Wednesday, July 1, 2015

6 Tips Mudah Untuk Kekal Kulit Cantik Berseri

Sebagai seorang wanita rasa ingin sentiasa cantik dan berseri itu benda biasa. tambah lagi kalau wanita itu seorang yang berkerjaya. Malu la kan kalu pergi kerja muka kusam tak bermaya je. Kawan tengok pun tak semangat..

Sebenarnya nak cantik-cantik ni tak ada lah payah manapun janji ada sedikit tahap kerajinan. InsyaAllah setel masalah. Jangan risau pasal duit okey. Nak cantik tak semestinya kena habiskan duit ribu riban beli produk mahal, pergi spa bagai.

6 Tips Mudah Untuk Kekal Kulit Cantik Berseri

Untuk cantik dalam dan luaran hendaklah hendaklah bermula dari dalam diri kita sendiri. Habit yang baik, ketenangan jiwa dan pemikiran positif antara faktor yang akan menyerlahkan aura kita.

Di sini saya akan kongsikan 6 Tips Mudah untuk kita kaum wanita dan juga lelaki untuk kekal cantik dan berseri.


DISIPLIN DIRI


Perkara pertama yang kita kena ada dalam diri kita ialah disiplin. Kalau tak ada disiplin apa pun tak akan jadi. Nak berjaya kena ada disiplin, nak cantik pun kena ada disiplin. Untuk kekal cantik kita mestilah mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je tau. Ikut mood tak akan ke mana la kita.


SAUNA


Sauna antara cara yang paling mudah untuk kita keluarkan peluh dan bakar lemak-lemak yang tak diperlukan tu. Secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan membuang toksin juga tau.

Sauna juga bagus untuk yang ada masalah bau badan. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah bau badan juga. Sauna bukan sahaja bagus untuk kecantikan tubuh dan dalaman kita, malah mampu meningkatkan tahap kesihatan.


Detoks


Detoks ni tujuannya untuk kita melancarkan proses pencernaan dan membersihkan dalaman kita dari segala bahan kotor, toksik, sisa buangan dan bahan beracun. Cara untuk detoks yang paling popular sekarang ni dengan minum air detoks. 

Camne nak buat air detoks ni senang je. Pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk buat minuman detoks ni. Boleh google resepi air detoks atau taip je infused water. Macam-macam resepi air detoks yang boleh kita amalkan setiap hari.

Yang paling ringkas dengan menggunakan buah lemon dan limau kasturi atau limau nipis. Potong nipis-nipis dan masukkan dalam jug berisi air. Letak dalam peti ais. Selepas 4 jam baru boleh minum. Yang ada masalah sembelit elok sangat la minum air detoks ni tau. Cubalah insyAllah pasti berkesan.


TIDUR AWAL


Tabiat tidur lewat mendorong perut kita akan berasa lapar. Ini menyebabkan tubuh kita akan keletihan. Kesannya lingkaran gelap bawah mata akan muncul. Pergi kerja dengan mata macam panda. Adeh malu la kan..

Tidur yang mencukupi  membantu tubuh kita akan berasa lebih segar. Tidur bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh. Apa yang penting bila kita tidur tubuh kita akan mendapat rehat yang sebenarnya dan secara tidak langsung tidur merawat tubuh kita secara semulajadi. Hasilnya muka kita pun nampak la berseri dan awet muda gitu..


PILIH MAKANAN BERKHASIAT


Pilihlah menu harian yang bergizi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Zat dan nutrisi yang terdapat di dalam makanan ini sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh kita.

Contohnya vitamin E sangat penting untuk kecantika kulit. Kekurangan vitamin E menyebbakan kulit menjadi kusam dan cepat berkedut.

Elakkan makan makanan ringan dan minumam yang manis. Jangan tidur selepas makan. Tabiat tidur ni kadang-kadang susah nak ubah kan. Bila perut dah kenyang mata pun layu je kan..Makan hendaklah secara konsisten. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing.


MINUM BANYAK AIR PUTIH


Kalau orang Johor sebut air putih tu air jarang..Biasa la kan lain negeri lain sebutannya. Tak kisah la nak guna istilah apa pun..Apa yang penting nak kulit cantik glowing kena la minum air masak yang banyak.

Elakkan minum air manis dan berais. Mak saya selalu pesan nak awet muda minum air putih sejurus bangun tidur dan juga sebelum tidur. 

Air yang mencukupi penting untuk proses penghadaman dan membantu untuk bakar kalori dengan lebih baik. Bila air yang cukup tubuh dan wajah kita pun lebih segar.

Itu saja untuk entry kali ni..Selamat beramal..Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Cantik untuk sihat..

Salam sayang
Nor Akmal

1 comment:

  1. untukkekalcantikkita harus memperharikan gaya hidupyang sihat dan amalkan pemakanan yang besih dan sihat penuh dengan nutrisi. Terima kasih info yang baik. Tips yang akan menambahkan lagi kejelitaan wanita.

    ReplyDelete