Friday, April 24, 2015

4 Tips Mudah Kecilkan Perut dan Peha Secara Semulajadi

Perut buncit dan peha yang besar dan melebar memberi masalah kepada golongan lelaki tidak terkecuali juga kaum wanita. 

Pengambilan makanan yang tidak teratur dalam bahasa kasarnya makan ikut sedap mulut je menjadi salah satu punca utama perut buncit dan peha yang besar. 

Masalah ini menyebabkan lelaki dan juga wanita hilang daya penarik dan hilang keyakinan diri.

Bila perut buncit ni macam-macam masalah lain yang akan dapat kan..Nak cari saiz baju dan seluar pun susah. Kadang-kadang terpaksa ditempah khas. 

Bila dah sampai kena tempah khas ni duit plak yang menjadi halangan kan..Takkan nak tempah baju sokmo..kering la juga duit poket tu..Sekali sekala untuk pakai raya tak pe la kan..


4 Tips Mudah Kecilkan Perut dan Peha Secara Semulajadi

Nak kempiskan perut dan kecilkan peha yang over size tu tak payah mana pun. Banyak tips semulajadi turun temurun dari nenek moyang kita yang boleh diaplikasikan dalam kehidupam kita seharian. 

Tanpa pil pelangsingan badan atau diet ketat, perut yang  buncit dan peha yang besar boleh mengecil dengan tips yang mudah. Yang penting kena rajin dan amal secara konsisten.

4 Tips Mudah Kecilkan Perut Dan Peha Secara Semulajadi

1# Minum Air Suam
Air suam boleh membantu meneutralkan racun yang ada di dalam tubuh. Minum air suam adalah diet yang baik untuk mengecilkan perut yang buncit dan paha yang melebar. 

Disarankan mengambil air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3 liter sehari. Pengambilan air suam boleh melancarkan lagi proses pembuangan. Tambah-tambah lagi sekarang ni musim panaskan. Memang kena minum air banyak.

Yang kerja di dalam bangunan tak pe lagi kalau minum air kurang. Bagi yang bekerja di luar bangunan memang kena minum air banyak. Yang kerja di dalam penghawa dingin pun kena minum air bnayak juga. 

Kita mungkin tak rasa dahaga tapi penghawa dingin boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Banyak lagi masalah yang akan timbul jika air tak cukup ni seperti kencing kotor dan sembelit.

2# Ambil Makanan Berserat
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perut saya buncit??? salah satu sebabnya ialah sistem pencernaan yang tidak lancar. Melalui pengambilan makanan berserat membantu melancarkan proses pencernaan sehingga lemak di dalam tubuh dapat dilarutkan. 

Jadi, pengambilan makanan berserat ni membantu perut menjadi kempis dan ramping. Sumber serat atau fiber ni ada di dalam makanan seperti kekacang, sayuran dan juga buah-buahan.

3# Pengambilan Makanan Yang Berlemak Baik
Jangan terkejut dengan kenyataan ini. Orang tengah diet suruh makan makanan berlemak pulak. Apa hal ni?? Relax...Baca dulu okey. 

Lemak yang baik tu penting juga tau. Ia membantu dalam keseimbangan tubuh kita. Secara tidak langsung membantu program diet mengecilkan perut buncit. Contoh lemak yang baik ialah minyak zaitun atau minyak sayur yang lain. 

Minyak ikan omega-3 ialah minyak yang paling penting bukan sahaja untuk kecilkan perut malah sangat penting untuk kesihatan jantung dan sendi.

4# Senaman Teratur
Senaman yang dilakukan secara teratur terbukti berkesan mengecilkan peha dan mengempiskan jika dilakaukan secara konsisten. 

Senaman yang sesuai ialah melakukan bangkit tubi atau sit up sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali dan juga regangan. Senaman ini banyak membantu menghilangkan lemak di seluruh tubuh kita.

Waktu yang terbaik untuk melakukan senaman ini ialah selepas bangun tidur. Ini kerana makanan yang kita ambil sebelum tidur akan menjadi tenaga dan bukan menjadi lemak. 

Selain itu, senaman lain yang boleh membantu mengempiskan perut ialah dengan berlari kerana ia akan membakar kalori dalam tubuh. Yang penting senaman ini hendaklah dilakukan secara konsisten. Kalau tak konsisten memang susahlah nak nampak kesan perbezaannya kan..

Jom kita amal tips yang mudah ini. Hidup sihat secara semulajadi. Badan sihat hati gembira. Duit banyak pun tak ada gunanya kalu badan dah sakit sana sini kan..Betul tak..

Oklah cukup sampai di sini dulu untuk entry kali ini. Selamat beramal. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini.

No comments:

Post a Comment