang pukul 11 pagi saya dah siap buat pembedahan. Tak ingat saya sebabnya masih lagi mamai degan ubat bius. Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur saya. Dan saya tidur sehingga lah Maa dan suami sampai dalam pukul 1 gitu. Masa ni barulah rasa sakit mencucuk kat tempat luka.

Mengikut kata doctor apendiks saya dah pecah dah pun. Mujurlah tidak ada perkara yang tak diingini berlaku. 

5 Januari 2014
Alhamdulillah..Saya dibenarkan discahrge dari hospital.


Apa yang saya ambil untuk sembuhkan luka pembedahan apendiks dengan cepat?



Mujur juga masa ni dah kenal Shaklee. Selain mengambil ubat yang dibeklakan oleh doktor saya juga mengamalkan suplemen Shaklee untuk memastikan luka pembedahan apendiks sembuh dengan baik. 

Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat

Inilah 3 vitamin utama yang saya ambil selepas pembedahan membuang apendiks. Alhamdulillah selepas 2 minggu saya ke klinik berdekatan untuk membersihkan benang jahitan. Nurse puji luka bercantum dengan baik.

Parut keloid pun tak tebal sangat. Biasa je. Parut pembedahan tak panjang sangat dalam 3 cm saja. Maklumlah orang perempuan ni bab-bab parut ni concern la sikit. 

Meh kita tengok apa fungsi ketiga-tiga vitamin ini;

Zinc Complex - membantu luka pembedahan kering dan sembuh dengan cepat.

Sustained Release Vita C (Vitamin C) - Vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan bertindak sebagati antibodi bagi melindungi tubuh dari jangkitan.

Energizing Soy Protein (ESP) Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut. ESP juga membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.


Jika korang ingin mencuba suplemen Shaklee untuk merawat luka pembedahan atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain.

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk merawat luka pembedahan dan vitamin Shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Friday, July 15, 2016

Orang Dewasa Yang Belum Dijangkiti Chicken Pox Berisiko Tinggi Mendapat Jangkitan Yang Lebih Teruk

Chicken pox atau cacar air kebiasaanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun. Penyakit ini disebabkan virus cacar iaitu virus varicella zoster, virus yang sama menyebabkan kayap

Chicken pox atau cacar air penyakit yang senang berjangkit dan merebak dari seorang ke seseorang yang lain. Bagi kanak-kanak sihat yang dijangkiti chicken pox ia tidaklah serius dan teruk.


Orang Dewasa Yang Belum Dijangkiti Chicken Pox Berisiko Tinggi Mendapat Jangkitan Yang Lebih Teruk

Tetapi akan menjadi serius dan teruk bagi ibu mengandung, bayi yang baru lahir dan orang dewasa yang tak pernah mendapat cacar air serta mereka yang lemah imun sistem.

Setiap orang akan dijangkiti chicken pox sekali dalam hidup. Namun sekali dah terkena, virus varicella akan berhibernasi di dalam tisu saraf. Apabila sistem ketahanan badan lemah virus ini akan diaktifkan dan menyebabkan penyakit kayap (shingles).


Tanda-tanda dan gejala chicken pox (cacar air)


  • rasa tidak sihat, demam dan letih beberapa hari sebelum bintik merah (ruam lepuh) timbul
  • timbulnya bintik merah yang gatal bermula di bahagian belakang badan dan dada. Kemudian akan merebak ke bahagian muka, kepala, tangan dan kaki.
  • Ada yang teruk bintik merah juga muncul di dalam mulut.
  • Bintik merah ini akan menjadi seperti lepuh berisi air (blister) dalam mas 24 jam kemudian pecah. Selepas empat hingga lima hari ruam lepuh akan kering dan berkeruping. 
  • Bintk-bintik ini akan timbul untuk lima hari dan akan hilang dalam masa 2 minggu.

Komplikasi Cacar Air


Cacar air (chicken pox) yang teruk dan serius boleh menimbulkan komplikasi. Antaranya ialah:
  • jangkitan kuman pada kulit
  • jangkitan kuman dalam darah (blood stream infection)
  • radang paru-paru
  • radang otak


Bagaimana vitamin Shaklee boleh membantu merawat chicken pox dengan cepat dan berkesan??


Saya bahagikan vitamin untuk merawat chicken pox kepada dua iaitu untuk kanak-kanak dan untuk dewasa.

Vitamin untuk merawat chicken pox (cacar air) bagi kanak-kanak ialah:

  • Nutriferon - penting untuk tingkatkan sistem imun kanak-kanak bagi melawan jangkitan virus chicken pox
  • Chewable Vita-C (Vitamin C) - mempercepatkan proses penyembuhan cacar air dan menghilangkan parut dengan cepat.
  • Meal shakes - jika anak tidak berselera makan atau susah untuk minum atau makan boleh bancuh mealshakes dengan minuman kegemarannya. Meal shakes sangat penting untuk membekalkan protein, mineral, karbohidrat dan serat kepada anak-anak.
  • Krim Herbal Blend - boleh disapu pada kulit. Ia sangat membantu menghilangkan rasa gatal dan merenyam akibat cacar air.

Orang Dewasa Yang Belum Dijangkiti Chicken Pox Berisiko Tinggi Mendapat Jangkitan Yang Lebih Teruk

Vitamin untuk merawat Chicken pox bagi orang dewasa (umur 12 tahun ke atas). 

  • Nutriferon jika anda atau anak-anak demam atau muncul tanda-tanda chicken pox cepat ambil nutriferon. Ia penting untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan virus
  • Sustained Release Vita-C (Vitamin C) mengandungi bioflavonoid yang berfungsi sebagai antihistamin semulajadi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan serangan penyakit. Vitamin c juga bertindak sebagai anti alergik yang kuat. 
  • Vita-E Complex (Vitamin E)membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kesakitan cacar air. ia juga membantu melembapkan kulit dan menghilangkan parut. 
  • Energizing Soy Protein (ESP) - Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran. Bila badan sakit sediki sebanyak akan mengganggu selera makan. Jadi ESP membnatu membekalkan tenaga dan juga penting untuk hilangkan parut dengan cepat.
  • Krim Herbal Blend - krim ni bersifat menyejukkan. Ia boleh membantu mengurangkan rasa gatal akibat chicken pox. salah satu bahan krim herbal blend ialah daun sage yang digunakan sebagai home remedy untuk kurangkan kegatalan.


Orang Dewasa Yang Belum Dijangkiti Chicken Pox Berisiko Tinggi Mendapat Jangkitan Yang Lebih Teruk


Jika korang ingin mencuba rawatan alternatif untuk penyakit chicken pox (cacar air) atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain.

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk penyakit cacar air dan vitamin Shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846