Friday, February 27, 2015

9 Jenis Makanan Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas Agar Projek Kuruskan Badan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas di atas muka bumi ini..


Banyak cara yang kita boleh lakukan jika nak kuruskan dan turunkan berat badan. Selain senaman yang dilakukan secara konsisten, makanan yang diambil setiap hari juga memainkan peranan yang penting untuk menurunkan berat badan sekaligus mendapat berat badan yang diidamkan.

Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori.

Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.

9 Jenis Makanan Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas Agar Projek Kuruskan Badan Berjaya

Makanan pembakar lemak sememangnya sangat membantu mempercepatkan kadar metabolisme. Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 9 jenis makanan yang boleh membantu membakar lemak dengan pantas.

9 jenis makanan yang boleh membantu membakar lemak dengan pantas



#1 Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak telah terbukti mempercepatkan metabolisme badan seseorang. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat.

Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengambil makanan ini. yogurt rendah lemak mengandungi kalsium dan protein. Ia menjadi sumber kalsium dan protein yang sihat dan baik.

#2 Omega 3

Omega-3 tergolong di dalam kumpulan essential fatty acid iaitu asid lemak perlu yang mana asid ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Omega-3 merupakan sejenis asid lemak yang baik dan bermanfaat untuk kesihatan.

Pelbagai kajian makmal yang telah dibuat untuk mencari kepentingan asid lemak omega-3 ini. Berdasarkan kajian asid lemak khususnya Docosahexaenoic Acid (DHA) boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan (depression) pada wanita, membantu perkembangan daya penglihatan janin dan mengatur pola atau jadual tidur bayi yang baru lahir.

Omega-3 berfungsi sebagai pembekar atau pemecah lemak dan kolesterol yang berkumpul di dalam badan serta membantu mnegurnagkan selera makan. Nak kurus mestilah kena kawal selera makan..Kalau asyik makan je bila nak kurang lemak dan kolesterol dalam badan tu kan..


Kat mana nak dapatkan asid lemak omega-3 ni?? Sumber terbaik omega-3 ialah ikan laut dalam seperti ikan salmon.. mana nak cari ikan salmon?? Kat pasar raya besar adalah kan..Kalau kat tempat saya ni memang takkan jumpa la ikan salmon.

#3 Kekacang

Kacang juga antara sumber protein yang sihat dan baik yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan. Kacang soya menjadi sumber protein yang terbaik untuk diamalkan yang sangat membantu mengurangkan berta badan.

#4 Daging dibuang lemak

Lemak pada daging dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunkaan lebih banyak kalori untuk mencerna.

#5 Telur

Telur juga merupaka sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

#6 Cuka

Cuka juga dapat membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan terutamanya sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan lemak di buah pinggang. 

Sebaiknya amalkanlah cuka yang dihasilkan dari buah-buahan seperti epal, kurma, anggur dan buah tin. 

Khal atau lebih dikenali dengan cuka bukan sahaja dapat mengurangkan kolestoral jahat malah dapat membantu mengurangkan asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan asid dalam badan), menurangkan garam berlebihan yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya.

#7 Limau

Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan yang mana dapat membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda rasa kenyang lebih lama.

Serat adalah merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Disamping mengurangkan nafsu makan, ia memberi kita rasa ‘kenyang’ dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita.

Makanan berserat juga memerlukan kita mengunyah dengan kadar yang lebih, membuatkan kita menikmati makanan lebih lama dari biasa, sekaligus mengelakkan tabiat makan secara berlebihan. 

Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka.

#9 Bijirin

Bijirin dikatakan membantu mengawal kadar insulin di tahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda.


Klik link di bawah ini untuk mengetahui tentang pengurusan berat badan dan diet secara sihat



5 Jenis Buah Bantu Turunkan Berat Badan


Semoga bermanfaat untuk kita semua. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini.

