Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Assalamualaikum..

Ramai yang memandang remeh tentang keperluan air di dalam badan. Air yang dimaksudkan di sini ialah air putih okey. Bukan air bandung, bukan air milo tabur, bukan air kopi cap kapal layar ye. Diulangi air putih ataupun air masak. Orang johor sebut air jarang. Whatever la korang nak panggil apa pun.

Saya tahu ada orang yang tak suka minum air putih ni. Tekaknya hanya boleh telan air yang berwarna dan manis saja. Pelbagai alasan yang diberikan. Ada yang kata takut perut buncit la, ada juga yang kata nanti buah pinggang cepat rosak la. Macam-macam alasan yang tak logik pun ada..hihi..


Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Kalau ada yang tengah baca entry ni dan tergolong dalam kelompok ini, anda berada di dalam zon bahaya..!! Kenapa bahaya?? Kekurangan air di dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Jom kita baca. Antaranya ialah:


#1 Kehilangan Garam Dan Cairan Tubuh

Kekurangan air akan membuatkan tubuh seseorang itu mengalami kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa kadar cecair dan garam yang mencukupi.

Bila badan kita tak cukup air dan garam akan munculnya beberapa signal seperti mulut dan bibir kita menjadi kering. Biasa tak jadi macam ni?? Biasa kan terutama apabila cuaca panas terik. Tanda lain ialah mata kita juga berasa kering dan pedih serta tubuh menjadi terhidrat.


#2 Tekanan Darah Meningkat

Ketika mana sel-sel di dalam tubuh kita kekurangan bendalir, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang dikenali sebagai vasopressin. 

Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi. Jadi bagi mereka yang sudah sedia ada hipertensi ni janagn buat-buat malas ye minum air putih yang cukup. Bagi yang tak suka minum air putih ni anda kena la berjaga-jaga ye..Ingat sebelum kena. 


#3 Badan Rasa Letih

Pernah tak korang rasa letih semacam je. Padahal tak buat apa-apa aktiviti yang berat pun. Lain la kalau hari tu korang pegi cangkul tanah kat belakang rumah ke..Memang penat la kalau jarang buat kan. Ni tak ada buat apa-apa pun rasa penat je. 

Ini salah satu tanda menunjukkan badan Uollss kekurangan air tau. Dehidrasi sedang berlaku sebab tu korang rasa letih dan mengantuk je..Ini kerana jaringan sel-sel di dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi. Kesannya penambahan enzim berlaku dengan lambat sehingga menghalang tubuh menjadi lebih aktif dan produktif.

Badan kita akan rasa tidak bermaya dan asyik dok menguap je. Rasa macam tidur dah cukupkan tapi menguap je..Hati-hati ye kalau dah jadi macam ni. Jangan biarkan. Minum air yang cukup okey.


#4 Proses Pencernaan Terganggu

Kurang minum air boleh mengganggu proses penghadaman. Air memang sangat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mencerna makanan yang kita telan tu. Seterusnya mengeluarkan  sisa-sia makanan yang tidak dicerna atau tidak diperlukan oleh tubuh kita.

Makanan yang tidak dapat dihadam dengan sempurna akan menjadi racun di dalam tubuh kita. akhirnya timbul pelbagai masalah lain seperti kembung perut, sakit perut dan sembelit.

Saya perasan kalau saya tak minum air yang cukup saya akan sembelit. jadi masalah sembelit ni antara puncanya ialah tak cukup air. syukurlah saya jenis yang suka minum air masak. 

Sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah dah kerja sekarang ni pun saya akan bawa air ke mana saja saya pergi. Saya tak suka minum air sejuk atau air batu ni..
Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!


# 5 Berat Badan Bertambah

Apa kaitan kurang minum air dengan berat badan bertambah?? Macam tak ada synchronize je kan..Meh sini saya terangkan. Macam ni sebenarnya, bila badan kita kurang bendalir dalam tubuh ia akan memberi kesan kepada tahap metabolisme badan kita. Ada faham?? 

Maka apabila tahap metabolisme menurun secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pertambahan berat badan tanpa kita sedar. Bahaya ni bila berat badan bertambah kita tak perasan. Tahu-tahu bila dah baju ketat, seluar tak boeh nak butang..LOL

Macam mana nak buat ni?? Nasihat saya bila kita rasa dahaga yang amat janganlah terus minum air jus atau minuman yang manis. Minumlah air putih dahulu. Rasa dahaga yang tersangat tu menunjukkan anda perlukan air putih ok.


