Wednesday, July 8, 2015

4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 2

Assalamualaikum..

Semalam saya ada kongsikan 4 makanan yang boleh bantu singkirkan segala lelemaks tepu yang bermastautin kat perut korang tu..

Hari ni saya nak sambung entry yang semalam ye..ada lagi 4 jenis makanan yang boleh anda cuba dan amalkan untuk membantu mengurangkan berat badan dan sekaligus mengecilkan perut yang dah ke depan tu kan.

Mungkin nak makan ke semua ni dalam masa sehari tak termakan kan. Uollss bolehlah la pilih mana-mana yang rasa boleh lalu kat tekak tu dan boleh telan dengan gembiranya. Mungkin setiap orang seleranya berbeza kan.

Tapi demi saiz badan idaman telan je la kan mana yang baik. Yang dah selim melim pon boleh makan. Tak ada masalah.

Ok jom kita tengok 4 makanan yang seterusnya

#1 Kulit kayu manis


Kulit kayu manis bukan sahaja membantu membakar lemak tepu kat perut. Banyak lagi manfaat kulit kayu manis untuk yang nak kuruskan badan sekaligus untuk kesihatan juga.
4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 2

Antaranya ialah mengawal tahap insulin, mengurangkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan tahap metabolisme, menurunkan paras kolesterol jahat (LDL), dan membantu mengurangkan selera makan.

Biasa kita letak kulit kayu manis ni dalam masakan je kan. apa kata lepas ni kita telan terus. Kulit kayu manis  kan keras. Macammana nak telan?? Nak gigit pun tak boleh..Tak ada masalah boleh saja beli serbuk kulit kayu manis yang dah siap kisar tu kan.

Boleh tambahkan dalam bijirin semasa makan pagi. Boleh juga buat air tea. Campur sikit dengan madu dan air panas. Kalau berani boleh tambah terus ke dalam tea dan kopi. Tak tahu la apa rasa, saya pun tak pernah cuba

Tapi kulit kayu manis ni baunya harum kan. Biasanya yang nak diet suka minum air jus buah kan..Untuk rasa kelainan boleh tambahkan kulit kayu manis ni sedikit dalam jus.

Nak tahu lebih lanjut tentang kulit kayu manis ni boleh ke link ni. Picit kuat-kuat kat sini: http://idealbite.com/cinnamon-for-weight-loss/


#2 Buah Tembikai


Kita tahu buah tembikai ni mengandungi banyak air. Dikatakan kandungan air di dalam tembikai sebanyak 82%. Jadinya sebab itu lah buah ini sesuai sangat untuk yang nak kurangkan berat badan sekaligus kempiskan perut. 

Uollss perasan tak apabila kita makan buah tembikai ni perut kita cepat kenyang. Secara tidak langsung cara ini dapat membantu yang suka makan, yang suka mengunyah tu dari makan banyak. jadi berat pun tak ada la bertambah kan.

Lepas ni kalau rasa lapar je telan je tembikai. Rasa nak menguyah ke gigit je buah ni.



#3 Buah Epal


Betul ke mengamambil epal mampu mengurangkan berat badan?? Betul..dari hasil pembacaan saya epal mengandungi sebatian non-digestible iaitu sebatian yang tidak dicerna. Sebatian ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran makanan and dikaitkan dengan kehilangan berat. 

These compounds—fiber and polyphenols—remain undigested until they’re fermented in the colon, where they act as food for friendly bacteria and help your body outweigh the bad bacteria that thrives on junk food, says lead study author and food scientist Giuliana Noratto. This restored microbial balance appears to reduce chronic inflammation, which increases the risk of obesity, and boosts feelings of fullness to help stave off overeating.

#4 Buah Pisang

Pisang ni ada kalium yang membantu membuatkan seseorang merasa kenyang. Selain berfungsi sebagai ejen detoksifikasi pisang juga membantu meningkatkan metabilosme badan. 

Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Selain membantu mengurangkan berat badan banyak lagi khasiat pisang untuk kesihatan kita.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat mencuba. 


Tuesday, July 7, 2015

Cara Terbaik Atasi Masalah Keputihan Wanita

Keputihan bukanlah sejenis penyakit. Ia adalah normal bagi seorang wanita. Kebanyakan wanita menghadapi masalah ini. Keputihan merupakan proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan. 

Biasanya remaja jarang mendapat masalah keputihan ni. Kecuali diaorang ada ambil ubat tertentu seperti ubat diabetes, aktif melakukan seks dan mempunyai sistem badan yang rendah.