Monday, February 23, 2015

Cara Mujarab Hilangkan Gastrik Yang Kronik Dengan Cepat dan Berkesan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas di atas muka bumi ini..
Untuk entri kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca semua cara yang mujarab untuk hilangkan penyakit gastrik kronik dengan cepat dan berkesan. Mungkin ada di kalangan pembaca semua yang pernah mengalami sakit gastrik atau pun ada kawan-kawan, adik beradik dan juga saudara mara serta jiran tetangga yang menderita penyakit ini..Diharap entri ini dapat membantu kalian semua menghilangkan penyakit gastrik ini dengan cepat dan berkesan.


Cara Mujarab Hilangkan Gastrik Yang Kronik Dengan Cepat dan Berkesan
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menghadapi penyakit ini terutamanya remaja. Gastrik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Kebiasaannya tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut seseorang itu. 

Mengikut kata Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, "Antara tanda awal penyakit gastrik yang ditunjukkan ialah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), perut berasa senak, berangin atau pedih, perut tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah serta hilang selera makan. Apabila gastrik menjadi semakin teruk berat badan boleh menurun."

Kata Dr. Faisal lagi, jika seseorang itu menghidapai penyakit gastrik yang kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan di dalam usus. tanda-tandanya boleh dilihat apabila najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.. Takutnya..Gerun je rasa kalau dah sampai muntah berdarah ni..

Pelbagai sebab dan punca yang dikaitkan dengan penyakit gastrik. Antaranya ialah jenis makanan dan minuman yang diambil. Ada sesetengah makanan dan minuman yang menggalakakn penghasilan jus yang banyak di dalam usus. Jus yang terhasil ini melebihi keperluan untuk mencerna jumla makanan. Jus yang berlebihan ni akan menghakis dinding lapisan di dalam perut. Antara jenis makanan dan minuman yang merangsang pengeluaran jus ialah minuman berkafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, kari dan berlemak serta alkohol. 

Perokok tegar atau perokok pasif juga berisiko mendapat gastrik. Stress yang keterlaluan dan berterusan juga boleh menjadi punca terjadinya gastrik.

Jadi amatlah penting untuk kita merawat penyakit gastrik ini. Jangan biarkan ia berlanjutan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Sayangi hidup anda.

Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian satu video pendek tentang Puan Farhana yang menderita penyakit gastrik hampir sepuluh tahun akhirnya tanpa disedari gastriknya hilang begitu sahaja selepas mengambil set berpantang. Yang mana di dalam set berpantang yang diambil beliau mengandungi Energizing Soy Protein (ESP)Pepermint Ginger Plus dan juga OSTEMATRIX.

Selamat menonton. Fikir-fikirkan..

 

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.



Boleh klik di link ini untuk mngetahui lebih lanjut Atasi Masalah Gastrik Dengan Set Gastrik Shaklee bagaimana Energizing Soy Protein (ESP), Pepermint Ginger Plus dan juga OSTEMATRIX bertindak dan berfungsi dalam menghilangkan penyakit gastrik


So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!

Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 


 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal Rusdi
Email: akmal.rusdi@yahoo.com
H/P no: 0139279846 (Whatsapps/Telegram)
ID Shaklee: 1074356
Blog: http://akmalrusyd.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/myhealthynutrition 
Facebook: https://www.facebook.com/akmal.mujahid
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Sunday, February 22, 2015

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan

Jerawat bukanlah sejenis penyakit yang membahayakan nyawa seseorang. Namun kehadirannya membuatkan kita terseksa jiwa dan raga, resah gelisah sepanjang hari, rasa rendah diri dan sebgainya..Betul tak??

Tambah lagi kalu jerawat batu besar-besar dan bernanah lagi. Nak keluar rumah pun rasa malu..Nak jumpa kawan pun rasa segan..Serba tak kena dibuatnya.

