Friday, April 24, 2015

4 Tips Mudah Kecilkan Perut dan Peha Secara Semulajadi

Perut buncit dan peha yang besar dan melebar memberi masalah kepada golongan lelaki tidak terkecuali juga kaum wanita. 

Pengambilan makanan yang tidak teratur dalam bahasa kasarnya makan ikut sedap mulut je menjadi salah satu punca utama perut buncit dan peha yang besar. 

Masalah ini menyebabkan lelaki dan juga wanita hilang daya penarik dan hilang keyakinan diri.

Bila perut buncit ni macam-macam masalah lain yang akan dapat kan..Nak cari saiz baju dan seluar pun susah. Kadang-kadang terpaksa ditempah khas. 

Bila dah sampai kena tempah khas ni duit plak yang menjadi halangan kan..Takkan nak tempah baju sokmo..kering la juga duit poket tu..Sekali sekala untuk pakai raya tak pe la kan..


4 Tips Mudah Kecilkan Perut dan Peha Secara Semulajadi

Nak kempiskan perut dan kecilkan peha yang over size tu tak payah mana pun. Banyak tips semulajadi turun temurun dari nenek moyang kita yang boleh diaplikasikan dalam kehidupam kita seharian. 

Tanpa pil pelangsingan badan atau diet ketat, perut yang  buncit dan peha yang besar boleh mengecil dengan tips yang mudah. Yang penting kena rajin dan amal secara konsisten.

4 Tips Mudah Kecilkan Perut Dan Peha Secara Semulajadi

1# Minum Air Suam
Air suam boleh membantu meneutralkan racun yang ada di dalam tubuh. Minum air suam adalah diet yang baik untuk mengecilkan perut yang buncit dan paha yang melebar. 

Disarankan mengambil air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3 liter sehari. Pengambilan air suam boleh melancarkan lagi proses pembuangan. Tambah-tambah lagi sekarang ni musim panaskan. Memang kena minum air banyak.

Yang kerja di dalam bangunan tak pe lagi kalau minum air kurang. Bagi yang bekerja di luar bangunan memang kena minum air banyak. Yang kerja di dalam penghawa dingin pun kena minum air bnayak juga. 

Kita mungkin tak rasa dahaga tapi penghawa dingin boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Banyak lagi masalah yang akan timbul jika air tak cukup ni seperti kencing kotor dan sembelit.

2# Ambil Makanan Berserat
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perut saya buncit??? salah satu sebabnya ialah sistem pencernaan yang tidak lancar. Melalui pengambilan makanan berserat membantu melancarkan proses pencernaan sehingga lemak di dalam tubuh dapat dilarutkan. 

Jadi, pengambilan makanan berserat ni membantu perut menjadi kempis dan ramping. Sumber serat atau fiber ni ada di dalam makanan seperti kekacang, sayuran dan juga buah-buahan.

3# Pengambilan Makanan Yang Berlemak Baik
Jangan terkejut dengan kenyataan ini. Orang tengah diet suruh makan makanan berlemak pulak. Apa hal ni?? Relax...Baca dulu okey. 

Lemak yang baik tu penting juga tau. Ia membantu dalam keseimbangan tubuh kita. Secara tidak langsung membantu program diet mengecilkan perut buncit. Contoh lemak yang baik ialah minyak zaitun atau minyak sayur yang lain. 

Minyak ikan omega-3 ialah minyak yang paling penting bukan sahaja untuk kecilkan perut malah sangat penting untuk kesihatan jantung dan sendi.

4# Senaman Teratur
Senaman yang dilakukan secara teratur terbukti berkesan mengecilkan peha dan mengempiskan jika dilakaukan secara konsisten. 

Senaman yang sesuai ialah melakukan bangkit tubi atau sit up sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali dan juga regangan. Senaman ini banyak membantu menghilangkan lemak di seluruh tubuh kita.

Waktu yang terbaik untuk melakukan senaman ini ialah selepas bangun tidur. Ini kerana makanan yang kita ambil sebelum tidur akan menjadi tenaga dan bukan menjadi lemak. 

Selain itu, senaman lain yang boleh membantu mengempiskan perut ialah dengan berlari kerana ia akan membakar kalori dalam tubuh. Yang penting senaman ini hendaklah dilakukan secara konsisten. Kalau tak konsisten memang susahlah nak nampak kesan perbezaannya kan..

Jom kita amal tips yang mudah ini. Hidup sihat secara semulajadi. Badan sihat hati gembira. Duit banyak pun tak ada gunanya kalu badan dah sakit sana sini kan..Betul tak..

Oklah cukup sampai di sini dulu untuk entry kali ini. Selamat beramal. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini.

Saturday, April 18, 2015

Kenali Siapa Saya

Siapa saya??

Saya adalah seorang isteri yang berkerja sebagai seorang guru di sekolah rendah jenis kebangsaan cina di Johor. Saya memiliki ijazah sarjana muda Pendidikan Islam dari Universiti Malaya. Alhamdulillah dah hampir 6 tahun saya berkhidmat menabur ilmu dan bakti di bumi Darul Takzim ini..



Saya dan Shaklee

Saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2013..Jakun je rasa..padahal Shaklee ni dah lama dah bertapak kat Malaysia. Tahu pun bila terbaca kawan Shaklee Independent Distributor (SID) lain yang dok promote Shaklee kat wall Facebook masing-masing. Pastu mula la search pasal Shaklee. Selepas dah berpuas hati dengan maklumat yang ada. Saya mula contact kawan lama di Universiti Malaya untuk menempah set asas Shaklee. Masa ni tak terfikir lagi nak jadi ahli.

Selepas beberapa bulan saya terpandang iklan kawan saya ni (sekarang dah jadi upline saya) tentang Shaklee Collagen Powder. Masa tu shaklee tengan promote Collagen Powder. Tertarik dengan tawaran yang ditawarkan, akhirnya pada 30 Oktober 2013 secara rasminya saya terjebak menjadi SID sebab beli satu set Collagen Powder. So dapatlah free membership dan free CoqHealth Plus serta cash back pada bulan berikutnya. Konon-konon beli Collagen Powder nak bagi kulit lagi cantik dan flawless la..haha..gituu..

Selepas sah menjadi ahli berdaftar Shaklee, tak terlintas pun difikiran saya nak jadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan. Setelah beberapa bulan menjadi SID biasa, akhirnya sekitar bulan 5 saya mula berjinak-jinak dengan business Shaklee secara online. Atas sebab yang Shaklee ni sebuah syarikat yang kukuh, besar dan lebih 50 tahun beroperasi, saya dengan penuh keyakinan mengambil keputusan terlibat dengan business Shaklee. Saya yakin Shaklee boleh membantu saya menjana pendapatan yang lumayan untuk jangka masa panjang.

Pengalaman Bersama Shaklee

Setelah mengambil keputusan terlibat secara langsung dengan shaklee banyak benda baru yang saya belajar. Saya mula mengenali apa itu dunia blog. Hmm.. tak payah mana pun buat blog ni. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Saya create blog pun tanpa bantuan sesiapa. Saya hanya belajar sendiri melalui tutorial yang disediakan oleh group secret coaching di bawah bimbingan master-master Shaklee yang lain,.Dulu, tengok kawan-kawan yang ada blog personal ni memang kagum la..Tapi senang je rupanya buat blog ni 

Dengan Shaklee juga saya belajar macam mana nak broadcast guna WeChat, macam mana nak post iklan kat Instagram (IG), macam mana nak buat page Facebook dan banyak lagi media sosial yang kadang-kadang kita tak tahu pun. Memang sangat best.

Bagi saya yang agak pemalu dan segan nak promote Shaklee secara face to face ni. Jadi media sosial seperti Facebook, instagram, WeChat dan blog lah yang menjadi perantara untuk saya bergiat aktif dengan dunia business Shaklee. Di tambah lagi saya berkerja sebagai seorang guru, manalah ada masa nak gi jumpa orang dan cari orang nak promote Shaklee ni kan.

Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Saya tahu ramai yang tercari-cari pendapatan sampingan. Dengan kenaikan harga barang setiap tahun, dengan kenaikan kos sara hidup di tambah lagi dengan pelaksanaan GST ramai yang terhimpit dengan keadaan ni yang mana kita tak boleh nak kawal. Nak tak nak kita terpaksa nak hadapi juga. 