Wanita hamil biasanya berisiko tinggi mendapat keputihan kerana perubahan hormon yang menyebabkan mereka senang mendapat jangkitan kulat. Dianggarkan hampir 80 peratus atau 8 daripada 10 wanita yang hamil mungkin ada masalah keputihan.

Selain itu, dianggarkan seramai 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah ini. Ini kerana mereka sudah terdedah kepada hubungan intim dan mudah terdedah kepada jangkitan.

Jadi hakak2, adik2 di luar sana tak perlu risau ye. "Selagi tidak mendatangkan gatal dan tiada kemerah-merahan pada bahagian sulit, ia dikatakan keputihan yang biasa atau disebabkan kitaran hormon", kata Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani.

Keputihan dikatakan bermasalah atau yang lain daripada biasa, bilamana ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau.

Keadaan ini biasanya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.

Faraj mengandungi kuman semula jadi iaitu bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate berfungsi melindungi faraj dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.

Bau masam juga boleh berlaku akibat tindak balas kuman dengan peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Kadangkala keasidan faraj kurang dengan tahap yang memudahkan sejenis kulat yis menghinggapinya dan membiak serta menjadi masalah.

Nasihat saya jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan berasa gatal dan sakit pada bahagian sulit, berjumpalah doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Ini kerana kegatalan yang amat sangat menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.

Bagaimana rangkaian produk Shaklee boleh membantu mengatasi masalah keputihan??


Terdapat 2 produk yang boleh membantu wanita untuk menyelesaikan masalah ini iaitu Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Cara Terbaik Atasai Masalah Keputihan Wanita
Alfalfa Complex adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah dalam “hubungan” suami isteri.

Cara Terbaik Atasai Masalah Keputihan Wanita
Garlic Complex berfungsi sebagai antibiotik yang selamat dan semulajdi. Garlic Complex Shaklee selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan tentang produk yang hebat ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 


#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 

 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp:
 0139279846
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

4 Makanan Bantu Buang Lemak Perut Part 1

Dah bersenam hari-hari, makan pun tak main rembat dah..Tapi saiz perut tak berubah. Macam tu juga. Seluar tetap juga ketat tak longgar-longar juga. Saiz baju pun tetap tak berubah. 

Bila dah buat senaman bagai, diet lagi harap-harap bertukar la saiz baju sebelum raya ni kan..Lemak kat perut ni lemak yang paling bahaya. jangan buat main-main tau. Sebabnya bahagian perut ni adanya organ-organ penting. 


4 Makanan Bantu Buang Lemak Perut Part 1

Jangan sedih akak-akak, adik-adik yang cantik..Meh sini saya nak kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh bantu uollss kempiskan perut dengan lebih berkesan dan cepat sebelum raya ni. Baca samapai habis tau..


#1 Teh Hijau

Teh hijau ni minuman kegemaran orang Jepun. Sebab tu umur orang Jepun ni panjang dan mereka jarang dapat penyakit. Teh hijau memang diakui sangat membantu untuk menurunkan berat badan. 

Ini diakui oleh satu kajian yang telah dijalankan oleh International Journal of Obesity. Hasil kajian ini menunjukkan kandungan aktif di dalam teh hijau iaitu EGCG (epigallocatechin-3-gallate) boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan terutama bahagian perut.


#2 Omega-3

Diet yang sihat dan senaman serta pengambilan suplemen asid lemak omega 3 telah terbukti membantu mengurangkan berat badan dan membakar lemak lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak ini.

Mengambil asid lemak termasuklah EPA dan DHA dalam nisbah 2:1 sebanyak 300 mg hingga 1.8 gram sehari mampu membakar lelemaks degil uollsss tu dengan pantas okey.

Makanan yang mengandungi sumber omega 3 ialah kacang walnut dan ikan salmon. Nak senang telan je suplemen Omega 3. Nak cari ikan salmon tu susah juga kan..


#3 Bawang putih

Ramai yang tak tahu bawang putih ni membantu menstabilkan glukos dalam darah. Apabila paras gula terkawal makanya prosese pembakaran lemak di perut dapat distabilkan. 







#4 Daun pudina

Tak sangka pudina ni boleh turunkan berat badan. Biasa kita jumap pudina ni dalam ubat gigi, gula-gula getah, penyegar pernafasan (breath fresheners) dan inhaler senagai elemen asas. Siapa yang nak turunkan berat badan sekaligus nak kempiskan perut tu boleh cuba pudina. 

