Friday, July 3, 2015

Kacang Tanah Bagus Untuk Wanita Yang Diet???

Assalamualaikum..

Wanita mana yang nak gemuk kan. Semua wanita menginginkan bentuk tubuh yang menarik. Tiada seorang pun wanita di dunia ni yang suka bila orang kata dia gemuk. Nak dapatkan bentuk tubuh badan yang menarik sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan dan usaha yang gigih . 

Selain disiplin yang tinggi amalan diet secara sihat dan betul merupakan syarat terpenting untuk wanita dan juga lelaki yang nak slim melim. Tak ada disiplin, makan pulak main ngap je semua yang ada depan mata memang out of service la kalau macam ni. Jenuh makan suplemen la kak oooiii..

Kalau yang rajin tu boleh buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. Lebih kurang sehari 15 minit. Tak lama mana pun..

Antara menu sihat yang dicadangkan untuk wanita yang nak diet tu ialah dengan menagmbil kacang tanah. Kalau orang yang jenis badan berangin ni tak elok juga makan kacang banyak-banyak..betul tak? Nanti kembung perut..


Kacang Tanah Bagus Untuk Wanita Yang Diet

Kacang tanah ni bagus ke untuk wanita yang nak diet?? Ada 6 sebab kenapa kacang tanah ni bagus untuk mereka yang nak berdiet. Sebelum kita pergi lebih lanjut saya nak kongsikan serba sedikit khasiat kacang tanah ni. Banyak manfaat kacang tanah ni rupanya. 

Hebat kan kejadian ciptaan Allah. Sekecil-kecil kacang tanah tu pun macam-macam kebaikan yang ada di dalamnya. SubhanaAllah

  • protein dan fiber. Sebab itulah kacang bagus untuk yang nak diet tau..ia membantu mengurangkan berat badan.
  • ia mengandungi niacin, asid folik, pantithenic asid, thiamin, riboflavin, choline, Vitamin B6 and Vitamin E. Kacang tanah juga kaya dengan mineral seperti magnesium, phosphorous, potassium, zinc, iron, copper, manganese dan selenium.
  • Kawal kolesterol. Phytosterol yang terdapat di dalam kacang tanah manpu mengurangkan kolesterol. 
  • Antipenuaan..Wow maksudnya makan kacang tanah boleh buat kita jadi awet muda. Amazing lah. Dikatakan di dalamnya terdapat molekul anti penuaan yang berkesan iaitu resveratrol.
  • Resveratrol merupakan phytokimia yang sama yang ditemui di dalam red wine dan anggur. Resveratrol di dalam kacang tanah ada di dalam kacang sediri dan di dalam kulitnya juga.
Kacang Tanah Bagus Untuk Wanita Yang Diet???
Manfaat Kacang tanah untuk kesihatan


6 Sebab Kacang Tanah Maknan Wajib Wanita Berdiet



Cepat Kenyang 


perut kita akan cepat keyang bila makan kacang tanah ni. sebabnya ia kaya dengan protein. jadi bila perut cepat kenyang kita pun tak makan banyak la kan. ia juga bagus untuk melancarkan penghadaman dan sistem pencernaan kerana kacang tanah ada fiber juga.


Meningkatkan Tahap Metabolisme


Pengamvilan secara konsisten membantu meningkatkan tahap metabolisme dalam badan kita. Metabolisme yang tinggi penting untuk membantu membakar lebih banyak lelemaks tepu dalam tubuh kita tu.

Mudah Untuk Dihadam

Sifatnya yang mudah dihadam menjadikan ia mampu mengstabilkan gul adalam darah. Secara tidak langsung ia mampu mengawal nafsu makan danmenyediakan lebih banyak tenaga di dalam badan.


Rendah Kandungan Gula


Bagi mereka yang suka menguyah tu, elok sangat la makan kacng ni. Sebab apa? Sebabnya ia mengandungi kandungan gula yang sanagt rendah. Jadi makan banyak pun tak ada masalah untuk kesihatan.

Kaya Nutrisi

Saya dah terngkan dah kat atas tadi tentang khasiat kacang tanah ni. Dengan jumlah kalori yang rendah ia menjadikan menu diet harian lengkap.

Kurangkan Risiko Penyakit Jantung

Kajian menunjukkkan pengambilan kacang tanah 5 kali seminggu mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan risiko diabetes, dan penyakit pundi hempedu.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

3 comments:

  1. Ala takut jerawat la plak macamana?

    ReplyDelete
  2. Ala takut jerawat la plak macamana?

    ReplyDelete
  3. Banyak juga manfaat kacang tanah ni ye...tp kalau makan banyak mesti gatal hidung...tp mmg sedap kacang tanah ni

    ReplyDelete