Tuesday, November 4, 2014

Tidur Yang Sihat Mengikut Sunnah Nabi Muhammad

Tidur Rasulullah SAW merupakan cara tidur yang sangat baik bagi kesihatan. Setiap posisi dan waktu yang baginda pilih untuk tidur sangat bermakna bagi kesihatan. Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata "Barang siapa yang memerhatikan pola tidur dan bangun baginda, nescaya mengetahui bahawa tidur baginda merupakan tidur yang paling bermanfaat untuk badan, organ dan kekuatan.
Tidur Yang Sihat Mengikut Sunnah Nabi Muhammad

Berikut merupakan beberapa cara tidur yang diamalkan oleh Bgainda Nabi Muhammad SAW.

1 Mengiring ke sebelah kanan

Posisi tidur Nabi SAW adalah mengiring ke sebelah kanan. Kemudian, baginda berbalik sedikit pada sisi kiri supaya dengan car itu, proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya rusuk di atas hati. Kemudian Bgainda kembali tidur pada sisi kanan semula agar makanan segera larut daripada rusuk. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa posisi permulaan dan posisi terakhir tidur baginda bertumpu pada sisi kanan.

Selain bermanfaat untuk pencernaan, tidur mengiring pada posisi kanan juga membantu memudahkan pernafasan, tidur mengiring menghalang jatuhnya lidah ke belakang yang boleh menghalang pernafasan. 

Jika tidur pada posisi terlentang maka keadaan lidah pada saat tidur akan mengakibatkan saluran pernafasantersekat dan mengakibatkan dengkuran.

Orang yang tidur berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen. Kadang-kala ia boleh menghalang pernafasan lalu menyebabkan seseorang itu tersedak dan terjaga daripada tidurnya.

Orang tersebut biasanya akan terjaga dalam keadaan pening kepala kerana kurangnya oksigen yang sampai ke otak. Tentunya keadaan ini sangat mengganggu tidur kita.

Bagi jantung pula apabila kita tidur secara mengiring ke sebelah kanan membuat jantung tidakditimpa oleh organ lain.

Ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih lama di sebelah kiiri. Tidur yang bertumpu pada sebelah kiri menyebabkan darah yang masuk ke atrium juga banyak kerana paru-paru kanan berada di atas sedangkan paru-paru kanan perlu mendapatkan darah yang lebih banyak daripada paru-paru kiri.


2 Meluruskan Punggung

Selain kedudukan tidur mengiring ke kanan, Nabi Muhammad juga meluruskan punggung ketika tidur. Manfaatnya adalah supaya organ-organ dalaman tidak tertekan dan melancarkan peredaran darah.


3 Membengkokkan Sedikit Kaki

Membengkokkan kaki sedikit pada saat tidur menolong organ-organ dan otot-otot perut itu sendiri untuk relaks dengan lebih sempurna. Ini akan membantu seseorang itu untuk tidur lebih tenang.


4 Menggunakan Telapak Tangan Sebagai Bantal

Posisi leher ketika tidur mempengaruhi kualiti tidur. Leher yang tidak lurus ketika tidur akan menyebabkan sakit leher ketika bangun dan biasanya ini kekal beberapa lama sehingga mengganggu aktiviti harian yang lain.

Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sehebat ini sehinggakan boleh dijadikan alas untuk tidur. Seseorang yang yang tidur dengan telapak tangan maka di antara kepala, leher dan punggung tercipta garis lurus.


5 Cepat tidur dan cepat bangun

Baginda Nabi Muhammad SAW akan tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasulullah SAW bangun dan bersiwak. Kemudian berwudhuk dan solat sehingga waktu yang diizinkan Allah.

Baginda Nabi tidak pernah tidur melebihi keperluan.

PenelitianDaniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California amat menarik untuk diungkapkan. Penelitian ini dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama enam tahun dengan responden berusia 30 hingga 120 tahun. Hasil peneliytian ini menunjukkan bahawa orang yang bias tidur lapan jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat. Jika dibandingkan dengan mereka yang tidur antara 6 hingga 7 jam sehari. Baginda Rasulullah SAW kebiasaannya akan tidur selepas isyak untuk memudahkan bangun malam. Baginda tidur tidak melebihi 8 jam sehari.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku Kaedah Pengubatan Nbai mengungkapkan bahawa Rasulullah tidur dengan mengiringkan tubuh ke arah kanan sambil berzikir kepada Allah sehingga mata baginda terasa berat. Tidur dengan mengiringkan ke kanan menyebabkan baginda lebih mudah bangun malam.

Allah mengingatkan bahawa siang merupakan waktu untuk bekerja dan malam untuk berehat atau bertafakur. Ini memberi hikmah dan manfaat yang besar bagi kesihatan apabila manusia mengikutnya. Hasil kajian menunjukkan kesimbangan beraktiviti dan berehat adalah menjadi kekuatan ketahanan tubuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dipetik dari buku Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku. Tulisan Mukhas as-Syarkani al-Falahi. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

6 comments:

  1. Apa saja ajaran Rasulullah, memang bawa kebaikan untuk kita. Klik untuk baca posisi tidur dan jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi la kita sebagai umat islam tak buat apa yg nabi buat.

      Delete
  2. perkongsian yang bermanfaat. baru tau apa kebaikan dari setiap posisi tidur kita. tapi saya memang suka tidur mengiring ke kanan...cuma masalahnya dari mula tidur sampai akhir tidur mengiring ke kanan je...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap yg nabi buat tu mesti ada kebaikannya..tinggal kita nk buat ke tak nak je

      Delete
  3. Selama ni xpernah pun nak ambil berat bab ni..almaklumlah badan letih letak je kepala terus lelap..tq dear diatss perkongsian yg berguna ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ros..bila badan dah penat, letak je kepala mesti lena..

      Delete