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan

Di dalam entry ini saya akan kongsikan dengan pembaca semua bagaimana cara nak hilangkan jerawat dan parut dengan berkesan tanpa meninggalkan kesan sampingan.

Saya tahu ramai di luar sana yang menghadapi masalah jerawat yang teruk dan parut yang hodoh kan. Dah cuba macam-macam produk nak hilangkan jerawat tapi masih tak berkesan. Ada yang bertambah kronik bila produk yang digunakan tidak serasi. 

Menurut Dr Hasseenah jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.
Masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit.

Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau jangkitan bakteria.

Sebenarnya ramai di kalangan kita yang tersalah anggap bahawa jerawat juga berpunca daripada penyakit resdung. Tapi ianya tidak benar sama sekali.

Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat.


Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia.

Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan jerawat samada secara dalam atau luaran. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara menghilangkan jerawat dari luaran.

Cara menghilangkan jerawat dari luaran


Mencuci Muka


Cuci muka anda sebanyak dua kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Sebaiknya gunalah pencuci yang khusus untuk jerawat tanpa perlu scrubbing.

Ini untuk mengelakkan kulit muka terlalu kering kerana pencuci muka akan menyebabkan minyak yang dihasilkan untuk melindungi kulit muka kita dari dijangkiti kuman akan hilang. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.

Menggunakan Toner



Gunalah toner yang tidak mengandungi alkohol yang tinggi kerana alkohol boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kesannya kulit muka kita mengeluarkan minyak yang lebih banyak untuk memberi kelembapan yang asli kepada kulit muka.

Menggunakan Krim Jerawat



Penggunaan krim jerawat juga penting untuk merawat masalah jerawat dari luar. pastikan anda menggunakan krim jerawat yang mempunyai kandungan Asid Azelic, Asid Salicylic atau Vitamin A.

Menggunakan Pelembap Muka



saya sangat mencadangkan anda menggunakan pelembap muka dalam bentuk gel kerana ia adalah lebih sesuai digunakan sekiranya kulit muka anda berminyak dan berjerawat. 

Gunakan Krim Pelindung Matahari


Jerawat yang merah dan membengkak apabila pulih akan meninggalkan parut gelap. Lebih lama ia terdedah kepada sinaran matahari, lebih gelap parut itu akan kelihatan dan lebih sukar untuk kulit itu berubah menjadi warnanya yang asal.

Oleh itu, penggunaan krim pelindung matahari (sunblock) amat disarankan bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat.

Pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit adalah pembersih muka yang tidak mengandungi pewangi dan kandungan sodium laureth sulfate yang tinggi kerana ia akan menyebabkan reaksi kulit terutama pada kulit muka.


Di sini juga saya ingin berkongsi dengan pembaca semua beberapa tip penting untuk mengelakkan jerawat tumbuh terutamanya pada kulit wajah.


Tip penting untuk mengelakkan jerawat tumbuh 



  • Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka yang sesuia dengan kulit wajah. pada waktu lain, cukup hanya membilas muka dengan air bersih. 
  • Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat. 
  • Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak. 
  • Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit. 
  • Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk. 
  • Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit. 
  • Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Bagaimana rangkaian produk shaklee boleh membantu menghilangkan jerawat dan parut dengan sangat berkesan tanpa ada kesan sampingan yang tidak diingini???

Sebelum saya terang lebih lanjut tentang produk yang boleh diambil untuk menghilangkan jerawat dan parut dengan berkesan tanpa kesan sampingan, jom kita saksikan video pendek ini dahulu. 

Video ini menceritakan bagaimana Saudari Nor Farizan Mazlan mengatasi masalah jerawat kronik yang dihadapinya sejak tahun 2006 akibat tersalah mengambil produk. Alhmdulillah setelah konsisten mengambil produk Shaklee, sekarang kulit beliau kembali menjadi licin, putih dan gebu.