Macam mana pudina ni berfungsi dalam mengurangkan berat badan? Meh sini nak bagitau. Macam ni pudina ni bertindak sebagai perangsang. Ia merangsang enzim pencernaan yang menyerap nutrien dari makanan dan lemak yang ada dalam makanan dan menjadikannya tenaga yang boleh digunakan. 
4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil Perut Part 1

Ini bermakna lemak yang ada dalam badan kita tu digunakan dengan lebih banyak. Makanya tak adalah lemak dalam badan tu kita simpan je kan. Lemak yang tak digunakan itulah yang menyebabkan berat badan bertambah.

Paling best cara nak makan daun pudina ni masukkan ke dalam teh hijau. Wow memang mabeles la rasa dia. Biasanya kalau kita tengok rancangan masakan daun pudina ni diletakkan sebagai hiasan dan sebagai penambah rasa dalam masakan daging terutama kambing dan juga sebagai pencuci mulut.

Uollss boleh google resepi pudina yang lain. InsyaAllah entry akan datang saya akan sambung 4 lagi makanan yang boleh membantu korang mengempiskan perut yang buncit ini sekaligus menyingkirkan lelemaks tepu yang tidak sihat ini. Selamat mencuba. 

Monday, July 6, 2015

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Sebut je artis Korea atau K-pop semua terbuntang mata. Maklumlah terpegun dengan kehalusan dan kemulusan kulit mereka. Tak kira artis lelaki atau perempuan. Semua sama je kehalusan dan kemulusn kulit diaorang kan. 
Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Saya antara peminat drama Korea tau. Pelakon Korea tak adalah nak minat sangat. Tak tahu pun nama artis Korea ni. Cerita Korea banyak je yang bagus-bagus yang ada nilai murni. Jadi kita kena lah pandai pilih nak tengok yang mana kan. Jangan semua nak rembat.

Tidak dinafikan Korea mempunyai teknologi yang canggih dan pakar kecantikan yang hebat yang menjadikan Korea Selatan negara tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia.

Wow, memang sangat dahsyat la kan!! Bila kita tengok artis Korea ni kita pun tak tahu adakah ini wajah asli mereka atau wajah hasil plastic surgery yang hebat. 

Sudah menjadi perkara biasa bagi artis dan juga rakyat Korea untuk melakukan pembedahan plastik. Keinginan memiliki wajah uzzlang atau bentuk wajah terbaik menjadi sebab kenapa mereka melakukan pembedahan palstik. 

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Korang kenal siapa dia ni? Kalau kenal korang memang peminat tegar Korea..
Kalau korang tengok artis lelaki pun sama kan kulit mereka. Glowing dan flawless je. Orang lelaki Korea pun sama la obses bab cantik ni bukan perempuan je tau..

Jadi berbalik kepada kulit diaorang yang halus, mulus, glowing dan flawless ni, bukan sebab pembedahan plastik semata-mata yang menjadikan kulit mereka sehalus kulit bayi. 

Tetapi ada beberapa rahsia yang mereka amalkan. Ketepikan isu pembedahan palstik itu, jom kita tengok apa rahsia  yang menjadikan kulit artis dan wanita Korea ni cantik.


Produk Penjagaan Kulit


Kat Korea produk penjagaan kulit ni memang la sangat femes. Kalau rasa nak kulit secantik retis Korea ni pilihlah produk yang berasaskan bahan semulajadi hokey. Tiada kesan sampingan. Yakin dan suci..ahakss..

Memang banyak produk penjagaan kulit yang ada di pasaran ni. Tapi kita la yang kena pilih mana yang terbaik. Jangan la dok caya sangat produk yang orang dok jual kat pasar malam tu ke, tepi-tepi jalan tu ke..banyak tak bagus dari yang bagus..

Bahaya tau..bukannya saya tak nak menyokong orang kita buat bisness. Kita tak tahu bahan apa yang ada dalam tu kan. Yang jadi lagi bahaya bahan kimia yang ada dalam tu boleh meresap ke dalam darah kita tau. Boleh jadi kanser. 

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing

Jangan ambik mudah ye kakak-kakak, adik-adik yang cantik menawan. Nak cantik tak salah tapi jangan sampai membawa penyakit..

