Monday, March 30, 2015

Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan
Ketidakselesaan sendi mengakibatkan kualiti hidup anda terjejas dan menghalang anda dari melakukan aktiviti yang digemari.

Sakit sendi atau radang pada sendi-sendi ni bukan saja dialami oleh galongan yang berusia. Golongan muda pon ada yang menghadapi sakit sendi. Penyakit zaman global ni tak kira umur dan kaum dah sekarang. Bila sebut sakit sendi mesti yang terlintas di sudut hati kita yang suci ialah penyakit orang tua kan..Betul tak??

Di dalam istilah perubatan sakit sendi disebut sebagai artritis. Dari mata kasar penyakit ini kita tak nampuk pun kan. Tapi bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa sakit dan deritanya menanggung penyakit ini.

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan.



Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

Pelbagai punca yang dikaitkan dengan penyakit sendi. Kadang kala makanan yang diambil juga mempengaruhi kesihatan sendi kita. Di samping mengamalakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yag seimbang juga perlu dititikberatkan.

Jom kita berkenalan dengan 6 jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit sendi.

#1 Makanan bergoreng
Umum mengetahui menu harian rakyat Malaysia banyak yang digoreng. Makanan bergoreng rasanya memang sedap. Saya pun suka yang bergoreng ni. Tetapi kita tak boleh la nak makan setiap hari atau dijadikan amalan. Bak kata orang Kelantan "make sokmo".. Makanan bergoreng ni tinggi risikonya untuk kesihatan kita. Cuba perhatikan orang yang suka makan makanan bergoreng ni apa jadi dengan dia. Kolesterol tinggi confirm dah..Darah tinggi pun akan muncul juga la kalu tak berjaga-jaga.

Makanan bergoreng ni boleh mendatangkan impak yang negatif terhadap radang sendi.

#2 Garam
Biasanya garam banyak didapati di dalam makanan segera dan juga snek ringan. Jadi elakkan lah makan makanan sebegini. Ikan kering, ikan bilis juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Petambahan garam di dalam badan akan memburukkan lagi masalah radang sendi.

#3 Daging
Daging mengandugi zat besi yang tinggi dan sangat baik ubtuk diambil. Tapi bagi penghidap sakit sendi diwajibkan untuk tidak mengambil terus daging di dalam menu masakan harian. So waib elakkan ye bukan harus dah. Ini kerana lemak yang terdapat di dalam daging boleh menjadi bahan beracun dan secara tidak langsung memburukkan lagi masalah radang yang dihidapi.
Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

#4 Alkohol dan Rokok
Bagi penganut agama Islam alkohol memang diharamkan diambil begitu juga dengan rokok. Tapi masih yang ramai yang merokok walaupun fatwa kata haram..Pelik bin ajaib kan..Bgai yang pentingkan kualiti kesihatan sepanjang hayat mesti menjauhi dua perkara ini tidak kira la seseorang itu muslim atau tidak.

#5 Gluten
Gluten ni sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi penghidap penyakit radang sendi, sebaiknya perlulah menjauhi jenis makanan yang berasaskan gandum dan bijirain kerana adanya gluten di dalam jenis makanan itu. 

#6 Produk Berasaskan Susu
Kandungan protein yang terdapat di dalam susu mampu merosakkan sistem antibodi. Individu yang menderita penyakit sendi sebaiknya mengelakkan dari mengambil susu atau produk yang menggunakan susu sebagai bahan utama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan membaca coretan saya.

Sunday, March 29, 2015

Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku

Assalamualaikum semua..
Selama saya berblog inilah entry saya yang pertama tentang resepi masakan. Sebenarnya saya ni bukannya jenis yang pandai masak pun..kalau masak tu ikut dan je. campak je apa yang ada..Kenapa saya letak tajuk Ayam Masak Lemak Cili Padi Ibu Mertuaku ?? Ada sebab musababnya tau..Bukan suka-seuka dan bukan saja-saja. Meaningfull ok..Saya masih confuse konotasi yang betul samaada api atau cili?? Ntah la..belasah saja..

Belanja gambar sekeping. 


Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ni gambar lepas masukkan santan.Tak masak lagi lauknya ni.

Begini kisahnya..Percaya atau tidak sebelum kahwin saya tak pernah pun makan ayam masak lemak cili padi ni. dan seingat saya Maa (my mother) tak pernah pun masak menu ni. Saya hanya kenal masak lemak cili padi ni selepas saya berkahwin dengan suami saya. Tu pun sebab  Mak (mak mertua) saya selalu masak..Biasanya Mak masak guna ayam kampung. Saya ni dok tempat orang nak cari ayamg kampung susah cikit la kan. Guna je ayam bandar. 

