4 Makanan Bantu Buang Lemak Perut Part 1

Dah bersenam hari-hari, makan pun tak main rembat dah..Tapi saiz perut tak berubah. Macam tu juga. Seluar tetap juga ketat tak longgar-longar juga. Saiz baju pun tetap tak berubah. 

Bila dah buat senaman bagai, diet lagi harap-harap bertukar la saiz baju sebelum raya ni kan..Lemak kat perut ni lemak yang paling bahaya. jangan buat main-main tau. Sebabnya bahagian perut ni adanya organ-organ penting. 


4 Makanan Bantu Buang Lemak Perut Part 1

Jangan sedih akak-akak, adik-adik yang cantik..Meh sini saya nak kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh bantu uollss kempiskan perut dengan lebih berkesan dan cepat sebelum raya ni. Baca samapai habis tau..


#1 Teh Hijau

Teh hijau ni minuman kegemaran orang Jepun. Sebab tu umur orang Jepun ni panjang dan mereka jarang dapat penyakit. Teh hijau memang diakui sangat membantu untuk menurunkan berat badan. 

Ini diakui oleh satu kajian yang telah dijalankan oleh International Journal of Obesity. Hasil kajian ini menunjukkan kandungan aktif di dalam teh hijau iaitu EGCG (epigallocatechin-3-gallate) boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan terutama bahagian perut.


#2 Omega-3

Diet yang sihat dan senaman serta pengambilan suplemen asid lemak omega 3 telah terbukti membantu mengurangkan berat badan dan membakar lemak lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak ini.

Mengambil asid lemak termasuklah EPA dan DHA dalam nisbah 2:1 sebanyak 300 mg hingga 1.8 gram sehari mampu membakar lelemaks degil uollsss tu dengan pantas okey.

Makanan yang mengandungi sumber omega 3 ialah kacang walnut dan ikan salmon. Nak senang telan je suplemen Omega 3. Nak cari ikan salmon tu susah juga kan..


#3 Bawang putih

Ramai yang tak tahu bawang putih ni membantu menstabilkan glukos dalam darah. Apabila paras gula terkawal makanya prosese pembakaran lemak di perut dapat distabilkan. 







#4 Daun pudina

Tak sangka pudina ni boleh turunkan berat badan. Biasa kita jumap pudina ni dalam ubat gigi, gula-gula getah, penyegar pernafasan (breath fresheners) dan inhaler senagai elemen asas. Siapa yang nak turunkan berat badan sekaligus nak kempiskan perut tu boleh cuba pudina. 

Macam mana pudina ni berfungsi dalam mengurangkan berat badan? Meh sini nak bagitau. Macam ni pudina ni bertindak sebagai perangsang. Ia merangsang enzim pencernaan yang menyerap nutrien dari makanan dan lemak yang ada dalam makanan dan menjadikannya tenaga yang boleh digunakan. 
4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 1

Ini bermakna lemak yang ada dalam badan kita tu digunakan dengan lebih banyak. Makanya tak adalah lemak dalam badan tu kita simpan je kan. Lemak yang tak digunakan itulah yang menyebabkan berat badan bertambah.

Paling best cara nak makan daun pudina ni masukkan ke dalam teh hijau. Wow memang mabeles la rasa dia. Biasanya kalau kita tengok rancangan masakan daun pudina ni diletakkan sebagai hiasan dan sebagai penambah rasa dalam masakan daging terutama kambing dan juga sebagai pencuci mulut.

Uollss boleh google resepi pudina yang lain. InsyaAllah entry akan datang saya akan sambung 4 lagi makanan yang boleh membantu korang mengempiskan perut yang buncit ini sekaligus menyingkirkan lelemaks tepu yang tidak sihat ini. Selamat mencuba. 

Comments

  1. Owh, bawang putih pun blh juga yer.. Baru tahu ni.. Tapi, tak lalu la nak makan bawang putih gitu je kan..hihi. Kena cari alternatif lain mcm Garlic Complex.. One of my favourite supplement juga..^_^

    ReplyDelete
  2. Info baru ni..banyak yang taktau...tq sharing...

    ReplyDelete

Post a Comment