Satu lagi orang Korea ni suka buat skrub wajah. so kita yang nak cantik kena la rajin buat skrub. Tak payah fikir nak beli skrub kat kedai guna je bahan-bahan semulajadi yang ada kat rumah tu. Jimat duit. tak ada kesan sampingan, selamat lagi. Yang paling penting kena rajin je. 

Minum Air Yang Banyak


Semua kita tahu air sangat penting untuk kesihatan kita. Air yang tak cukup menyebabkan kulit kita menjadi kering. Kulit yang kering dalam masa yang panjang menyebabkan kulit kita cepat  berkedut. Bila kulit berkedut cepat la nampak tua. Umur sebenar baru 30 tapi nampak macam 50. OMG!!! Uit, takutnya..

Jadi jangan malas-malas minum air putih ok. Air putih tau bukan air milo ke power rut ke..hmm..Minumlah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tambah lagi sekarang musim kemarau ni. memang kena minum air banyak.

Nak kulit lembap dan glowing minum la air banyak-banyak ye.

Penggunaan Eyeliner


Kenapa orang Korea suka pakai eyeliner ni?? Sebabnya mata diaorang kan sepet. Jadi nak tutup kelemahan tu diaorang guna la eyeliner. Nak pakai eyeliner kena la dengan cara yang betul. Baru la mata tu nampak lebih menawan dan bersinar..

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Wajah artis Korea Yoon Eun Hye tanpa eyeliner dan dengan eyeliner. Lihat perbezaannya. Cantik kan..

Perasan tak artis Korea ni dia tak pakai pun eyeshadow yang colourful bagai macam artis Malaysia kita. Biasanya diaorang ni akan guna satu warna je pada satu-satu masa. Warna yang menjadi kegemaran diaorang ialah warna pastel. Sebab tu make up diaorang nampak cam natural je kan..

Saya suka make up yang natural ni. Nampak la wajah asli seseorang tu kan.  

Pemilihan Makanan


Wanita Korea ni bukan saja menggunakan produk penjagaan kulit untuk dapatkan kulit wajah yang putih bersih. Apa yang bagusnya diaorang ni suka makan makanan kesihatan yang berasaskan herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. 

Sape yang kaki citer Korea tahu la kan menu masakan orang Korea ni macam mana. Kebanyakkannya yang jenis stim, kukus atau rebus..Betul tak?? Jarang masakan mereka digoreng. Bila stim, atau kukus ni zat-zat dalam makanan pun tak hilang banyak.

Rahsia Kulit Cantik Artis Korea Yang Glowing
Antara makanan tradisional orang Korea iaitu bimbimbap (Bibimbap is a signature Korean dish).

Bukan saja kulit cantik kalau kurang makan makanan bergoreng ni. Tubuh pun sihat. Kolesterol pun kurang..

Tujuannya saya karang entry berkaitan kecantikan artis Korea ni bukannya nak suruh korang semua obses macam diaorang sampai nak buat sugery plastic. Idok la sampai macam tu sekali.

Nak cantik tak salah. Biarlah berpada-pada. Bagi saya sihat itu lebih penting. Bila badan sihat secara tak langsung wajah kita pun akan terserlah juga kecantikannya. Apa gunanya wajah je cantik tapi hakikatnya badan kita sakit.

Suka tengok stail orang korea bila time makan. Mesti satu famili makan bersama kat atas meja panjang. Tak ada kerusi pun duduk bersila atas lantai je.


10 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi

Ramai yang tidak tahu akan kepentingan zat besi kepada fungsi tubuh. zat besi berperanan dalam menyalirkan hemoglobin iaitu salah satu protein yang berfungsi menghantar oksigen ke dalam sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan terjadinya anemia

Kekurangan zat besi merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi pada ramai orang. Namun ramai yang tak sedar sebenarnya mereka sedang menghadapi masalah ini. Ini kerana signal yang ditunjukkan adalah sama seperti tanda masalah kesihatan lain seperti berasa penat, sakit kepala dan sebagainya.


10 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi

Untuk mengelakkan berlakunya anemia jom kita kenali 10 tanda kekuranganzat besi yang ditunjukkan oleh tubuh kita. Dengan mengetahui tanda-tanda ini diharap dapat membantu kita mengambil langkah untuk mengatasainya agar ia tidak menjadi lebih teruk.


#1 Badan Cepat Letih

Tubuh yang cepat penat, lesu dan tidak bermaya menjadi petanda seseorang itu kekurangan zat besi. Namun tanda ini dianggap perkara biasa oleh kebanyakan kita. Ramai yang menganggap keadaan ini adalah disebabkan pelbagai aktiviti yang dilakukan dan penat bekerja.