Saya ni anak jati Terengganu (oghe Besut)..Suami pulak orang Kedah. Sebenarnya saya ni lauk pauk yang berasaskan santan  ni saya tak berapa suka sangat. Tak tahu la kenapa ayam masak lemak cili padi ni kena dengan tekak dan selera saya. Bila dah ngam dengan diri sendiri nak masak pon tak ada masalah. Boleh masak dengan gembiranya..Gitu..

Cara nak masak ayam masak lemak cili padi ni tak susah mana pun..Bahan-bahan yang digunakan juga senang dan sememangnya sentiasa ada di dapur kita. Sebab tu saya suka masak menu ni senang dan cepat. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahannya:
Resepi ni agak-agak untuk 3-4 orang makan je kot..
Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ni santan. Tak pekat sangat. Sedang-sedang je. Saya tak suka santan pekat-pekat ni.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku
Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
1# Ayam 5 Ketul. Untuk ayam boleh kot guna ketul..Suka hatiku je. Marah cikgu Bahasa Malaysia kang.
2# Sebatang Serai diketuk-ketuk
3# Santan pekat. Agak-agak je..
4# Asam keping. Satu keping pun dah cukup.
5# Garam dan bahan perasa.
6# 2 biji ubi kentang. Dikupas kulitnya dan dipotong. Suami saya suka sangat kalau letak kentang..
7# Air jika nak cairkan kuahnya.

Bahan-bahan untuk dikisar:
1# Cili Padi. Saya letak dalam 10 biji je. Kalau nak pedas boleh letak banyak lagi. 
2# 1 inci kunyit hidup
4# Halia 2 inci
7# Bawang merah. Agak-agak je. sesuka hati sesedap rasa..
8# Bawang putih. 4 ulas
Ayam Masak Lemak Cili Padi Resepi Ibu Mertuaku

Bagi yang rajin boleh la tumbuk ye guna lesung batu. Saya ni tak berapa nak rajin. Nak cepat guna je blender..Krengggg 1 minit dah siap..hihi

Saya ada terbaca di dalam satu blog, lupa plak pemiliknya siapa..Katanya resepi asal ayam masak lemak cili padi ni tak letak pun bawang merah dan putih. Mengikut kata orang dulu-dulu la kan tujuannya untuk elakkan cepat basi. Mungkin juga la kan..

Jom kita tengok pulak cara nak masak ayam masak lemak cili padi ni.

1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan juga ayam ke dalam periuk. Kacau rata sehingga ayam sedikit kecut. Jangan lupa masukkan sekali serai yang telah diketuk (dititik)

2. Masukkan santan bersama kentang. Masukkan asam gelugor atau asam keping. Masak sehingga kentang empuk. 

3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Boleh juga masukkan bahan perasa. Sesedap rasa. Kacau sehingga mendidih. Guna api kecil je tau dan kacau selalu sehingga betul-betul masak. Kalau tak kacau nanti kuahnya berketul-ketul. Tak cantik. Nak lagi best masukkan daun kunyit yang dimayang halus. Saya tak letak pin sebab tak ada daun kunyit.

4. Sebelum api dimatikan rasa buat kali terakhir. Manalah tahu ada yang terkurang rasa, terlebih rasa kan. Kalau rasa dah ok boleh matikan api. dan siap untuk dihidang.

Saya suka makan dengan sambal kicap cili orang Johor tu..memang bertambah la nasi suami saya..Sedap hingga menjilat jari..yummy yum..Tak de pulak gambar yang dah siap dihidang. Tak sempat nak snap gambar. Perut tengah lapar kan. Ingat nak ngap je..
Senang je kan nak masak menu ni..Selamat mencuba..

credit to tiffinbiru

Friday, March 27, 2015

Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah

Masalah tumit kaki kasar, merekah dan pecah-pecah berlaku pada semua golongan tidak kira kaum adam atau kaum hawa, muda atau tua..namun bagi kaum lelaki masalah tumit kaki kering dan pecah bukanlah perkara yang besar bagi mereka..bak kata omputeh "no big deal la bro"..gitu..

Kebiasaannya mereka takkan dapatkan sebarang rawatan selagi tidak dijangkiti kuman dan menimbulkan rasa sakit..Bagi orang lelaki pejam mata jelah setakat tumit kaki merekah ni.

