4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 2

Assalamualaikum..

Semalam saya ada kongsikan 4 makanan yang boleh bantu singkirkan segala lelemaks tepu yang bermastautin kat perut korang tu..

Hari ni saya nak sambung entry yang semalam ye..ada lagi 4 jenis makanan yang boleh anda cuba dan amalkan untuk membantu mengurangkan berat badan dan sekaligus mengecilkan perut yang dah ke depan tu kan.

Mungkin nak makan ke semua ni dalam masa sehari tak termakan kan. Uollss bolehlah la pilih mana-mana yang rasa boleh lalu kat tekak tu dan boleh telan dengan gembiranya. Mungkin setiap orang seleranya berbeza kan.

Tapi demi saiz badan idaman telan je la kan mana yang baik. Yang dah selim melim pon boleh makan. Tak ada masalah.

Ok jom kita tengok 4 makanan yang seterusnya

#1 Kulit kayu manis


Kulit kayu manis bukan sahaja membantu membakar lemak tepu kat perut. Banyak lagi manfaat kulit kayu manis untuk yang nak kuruskan badan sekaligus untuk kesihatan juga.
4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 2

Antaranya ialah mengawal tahap insulin, mengurangkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan tahap metabolisme, menurunkan paras kolesterol jahat (LDL), dan membantu mengurangkan selera makan.

Biasa kita letak kulit kayu manis ni dalam masakan je kan. apa kata lepas ni kita telan terus. Kulit kayu manis  kan keras. Macammana nak telan?? Nak gigit pun tak boleh..Tak ada masalah boleh saja beli serbuk kulit kayu manis yang dah siap kisar tu kan.

Boleh tambahkan dalam bijirin semasa makan pagi. Boleh juga buat air tea. Campur sikit dengan madu dan air panas. Kalau berani boleh tambah terus ke dalam tea dan kopi. Tak tahu la apa rasa, saya pun tak pernah cuba

Tapi kulit kayu manis ni baunya harum kan. Biasanya yang nak diet suka minum air jus buah kan..Untuk rasa kelainan boleh tambahkan kulit kayu manis ni sedikit dalam jus.

Nak tahu lebih lanjut tentang kulit kayu manis ni boleh ke link ni. Picit kuat-kuat kat sini: http://idealbite.com/cinnamon-for-weight-loss/


#2 Buah Tembikai


Kita tahu buah tembikai ni mengandungi banyak air. Dikatakan kandungan air di dalam tembikai sebanyak 82%. Jadinya sebab itu lah buah ini sesuai sangat untuk yang nak kurangkan berat badan sekaligus kempiskan perut. 

Uollss perasan tak apabila kita makan buah tembikai ni perut kita cepat kenyang. Secara tidak langsung cara ini dapat membantu yang suka makan, yang suka mengunyah tu dari makan banyak. jadi berat pun tak ada la bertambah kan.

Lepas ni kalau rasa lapar je telan je tembikai. Rasa nak menguyah ke gigit je buah ni.



#3 Buah Epal


Betul ke mengamambil epal mampu mengurangkan berat badan?? Betul..dari hasil pembacaan saya epal mengandungi sebatian non-digestible iaitu sebatian yang tidak dicerna. Sebatian ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran makanan and dikaitkan dengan kehilangan berat. 

These compounds—fiber and polyphenols—remain undigested until they’re fermented in the colon, where they act as food for friendly bacteria and help your body outweigh the bad bacteria that thrives on junk food, says lead study author and food scientist Giuliana Noratto. This restored microbial balance appears to reduce chronic inflammation, which increases the risk of obesity, and boosts feelings of fullness to help stave off overeating.

#4 Buah Pisang

Pisang ni ada kalium yang membantu membuatkan seseorang merasa kenyang. Selain berfungsi sebagai ejen detoksifikasi pisang juga membantu meningkatkan metabilosme badan. 

Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Selain membantu mengurangkan berat badan banyak lagi khasiat pisang untuk kesihatan kita.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat mencuba. 


Comments

  1. Buah buahan tu memang sodap dah. Kayu manis tu biasa masuk dalam sup or kari je. Hehe

    ReplyDelete
  2. pisang memang best.

    mudah nak hadam dan beri tenaga yang cepat.

    ReplyDelete
  3. patutlah keluarga saya slim jee sbb arwah ayah dulu rajin beli pisang..

    ReplyDelete
  4. Buah2 tu bole je masuk ikut tekak ni...tp kalau kayu manis tu tak diterima tekak kot...hehehhe..

    ReplyDelete
  5. Satu pertua yang amat mudah untuk diikuti.tq

    ReplyDelete
  6. buah2an tu memang sgt sedap..nice sharing..tq

    ReplyDelete
  7. Bolehlah selalu guna kayu manis, 2-dalam-1 untuk buang lemak sekali

    ReplyDelete

Post a Comment