Friday, February 26, 2016

Ketahui 4 Sebab Ketagih Makanan Segera

Assalamualaikum...

Ketagih untuk mengambil makanan segera atau makanan ringan merupakan tabiat pemakanan yang tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang. Ramai sebenarnya yang ketagih dengan makanan yang tidak sihat ini. Ye kita tahu makanan jenis ini memang sedap dan lazat untuk dinikmati. Bagi yang tak berapa rajin ke dapur makanan ringan dan segera inilah yang menjadi menu utama meraka. 
Ketahui 4 Sebab Ketagih Makanan Segera

Lambakan makanan ringan di pasaran membuatkan seseorang itu susah untuk menghindarkan diri dari mengambil makanan yang tidak memberi manfaat. Di tambah pula dengan pelbagai iklan-iklan yang menunjukkan keenakkan makanan ringan atau makanan segera. Siapa yang tak kuat iman memang akan tergoda dan terpedaya untuk membeli makanan segera yang kita sedia maklum kurang berkhasiat. 

Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut kurang memudaratkan.

Tetapi apa yang dikhuatiri jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan kepada kita dengan pelbagai penyakit. Antaranya kerosakan gigi, penyakit kencing manis, sembelit, ‘obesiti', tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan juga kanser usus.
Ketahui 4 penyebab yang menjadi seseorang itu ketagih dengan makanan segera dan sukar untuk mengelakkannya.

Waktu Makan Yang Lewat

Ramai di kalangan kita suka melambat-lambatkan waktu makan. Tabiat suka melengah-lengahkan waktu makan boleh menurunkan paras gula di dalam darah. 

Kesannya akan menyebabkan keinginan untuk menguyah makanan yang tidak sihat meningkat. Tubuh kemudian akan menghantar isyarat yang membuatkan seseorang itu ingin mengambil lebih banyak karbohidrat bagi menghasilkan tenaga.

Pada masa yang sama perut akan rasa lapar dengancepat. Oleh itu, kena jaga waktu makan. Mesti disiplinkan diri dengan makan mengikut waktu yang sepatutnya bagi mengelakkan masalah ketagih ini berterusan.

Ketidakstabilan Emosi

Keadaan emosi seseorang juga boleh mempengaruhi keinginan untuk menjamah makanan ringan ini. Emosi yang tidak stabil kadang kala mengganggu waktu tidur.Apabila waktu tidur kurang secara tidak sedar boleh mempengaruhi keinginan untuk mengambil makanan ringan. 

Badan letih akibat tidur yang tidak berkualiti menjadi pencetus kepada badan untuk mencari sumber tenaga dengan cepat yang mengandungi karbohidrat dan gula yang tinggi. 

Tekanan Perasaan

Stress dengan kerja atau apa sahaja boleh mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang tidak sihat ini. Bila stress datang cuba jauhkan diri dari makanan segera. Buatlah sesuatu yang boleh menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan segera.

Hilangkan Rasa Marah


Ada yang percaya dengan mengambil makanan segera dan juga makanan ringan mempu menghilangkan perasaan marah yang sedang membuak-buak.

Orang yang macam ni kena kawal perasaan marah tu. Lepaskan perasaan marah tu dengan cara yang betul. Mungkin boleh ambil wudhu' atau beristighfar banyak-banyak.

Jadi bila ada rasa marah elakkan mengunjungi restauran makana segera dan elakkan mengambil makanan ringan. 

Penggemar-penggemar makanan segera seperti burger, kentang goreng dan minuman ringan boleh menjadi ketagih sama seperti yang dialami oleh mereka yang mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan.

Menurut saintis, pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula dan lemak yang tinggi boleh menyebabkan perubahan dalam otak sehingga menyukarkan seseorang mengatakan `tidak'.

Pakar jiwa di University of Toronto, Jeanne Randolph pula berkata, pengambilan makanan segera dan snek yang mengandungi gula boleh menyebabkan seseorang itu ingin menikmatinya lagi.

Ketagihan yang tidak dibendung boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Awas jika anda seorang penggemar makanan ringan dan makanan segera. Cegah lebih baik dari merawat. Betul ke idok??

No comments:

Post a Comment