TETAPI tidak bagi kaum hawa. Kecantikan dan wanita suatu ibarat kembar siam yang tak dapat dipisahkan..

Mana-mana wanita sekalipun akan rasa rimas dan tidak selesa apabila tumit kaki mereka merekah dan pecah-pecah. Pastinya wujud perasaan malu untuk berjalan-jalan dengan kaki yang sebegini. 


Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah

Tambah-tambah lagi kalau duduk bersimpuh kat kenduri kahwin ke ada la mulut-mulut comel yang menegurnya. Time tu cepat-cepat je kan tangan kita tarik kain nak tutup kaki tu.. Kalau pakai baju kurung ke jubah ke boleh nak sembunyi kan..Kalau pakai seluar..Hmm..tahan je la perasaan malu tu..

Bagi yang pakai stokin atau sarung kaki tu tak la rasa malukan..sebab orang  tak nampak kaki kita yang bermasalah tu. tapi tetap rasa tak best..Betul tak??

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan, namun keadaan ini menunjukkan seseorang itu kekurangan air di dalam badan yang menyebabkan kulit di bahagian tumit dan tapak kaki menjadi kering. Mula-mula kulit akan menjadi kering dan bersisik. 

Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cepat tumit ini akan mengeras dan kesudahannya akan merekah atau pecah. 

Banyak faktor yang dikaitkan dengan tumit kaki merekah ni. Antaranya ialah kurang peka dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, kulit terlalu kering, pertambahan berat badan, pemakaian produk kecantikan kulit yang tidak sesuai, dan pemilihan yang tidak tepat.

Kakak-kakak, puan-puan, adik-adik semua jangan risau ok..di sini saya nak kongsikan beberapa cara mudah dari petua nenek moyang kita bagaimana nak hilangkan tumit kaki merekah dan pecah-pecah ni..Jom kita baca lebih lanjut..


PETUA TRADISIONAL MENGATASI TUMIT KAKI PECAH DAN MEREKAH


#1 Getah Betik

Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.


#2 AsamKeping @ Gelugor

Petua yang kedua ni sangat nudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapaur cari asam keping ni..Betul tak?? Macam mana nak buat?? 

Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.


#3 Avokado

Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. 

Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot. 


#4 Minyak Zaitun

Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..


#5 Kelapa parut

Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati. Petua yang kelima ni saya suka. 

Teringat kat mak saya di kampung. Mak saya suka sangat guna hampas kelapa sental kat satu badan..Dengan anak-anak sekali termasuklah saya disuruhnya sental satu badan bila mandi. Nak bagi kulit halus katanya..hihi


#6 Tepung Beras

Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagiam tumit yang merekah kembali seperti asal.


Masalahnya kita ni tak ada masa nak tenyeh benda-benda ni semua kan. Kalau rajin yang amat pun mesti ada kekangan masa nak hadap benda ni semua. Renyah bak kata orang kedah..

Jangan risau cik puan semua..meh sini saya kongsikan cara paling mudah dan dijamin berkesan untuk mengatasi tumit pecah dan merekah ni. 


Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki kasar, Merekah Dan pecah-Pecah Dengan Berkesan



Macam mana tu?? jeng jeng..!! Sudah tentulah rangkaian produk vitamin kegemaran saya sejak 2013 iaitu Shaklee boleh membantu mengatasi masalah tumit merekah dan pecah ni. Meh kita berkenalan dengan produk terbaik yang boleh atasi masalah tumit merekah ni. 

Untuk kesan yang maksimum dan terbaik cik puan boleh mengambil set atasi tumit merekah dan pecah ni agar tumit yang merekah dan pecah-pecah dapat diatasi dengan cepat. 

Antara rangkaian produk Shaklee yang sesuai untuk menghilangkan tumit kaki merekah dan pecah ialah;


Jom kita tengok pula apa fungsi setiap produk ni.

Vitamin E

Vitamin E berfungsi melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas yang merbahaya. Sebagai antioksidan Vitamin E mampu mengekalkan sel-sel kulit yang sihat dan licin.

Vitamin C

Vitamin C juga berfungsi melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. salah satu fungsi vitamin C ialah menggalakkan pembentukan kolagen. Kolagen ni sangat penting untuk kulit kita sentiasa tegang. Bila badan kita kurang kolagen sebabtu kulit jadi kering dan berkedut. 
Di dalam omega guard ada asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan kulit. 