Gaji 3 ribu pun kalau hidup di bandar-bandar besar macam Kuala Lumpu tu memang cukup-cukup untuk hidup. Dengan tol lagi terpaksa kena hadap hari-hari. Bgai yang ada anak nak kena spend duit untuk nursery lagi, pampers, susu dan sebagainya. Memang cukup-cukup untuk kegunaan harian je. Bayar duit kereta, sewa rumah, makan minum itu je lah. Habis bulan habis la duit gaji. Nak simpan pun tak cukup apa lagi nak hulur sedikit untuk mak ayah kat kampung. 

Sampai bila kan nak hidup macam ni?? Semua orang ada impian masing-masing kan. Teringin  nak melancong ke luar negara bersama keluarga, teringin nak pakai baju mahal-mahal, teringin nak beli beg berjenama, teringin nak bawa mak ayah pergi umrah..Banyakkan impian kita. tapi semuanya tersekat gara-gara kekangan kewangan.

Bukanlah hidup ni kerana duit semata-mata kan. Ada yang kata duit banyak pun buat apa kalau tak bahagia. Bagi saya tak salah pun duit banyak. Jangan jadikan alasan ini untuk mengatakan duit itu tidak penting. Kalau tak ada duit pun susah juga kan. Jadilah orang kaya yang pemurah seperti sahabat-sahabat Nabi seperti Abdul Rahman bin Auf yang mencurahkan segala kekayaannya untuk perjuangan Islam dan membantu golongan miskin. 

Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta

Jangan jadi macam Qarun yang sombong dan bongkak apabila sudah memiliki kekayaan. Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki ramai anak. Sehingga pada suatu kesempatan dia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, yang ia pinta adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah.

Jadi jadilah orang kaya yang suka bersedekah dan berzakat itu adalah lebih baik. Tak teringin kah kita nak bersedekah dan berzakat setiap bulan dengan jumlah yang banyak?? Takkanlah setiap kali pergi masjid dari muda sampai ke tua seringgit je yang kita masukkan dalam tabung masjid..Tepuk dada tanya iman..Apa yang kita nak dalam hidup kita, kitalah yang pilih dan kitalah yang tentukan jalan mana yang kita akan lalui..

Bagi yang tercari-cari pendapatan sampingan inilah masanya untuk anda bertindak segera sebelum terlambat. Jangan risau dengan business Shaklee anda hanya perlu buat dari rumah. tak perlu pun pergi meeting jauh-jauh malam tinggal anak dan suami/isteri kat rumah. Tak perlu pun kleuarkan modal beratus ribu untuk beli stok dan sebagainya. Business shaklee hanya kita berkongsi kebaikan produk kepada orang lain.

Saya yakin masih ramai masyarakat Malaysia yang tak tahu tentang kebaikan Shaklee. masih ramai yang memerlukan Shaklee untuk kesihatan sepanjang hayat. Inilah masanya untuk kita sebarkan kebaikan yang ada pada Shaklee.

Bagaimana aku nak buat business shaklee ni?? satu benda pun aku tak tahu ni.. Jangan risau sayang-sayang semua. Anda akan dibimbing dan diajar sehingga anda mampu berdikari. Kami ada group support dan group coaching yang akan membimbing anda semua dari zero to hero. Jom sertai keluarga besar Shaklee..


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk mencapai impian yang lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak akan merasa menyesal. 

Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
WhatsApp saya Puan Nor Akmal 0139279846


Saturday, April 11, 2015

8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab

Rambut berbau sememangnya menjadi satu masalah kepada kaum wanita terutamnya yang memakai hijab. Kita bukan sahaja nak kulit wajah yang nak dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh, rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya. 

Jika dibiarkan tanpa penjagaan yang betul pelbagai masalah akan timbul antaranya rambut berbau. Bertambah masalah lagi la tak best kan..hati pun tak tenang..

Wanita yang berhijab lebih berisiko mendapat masalah rambut berbau ni. faham-faham je la kan macam mana kalau dah pakai tudung tu bukannya seminit dua. Yang bekerjaya lebih dari 8 jam pakai tudung. 

Kalau tak jaga sah-sah berbau Tambah-tambah lagi kalau rambut basah dan tak betul-betul kering terus je sarung tudung. Memang busuk la jawabnya. 

Rambut juga boleh jadi berbau jika tidak membersihkan rambut secepat mungkin selepas kulit kepala mengeluarkan peluh yang banyak.  

8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab


Sebagai perkongsian dan manfaat untuk semua di sini saya ingin berkongsi 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk terutamya bagi wanita berhijab atau bertudung. Senang saja tip ni. Tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal pun. Jom baca lagi dan lagi sampai habis ye.

Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. 

Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. 

Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif.

Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.

1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. 

Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan  kasar.

2# Sikat dan sisir rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik.

3# Guna air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas.  Penggunaa air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum banyak air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan  boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh.

5# Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau.

6# Cuci rambut setiap hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. jadi elakkan stres yang keterlaluan.

8# Yoga atau meditasi
bagi sedikit ruang kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stress dan tekanan terutama mereka yang berkerjaya. Anda boleh melakukan yoga atau meditasi.

Di sini saya nak kongsikan shampu yang saya gunakan untuk mengatasi rambut berbau. Maklumlah saya wanita berkejaya. kadang-kadang rambut tak sempat kering betul-bteul dah sarungkan tudung. Nak buat macam mana dah. Nak tunggu rambut kering pukul berapa nak sampai sekolah kan. Nak guna hair dryer memang tak sempat pun. 

Inilah set shampu yang menjadi kegemaran saya . Tak adalah semua ni saya ambil. Saya hanya ambil Revitalizing Shampoo dan kembarnya perapi iaitu Replenishing Conditioner. Best sangat pakai shampu ni. Dah la rambut bau wangi.Yang paling best bila rambut gugur saya semakin berkurangan. 


8 Tip Mudah Atasi Rambut Berbau Busuk Bagi Wanita Berhijab
Rambut yang sihat bermula dari akar yang subur. Itulah sebabnya kenapa setiap produk Prosante mengandungi scalp health complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee menggunakan  bahan-bahan seperti ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala sihat; dan minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. Dan istimewaanya tidak ada sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala.

Nak tahu lebih lanjut tentang set penjagaan rambut yang awesome ni boleh klik link di bawah ini.


ProSante Shaklee Untuk Rambut Sihat dan Menawan


Anda tak nak cuba guna shampu ni..???


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Monday, April 6, 2015

5 Isyarat Penyakit Jantung Perlu Diberi Perhatian Elak Mati Mengejut

Serangan jantung atau penyakit jantung sesuatu yang amat digeruni dan ditakuti oleh masyarakat hari ini. Serangan jantung bukan sahaja boleh menyebabkan kematian mengejut dan keadaan menjadi lebih teruk seperti strok dan sukar untuk dirawat. 


Jantung yang bermasalah akan menunjukkan isyarat dan tanda-tanda tertentu. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi 5 isyarat penyakit jantung yang perlu diberi perhatian oleh semua terutamanya golongan lelaki dan wanita yang telah putus haid (menopause) untuk mengelakan mati mengejut. 


5 Isyarat Penyakit Jantung Yang Perlu Diberi Perhatian Elak Mati  Mengejut

Kalau kita perasan akhir-akhir ni ramai golongan muda yang berumur di bawah 45 tahun mengalami serangan jatung. Bagi mereka yang pernah terkena serangan jantung ia pastinya meninggalkan suatu pengalaman yang sungguh menakutkan dan sukar untuk dilupakan. Umum mngetahui serangan jantung memang bahaya dan boleh mengundang maut.

Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan "ischaemia". Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.


Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan "ischaemia". Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mengalami keadaan berikut, segeralah membuat pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Tanda dan isyarat ini menunjukkan keadaan jantung yang bermasalah.

1# Sakit bahagian dada dan bahu
antara tanda yang biasa berlaku kepada penghidap sakit jantung ialah rasa sakit pada bahagian dada dan bahu. Kesakitan ini akan dirasai di tengan-tengah dada, jantung seperti ditekan, jantung berasa berat dan tidak selesa. Ia akan menjadi lebih teruk apabila nafas ditarik dalam-dalam. Sesekali sakit akan dapat dirasai di bahagian bahu dan leher. Namun ada yang menganggap sakit yang dialami ini berpunca dari perut atau kebas-keba otot yang tidak berbahaya.

2# Masalah seksual
Lelaki yang menghadapi masalah ereksi bukan hanya disebabkan masalah seksual semata-maya,tetapi ia juga berkemungkinan besar berkaitan dengan tanda-tanda awal penyakit jantung.

Bagi wanita yang menghadapi masalah jantung tahap pertama menyebabkan mereka kehilangan keinginan untuk melakukan hubungan asmara sekaligus sukar mencapai orgasma.