Kekurangan zat besi dalam tubuh akan menyekat oksigen masuk ke dalam sel tubuh hingga menyebabkan kekurangan tenaga.


#2 Haid Yang Banyak

Ada sesetengah wanita merasakan keadaan ini adalah normal dan sihat. namun ia menjadi satu tanda seseorang itu kekurangan zat besi. 


#3 Wajah Pucat

Hemoglobin adalah zat yang memberikan kulit berwarna kemerah-merahan. Ini menandakan anda sihat dan cukup zat. Bagi yang berkulit cerah bila wajah pucat ni senang nampak. Jika gusi, bibir bahagian dalam dan bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat itu menjadi tanda anda kekurangan zat besi.


#4 Nafas Pendek atau Sering Termengah-mengah

Cuba perhatikan jika anda termengah-mengah semasa membuat aktiviti biasa, itu menunjukkan anda kekurangan zat besi.


#5 Denyutan Jantung Terlalu Cepat

Apabila kekurangan zat besi badan juga akan kekurangan hemoglobin. Denyutan jantung akan bergerak dengan lebih cepat. Ini sangat bahaya kerana anda berisiko mendapat penyakit jantung. pembesaran jantungyang luar biasa disebabkan denyutan jantung yang tidak normal. 

Seandainya anda merasa denyutan jantung tak seperti kebiasaannya dan berdenyut laju, jangan ambil mudah ye. Ceapt-cepat jumpa doktor okey.


#6 Kaki Kebas

Semut-semut atau kaki sering kebas merupakan tanda anda kekuranagn zat besi. 


#7 Sakit Kepala

walaupun kita kekurangan zat besi, tubuh secara langsung akan menghantar lebih banyak darah ke otak berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Tetapi otak tetap menerima  lebih sedikit zat besi daripada yang sepatutnya. ini menyebabkan arteri menyebabkan arteri membengkak. Ini mengakibatkan kita sering sakit kepala.


#8 Selera yang pelik

Ada sesetengah mereka yang menghidapi kekuranagn zat besi akan memiliki selera makan yang pelik iaitu suka menggigit ais dan apa sahaja yang bukan menjadi kebiasaan sebelumnya. Ada juga yang suka kepada makanan yang kurang nutrisi. dan jangan biarkan ini berlarutan. Cuba makan makanan yang berkhasiat.


#9 Kuku Mudah Patah

Ini adalah tanda yang amat mudah untuk mengetahui kita kekuranagn zat besi yang agak teruk.


#10 Rambut Gugur 

Rambut gugur juga disebabkan kehilangan zat besi selain kekuranga protein. Ini disebabkan aliran darah yang tidak lancar kepada setiap organ tubuh. Secara tidak langsung akar rambut bermasalah.

Jika anda rasa ada pada diri anda tanda0tanda seperti yang disebut di atas Jangan biarkan masalah ini begitu sahaja. Berjumpalah dengan doktor untuk menadapatkan rawatan yang tepat. 

Jika anda ingin mencuba rawatan alternatif sekalipun dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Selebihnya boleh la mencuba rawatan alternatif.


Bagaimana Shakee boleh membantu mengatasi masalah kekurangan zat besi ini??



Antara suplemen Shaklee yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini dan sekaligus mengelakkan berlakunya anemia ialah:

Vita-Lea Iron Formula sumber zat besi
Klik MANFAAT UTAMA VITA-LEA IRON FORMULA untuk maklumat lanjut
10 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi
 VitaLea Iron Formula merupakan makanan tambahan yang mengandungi zat besi yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Sustained Release Vita-C Plus
Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEEuntuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.
10 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi
Adalah amat penting untuk mengambil suplemen zat besi bersama Vitamin C kerana fungsi vitamin c ialah menyerap zat besi.

B-complex yang lengkap mengandungi asid folik dan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita.
Klik MANFAAT UTAMA B-COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentang B-complex Shaklee

10 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi
B-complex membantu Mencegah anemia. ia juga membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk laut dan darat.

So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..

Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!

Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan tentang produk yang hebat ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 

 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp: 0139279846
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Sunday, July 5, 2015

Timun Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Timun atau mentimun sejenis tanaman memanjat atau menjalar yang mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Timun sedap dimakan begitu saja sebagai ulam-ulaman dan boleh juga dimasukkan di dalam pelbagai masakan.