Krim Herbal Blend

Krim herbal blend ni memang terbaik untuk atasi masalah tumit merekah. So lepas ni tak payah dah beli losyen yang mahal-mahal tu. Guna je krim serbaguna ni. Murah je kot..Hihi

Krim ni antara benda yang wajib ada dalam beg saya. Ke mana-mana saja saya pergi mesti saya bawa. Ke sekolah, ke kedai balik kampung sudah la tentu kan. Gatal-gatal ke kena gigit nyamuk ke terus je sapu.

Nak tahu lebih lanjut tentang krim ni boleh klik link di bawah ni:
Krim herbal blend kegemaran ramai


Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah tumit merekah dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Thursday, March 26, 2015

Kaedah Alternatif Redakan Asma Tanpa Ubat Dengan Berkesan

Penyakit asma dikaitkan dengan masalah paru-paru kronik yang berlaku kerana keradangan pada saluran udara paru-paru. Apabila seseorang pesakit asma terdedah kepada mana-mana bahan yang boleh menyebabkan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit.

Akibatnya pesakit asma akan mengalami seperti batuk (Kebiasaan batuk akan menyerang pada waktu awal pagi atau malam),  berdesit (nafas berbunyi seperti wisel atau seperti orang bersiul terutama apabila pesakit menghembuskan nafasnya), susah bernafas dan rasa ketat di dada.
Kaedah Alternatif Meredakan Asma Tanpa Ubat Dengan Berkesan

Sebenarnya ramai pesakit asma secara sedar ataupun tidak telah membahayakan diri sendiri sehingga boleh mengancam nyawa mereka kerana mengabaikan rawatan dan nasihat doktor. Ada yang terpaksa makan ubat rawatan asma ni secara berjimat cermat..Sebab apa?? Sebabnya ubat untuk asma ni mahalnya rupanya..Bagi yang tak mampu tu terpaksa la buat camtu kan..

Ada juga yang menganggap penyakit asma atau lelah yang dihidapi mereka adalah terkawal. Jadi mereka rasa tak perlu pun jumpa doktor untuk buat rawatan dan consume ubat yang sepatutnya. Ada juga yang suka melambat-lambatkan membuat rawatan waalupun mereka sedar penyakit yang dihidapi tu penyakit paru-paru yang kronik.

Bagi mereka yang mengalami serangan asma yang teruk perlulah mendapatkan rawatan doktor dengan secepat yang mungkin. Kerana ini penting agar rasa penat dan lelah berkurangan. Apa yang paling penting rawatan doktor adalah untuk mengawal asma bermula peringkat awal lagi sebelum ia menjadi lebih teruk yang boleh membawa kepada kematian.

So, siapa-siapa yang ada asma jangan tangguh-tangguh lagi untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sebaiknya ok..

Walaubagaimana pun ada pelbagai alternatif yang boleh dicuba oleh pesakit asma untuk meredakan kesakitan yang ditanggung itu. Salah satunya ialah produk Shaklee. Tidak dapat dinafikan lagi telah ramai pesakit asma yang menemui cahaya hidupnya kembali setelah mengambil suplemen Shaklee untuk meredakan penyakit asma yang ditanggung mereka selama ini.

Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian semua pengakuan berani seorang pesakit asma kronik yang telah menemui kaedah alternatif untuk meredakan penyakit asma yang dihidapi selama 20 tahun. Lama tu 20 tahun. Bayangkan betapa menderitanya Encik Akmal selama 20 tahun.

Asma kronik yang dialami oleh Encik Akmal Azmi selama 20 tahun akhirnya hilang selepas mencuba kaedah alternatif ini. 20 tahun yang lalu suami Puan Nurul ini menghidapi asma yang kronik sehingga mengganggu tugas dan rutin harian beliau. Encik Akmal terpaksa bergantung kepada inhaler. Setiap bulan beliau menjadi pengunjung setia hospital untuk mendapatkan nebulizer.

Saksikan apakah kesudahan cerita pasangan bahagia ini..Eh macam buat review filem pulak dah..hihi..


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Antara rangkaian produk Shaklee yang diamalkan oleh Encik Akmal ialah:
1) Vivix
2) Omega Guard
3) Garlic Complex
4) Nutriferon 
5) Sustained Release Vita-C Shaklee (Vitamin C)
6) Ostematrix


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..

Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!

Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal Binti Rusdi:
H/P no: 0139279846

Monday, March 23, 2015

Tips Mudah Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Dengan Berkesan

Masalah kembung perut atau angin banyak tidak hanya berlaku di kalangan bayi malah orang dewasa juga kerap mengalaminya terutama kaum wanita.

Sistem penghadaman yang tidak lancar dan teratur menyebabkan gas yang dihasilkan lebih banyak daripada  biasa seterusnya menyebabkan angin berkumpul di dalam perut dan kesannya perut menjadi kembung.

Pastinya ia membuatkan kita rasa kurang selesa dan juga membuatkan perut nampak buncit. Bagi wanita perut buncit menjadi penghalang untuk bergaya.

Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua beberapa tips  mudah untuk mengelakkan masalah perut kembung.


Tips Mudah Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Dan Buncit

Sebeleum kita baca apa tips mudah untuk mengatasi masalah kembung perut ni kita baca dulu sebab-sebab dan punca berlakunya masalah kembung perut ini.

Kembung perut menandakan seseorang itu menghadapi masalah tidak toleran kepada makanan. maksudanya ada jenis makanan yang boleh mengakibatkan perut berasa tidak selesa.

Ketika proses pencernaan berlaku di dalam usus, makanan yang masuk akan dipecahkan kepada beberapa komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar untuk dikeluarkan sebagai najis.

Sesetengah sisa makanan ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. apabila gas dihasilkan secara berlebihan, ia akan menolak dinding usus lalu menyebabkan kita berasa ‘kembung’ dan tidak selesa.

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga dua liter gas di dalam sistem pencernaan setiap hari iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana. Gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen adalah komponen yang paling besar masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut ketika kita menelan.


Gas di dalam usus terhasil daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan sesuatu, sedikit gas akan masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap ke dalam badan.


Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas menyebabkan ketidakselesaan dan perut terasa kembung setiap kali selepas makan.

Ada dua cara semula jadi untuk mengeluarkan gas ini iaitu melalui sendawa dan kentut. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus yang mengalami proses pereputan.

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul.


Jom kita baca Tips  mudah untuk mengelakkan masalah perut kembung.

#1 Ambil sarapan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan buah-buahan. 

Kajian dijalankan Universiti Toronto, Kanada mendapati pengambilan dua jenis serat pada waktu pagi adalah cara paling berkesan mengurangkan masalah kembung. Menurut Profesor Joanne Slavin yang juga pakar nutrisi dan sains pemakanan di Universiti Minnesota, serat bertindak menyerap air di bahagian kolon dan mempercepatkan pembuangan najis, seterusnya menjadikan badan lebih cergas

#2 Kurangkan pengambilan garam dalam makanan harian.

Garam menyebabkan air berkumpul di dalam badan, seterusnya membuatkan perut kelihatan lebih besar. Jika anda penggemar makanan yang dibeli, baca label terlebih dahulu untuk memastikan kandungan sodium (garam) adalah rendah.

#3 Amalkan makanan kaya potassium

Makanan kaya potasium seperti pisang dan kentang membantu menyingkirkan lebihan air di dalam badan seterusnya mengurangkan saiz pinggang. Kebiasaannya air yang berlebihan di dalam badan kita adalah disebabkan oleh kandungan dua mineral iaitu potasium dan sodium yang tidak seimbang. Apabila kandungan sodium terlalu tinggi, tisu badan akan memerangkap air.

Contoh makanan yang mengandungi potassium yang berfungsi mengimbangkan kandungan sodium di dalam badan ialah seperti pisang, kentang, betik, sos tomato, bayam dan oren.

#4 Minum air putih secukupnya setiap hari

Air sememangnya bagus untuk melancarkan sistem badan apatah lagi ia tidak mengandungi sebarang kalori, garam, gula atau pengawet. Minum air yang cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari akan membantu mengempiskan perut. Ini kerana apabila sistem tubuh mendapat air yang cukup, ia mampu membersihkan usus dan mengelak masalah sembelit. Makan makanan yang banyak kandungan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga banyak membantu.

#5 Kurangkan makan minuman bikarbonat (soda)

Gantikan air bikarbonat dengan jus buah atau air kosong. Itu lebih baik. Minuman jenis ini menggalakkan penghasilan gas di dalam perut.

#6 Amalkan Yogurt

Kita tahu di dalam yogurt terdapat bakteria hidup yang dikenali sebagai probiotik. Pengambilan probiotik dikatakan mampu menghasilkan usus yang sihat.

