Tips Mengunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Hari ini penggunaan kad kredit menjadi satu gaya hidup. Sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai satu keping kad keping kredit walaupun orang itu baru sahaja bekerja. Ada yang bijak menggunakannya, ada juga yang terperangkap dengan kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit. Kebanyakan pengguna muda mudah tertipu dan terpedaya dengan kemudahan dan kelebihan yang ada pada kad kredit.


Tips Mengunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa maksud kad kredit dan fungsinya??

Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai (cash). Kad kredit berfungsi apabila kita menggunakan kad tersebut, pengeluar kad (bank) akan membuat bayaran kepada peniaga (penjual) bagi pihak kita dan akan meminta bayaran daripada kita melalui penyata bulanan yang dikeluarkan.

Kebiasaannya kita akan diberi tempoh antara 20 hingga 50 hari untuk menjelaskan hutang tersebut. Kelewatan membayar hutang akan menyebabkan kita dikenakan caj perkhidmatan.


TIPS BIJAK GUNA KAD KREDIT

  • Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kad kredit yang terbaik. Pilihlah kad yang memberikan pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.
  • Jika anda seorang yang suka membuat pembelian secara atas talian (online) sebaiknya membeli secara online hanya di laman web yang dipercayai. Behati-hati ketika membeli secara online
  • Bayar hutang kad kredit sebelum tarikh akhir pembayaran. Ini adalah untuk mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat atau penalti.
  • Bagi menegelakkan dikenakan faedah, bayar baki sebelum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Membayar jumlah hutang dalam kadar yang minimum amat merbahaya. Tabiat ini menyebabkan hutang kad semakin bertambah.
  • Jika anda menghadapi masalah aliran tunia, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusahalah untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat yang mungkin. Lagi lama anda tangguh bayaran, lagi bertambah hutang anda.
  • Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu membuat bayaran bulanan minimum atas kad kredit.
  • Sentiasa memeriksa penyata bulanan kad kredit untuk memastikan setipa urus niaga dan caj yang dikenakan adalah betul.

TANDA-TANDA AWAL ANDA MENGHADAPAI MASALAH HUTANG KAD KREDIT:

  • tidak mampu membuat bayaran minimum atas kad kredit anda
  • mula membuat pinjaman kad kredit dari satu kad kepada kad yang alin.
  • selalu dikenakan denda kerana lewat membuat bayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Kad kredit digunakan sebagai cara bayaran yang utama.
  • Tidak boleh menabung atau menyimpan, sebabnya hutang banyak sangat.
  • Lebih 20% daripada gaji bersih digunakan untuk membayar kad kredit sahaja. Ini adalah situasi yang tidak baik untuk kewangan anda. 

Bgai anda yang menghadapi situasi bermasalah seperti di atas haruslah bertindak bijak dan pantas untuk menyelesaikannya sebelum hutang menjadi lebih banyak.

Setakat akhir bulan Ogos tahun 2007 seramai 9.37 juta orang pemeganf kad kredit mempunyai bakai tidak berbayar sebnayak RM2.5735 bilion (dari tiga bulan ke atas). Ini menunjukkan bahawa ramai di kalangan rakyat Malaysia sedang hidup dalam. keadaan berhutang.  


KAD DEBIT

Satu alternatif kepada  kad kredit ialah kad debit. Kad Debit adalah lebih baik dari kad kredit kerana perbelanjaan yang menggunakan kad debit dijelaskan semasa transaksi jual beli berlaku dengan syarat ada wang di dalam akaun tersebut sebelum menggunakannya. penggunaan kad debit tidak memerlukan kita membawa wang tunai yang banyak.

Satu lagi kelebihan kad debit ialah, kad ini tidak memerlukan kita membayar kadar faedah dan yuran perkhidmatan. Apabila kita menggunakan kad debit kita juga tidak akan berbelanja secara berlebihan melebihi keperluan. Secara tidak langsung kita bebas dan tidak terikat dengan perangkap hutang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Comments

  1. Memang, kredit kad boleh jadi baik dan tak baik, bergantung pada kecekapan kita menguruskan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri tidak berminat untuk menggunakan kad kredit. kad kredit menggalakkan kita berhutang. saya lebih suka guna kad debit. kita bayar cash. Riba pon tak kena

      Delete

Post a Comment