Friday, February 12, 2016

5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam

Assalamualaikum...

Entry kali ini saya ingin berkomgsi dengan korang semua 6 jenis makanan yang boleh kita amalkan setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan. Nak cantik apa yang lebih penting ialah penjagaan dalaman. Nak kulit bebas masalah, putih bersih, gebu dan bersinar tak cukup dengan penjagaan luaran sahaja tau. Cantik dalam confirm cantik di luar.


5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam

Sebab itu apa yang kita makan setiap hari amatlah penting untuk memastikan kecantikan dari dalam dijaga dengan baik. Pemilihan makanan yang terbaik bukan saja penting untuk kecantikan. Apa yang lagi penting adalah untuk kesihatan.

Setiap makanan berkhasiat yang kita ambil akan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Nutrisi yang mencukupi amatlah penting untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat, bertenaga dan secara tidak langsung dapat memelihara kecantikan kulit kita.

Panjang pulak mukaddimahnya ye..baiklah jom kita tengok apa 6 jenis makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan.


MADU

Madu ni antara makanan kegemaran saya. Kita tahu madu sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit. Setiap rumah bagi saya wajib ada madu. Madu ni disebut di dalam al-Quran.

5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam
Madu digunakan secara meluas di dalam perubatan Islam dan tradisional
Cara yang terbaik nak makan madu ni ketika perut kosong. Saya makan madu selepas bangun dari tidur. Sebelum gosok gigi atau berkumur saya akan campurkan 2 sudu besar madu tualang ke dalam segelas air dan minum.

Mungkin ada yang rasa geli, kembang tekak, nak muntah ke..Yelah gosok gigi tak lagi terus makan madu. Yang ini rasa ramai tak tahu apa khasiatnya bila kita kita makan madu dalam keadaan gigi belum digosok. Petua ni saya ambil dari Dr Zubaidi Haji Ahmad.

Madu ni antara khasiatnya juga boleh beri kita tenaga. Kalau yang rajin tu boleh buat masker guna madu. Masker menggunakan madu boleh menaikkan seri wajah. Tapi kena buat sokmo la baru nampak kesan. Jangan sebulan sekali. 
Nak bibir merah bak delima boleh sapu madu kat bibir.


JAMU DAN HERBA

Malaysia kita ni kaya dengan pelbagai herba dan jamu. Memang baik herba dan jamu ni untuk kesihatan dalaman terutama kaum wanita. Jamu dan herba boleh membnatu membersihkan dalaman tubuh kita dan memelihara kecantikan dalaman juga. 


5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam


MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun kaya dengan omega-3. Minyak zaitun dan buah zaitun ada disebut di dalam al-Quran. Telah diakui oleh ramai pihak yang mana minyak zaitun memang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Elok sangat minyak zaitun ni diamalkan setiap hari untuk kesan optimum. 


5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam
Minyak zaitun dan buahnya sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Boleh diminum sebaik bangun tidur ketika perut kosong atau sebelum tidur. Minyak ini sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia membantu melembapkan kulit, menjadikan kulit halus dan cerah. Ibu-ibu mengandung yang nak kulit anak putih bersih boleh amalkan minum minyak ini semasa mengandung Minyak zaitun juga membantu melambatkan proses penuaan.


SAYUR DAN ULAM

Kita tahu sayur banyak khasiatnya. Cuma kadang kala cara masak yang menyebabkan kita kehilangan khasiat di dalamnya. Saya antara penggemar ulam. Ulam yang kita petik di sekitar rumah lebih baik sebenarnya dari sayuan yang kita beli. Ulam yang kita tanam sudah pasti bebas kimia dan racun perosak.


5 Jenis Makanan Pelihara Kecantikan Dari Dalam


BUAH-BUAHAN

Tak perlu saya ulas panjang tentang khasiat buah. Pelbagaikan jenis buah. Jangan la makan buah yang sama. Saya lebih utamakan buah-buahan tempatan berbanding buah yang diimport. Setiap buah ada manfaatnya yang tersendiri. Sudah tentu khasiat yang ada dalam buah membantu mendapatkan kulit cantik berseri. 

Selain itu buah-buahan juga dapat melancarkan proses perkumuhan. Buah ni banyak serat. Maka, sangat la elok di makan untuk melancarkan pembungan najis. Yang nak turunkan berat badan pun sangatlah elok makan buah-buahan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Selamat beramal.

1 comment: