Monday, October 27, 2014

Diet Vegetarian Untuk Pesakit Buah Pinggang

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Masalah buah pinggang boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menapis darah dan membuang bahan toksin, menyingkirkan kotoran serta menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh.

Penyakit buah pinggang disebabkan beberapa faktor risiko seperti kandungan racun atau toksin yang berlebihan dalam badan, masalah diabetes, hipertensi, anemia dan penyakit lupus. 

Amalan pemakanan yang salah terutama bagi yang mengamalkan diet tinggi protein boleh juga menyebabkan masalah buah pinggang.
Diet Vegetarian Untuk Pesakit Buah Pinggang

Bagi mereka yang mengalamai penyakit buah pinggang digalakkan mengamalkan makanan seimbang dan mengambil lebih makanan bersumberkan buha-buahan dan juga sayur-sayuran. Diet vegetarian adalah antara alternatif paling baik dan tepat. Di bawah ini terdapar berapa tips yang penting yang boleh diamalkan oleh pesakit buah pinggang.

#1 Amalkan menu makanan yang kaya dengan bua-buahan dan sayuran agar dapat mengurangi risiko tubuh daripada dibanjiri lemak tepu (satured fat), gula dan makanan yang diproses. 

Antara makanan yang baik yang boleh diamalkan adalah seperti asparagus, seleri, pisang, lobak merah, timun kerana jenis makanan kaya dengan klorin. 

Nutrisi yang terdapat di dalam jenis makanan ini akan membantu membentuk jaringan dan memperbaiki saraf yang telah rosak. Kekacang seperti soya yang kaya dengan asid amino jug amat penting untuk fungsi ginjal.

#2 Bagi menjaga kadar gula dalah darah pada tahap yang baik, makanlah sekurang-kurangnya lima hidangan sihat yang berasaskan buah-buahan dan sayur sayuran.

#3 Elakkan daripada makan makanan segera (fast food) kerana makanan sebegini diketahui umum mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Jika anda teringin sangat untuk menikmati makanan segera seperi burger, adalah sebaiknya makanan itu disediakan dan di masak sendiri dengan meletakkan lebih daun salad, tomato dan juga bawang Bombay.

#4 Pilihlah makanan yang dipanggang atau kukus berbanding makanan yang digoreng. Tempe, pisang dan sayuran lain boleh disediakan menggunakan kaedah memasak dengan cara memanggang atau kukus.

#5 Sup sayuran adalah pilihan yang terbaik untuk makan malam setelah seharian bekerja. Pastikan anda memiloh sup syiran yang mengandungi sedikit kandungan sodium atau lebih baoik jika anda sendiri yang menyediakannya.

Masalah kerosakan buah pinggang mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.


Jagalah kesihatan kita. Amalkan gaya hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang. Ambilah suplemen supaya badan kita sentiasa cukup dengan nutrisi yang deperlukan. 

3 comments:

  1. Tengok gambar brokoli teringat Mia memang suka sangat brokoli ni.. :)

    ReplyDelete
  2. mmm maaf, kalau tak silap, pisang tu high potassium, tak digalakkan utk kegagalan buah pinggang
    apapun, yang lain tu, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. ya...pisang tu antara yang paling ditegah untuk pesakit buah pinggang pra dialisis.

    ReplyDelete