#7 Mengambil lemak sihat

Pengambilan lemak sihat seperti asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6 dikatakan boleh membantu membakar lemak di bahagian perut. Lemak sihat boleh didapati di dalam makanan seperti kacang badam, avokado, coklat gelap, kacang macadamia, minyak zaitun, kuaci dan kacang walnut.

==================@@@@@@@@@=================

Selain mengamalkan tips-tips mudah dan selamat seperti di atas, anda juga mengamalkan pengambilan suplemen seperti Garlic Complex Shaklee dan Peppermint Ginger Plus untuk mengatasi masalah kembung perut ini.

Garlic Complex shaklee boleh membantu mengatasi masalah kembung perut dan perut buncit

Antara fungsi Garlic Complex ialah Mempertingkatkan sistem penghadaman. Formula unik Garlic Complex Shaklee mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H, pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik. Banyak lagi manfaat produk Shaklee yang hebat ini. 

Garlic Complex Shaklee selamat digunakan untuk tempoh yang panjang kerana untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Garlic Complex Shaklee.

Satu lagi rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kembung perut ialah Peppermint Ginger Plus

Peppermint ginger plus membantu Mengatasi Masalah Perut Kembung Dan Buncit
Klik Kelebihan & Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk mengetahui lebih lanjut tentang Peppermint ginger Plus.


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Sunday, March 22, 2015

Khasiat Buah Zaitun Dan Daunnya Yang Perlu Kita Tahu

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk mencoret sesuatu di sini..Seminggu cuti sekolah berada di kampung membataskan saya untuk menulis di blog kesayangan ini..Maklumlah kat kampung linenya tak berapa nak ada.

Entry kali ini rasa nak cerita tentang buah zaitun atau dalam bahasa orang puteh disebut olive..Rasanya semua dah tahu buah zaitun ni bukan sebarang buah..Buah yang disebut secara jelas di dalam al-Quran di dalam Surah al-An'am 6:141 yang bermaksud, 
"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar dan tanam-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya serta buah zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).
Khasiat Buah Zaitun Dan Daunnya Yang Perlu Kita Tahu

Zaitun merupakan sejenis tanaman yang paling tua di dunia. Kegunaannya sangat banyak dan telah digsejak zaman purba Mesir lagi. Nama saintifik bagi zaitun ialah oleaeurofea. 

Tinggi pokok zaitun kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buahnya yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E K dan zat besi.

Melalui proses pengekstrakan moden, khasiat daun zaitun dapat dikomersilkan serta dikekalkan molekul uniknya iaitu oleuropein. daun zaitun mengandungi polifenol yang sangat tinggi jumlahnya yang lenih dikenali sebagai oleuropein dan hydroxytyrosol. 

Pengambilan suplemen yang mengandungi kedua-dua polifenol ini akan membantu menjadikan kulit lebih cerah serta menghilangkan tanda penuaan. Fungsi molekul unik tersebut telah menggalakkan pengeluaran gluthathione secara semulajadi oleh tubuh badan yang menyebabkan pengurangan warna melanin pada lapisan melanosit kulit manusia.

Melanin ialah zat protein yang berperanan menentukan warna kulit seseorang. Warna kulit lebih gelap mempunyai melanin yang banyak pada lapisan epidermis dibandingkan kulit yang berwarna terang. Melanin yang terkena sinar UV akan menimbulkan noda gelap pada kulit. 

Minyak zaitun muda (virgin olive oil) kaya asid lemak essensial dibandingkan dengan minyak komersial yang lain. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar kulit kelihatan lebih berseri.

Kandungan asid linoleik yang terdapat di dalam buah zaitun sangat berkhasiat untuk ibu-ibu yang sedang menyusu anak. Organisasi kesihatan termasuklah WHO menyarankan mereka yang menderita masalah diabetes dan arterioclerosis (penyempitan salur darah akibat plak) supaya mengamalkan minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asid linoleik.
Khasiat Buah Zaitun Dan Daunnya Yang Perlu Kita Tahu

Unsur Klorin yang terdapat  di dalam buah zaitun boleh membantu meningkatkan fungsi jantung lebih sempurna serta melancarkan sistem perkumuhan dalam tubuh. Unsur-unsur tersebut juga baik untuk mencerna arteri otak.

Selain itu, minyak zaitun boleh membantu mencegah penyakit-penyakit tertentu seperti diabetes, kolesterol tinggi (high cholesterol), tekanan darah tinggi (high blood pressure)arterioclerosis, serangan jantung (heart attack) dan stroke (cardiovascular disease), kanser payudara, rheumatoid arthritis, dan migraine. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 

Friday, March 13, 2015

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Sebelum kita baca 6 sebab kenapa perlu minum teh hijau setiap hari, saya ingin bertanyakan satu soalan kepada pembaca semua,
"Apakah minuman kegemaran anda setiap hari??"
Teh tarik?? Milo?? Nescafe?? Horlick?? Oligo??
Kesemua yang disebut di atas bukanlah minuman yang terbaik untuk kesihatan yang optimum. Lebih-lebih lagi jika minuman di atas dicampur dengan gula, susu pekat manis serta kreamer. 


6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Ramai di kalangan kita yang kurang berminat dengan minuman berkhasiat ini jika dibandingkan dengan teh tarik atau teh O ataupun minuman kegemaran lain. Mungkin kerana tidak biasa atau kerana aromanya yang sedikit berbau jika dibanding dengan teh lain. Rasanya juga agak kelat. Sebaiknya cara minum teh hijau ini tidak dicampur dengan gula atau susu. tujuannya untuk mengekalkan rasa keaslian teh itu dan yang paling penting mengekalkan khasiatnya yang sangat banyak untuk kesihatan kita.

Kalau tidak biasa kenalah biasa-biasakan diri kan. Benda molek ni tak salah pun kita minum dan amalkan. Ubat yang pahit pun kita sanggup telan..Takkan lah teh hijau yang rasanya lain sedikit kita tak mampu nak tahan..

Tahu tak kalian Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur lagi-lagi di negara matahari terbit iaitu di Jepun. Dikatakan penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di pulau ini ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun. dan yang paling menakjubkan mereka jarang dijangkiti penyakit. 

Nak tahu sebab apa?? Sebabnya penduduk pulau Okinawa mengambil minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian meraka.

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak tahu tentang sebab-seba kenapa kita perlu minum teh setiap hari dan menjadikan amalan minum teh sebagai minuma harian. teh hjiau kaya dengan antioksidan yang memberi manfaat terhadap kesihatan. Antara sebab-sebab kenapa kita perlu minum teh setiap hari ialah:

Kurang Kafein
Teh hijau mengandungi tahap kafein yang amat sedikit . Tah hijau amat sesuai diambil dalam keadaan yang panas, sejuk, amnis atau tawar. Jadi bagi penggemar kopi adalah lebik baik gantikan secawan kopi dengan teh hijau. Secara tida langsung anda telah mengurangkan dua pertiga kandungan kafein dengan minuman teh hijau.

Melancarkan Sistem Pernafasan
Teh inio mengandungi dua alkaloid yang lebih dikenali sebagai theobromine dan theophylline. Keduanya mempunyai struktur molekul yang sama seperti kafein. Theobromine boleh merangsang jantung dan sedikit bersifat diuretik. Zat ini dikatakan mampu menghalang masalah batuk dan melegakan otot di bahagian pernafasan. Theophylline pula berfungsi melemaskan otot di bahagian bronkus yang mana fungsinya boleh melancarkan sistem pernafasan.

Menghilangkan Kegelisahan
Tak semua orang boleh minum kopi. Ada yang sensitif dengan kopi. Ada juga yang risau mendapatkan masalah kepada kesihatan seperti mencetuskan kegelisahan dan rasa cemas yang tidak bertempat. Gejala ini disebut sebagai 'coffee jitters'. Masalah ini tidak akan berlaku jika kalian mengambil teh hijau. 

Menurunkan Berat Badan
Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. 

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.

Menguatkan Daya Ingatan
Terdapat satu zat istimewa di dalam teh hijau yang dikenali sebagai asid amino L-theanine. Zat ini dikatakan boleh membantu merangsang mental dan kemampuan fokus seseorang serta menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menyukainya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Inilah antara 6 sebab kenapa kita perlu mengambil teh hijau setiap hari. Hakikatnya banyak lagi manafaat teh hijau ni untuk kesihatan kita. Antaranya ialah Mengurangkan risiko kanser, Mengatasi bengkak mata, Antiseptik kulit, Melindungi kulit, Menurunkan tekanan darah dan Awet Muda. Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

Sebelum saya mengudur diri satu lagi soalan ayang sya ungin ajukan. Apakah teh hijau yang menjadi pilihan hati kalian semua??