Derita yang ditanggung bertahun-tahun kini telah selesai. Siapa tak gembira kan kulit dah cantik, halus mulus, gebu gebas macam artis..Kalau saya memang lompat bintang la kalau dapat kulit cantik menawan macam Siti Nurhaliza..24 jam nak telek muka kat cermin..Gembira tidak terkira la katakan..hihi



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Antara produk Shaklee yang diamalkan oleh Saudari Nor Farizan Mazlan ialah:

Vitamin E Complex



Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan

Klik MANFAAT DAN FUNGSI UTAMA VITAMIN E COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.


Sustained Release Vita-C Shaklee


Vitamin C adalah berguna dalam menghilangkan jerawat kerana dua sebab utama: 

  • ia berfungsi sebagai antioksidan
  •  ia menyumbang kepada sintesis kolagen.


Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan mengurangkan sebatian.

Untuk mengelakkan tindak balas rantai ini yang membawa kepada jerawat, vitamin C boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit.

Ini membolehkan kulit yang dilindungi dan menghalang pembentukan luka jerawat.

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan

Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.


Shaklee Collagen Powder


Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan

Nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder boleh klik link di bawah okey;

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Dengan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Untuk Cantik

Fungsi Kandungan Utama Shaklee Collagen Powder



GLA Complex

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan


Fungsi  GLA COMPLEX Dalam Menghilangkan Jerawat & Parut dengan berkesan tanpa kesan sampingan:
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Pengambilan GLA Complex Shaklee untuk jangka masa yang panjang mampumelambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Membantu mengurangkan inflamasi kulitmasalah ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap.
  • Membetulkan hormonGLA COMPLEX sangat sesuai untuk mereka yang kulit berjerawat batu.


Set Penjagaan Kulit Nutriwhite



NutriWhite Shaklee bertindak dalam 5 cara untuk menghilangkan jerawat & parut dengan berkesan tanpa kesan sampingan. 

Apa lima cara tersebut??? Nak tahu tak?? Kalau nak tahu Klik link di bawah ini untuk maklumat lanjut tentang Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee yang sememangnya awsome dan menjadi kegilaan peminat Shaklee..

NutriWhite Shaklee: Langkah Untuk Wajah Cantik Berseri

Kulit Sihat Dan Menawan Dengan Set Penjagaan Kulit Shaklee NutriWhite


Bebaskan Wajah Daripada Pigmentasi Dengan Shaklee


Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan Yang Menakutkan

Kandungan Vitamin C aktif yang terdapat di dalam NutriWhite berfungsi memutihkan dan melicinkan permukaan kulit agar lebih gebu dan bersinar. NutriWhite dihasilkan khusus dan sesuai untuk orang Asia yang mempunyai kulit yang tidak sensitif dan berjerawat.

Ini adalah entry yang berkaitan dengan jerawat dan cara untuk untuk mendapatkan kulit cantik, halus mulus, gebu dan licin. Tekan kuat-kuat di link bawah ni ye kalu nak tahu ia tentang apa..Rugi tak baca

Cara Mengatasi Dan Merawat Kulit Muka Berjerawat Dari Dalam

Vitamin C dan Kolagen Untuk Kulit Cantik Dan Sihat





So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!



Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.



Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 


  • jadual pengambilan vitamin secara teratur 
  • konsultasi percuma secara berterusan 
  • tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 


 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal Rusdi

H/P no: 0139279846 (Whatsapps/Telegram)

Saturday, February 21, 2015

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang cara untuk menghilangkan parut yang hodoh akibat chicken pox ini, jom kita baca dulu sedikit maklumat tentang penyakit ini. 

Chicken pox atau di dalam bahasa Malaysia disebut cacar air. Ada juga sesetengan negeri menggunakan perkataan yang lain seperti bertih dan jintungan. Penyakit ini adalah disebabkan virus yang diberi nama Varicella (kumpulan virus herpes). 

Penyakit ini amat mudah berjangkit. Kebiasaannya ia berlaku pada semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. ia akan menjadi lebih teruk jika orang dewasa yang dijangkiti.
Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan

Chicken Pox boleh tersebar melalui sentuhan dan titisan cecair daripda orang yang dijangkiti. Ia juga boleh berjangkit melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Siapa yang pernah mengalami masalah ini dia mesti tahulah kan betapa terseksanya rasa apabila bintik-bintik yang dipenuhi cecair dan nanah mula tumbuh ke seluruh tubuh dan juga muka. 

Pengalaman saya sendiri terkena chicken pox ni semasa saya bersekolah rendah. Masa tu saya darjah 3..Saya masih ingat biji chicken pox pertama yang tumbuh adalah kat dahi saya. Besar sangat. Sampai sekarang parut tu masih ada. Masa tu kan kecil lagi. Tak tahu apa-apa lagi. Masa naik seketul kat dahi tu ingatkan apa je kan saya picit je la. 

Sampai lah tengah hari badan saya mula rasa tak sedap. Rasa nak demam je. badan pun ras panas je..Balik rumah je terus buka baju.. rupanya dah penuh bintik-bintik chicken pox kat atas belakang..

Itulah serba sedikit pengalaman saya terkena chicklen pox..Dah lama sangat kisahnya nak cerita lebih lanjut pon tak berapa nak ingat..Tapi nasib saya baik sebabnya chicken pox tu tak timbul banyak kat muka saya..Kat badan je yang banyak..Hmmm, kalau tak tak tahu la kan macam mana rupa saya sekarang..

Esoknya memang tak pergi sekolah la jawabnya..Rasanya hampir 2 minggu juga la tak pergi sekolah. Memang bosannya gila la tak boleh pergi sekolah. Biasa la budak baik macam saya ni kan mana boleh tak pergi sekolah..hahaha..ni dah terkeluar tajuk dah ni..hihi..

Seingat saya Maa (my lovely mom) hanya tepek bedak sejuk je untuk hilangkan parut. Pastu ingat lagi Maa tak bagi makan kicap. Maklumlah kecik-kecik dulu hantu kicap..

Anda boleh rujuk blog Dr. Zubaidi untuk mengetahui menu pemakanan yang sesuai dan sihat untuk mereka yang menghidapi chicken pox terutamanya kanak-kanak.

Pemakanan Untuk Chicken Pox


So apa nak buat kalau anda terkena chicken pox ni?? Jangan gelabah ok..Shaklee ada jalan penyelesaiannya..Nak tahu apa produk shaklee yang boleh membantu anda menghilangkan parut chicken pox yang hodoh tu sebelum kawan tegur betapa terknya kulit muka anda.
Kalau dah parut penuh kat muka memang malu la kan nak keluar rumah, nak berdepan dengan kawan-kawan di pejabat, nak jalan-jalan shoping ke..Takkan nak terperuk je kat rumah..Sampai bila kan?? Jangan risau ok. Jom kita baca apa produk yang hebat ini.

Inilah antara produk Shaklee yang boleh diambilkan untuk menghilangkan parut akibat chicken pox:


#1 Sustained Release Vita-C (Vitamin C)


Fungsi Sustained Release Vita-C Shaklee.

  • berfungsi merangsang pengeluaran kolagen 
  • mencantikkan kulit 
  • melambatkan penuaan 
  • menyekat pembentukan pigmentasi 
  • meningkatkan sistem imun
  • Sustained Release Vita-C Plus membantu menghilangkan parut chicken pox yang hodoh

Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.