#6 Jangkitan Pundi Kencing

Jangkitan pada saluran pundi kencing atau kita sebut kencing kotor adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. Salah satu tanda kita mendapat kencing kotor ialah rasa sangat sakit bila membuang air kecil. 

Selain itu, urin akan berwarna keruh dan yang peling teruk urin ada darah. Sanagt bahaya. Jadi jangan lupa minum air secukupnya agar tidak berlaku masalah yang tidak diingini.


#7 Kejang Otot

Kurang air juga boleh menyebabkan kejang otot..Ini kerana otot kita menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang apabila air tidak mencukupi di dalam badan.

Sebelum saya mengundur diri. Nasihat saya minumlah air putih secukupnya. Kenapa saya kata secukupnya?? Sebab setiap individu keperluan air yang perlu di minum adalah tidak sama. Ia bergantung kepad berat badan seseorang, aktiviti yang dilakukan dan juga tahap pendedahan kepada matahari. Tambahan sekarang ni musim kemarau kan. Lagi la kena minum air putih yang banyak,

Bagi yang bekerja di luar bangunan keperluan air yang perlu di minum adalah lebih banyak. Mereka yang bekerja di tempat yang ada penghawa dingin juga perlu minum air yang banyak tau. Jangan ingat dok dalam econ tak payah minum air banyak hokey. Salah sama sekali. 

Apa yang saya buat supaya badan saya sentiasa minum air yang cukup ialah ke mana saya pergi saya akan bawa air. Pergi shopping sekalipun. Kat rumah pulak saya akan pastikan di dalam bilik saya letak sebotol air. Senang nak minum kan. Rasa dahaga je terus minum. 

Oklah selamat beramal. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Comments

  1. Wah nampak saya dalam paras bahaya nih.....kena cepat2 ubah cara minum sy setiap hari agaknya...terima kasih admin sudah kongsi manfaat minum air ni. Memang bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
  2. Wah nampak saya dalam paras bahaya nih.....kena cepat2 ubah cara minum sy setiap hari agaknya...terima kasih admin sudah kongsi manfaat minum air ni. Memang bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum air putih itu lebih baik dari minum air manis.

      Delete
  3. Lepas ni kena rajin minum air untuk kesihatan kita juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ain minum air putih ni baik untuk kesihatan kita juga

      Delete
  4. Hihihi selalu ngelat minum air putih banyak.. Asyik tak cecah 3 liter je.. Tak heran lah berat pun lmbt beno nak turun..^_^

    ReplyDelete
  5. Mama dah terkena no 6

    Tambah-tambah preggy memang risau

    Alhamdulillah lepas 5 hari antibiotik dah baik

    Apapun, air wajib minum banyak lepas ni

    ReplyDelete
  6. Mama dah terkena no 6

    Tambah-tambah preggy memang risau

    Alhamdulillah lepas 5 hari antibiotik dah baik

    Apapun, air wajib minum banyak lepas ni

    ReplyDelete
  7. Memang betul pun bila kurang minum air badan rasa letih.. Alhamdulillah sekarang mula banyak minum. tq info sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah so far xde masalAh dgn minum air putih ni.. Lgpun kulit lg gebu kalau cukup air dlm badan

    ReplyDelete
  9. Mmg penting air ni...sehari mesti kene minum secukupnya.. kalau tak cukup badan mesti letih, lepas tu susah bernafas sebab oksigen kurang...

    ReplyDelete
  10. Ye sy bibir slalu kering badan jugak slalu letih je nk wat pape pon mlas otot pon slalu kejang bile bru je ddk bersila dh kejang... Sehari sy minum dlm 500ml- 1 liter je sy mmg x suke air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sehari 1 liter memang tak cukup sis. Tambah2 lagi sekarang cuaca panas. Badan kita sentiasa berpeluh. Pastu duduk dalam econ pulak memang kena minum lebih dari itu.

      Delete
    2. Kalau sehari 1 liter memang tak cukup sis. Tambah2 lagi sekarang cuaca panas. Badan kita sentiasa berpeluh. Pastu duduk dalam econ pulak memang kena minum lebih dari itu.

      Delete

Post a Comment