Thursday, October 9, 2014

Zat Besi Penting Untuk Wanita

Hari ini telah ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan, ramai juga yang mengambil langkah mengawal pengambilan karbohidrat, lemak dan protein setiap hari. Namun da juga yang kurang mengambil berat tentang keperluan vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh seperti zat besi.
Zat Besi Penting Untuk Wanita

Zat besi atau iron ialah sejenis mineral yang ditemui di dalam setiap sel tubuh yang memainkan peranan yan penting di dalam tubuh. Ia diangap mineral perlu (essential mineral) kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sebahagian sel-sel darah yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Zat besi merupakan sebahagian protein dan enzim yang ditemui di seluruh tubuh termasuklah hemoglobin dan myoglobin. Hemoglobin ditemui di dalam sel-sel darah merah manakla myoglobin ditemui di dalam otot-otot. 

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Zat besi sangat penting bagi keseluruhan kesihatan kita. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan mudah pening, tubuh badan merasa lesu dan tidak bermaya, gangguan pencernaan serta kelelahan. 

Wanita hamil dan wanita yang mengalami haid dalam tempoh yang panjang memerlukan lebih banyak zat besi begitu juga pelari jarak jauh dan pengamal makanan vegetarian.

Bagi pengamal vegetarian zat besi boleh ditemui di dalam makanan seperti bijirin gandum, sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kailan dan sebagainya. Bagi yang bukan vegetarian pula anda boleh mendapatkan sumber zat besi daripada daging dan ikan.

Pengambilan suplemen vitamin C atau memakan buah yang mengandungi vitamin C seperti limau membantu tubuh kita menyerap zat besi dengan cepat dan lebih efektif. 

Wanita yang sedang menjalani diet sering kali emngabaikan makanan yang mengandungi zat besi. Untuk mengelakkan kekurangan zat besi anda boleh menggantikannya dengan daging tanpa lemak, rendah kalori dan tinggi zat besi.

Tanpa zat besi, tubuh akan  kekurangan oksigen. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan sistem vital tubuh kita menjadi  lemah sedangkan tubuh memerlukannya untuk menghasilkan sel darah merah dan digunakan untuk menghantar oksigen ke paru-paru.

Hemoglobin di dalam sel darah kaya dengan zat besi. Apa yang perlu difahami ialah bukan kuantiti zat besi yang masuk ke dalam tubuh tetapi berapa banyak kuantitinya yang mampu diserap oleh tubuh. 

Minuman bekafein seprti kopi dan teh mengandungi kandungan zat yang boleh menghalang  penyerapan zat besi. Oleh itu, anda harus menghindari minuman berkafein apabila anda makan.


Bagaimana rangkaian produk Shaklee boleh membantu anda mengatasi masalah kekuranganzat besi??


Suplemen yang dinamakan VitaLea Iron Formula merupakan makanan tambahan yang mengandungi zat besi yang diperlukan oleh tubuh kita. 
Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks iaitu "explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan mengambil Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. 

Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang multivitamin yang hebat ini Klik MANFAAT UTAMA VITA-LEA IRON FORMULA

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Untuk menempah sendiri dengan menggunakan kad kredit atu debit anda boleh klik di link di bawah.

Jom order sekarang. Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp: 0139279846

No comments:

Post a Comment