3# Tidur berdengkur
Tidur berdengkur sehingga menegluarkan bunyi yang kuat dan ada masalah pernafasan berkait rapat dengan tanda-tanda penyakit jantung. Mereka yang berdengkur semasa tidur kebiasaannya mengalami kesukaran untuk bernafas dengan baik. ini menunjukkan tanda jantung mereka tidak berapa sihat.

4# Nafas pendek
Nafas pendek atau sedutan nafas menjadi pendek merupakan atanda awal penyakit jantung yang jarang disedari. Cuba perhatikan tahap nafas ketika bersukan atau bersenam. 

Apabila jantung mempunyai masalah dan tidak mampu mengepam darah dengan kuat berlaku sedikit lebihan oksigen yang akan mengalir di dalam darah. Hasilnya nafas menjadi semakin pendek seterusnya mengakibatkan tahap kesihatan individu berkenaan tidak seperti sediakala.

5# Bengkak kaki
Cuba perhatikan tanda-tanda di bahagian jari dan kaki yang membengkak. Adakah ada tanda tekanan setelah menggunakan kasut atau sandal untuk tempoh yang lama. Sekiranya ada, ia merupakan isyarat anda berhadapan masalah edema.

Bagaimana rangkaian produk Shaklee boleh melindungi jantung kita agar kekal sihat sepanjang hayat??

5 Isyarat Penyakit Jantung Yang Perlu Diberi Perhatian Elak Mati  Mengejut
Empat produk penting untuk menjana jantung sihat

Ini adalah 4 produk yang dicadangkan untuk melindungi jantung kita agar sentiasa sihat dan bertenaga.

#1 Phytocol-st
#2 Omega Guard
#3 Coq10Health Plus
#4 Vivix


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal Binti Rusdi:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Sunday, April 5, 2015

Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Di Klinik Pergigian Pertama Pontian

Dah lama tak tampal gigi dan buat scaling ni..Seminggu ni perasaan ada gigi yang berlubang. Yang satu gigi tu tercabut tampalan yang lama. Risau sebab gigi tu sebelum ni hampir nak kena cabut dah. Tapi doktor yang merawat gigi tu berusaha juga tampal, kalau boleh tak nak cabut. Gigi geraham kot. Lubang gigi tu agak besar juga la. Saya pun tak ingat bila gigi tu kena tampal. Rasa dah lama sangat dah. Lebih kurang 10 tahun dah kot..

Selepas 10 tahun tampalan lama tu tercabut. Ini tak boleh jadi..Saya tak nak gigi saya kena cabut. Tak cun la kalau gigi dah tak ada kan walaupun sebatang. Satu lagi gigi yang berlubang gigi geraham hujung atas kanan. Bila teringatkan betapa sakitnya kalau gigi berlubang ni kena infection tu yang tak nyabar ajak suami pergi klinik pergigian.


Bukan tak nak gi klinik gomen, masa tak mengizinkan. Semingg ni sibuk sokmo. Setiap petang memang tak ada masa free. Tambah lagi suami mesyuarat hampir setiap hari. Pukul 5 baru habis. Camne nak gi klinik. Nak tak nak terpaksa la pergi klinik swasta.


Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Di Klinik Pergigian Pertama Pontian
Ni free gift yang saya dapat lepas buat rawatan gigi..Hmm, free gift ke?? Ntah la staff klinik tak de pulak mention apa-apa. Masuk bill sekali la kot. patut la mahal. Hihi

Masuk je bilik rawatan doktor tanya bila kali terakhir check gigi. Dengan perasaan malu-malu kucing saya jawab, "lama dah tak check gigi ni doktor".. nasib baik doktor ni perempuan. Seingat saya kali terakhir saya buat pemeriksaan gigi pada tahun 2010. Lama giler kot. Maunya gigi tak rosak..huhu..padan muka saya la kan..

Dah habis check doktor cakap ada 5 tempat gigi berlubang. Mak aih..terkejut den..Lima??? Oh tidak..Bertambah la malu dengan doktor ni. Pastu doktor mula buat scaling gigi ataupun bahasa Malaysia cuci gigi. Memang saya nak buat scaling. Sebab dah lama tak buat kan. Gigi pun macam berkarat cikit..haha..

Kenapa kita kena cuci gigi (scaling)??

Tujuannya adalah untuk buang karang-karang gigi dan stain (kotoran) pada gigi disebabkan teh, kopi, milo dan sebagainya. Karang gigi ni la yang menjadi penyebab gigi kita berdarah terutamanya bila gosok gigi atau makan. 

Siapa yang rasa gusi dia asyik keluar darah bila gosok gigi tu, cepat-cepat la pergi buat scaling..Kalau yang lagi teruk gusi keluar darah dengan sendiri. Tak sentuh tak apa pun keluar darah. Itu dah kronik tu..



Tampal Gigi Dan Scaling (Cuci) Gigi Di Klinik Pergigian Pertama Pontian
Gambar hiasan semata-mata. Gambar sendiri tak ada la pulak. Lain kali boleh minta pembantu doktor ambil gambar..hihi

Berbalik cerita saya di atas..Melalut je saya ni kan..Dah habis part scaling doktor tu berhenti sekejap..Then doktor tu tanya puan nak tampal gigi juga ke tak?? dalam hati jadi confused kejap. Pelik pulak bila tanya soalan camtu. Padahal awal2 tadi dah cakap nak tampal. Pastu doktor tu tanya lagi nak tampal yang mana?? Kau jawab tampal semua la doktor. Saya ni tak tahu bila lagi boleh datang..Dalam hati mesti beratus ni aku kena bayar..Redha jelah. Kat tangan ada duit 50 hingget je..

Ada dua tempat doktor tu tebuk cikit gigi saya. Asalnya lubang kecik je. So sebab nak tampal kena tebuk cikit. Rasa macam besar je lubang yang doktor tu tebuk. Time tebuk tu terpercik kat muka..Saya tahu je gigi tu ada lubang kecik. Doktor yang merawat sebelum ni ada bagitahu gigi berlubang tapi kecik je. so doktor tu nasihatkan supaya jaga gigi agar lubang tu tak membesar. 

Rasanya hampir setengah jam dok nganga barulah setel proses menampal ni. Lenguh keng2..(loghat orang Klate, hihi). Alhamdulillah dah setel semua. Tibalah masanya untuk membayar bill. Agak-agak berapa?? Siapa boleh teka memang legend la. Dari jauh saya intai bill.

Terkedu jap..huhu..dalam hati padan muka siapa suruh tak jaga gigi. silap diri sendiri tanggung la kan..Silap tak minta bill yang doktor tulis satu-satu..dapat bill yang tulis jumlah semua yang kena bayar..

Bila tanya kawan-kawan standard la harga cam tu. Moral of the story jagalah gigi anda..Buatlah pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Ini la padahnya bila tak buat pemeriksaan gigi. Tunggu gigi rosak dulu barulah terhegeh-hegeh nak jumpa doktor..hihi..

Bagi gigi yang berlapis tu rajin-rajinkanlah guna dental floss selepas gosok gigi. Berus gigi saja tak mecukupi. Sebenarnya masih ada sisa makanan yang lekat kat ceal-celah gigi tu. 

Alhamdulillah sejak kenal shaklee saya tak lupa ambil Vitamin C dan juga Ostematrix setiap hari untuk kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C bukan untuk nak kulit cantik gebu je tau. Vitamin C juga mat penting untuk kesihatan gigi dan gusi. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah.

Ostematrix ni adalah kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium serta mineral lain yang sangat penting untuk gigi, tulang dan juga rambut. Saya tak naklah nanti umur 40 gigi dah rongak..Huhu..lagi teruk kena pakai gigi palsu..Oh My..tak sanggup rasa. Mencegah tu lebih baik kan..

Oklah cukup sampai di sini. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya ini.

Nak beli Vitamin C dan Ostematrix serta vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Saturday, April 4, 2015

Resepi Laksa Kedah Kegemaran Saya Dan Suami

Sekarang ni tak tahu kenapa saya asyik nak masak laksa je. Pendek kata purata masak laksa ni dua minggu sekali akan saya masak. Seronok tau bila kita masak sesuatu masakan tu jadi sedap dan suami puji. Lagi la bertambah semangat nak masak bila ada orang puji ni kan. Menu yang jarang kita masak, bila kali pertama masak terus "menjadi" memang gembira la kan.. rasa macam nak lompat bintang je..haha..

Untuk kali ini saya nak share Resepi Laksa Kedah yang menjadi kegemaran saya dan suami. Laksa Kedah ke Pinang ke sama je kot. Saya pun tak tahu yang mana satu betul dan saya juga tak tahu apa bezanya antara laksa kedah dan laksa pinang ni. Sebab suami saya orang Kedah saya letak la nama Laksa Kedah..hihi..


