Monday, March 14, 2016

5 Tip Haluskan Kulit Tangan Petua Tradisional Yang Hebat

Assalamlualaikum...


Tangan merupakan salah satu aset penting bagi seorang wanita. Biasanya wanita sangat sensitif apabila tangannya ada masalah. Tapak tangan kasar memang merisaukan bagi seorang wanita. Begitu juga dengan saya. Tapak tangan yang kasar dan kering menyebabkan kita rasa tidak selesa. Betul tak??


Tangan ni kan peranannya penting. Dah la tangan ni anggota badan yang tak boleh kita nak sembunyikan pandangan dari orang. Bila kita bersalaman dengan kawan-kawan ke saudara mara ke malu juga lan kalau tapak tangan kasar semacam je.

5 Tip Haluskan Kulit Tangan Petua Tradisional Yang Hebat

Kalau yang dah bersuami tu kita mestilah nak pegang-pegang suami nak belai-belai pipi suami kan..kalau tapak tangan kasar camne? Sian suami kita kan..

Nak lembutkan kulit tangan kita tu tak semestinya kena sapu losyen yang maha-mahal. Tak semua mampu nak beli losyen kan... Kadang-kadang produk losyen yang diiklankan kat TV kemain lagi kan kebabomm gitu...Taaapiiii... bila kita beli dan guna sendiri barulah tahu macam mana... Bak kata pepatah Melayu "indah khabar dari rupa".. Dah beli mahal-mahal, bila guna habis sebotol pun tangan dok macam tu juga kan..Sakit hati je rasa..hihi..

Jadi lepas ni korang boleh la cuba amalkan tip yang akan saya kongsikan ini untuk menghalus dan menggebukan tangan dan tapak tangan yang kasar tu. Petua tradisional ni kena amalkan sokmo-sokmo (selalu). Kena rajin buatlah barulah kesannya cepat nampak..


Ramas Serbuk Kopi

Kalau korang penggemar kopi boleh gunakan hampas kopi tu untuk menghaluskan kulit tangan. Caranya mudah aje ramaskan hampas kopi tu dan gosok perlahan-lahan pada tangan.


5 Tip Haluskan Kulit Tangan Petua Tradisional Yang Hebat

Dikatakan kopi mengandungi khasiat yang boleh membuang sel-sel mati. Kopi juga dapat menghaluskan dan melembapkan kulit. Kopi juga boleh menghilangkan bau yang tak best kat tangan kita.


Lulur Tangan Dengan Kelapa Parut

Kelapa ni semua orang tahu manfaatnya sangat banyak. Dari hujung daun hingga hujung akarnya ada manfaat untuk manusia. Kelapa parut mempunyai kadar lembapan yang tinggi. 


5 Tip Haluskan Kulit Tangan Petua Tradisional Yang Hebat

Kelapa parut ni korang boleh lulur satu badan tau bukan tangan je. Kandungan minyak yang terdapat dalam kelapa parut boleh membantu mengatasi masalah kulit kering.

Saya pun suka lulur badan dengan kelapa parut ni. Biasanya saya akan ambil hampas kelapa parut yang mak kita dah guna untuk masak. Masa mandi gosok la badan dengan kelapa parut ni. Memang best rasa lembut je kulit. hihi. Siapa yang tak pernah buat you should do that. Inilah petua mak-mak kita yang bebas bahan kimia.


Guna sarung tangan bila buat kerja rumah

Kita ni orang perempuan memang banyak dok kat dapaur dan banyak buat kerja rumah. Siapa yang suri rumah tu start bnagun tidur sampailah nak tidur pu tak habis-habis buat kerja. Betul tak?

Wanita yang berkerjaya pun sama. Sampai je rumah lepas balik kerja terus terkam buat kerja rumah, masak la, basuh baju la, lipat baju la, kemas rumah la..macam-macam kerja kan..

Kerja-kerja rumah terutamnya di dapur melibatkan penggunaan sabun atau pencuci. kebiasaannya pencuci dan sabun ini mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit tangan kita. Kulit jadi nipis dan kasar. 

Jadi penyelesaiannya korang boleh guna sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan, menyental bilik air dan membasuh baju anak-anak.


Minyak Zaitun

Bila kita buat banyak kerja rumah terutama kerja dapur yang banyak guna sabun kulit kita mesti kering. Betul tak? Apa kata korang cuba petua ini pula. Campurkan 4 sudu minyak zaitun dalam semangkuk air suam. Kemudian rendam tangan korang selama 10 hingga 15 minit. Cuba bauta sebanyak 3 kali seminggu. Kulit lebih lembab, lembut dan juga bagus untuk lancrakan peredaran darah di bahagian tangan.

Pastikan korang guna minyak zaitun yang original tau. Saya kadang2 ambik je minyak zaitun tu gosok kat tangan sebelum tidur. Buat macam losyen la. Nak rendam tangan dalam minyak zaitun ni belum tentu boleh buat. Nak cari masa yang sesuai tu susah juga kan..


Minyak Aromaterapi


5 Tip Haluskan Kulit Tangan Petua Tradisional Yang Hebat

Korang boleh menggunakan minyak aroma terapi untuk melembutkan kulit tangan. Pilih la minyak aromaterapi yang korang suka untuk mengurut tangan. Cuba buat setiap hari. Urutan yang lembut boleh menghilangkan keletihan dan lenguh tangan serta melancarkan peredaran darah.

Semoga tip ini memberi manfaat untuk kita semua.

Salam sayang,
Akmal Rusdi

No comments:

Post a Comment