Kandungan vitamin A, B dan C serta bahan mineral di dalam timun menjadikannya kaya denagn sumber bioaktiviti jenis mikrob. 

Jom kita baca apa lagi manfaat timun untuk kesihatan kita.

Timun Dan Manfaatnya Untuk kesihatan

#1 Hidratkan Tubuh 

Timun mempunyai kandungan air lebih 90%. Ini menjadikannya bagus untuk diambil bagi menggantikan tubuh kita yang kehilangan air.  Maknanya kalau rasa hari ini tak cukup minum air boleh la makan timun sebagai pengganti air. 

#2 Serat Yang Tinggi

Kandungan serat yang tinggi yang ada di dalam timun membantu melancarkan proses penghadaman, menurunkan kolesterol dan meneutralkan racun serta menyingkirkan segala toksik dan sisa kotoran yang ada di dalam tubuh kita. Bagi mereka yang ada masalah sembelit tu elok sangat la makan timun ni banyak sikit hokey..supaya lancar proses pembuangan. 

#3 Masker Wajah

Masker wajah menggunakan timun memang sangat femes la di kalangan wanita. Yang rajin tahap dewa dan yang nak cantik-cantik sokmo tu boleh la parut halus timun dan tepek kat muka korang buat masker. 

Timun ni boleh bersihkan kulit wajah kita yang berminyak dan menghilangkan kedut pada wajah. Kalau kulit badan kita gatal-gatal boleh la gosok-gosok dengam timun ni.

#4 Turunkan Panas Dalaman

Timun ni sejuk dan mampu menurunkan panas dalaman. Badan jadi panas bila kita demam kan. Lepas ni boleh cuba guna timun untuk turunkan panas badan masa demam. Kalau lalu makan boleh la kisar timun buat jus. ataupun parut timun tu dan letakkan kat atas perut. Petua yang ni saya ambil dari buku Allah Doktorku.

#5 Kawal Berat Badan

Yang nak slim melim tu elok sangat makan timun ni. Sebab apa? Sebabnya timun ni kaya dengan kandungan air dan yang paling penting tahap kalorinya yang rendah. 

Uollss boleh pelbagaikan cara makan timun ni. Hari-hari buat jus bosan juga kan. Selain dimakan begitu sahaja sebagai kudapan semasa menonton TV, uollss boleh juga campurkan timun ke dalam sup atau salad. Buat salad memang best. Nak slim kena la makan sayur banyak ye.  

Timun mengandungi sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin A, B (B1 dan B2) dan C yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Timun juga mengandungi protein, zat besi, kalsium, magnesium, fosforus, lemak dan juga karbohidrat. 

Pastikan kulit timun tidak dibuang kerana di dalam kulitnya terdapat vitamin C.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Saturday, July 4, 2015

Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Assalamualaikum..

Ramai yang memandang remeh tentang keperluan air di dalam badan. Air yang dimaksudkan di sini ialah air putih okey. Bukan air bandung, bukan air milo tabur, bukan air kopi cap kapal layar ye. Diulangi air putih ataupun air masak. Orang johor sebut air jarang. Whatever la korang nak panggil apa pun.

Saya tahu ada orang yang tak suka minum air putih ni. Tekaknya hanya boleh telan air yang berwarna dan manis saja. Pelbagai alasan yang diberikan. Ada yang kata takut perut buncit la, ada juga yang kata nanti buah pinggang cepat rosak la. Macam-macam alasan yang tak logik pun ada..hihi..


Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Kalau ada yang tengah baca entry ni dan tergolong dalam kelompok ini, anda berada di dalam zon bahaya..!! Kenapa bahaya?? Kekurangan air di dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Jom kita baca. Antaranya ialah:


#1 Kehilangan Garam Dan Cairan Tubuh

Kekurangan air akan membuatkan tubuh seseorang itu mengalami kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa kadar cecair dan garam yang mencukupi.

Bila badan kita tak cukup air dan garam akan munculnya beberapa signal seperti mulut dan bibir kita menjadi kering. Biasa tak jadi macam ni?? Biasa kan terutama apabila cuaca panas terik. Tanda lain ialah mata kita juga berasa kering dan pedih serta tubuh menjadi terhidrat.


#2 Tekanan Darah Meningkat

Ketika mana sel-sel di dalam tubuh kita kekurangan bendalir, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang dikenali sebagai vasopressin. 

Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi. Jadi bagi mereka yang sudah sedia ada hipertensi ni janagn buat-buat malas ye minum air putih yang cukup. Bagi yang tak suka minum air putih ni anda kena la berjaga-jaga ye..Ingat sebelum kena. 


#3 Badan Rasa Letih

Pernah tak korang rasa letih semacam je. Padahal tak buat apa-apa aktiviti yang berat pun. Lain la kalau hari tu korang pegi cangkul tanah kat belakang rumah ke..Memang penat la kalau jarang buat kan. Ni tak ada buat apa-apa pun rasa penat je. 

Ini salah satu tanda menunjukkan badan Uollss kekurangan air tau. Dehidrasi sedang berlaku sebab tu korang rasa letih dan mengantuk je..Ini kerana jaringan sel-sel di dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi. Kesannya penambahan enzim berlaku dengan lambat sehingga menghalang tubuh menjadi lebih aktif dan produktif.

Badan kita akan rasa tidak bermaya dan asyik dok menguap je. Rasa macam tidur dah cukupkan tapi menguap je..Hati-hati ye kalau dah jadi macam ni. Jangan biarkan. Minum air yang cukup okey.


#4 Proses Pencernaan Terganggu

Kurang minum air boleh mengganggu proses penghadaman. Air memang sangat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mencerna makanan yang kita telan tu. Seterusnya mengeluarkan  sisa-sia makanan yang tidak dicerna atau tidak diperlukan oleh tubuh kita.

Makanan yang tidak dapat dihadam dengan sempurna akan menjadi racun di dalam tubuh kita. akhirnya timbul pelbagai masalah lain seperti kembung perut, sakit perut dan sembelit.

Saya perasan kalau saya tak minum air yang cukup saya akan sembelit. jadi masalah sembelit ni antara puncanya ialah tak cukup air. syukurlah saya jenis yang suka minum air masak. 

Sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah dah kerja sekarang ni pun saya akan bawa air ke mana saja saya pergi. Saya tak suka minum air sejuk atau air batu ni..
Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!


# 5 Berat Badan Bertambah

Apa kaitan kurang minum air dengan berat badan bertambah?? Macam tak ada synchronize je kan..Meh sini saya terangkan. Macam ni sebenarnya, bila badan kita kurang bendalir dalam tubuh ia akan memberi kesan kepada tahap metabolisme badan kita. Ada faham?? 

Maka apabila tahap metabolisme menurun secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pertambahan berat badan tanpa kita sedar. Bahaya ni bila berat badan bertambah kita tak perasan. Tahu-tahu bila dah baju ketat, seluar tak boeh nak butang..LOL

Macam mana nak buat ni?? Nasihat saya bila kita rasa dahaga yang amat janganlah terus minum air jus atau minuman yang manis. Minumlah air putih dahulu. Rasa dahaga yang tersangat tu menunjukkan anda perlukan air putih ok.


#6 Jangkitan Pundi Kencing

Jangkitan pada saluran pundi kencing atau kita sebut kencing kotor adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. Salah satu tanda kita mendapat kencing kotor ialah rasa sangat sakit bila membuang air kecil. 

Selain itu, urin akan berwarna keruh dan yang peling teruk urin ada darah. Sanagt bahaya. Jadi jangan lupa minum air secukupnya agar tidak berlaku masalah yang tidak diingini.


#7 Kejang Otot

Kurang air juga boleh menyebabkan kejang otot..Ini kerana otot kita menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang apabila air tidak mencukupi di dalam badan.

Sebelum saya mengundur diri. Nasihat saya minumlah air putih secukupnya. Kenapa saya kata secukupnya?? Sebab setiap individu keperluan air yang perlu di minum adalah tidak sama. Ia bergantung kepad berat badan seseorang, aktiviti yang dilakukan dan juga tahap pendedahan kepada matahari. Tambahan sekarang ni musim kemarau kan. Lagi la kena minum air putih yang banyak,

Bagi yang bekerja di luar bangunan keperluan air yang perlu di minum adalah lebih banyak. Mereka yang bekerja di tempat yang ada penghawa dingin juga perlu minum air yang banyak tau. Jangan ingat dok dalam econ tak payah minum air banyak hokey. Salah sama sekali. 

Apa yang saya buat supaya badan saya sentiasa minum air yang cukup ialah ke mana saya pergi saya akan bawa air. Pergi shopping sekalipun. Kat rumah pulak saya akan pastikan di dalam bilik saya letak sebotol air. Senang nak minum kan. Rasa dahaga je terus minum. 