Resepi Laksa Kedah Kegemaran Saya Dan Suami
Gambar untuk tatapan. Tak banyak gambar yag disnap semalam.

Saya ni memang hantu laksa. Kalau pergi pasar malam mesti cari laksa kedah (pinang). TAPI, (hah huruf besar gitu tapinya) laksa pasar malam ni memang low quality..Tak de rasa, kuah cair, pendek kata memang tak best la. Bukan niat nak hina dan kutuk makanan tapi itulah hakikatnya.

Sebab tu sekarang dah tak beli laksa kat pasar malam dah. Macam serik juga la. Rela masak sendiri. Bagi yang tak tahu camne nak masak Laksa Kedah yang best punya ni meh salin resepi saya ni (bajet chef gitu..hihi..). Confirm suami dan mak mertua puji. Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan bahan-bahan yang digunakan untuk buat Laksa Kedah ni. Jom baca lagi..

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA KEDAH:
  • 1 bungkus laksa beras. Orang Terengganu atau Kelantan biasanya akan beli laksa yang orang kampung buat sendiri. Yang tu lagi sedap sebenarnya. Laksa beras ni kata mak saya boleh buat badan berangin. Laksa beras ni sifatnya sejuk.
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping (asam gelugor)
  • Gula dan garam secukupnya.
Bunga kantan saya tak masukkan. Sebabnya saya dengan bunga kantan ni tak serasi cikit.

BAHAN-BAHAN KISAR:
  • 1 kg ikan kembung. Saya suka guna ikan yang besar-besar macam ikan kembung sebab senang nak buang tulang. Nak bagi kuah laksa ni kebabomm punya sedap ikan tu mesti la segar bugar. Baru la bila makan sepinggan tak cukup..hihi
  • Bawang besar. Ikut suka hati. Saya masukkan 3 biji bawang merah yang bersaiz besar juga.
  • 8 biji bawang merah
  • Bawang putih 6 ulas.
  • Halia 1 inci. saya ni asal masak je kalau boleh semua nak masukkan halia. Halia ni asal tak masukkan pon. Ok je kalau nak masukkan. tak ada rasa pelik-pelik pun. Lagi sedap kot sebab tu suami suka..kihkih
  • Cili merah 10 tangkai. Buang bijinya. Saya suka guna cili yang fresh. Bukan cili kering. 
  • Sedikit belacan
BAHAN UNTUK HIASAN:
  • 5 biji telur direbus
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 batang timun dihiris halus. Boleh juga kalau nak guna timun jepun Saya lagi suka guna timun jepun sebab tiada biji. So senang nak sagat bak kat orang utara.
  • Limau nipis. Boleh juga guna limau kasturi. Saya suka guna limau kasturi.
  • Cili padi dihiris nipis. Nak pedas boleh la masukkan masa nak makan. saya tak masukkan pun.
CARA-CARA PENYEDIAN KUAH LAKSA KEDAH:
  • Rendam laksa di dalam air terlebih dahulu. Nak cepat laksa tu masak, rendam hingga lembut. 
  • Rebus ikan bersama asam keping sekeping. Setelah ikan masak toskan. Setelah ikan sejuk asingkan isi dari tulang. Jangan dibuang tulang ikan tu tau. Kisar ikan sehingga hancur. Kemudian kisar tulang ikan tadi bersama sedikit air dan tapis.
  • Masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk merebus ikan tadi bersama bahan-bahan kisar. 
  • Masukkan daun kesum, asam keping, garam dan sedikit gula. Bagi yang nak masukkan bunga kantan boleh masukkan.
  • Masak kuah laksa ini selama lebih kurang 20 minit. Sebeleum api ditutup rasa kuah untuk kali terakhir. Jika dah puas hati dengan rasa kuahnya, boleh tutup api.
  • Hidangkan laksa dengan bahan hiasan. Nyumm, nyum..
Amacam..?? Senang ke susah nak buat laksa Kedah @ Pinang ni?? Senang je kan..Kacang je..Sesiapa pun boleh buat. Okalah saya undur diri dulu. Bisa ketemu lagi di lain masa. Selamat mencuba resepi laksa kedah saya ni. Kalau nak cuba la..Sekali cuba pasti nak cuba lagi..hihi..Kalau tak yakin sedap boleh la cari resepi lain..haha. Apa pun terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini. Bye bye..

