Friday, April 3, 2015

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami

Assalamualaikum semua pemnbaca yang budiman..Dah tiga hari saya tak update blog..hihi rasa macam lama je..padahal baru tiga hari je kot..Kalau dah ketagih update blog macam tu la jadinya..

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Inilah rupa bentuk bihun bandung yang dah siap. nampak sedap tak??

Untuk entry kali ini saya nak share cikitlah resepi bihun bandung sesuka hatiku yang menjadi kegemaran suami tercinta ni..Resepi asalnya daripada my lovely mom juga..saya ubah suai cikit2 je..sebab tu dinamakan sesuka hati..kadang2 masak tu ikut je apa bahan yang ada..tak de la nak well plan sangat2..bila plan ni kadang2 tak menjadi..gitulah biasanya..

Oklah jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. 

BAHAN KISAR:
  • Bawang besar/ bawang merah. Saya guna dalam dua biji bawang merah yang saiz sederhana. Saya ni masak apa-apa pun suk alerak bawang merah banyak-banyak. Sebabnya my lovely mom selalu cakap letak bawang banyak2 baru sedap terutamanya kalau masak cili (sambal) ikan ke, ayam ke..kuah jadi pekat baru best..
  • Bawang putih 4 ulas
  • Satu inci halia.
  • 2 biji tomato. Saya suka blend sekali tomato ni sebab nak pekatkan kuah
  • sedikit air
Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Dalam gambar ada cili hijau tu kan. Masa masak saya tak masukkan pun..

BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Ayam. saya ambil isi dan potong dadu. Ikut suka nak letak banyak mana. Lebih kurang untuk 3 hingga 4 orang makan je.
  • Udang. Agak-agak je berapa ekor nak letak. Tak letak pon tak apa. Kadang-kadang saya juga guna daging lembu. 
  • Cili kering yang dah dikisar. Biasanya kat dalam peti ais memang sentiasa ada cili kering yang dah siap dikisar. Senang nak masak. 
  • Baby corn
  • Sawi jepun. Saya suka sangat dengan sawi Jepun ni sebab tak kelat dan pahit. Sawi ni saya tak masukkan ke dalam kuah bihun bandung. saya celur dengan air panas. Nak makan baru masukkan ke dalam mangkuk.
  • Carrot. Carrot ni saya suka potong panjang akalu yang jenis besar. Kalau yang jenis kecil panjang tu suka potong bulat.
  • Bihun. Agak-agak saja untuk 3 hingga 4 orang. Celur dan toskan
  • Telur 3 biji. Lagi banyak lagi sedap.
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam.
  • Gula
  • Bawang goreng.
  • Perasa. Option sahaja
Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Lobak merah potong panjang

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Ini cili kering yang dah dikisar

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Ayam potong dadu. Bahagian isi sahaja

Kita dah tahu bahan-bahan yang digunakan. Tibalah masanya untuk mengetahui cara-cara nak masak. Senang saja ye. Campak-campak je mana yang patut.

Macam biasa panaskan periuk. Dan masukkan sedikit minyak cukup untuk menumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga air kering dan bahan kisar masak. Maklumlah kisar guna blender berair la cikit. tak nak ada air boleh tumbuk je guna lesung batu. Saya ni nak cepat siap. Campur pula jenis tak berapa nak rajin..Hihi..

Dah agak-agak bahan kisar naik bau masukkan cili blend. Tumis sekejap sehingga cili masak. Kemudian masukkan air. Agak-agak je lebih kurang 4 cawan. Tunggu sehingga kuah menggelegak dan masukkan baby corn. Kemudian masukkan carrot, ayam dan udang serta telur. Kemudian masukkan sedikit garam dan juga. Kalau yang suka guna perasa tu boleh masukkan sedikit. Boleh juga masukkan sedikit sos tiram. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sebelum api ditutup rasa sekali lagi buat kali terakhir. Kalau dah puas hati dengan rasanya boleh la dihidang. Masa nak makan tu letak la bawang goreng sedikit. Lagi sedap. 

Oklah cukup setakat ini. Selamat mencuba. Kalu rasa nak cuba la..haha..Terima kasih kerana sudi membaca. 

No comments:

Post a Comment