#2 Vitamin E Complex

  • membantu memudarkan parut - Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. 
  • melindungi kulit dari sinaran ultra ungu (UVB) yang boleh merosakkn kulit
  • sebagi antioksidan yang berfungsi melawan seranagn radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
  • bertindak sebagai anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Vitamin E complex shaklee membantu Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan

Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut tentang Vitamin E MANFAAT DAN FUNGSI UTAMA VITAMIN E COMPLEX


#3 B-Complex

  • berfungsi sebagai pelembap. membantu menghsilkan kulit yang glowing (gebu)
  • mencegah pigmentasi kulit
  • menngurangkan stress
  • membantu dalam menghasilkan sel-sel baru
B-Complex shaklee bantu Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan



Klik MANFAAT UTAMA B-COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentang B-complex Shaklee

#4 Energizing Soy Protein (ESP)


ESP mengandungi protein tinggi yang membantu merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
Energizing Soy Protein (ESP) membantu Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP boleh klik link di bawah:

KEISTIMEWAAN Energizing Soy Protein (ESP)

Manfaat Utama Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee dan Indeks Glisemik (GI)

Ketahui Soya GMO dan Non-GMO



#5 GLA Complex


Antara manfaat GLA ialah MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT. GLA Complex Shakleee membantu mengurangkan inflamasi kulit, masalah ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap.
GLA Complex Shaklee bantu Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dengan Cepat Sebelum Ditegur Kawan

Saksikan pengalaman Puan Nur Hidayah Binti Zakaria merawat parut akibat chicken pox dengan mengambil Set Kecantikan Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C (Vitamin C)Vitamin E ComplexB-ComplexEnergizing Soy Protein (ESP) dan GLA Complex.

Alhmdulillah setelah konsisten mengambil produk Shaklee ini selama 2 bulan kesan ketara memang kelihatan. Beransur-ansur parut di wajah Puan Nur Hidayah hilang..Akhirnya beliau mendapat kembali kulit wajah yang didinginkan. 


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.





Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli 

JOM DAFTAR SEKARANG!


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
  • jadual pengambilan vitamin secara teratur 
  • konsultasi percuma secara berterusan 
  • tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya,

Your Trusted Shaklee Consultant
Puan Nor Akmal
+60139279846 (whatsapps/telegram)

Friday, February 20, 2015

Ubat Tahan Mengantuk Dan Letih Tanpa Dadah dan Steroid

Ramai di kalangan kita akan mengalami rasa mengantuk dan letih pada waktu siang. Rasa sering mengantuk dan letih itu adalah satu perkara yang normal berlaku kepada seseorang apabila tidak cukup tidur atau ketiadaan waktu rehat setelah sepanjang hari bekerja. 



Mengantuk dan letih di tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa. Namun kalau dah setiap hari asyik rasa mengantuk dan letih je walaupun malam tu dah tidur awal mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda..Jika keadaan ini berlarutan sehingga sebulan atau dua bulan anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan rasa mengantuk dan letih sepanjang hari:

  • Kurang oksigen
  • Makan berlebihan
  • Makan makanan manis yang berlebihan
  • Obesiti ( masalah kegemukan)
  • Anemia (kurang darah merah)
  • Diabetes
  • Dehidrasi
  • Sakit jantung
  • Depresi (kemurungan)
  • Kurang aktiviti fizikal (olahraga)
  • Masalah kalenjar tiroid

Rasa mengantuk dan letih ketika memandu juga amat berbahaya. Memandu ketika dalam keadaan mengantuk dan letih sangat membahayakan nyawa kita. Sesaat sahaja kita terlelap ketika memandu, kebarangkalian untuk mendapat kemalangan adalah amat tinggi iaitu 99%.

Ini adalah kerana ketika terlelap, otak kita tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan sempurna.

Nauzubillahi min zalik..minta jauh semua tu kan.. Ya allah semoga perkara-perkara buruk di luar jangkaan kita semua tidak berlaku kepada kita dan ahli keluarga kita..Ameeen..

Ngeri rasanya kan bila mengantuk time drive ni. Lagi-lagi kalau memandu dalam tempoh yang lama terutamanya bila nak balik kampung. macam saya lah. Dari johor nak balik kampung suami di kedah atau dari johor nak ke terengganu kampung saya. 12 jam kot. memang letih dan mengantuk la kan. Tambah-tambah lagi kalu tak singgah bermalam kat mana-mana..