Oklah selamat beramal. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Friday, July 3, 2015

Cara Cerahkan Kulit Kesan Sunburn Dengan Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum..

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa. Yang mana secara puratanya akan mengalami hujan dan panas sepanjang tahun. Ingat tak ayat ni. Ayat zaman sekolah dulu kan. Macam belajar subjek Geografi pulak ye..hihi..

Sekarang ni Malaysia mengalami musim kemarau di seluruh negara. Cuaca panas macam kalau tak ada benda penting memang tak akan keluar la. Dok dalam rumah pun terasa kehangatannya.

Bagi yang kulit sensitif dan nipis memang mudah la nampak kesan terbakar dek panahan sinaran matahari. Kebiasaannya sunburn akan muncul apabila terdedah di bawah sinaran ultra ungu (UV) dari matahari atau terdedah kepada cahaya lampu dalam tempoh beberapa jam. 


Cara Cerahkan Kulit Kesan Sunburn Dengan Mudah

Kesan terbakar ini akan mengambil masa untuk hilang. Ada yang beberapa hari sahaja. Ada yang sampai berminggu-minggu baru hilang mengikut tahap terbakar.

Pendedahan yang berterusan di bawah cahaya matahari meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penuaan kulit pramatang. Kesannya juga kulit menjadi kering, kasar dan merekah, munculnya tompokan gelap ataupun disebut sebgai pigmentasi yang menjadi punca jeragat malah boleh juga mengakibatkan kanser kulit.
Cara Cerahkan Kulit Kesan Sunburn Dengan Mudah

Saya sendiri memiliki kulit yang mudah nampak kesan terbakar. Walaupun setakat pergi kerja balik kerja kulit saya akan ada kesan terbakar. Belum lagi berjemur tengah panas time hari sukan sekolah. Belum lagi kena berjemur di tengah padang apabila jadi hakim time sukan olahraga dan balapan zon. 

Memang seminggu tak hilang lagi kesan sunburn ni. Biasa orang perempuan ni kulit muka la yang jadi masalah kan sebab kita pakai tudung. Walaupun dah pakai bedak dan krim pelindung matahari masih juga ada kesan sunburn. 

Mak saya ni jenis yang concern yang amat. Jerawat batu naik seketul kat muka pun dia suruh tepak macam-macam. Dia selalu pesan suruh pakai bedak sejuk malam-malam time nak tidur..Time rajin buatlah kan. Masa belajar dulu rajin la juga buat. Bila dah kerja dah kahwin ni tak berapa nak rajin dah la. 

Itu petua semulajadi orang-orang zaman dulu la kan. Berkesan atau tidak saya pun tak pastilah. 

Alhamdulillah sekarang ni saya dah jumpa penyelesaian yang terbaik untuk masalah sunburn ini. Sekarang dah tak payah risau dah kalau kena berjemur tengah panas ke tengah padang ke..Saya ada penawarnya..jeng jeng jeng..

Dengan pengambilan VITAMIN C dan VITAMIN E setiap hari kini saya bebas sunburn. 

Atasi Masalah Kulit Kesan Sunburn Dengan Mudah
Pengambilan Vitamin C dan Vitamin E bersama-sama membantu melindungi kulit dari sunburn.



Bagi yang tak nak telan banyak-banyak vitamin saya cadangkan korang ambik saja VIVIX si tonik ajaib shaklee yang hebat ini. Kenapa saya kata VIVIX ni hebat? Sebabnya ialah:

Vivix Shaklee adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh termasuk menghindari penyakit kanser!

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Kelebihan VIVIX ialah mengandungi 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol. Kuasa yang ada pada resveretrol ini mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Resveretrol ni adalah agen antioksidan yang sangat power! Ia berupaya menjaga sel badan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas. 

Cara Cerahkan Kulit Kesan Sunburn Dengan Mudah Dan Cepat

Bagi yang nak nak atasi kulit sunburn dan nak kulit cantik macam Che Ta telan saja Vivix. Tak payah telan macam-macam vitamin. Cukup Vivix saja korang boleh dapat kulit yang diidamkan. 

Vivix Shaklee yang kaya dengan kolagen danVitamin C Shaklee semulajadi adalah antara produk paling ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan dan menentang penyakit akibat kesan penuaan.

Langkah anti penuaan hendaklah bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki sel-sel tubuh yang sihat, pastinya badan kita turut menjadi sihat dan awet muda daripada usia sebenar.

Inginkan Vivix dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846