Sunday, October 5, 2014

Lindungi Kulit Secara Sihat Dan Semula Jadi

Seiring dengan peningkatan usia kita, kulit jugatidak tekecuali mengalami masalah seperti kemunculan garis-garis halus, kedutan dan sebagainya. Pelbagai faktor dan punca yang menyebabkan kulit bermasalah.

Faktor semulajadi merupakan sebab yang tidak boleh dielakkan. selain itu gaya hidup yang tidak sihat, stress dan persekitaran yang tidak sihat turut menyumbang masalah kulit.

Lindungi Kulit Secara Sihat Dan Semula Jadi
Gambat sekadar hiasan

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih, bebas dari masalah kulit dan yang paling penting dapat melambatkan proses penuaan. 

Namun begitu anda dinasihatkan berhati-hati memilih rawatan wajah serta produk kecantikan kulit yang betul. Kesilapan ketika memilih rawatan dan juga produk boleh menyebabkan kulit wajah menjadi rosak.

Berikut ialah beberapa cara yang boleh diamalkan untuk melindungi kulit dan menjaganya secara sihat dan semulajadi.


#1 Hindari sinar matahari secara terus


Sinaran matahari (sinaran uv)  secara terus ke kulit merupakan salah satu punca kulit berkedut. Bagi anda yang serign terdedah kepada sinaran uv anda digalakkan memakai pelindung matahari seperti losyen dan sebagainya. 

Pendedahan kepada sinaran uv dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan penyakit kanser kulit selain kulit berkedut.


#2 Jangan merokok

Sememmangnya semua orang tahu dan maklum bahawa rokok merbahaya untuk kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa asap rokok dapat menyebabkan penuaan kulit. Bahanyang terdapat di dalam rokok boleh menyebabkan kerosakam kolagen dan elastin yang merupakan komponen penting di dalam kulit.


#3 Tidur yang cukup

Semasa kita tidur sel-sel kulit yang telah mati akan digantikan dengan sel-sel baru. Tidur yang mencukupi juga dikatakan boleh membantu tubuh mengeluarkan homon pertumbuhan yang akan membantu kulit memperbaiki ketebalan,lebih elastis dan mengurangi kedutan.


#4 Kurangkan mengerdip mata

Pergerakan waja yang berulang-ulang seperti mengerdiap mata akan membuatkan otot-otot wajah berkerja keras sehingga membentuk lekukan di bawah permukaan kulit. Lekukan ini lama-kelamaan akan menjadi kedutan yang kekal. 

Pemakaian kaca mata hitam ketika matahari bersinar juga penting untuk melindung daripada sinaran ultra ungu selain mengurangkan kekerapan mengerdip ketika berada di bawah sinaran matahari.


#5 Ambil protein

Pengambilan protein yang banyak di dalam makanan seperti ikan dan kacang soya adalah amat digalakkan. Ikan mengandungi protein yang tinggi dan omega-3 yang mana akan memberi nutrisi pada kulit, membantu mengekalkan awet muda dan melambatkan kemunculan kedutan di wajah. 

Manakala kacang soya membantu melindungi dan menghalang bahaya sinaran ultra ungu. Pengambilan makanan tambahan terutama yang berasaskan kacang soya boleh membantu meningkatkan struktur kulit.


#6 Gunakan pelembap

Pelembap berfungsi melindungi wajah anda. Kebiasaannya di dalam produk kecantikan terdapat SPF Apa itu SPF?? SPF ialah "Stand Protection Factor" yang menjadi ukuran kemampuan menahan cahaya matahari untuk melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UVB. Pilihlah pelembap yang mengandungi SPF yang sesuai dengan kulit anda.


#7 Jangan lupa vitamin C

Pengambilan vitamin C dapat meningkatkan dan menggalakkan pengeluaran kolagen, melindungi dari bahaya sinar UVB dan UVA, mengatasi masalah pigmentasi dan meperbaiki keadaan kulit yang rosak.


#8 Makan Buah 

Selain mengambil ikan dan kacang soya anda juga harus mengamalkan buah dan sayuran yang merupakan antioksida. Antioksida merupakan komponen penting yang dapat mengurangkan kesan akibat serangan radikal bebas

Buah juga boleh membantu membuatkan kulit kelihatan lebih segar dan bersinar serta dapat melindungi melawan beberapa kesan sinaran matahari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini.

1 comment:

  1. Set kecantikan kulit shaklee amat baik untuk anda.jadi jangan lewatkannya...dapatkan lah segera..

    ReplyDelete