Sebelum kenal ubat tahan mengantuk tanpa dadah ni memang agak terseksa sikit la apabila suami mengantuk masa drive tu. Kita lah yang kena layan di bersembang. Urut-urut belakang tengkuk dia.

Minum air redbull pon tak jalan juga. Minum kopi pun sama. Memang kalau dah mengnatuk tahap gaban tu tak boleh nak buat apa dah..Kadang-kadang saya yang drive. Tu pun kalu saya tak mengantuk la kan. 

Kalau dah dua-dua mata kuyu dan layu je, memang kena berhenti jugalah kat mana-mana nap sekejap kan bagi hilang mengantuk tu.

Alhamdulillah, sekarang tak payah risau dah kalau nak balik kampung atau jalan jauh-jauh. Sebelum bertolak, saya dah bancuh siap-siap kat rumah ubat tahan mengantuk ni. Nak bagi lagi sedap saya tambah madu secukup rasa dan perah sedikit buah limau kasturi atau limau nipis.

Wow memang terangkat la. Siapa yang tak pernah cuba sekarang. Rugi yang amat tau. Saya juga akan spare dalam handbeg yang macam doraemon tu 2 sachet ubat tahan mengantuk ni. Bila dah habis ubat tahan mengantuk tu top up lagi. Bukan suami je yang minum saya pon tumpang sekali la. Sebab sedap kan..hihi

Mesti semua tertanya-tanya macam mana la rupa bentuk ubat tahan mengantuk dan letih yang hebat sangat ni sampai hampir setengtah tahun kot out of stock seluruh Malaysia. Nah, amek ko...hebat tak hebat..Cayalah..!!!



Jeng jejeng..Inilah dia saya perkenalkan Cinch Energy Tea Mix ubat tahan mengantuk yang takde dadah, tak de bahan kimia dan tak de steroid. Pastinya selamat dan berkesan untuk diamalkan dan diminum bila-bila masa sahaja yang anda mahu.

Inilah teman setia saya ketika mengantuk dan letih. Kini saya tidak risau lagi apabila suami saya memandu ketika balik kampung...hihi..

Bagi yang mereka yang stay up malam-malam buat kerja pejabat, cikgu-cikgu yang menanda kertas soalan dan buat kerja sekolah yang tak habis-habis tu, dan juga bagi students yang nak siapkan assignment dan study esok nak exam tu, boleh cuba amalkan minum Cinch Energy Tea Mix yang ni. TIADA DADAH, TIADA KAFEIN, yanga pastinya selamat dan menyihatkan.

Ia bukan sahaja membantu anda menghilangkan rasa mengantuk dan letih, gabungan teh ini juga amat baik untuk mereka yang kuruskan badan.

Kenapa?? Sebabnya cinch energy tea mix ini membantu anda meningkatkan tahap metabolisme sekaligus memberikan rasa kenyang. So, bila dah rasa kenyang kurang la keingingan nak makan itu ini tu kan..Betul tak???

Secara ringkasnya ubat tahan mengantuk dan letih ini merupkan gabungan teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (sejenis teh hijau yang digunakan semasa istiadat ulung di Jepun.

Teh ini dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga tambahan semulajadi dan rasa nyaman. 

Klik di sini Kenali Cinch Energy Tea Mix Shaklee untuk mengethaui lebih lanjut tentang Cinch Energy Tea Mix yang super awsome ini. 

Jom kita tengok testimoni atau pengakuan pengguna tegar Cinch Energy Tea Mix iaitu Puan Maria Awie yang merasai sendiri keberkesanan dan kehebatan ubat tahan mengantuk ini. 


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli 

JOM DAFTAR SEKARANG!

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 

 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah mengantuk dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846