Saturday, October 4, 2014

Cara Peneyembelihan Haiwan Dalam Islam

Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. 

Cara penyembelihan haiwan ternakan di dalam Islam walaupun nampak kejam dan zalim dari kaca mata orang barat kerana menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih leher haiwan secara terus, hakikat sebenarnya di sebalik apa yang disuruh Allah ini tersimpan seribu hikmah dan kebaikan yang tidak diketahui oleh manusia. 

Antara kebaikannya adalah dapat menghasilkan daging yang bersih dan selamat untuk dinikmati sekaligus dapat menghindarkan diri daripada penyakit.
Cara Peneyembelihan Haiwan Dalam Islam

Orang Barat mendakwa cara sembelihan mereka adalah paling baik kerana dapat mengurangkan rasa sakit binatang yang disembelih. 

Walaubagaimanapun, dakwaan sembelihan ini tidak benar sama sekali. Dakwaan ini sememangnya salah berdasarkan kepada hasil kajian perbandingan kedu-dua cara sembelihan yang dijalankan di Jerman secara saintifik.

Cara sembelihan Islam adalah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofogus supaya darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali. 


PERKARA SUNAT SEMASA SEMBELIHAN

  • Menyebut nama Allah seperti membaca basmalah
  • Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati
  • Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
  • Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam 
  • Melakukan sembelihan pada waktu siang


PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN

  • Menggunakan alat yang tumpul
  • Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  • Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  • Tidak membaca bismillah
  • Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  • Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih


HIKMAH SEMBELIHAN DI DALAM ISLAM

  • Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
  • Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit
  • Memastikan daging bersih dan bermutu
  • Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
  • Membezakan antara daging halal dan haram f. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.


HASIL KAJIAN PERBANDINGAN

#1 Cara sembelihan di dalam Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat, manakala  cara sembelihan orang barat menyebabkan berkumpulnya darah beku di dalam daging sebanyak 45%. Keadaan ini adalah berbahaya apabila di makan, terutamanya kanak-kanak.

#2 Cara sembelihan Islam pada 3 saat pertama haiwan yang disembelih tidak berasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.

#3 Pada 3 saat berikutnya haiwan yang disembelih tidak akan sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan cepat dari badab.

#4 Selepas 6 6 saat, haiwan yang disembelih tidak akan berasa sakit langsung kerana hampir semua darah telah keluar dari badan.

Dalam masa yang sama, jantung masih lagi berdenyut dan dengan denyutan ini darah yang berbaki ditolak keluar dari badan. Ini menghasilakn daging yang bersih daripada darah dan ia selamat untuk di makan.

Sebaliknya cara sembelihan orang Barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku di dalam daging haiwan tersebut.

Begitulah kelebihan cara sembelihan di dalam Islam yang diamalkan sejajar dengan suruhan Allah SWT. Denagn hasil kajian ini, maka tertolaklah dakwaan barat bahawa cara sembelihan Islam adalah kejam kepada haiwan. Sebaliknya, cara sembelihan barat yang lebih kejam kerana sembelihan yang diamalkan mereka menyakitkan haiwa yang disembelih.

Sumber Rujukan
Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku
Mukhlas asy_Syarkani al-Falahi
Telaga Biru Sdn.Bhd 
Terbitan Julai 2013

No comments:

Post a Comment