Bagi saya teh hijau yang menjadi pilihan hati saya tentulah Cinch Energy Tea Mix Shaklee

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Inilah teh hijau kegemaran saya. Di kala badan letih dan kurang bertenaga tanpa teragak-agak saya akan minum teh ini. Nak lagi sedap saya akan campur dengan sedikit madu asli..Memang terangkat..Cinch Energy Tea Mix Shaklee ini juga mampu membantu kalian menahan rasa mengantuk.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang Cinch Energy Tea Mix Shaklee





Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli 


JOM DAFTAR SEKARANG!


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.


Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 


 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal
H/P no: 0139279846 
ID Shaklee: 1074356 
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Thursday, March 12, 2015

Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai

Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka menyajikan petai sebagai penyedap makanan. Walaupun agak berbau terutama petai mentah namun keenakannya tidak dapat dinafikan. Buah jenis kekacang, leper dan berbentuk biji jelas kelihatan pada kulit buah yang berwarna hijau ini. Ketinggian pokok petai boleh mencecah sehingga 30 meter.

Buah petai atau di dalam istilah saintifik atau botani ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam keluarga Leguminasae atau Fabaceae . Petai merupakan sejenis pokok yang banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara iaitu negara Malayisa, Brunei, Indonesia, Semenajung Thailand, Laos dan juga Fhilipines. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah. 


Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah
Inilah rupa pokok petai. Pokoknya memang tinggi.
Pokok petai ditanam menggunakan biji yang mana pokoknya kemudian akan mengeluarkan bunga ketika berusia lima tahun. dalam tempoh 60 hingga 70 hari, buah petai mulai masak selepas ia berbunga. Oleh kerana gangguan serangga yang sangat suka menebuk batang pokok petai ini menyebabkan ia mudah rosak. Daun petai juga mudah dimakan serangga sekalipun berada di tempat yang tinggi.

Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai.
Petai boleh danggap sebagai raja segala ulam. Ia sedao dimakan begitu saja atau dijadikan penyedap dalam masakan. Biji petai yang muda atau tua boleh dimakan mentah, digoreng, dipanggang, dibakar dan dibuat sambal tumis. Kadang kala biji isi buah petai tidak dikupas kulit luarnya tetapi dipotong bersama kulit dan dimasak atau dicelur untuk dijadikan ulam. Biji petai juga boleh dijadikan jeruk dengan merendamnnya di dalam air garam selama beberapa hari.
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai

Biji petai boleh dijemur sehingga betul-betul kering untuk disimpan. Tujuan untuk tahan lama dan boleh digunakan kemuadian hari. Apabila petai telah kering, redam di dalam air selama 24 jam sebelum dimasak mengikut cita rasa. Mungkin ada yang tak tahu bahagian daun dan tangkai bunganya yang muda sesuai dimasak atau dimakan sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan. Daunnya juga mempunyai bau seperti buaj petai juga. Oh memang kecur liur la dibuatnya. dan bagi rakyat Kelantan atau Terengganu mereka lebih gemar makan petai dengan budu bersama dengan nasi. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Memang bertambah-tambah la nasi kalau ada menu petai dan budu..
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai
Sambal Bilis Petai yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Petai mengandungi zat asid amino dan karbohidrat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak.
Petai dikatakan mengandungi bahan nutrisi seperti tanin. Kesan uabtnya pula berpunca dari alkaloid tertentu. Selain itu petai juga mengandungi sumber vitamin A, B dan C. Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa buah petai kaya dengan sokrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga zat ini merupakan sumber gula semulajadi yang berupaya menghasilkan tenaga segera.
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai
Bentuk biji petai

Petai dipercayai membantu mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.  Buah betai juga dikatakan membantu mereka yang menghadapi masalah hati, busung, bengkak ginjal, diabetes dan membunuh cacing di dalam  perut serta usus. Bahagian daun pokok petai pula boleh direbus dan minum air rebusannya bagi merawat masalah demam kuning. Bahagian kulit akarnya pula dikatakan membantu menurunkan paras gula bagi mereka yang menghidap kencing manis. Caranya mudah sahaja ambil kulit akar pokok petai. Kemudian direbus sehingga air di dalam paeriuk hampir separuh dan boleh diminum.

Terdapat beberapa petua untuk mengurangkan bau selepas makan petai seperti mengunyah beras atau makan beberapa jenis limau atau mimum jus yang dapat mengurangkan bau. Pastikan anda tidak kencing di tandas awam kerana bau urin anda akan mengganggu orang lain.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca.