Friday, February 5, 2016

10 Fakta Anggur Muscadine Yang Tiada Pada Anggur Lain

Assalamualaikum..

Bila sebut buah anggur rasanya ramai yang suka sangat makan buah ni kan termasuk saya juga. Anggur ni kita tahu memang banyak khasiatnya untuk mencegah penyakit. Di dalam al-Quran pun ada disebut tentang buah anggur ni.

Anggur banyak jenis dan spesiesnya. Biasa yang kita jumpa dan makan anggur merah atau merah gelap dan anggur hijau. Di dalam entry kali ini saya nak cerita sikit tentang anggur muscadine. Saya percaya dan amat yakin ramai yang tak tahu tentang kewujudan anggur istimewa ini.

Anggur ini sangat istimewa kerana ia mengandungi sangat banyak khasiat untuk kesihatan yang tiada pada anggur jenis lain.  

Jom kita berkenalan dengan anggur hebat ciptaan Allah ini.


10 Fakta Anggur Muscadien Yang Tiada Pada Anggur Lain

Anggur muscadine berasal dari Tenggara Amerika Syarikat. Ia juga didapati di dalam hutan di antara Delaware ke Teluk Mexico, dan di bahagian barat Missouri, Kansas, Oklahoma dan Texas.


Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

10 Fakta Anggur Muscadine Yang Korang Perlu Tahu




  • Anggur Muscadine hanya boleh tumbuh dengan subur di tempat yang mempunyai cuaca dan lembap. Berbanding anggur lain tidak mampu untuk hidup dalam iklim yang seperti ini. Kebolehan anggur muscadine yang boleh hidup dalam cuaca ini membuatkannya lebih kuat dan penuh dengan antioksidan dan nutrien berbanding anggur jenis lain.
  • Jika anggur muscadine menerima haba musim panas yang mencukupi saiznya boleh membesar sehingga saiz bola golf dan tinggi kandungan gula. Korang bayangkan besar ke tak besar. Rasanya makan 3 biji pon dah kenyang. Kalau perut kecik macam saya boleh la kenyang kot.
  • Kemampuan anggur muscadine hidup di dalam cuaca yang ekstrim ini menjadikannya kaya dengan antioksidan dan polifenol untuk melindungi diri mereka dari serangan bakteria dan fungus.
  • Anggur muscadine memiliki kulit yang tebal dan keras. Berbeza dengan anggur lain yang mempunyai kulit nipis dan lembut.
  • Anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom berbanding anggur lain yang hanya ada 19 pasang kromosom. Kelebihan ini menjadikannya tinggi fitokimia dan nutrien yang tiada pada anggur jenis lain.
  • Ia mempunyai kandungan resveratrol yang lebih tinggi dari anggur merah sebanyak 6 kali ganda. Banyak tu 6 kali ganda kot. Sebatian antioksidan resveratrol ini yang mampu melambatkan proses penuaan dan penyakit berkaitan penuaan.
  • Ia satu-satunya spesies anggur yang ada Asid Ellagicdalam kepekatan yang tinggi. Asid Ellagic merupakan sejenis polifenol yang mempunai antioksidan yang tinggi dan telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan bahan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Kandungannya yang tinggi serat berbanding oat menjadikannya sumber diet terbaik. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7 gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.
  • Anggur muscadine boleh membantu untuk kita mendapat dan kekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori. Serat larut dalam anggur muscadine membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
  • Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu melindungi sel-sel kita dari serangan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Berdasarkan kajian yang dijalankan Harvard School of Public Health, memakan makanan yang kaya dengan antioksidan boleh menurunkan risiko mendapat penyakit jantung, kanser, Alzheimer dan penyakit-penyakit kronik lain.



Anggur muscadine ni merupakan salah satu kandungan utama yang terdapat di dalam Vivix. Pada entry yang akan datang insyaAllah saya akan kongsikan dengan korang tentang kandungan dan tumbuhan botani yang ada di dalam vivix.

No comments:

Post a Comment