Friday, April 3, 2015

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami

Assalamualaikum semua pemnbaca yang budiman..Dah tiga hari saya tak update blog..hihi rasa macam lama je..padahal baru tiga hari je kot..Kalau dah ketagih update blog macam tu la jadinya..

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Inilah rupa bentuk bihun bandung yang dah siap. nampak sedap tak??

Untuk entry kali ini saya nak share cikitlah resepi bihun bandung sesuka hatiku yang menjadi kegemaran suami tercinta ni..Resepi asalnya daripada my lovely mom juga..saya ubah suai cikit2 je..sebab tu dinamakan sesuka hati..kadang2 masak tu ikut je apa bahan yang ada..tak de la nak well plan sangat2..bila plan ni kadang2 tak menjadi..gitulah biasanya..

Oklah jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. 

BAHAN KISAR:
  • Bawang besar/ bawang merah. Saya guna dalam dua biji bawang merah yang saiz sederhana. Saya ni masak apa-apa pun suk alerak bawang merah banyak-banyak. Sebabnya my lovely mom selalu cakap letak bawang banyak2 baru sedap terutamanya kalau masak cili (sambal) ikan ke, ayam ke..kuah jadi pekat baru best..
  • Bawang putih 4 ulas
  • Satu inci halia.
  • 2 biji tomato. Saya suka blend sekali tomato ni sebab nak pekatkan kuah
  • sedikit air
Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Dalam gambar ada cili hijau tu kan. Masa masak saya tak masukkan pun..

BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Ayam. saya ambil isi dan potong dadu. Ikut suka nak letak banyak mana. Lebih kurang untuk 3 hingga 4 orang makan je.
  • Udang. Agak-agak je berapa ekor nak letak. Tak letak pon tak apa. Kadang-kadang saya juga guna daging lembu. 
  • Cili kering yang dah dikisar. Biasanya kat dalam peti ais memang sentiasa ada cili kering yang dah siap dikisar. Senang nak masak. 
  • Baby corn
  • Sawi jepun. Saya suka sangat dengan sawi Jepun ni sebab tak kelat dan pahit. Sawi ni saya tak masukkan ke dalam kuah bihun bandung. saya celur dengan air panas. Nak makan baru masukkan ke dalam mangkuk.
  • Carrot. Carrot ni saya suka potong panjang akalu yang jenis besar. Kalau yang jenis kecil panjang tu suka potong bulat.
  • Bihun. Agak-agak saja untuk 3 hingga 4 orang. Celur dan toskan
  • Telur 3 biji. Lagi banyak lagi sedap.
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam.
  • Gula
  • Bawang goreng.
  • Perasa. Option sahaja
Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Lobak merah potong panjang

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Ini cili kering yang dah dikisar

Resepi Bihun Bandung Sesuka Hatiku Yang Menjadi Kesukaan Suami
Ayam potong dadu. Bahagian isi sahaja

Kita dah tahu bahan-bahan yang digunakan. Tibalah masanya untuk mengetahui cara-cara nak masak. Senang saja ye. Campak-campak je mana yang patut.

Macam biasa panaskan periuk. Dan masukkan sedikit minyak cukup untuk menumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga air kering dan bahan kisar masak. Maklumlah kisar guna blender berair la cikit. tak nak ada air boleh tumbuk je guna lesung batu. Saya ni nak cepat siap. Campur pula jenis tak berapa nak rajin..Hihi..

Dah agak-agak bahan kisar naik bau masukkan cili blend. Tumis sekejap sehingga cili masak. Kemudian masukkan air. Agak-agak je lebih kurang 4 cawan. Tunggu sehingga kuah menggelegak dan masukkan baby corn. Kemudian masukkan carrot, ayam dan udang serta telur. Kemudian masukkan sedikit garam dan juga. Kalau yang suka guna perasa tu boleh masukkan sedikit. Boleh juga masukkan sedikit sos tiram. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sebelum api ditutup rasa sekali lagi buat kali terakhir. Kalau dah puas hati dengan rasanya boleh la dihidang. Masa nak makan tu letak la bawang goreng sedikit. Lagi sedap. 

Oklah cukup setakat ini. Selamat mencuba. Kalu rasa nak cuba la..haha..Terima kasih kerana sudi membaca.