Thursday, October 23, 2014

Awas Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakkan masyarakat. Namun ramai yang menanggap ia sebagai pening biasa atau disebabkan dehidrasi. Tekanan darah tinggi memang diketahui ramai bahayanya tetapi tekanan darah rendah juga tidak kurang bahayanya jika tidak dirawat dengan betul.
Awas Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah daripada tekanan yang diperlukan oleh tubuh. Ia menyebabkan setiap organ dari badan tidak mendapat larian darah yang mencukupi.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah setiap individu adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.

Sebahagian pakar mentakrifkan tekanan darah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.


FAKTOR RISIKO

Awas Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Tekanan darah rendah boleh disebabkan oleh beberapa faktor danpunca iaitu:


#1 Hamil

Semasa seseorang wanita mengandung, sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat. Tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik kebiasaannya akan turun sebanyak 5 hingga 10 mmHg dan tekanan diastolik menurung sebanyak 10 hingg 15 mmHg. Keadaan ini normal bagi seorang wanita hamil. Tekanan darah akan stabil semula selepas melahirkan anak.


#2 Masalah jantung

Antara masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradcardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


#3 Masalah Endokrin

Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kalenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah. selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kalenjar Adrenal (penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetes boleh menyebabkan tekanan daarh rendah.


#4 Dehidrasi

Dehidrasi bermaksud di mana keadaan badann seseorang kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang diambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemaahn, pening dan kelesuan. 

Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan kekerapan membuang air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Ia lebih serius apabila isi padu darah yang sangat rendah (hypovolemic shock) di mana satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isi padu darah yang rendah menyebabkan tekanan darah jatuh secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan.

Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam mas beberpa jam atau beberapa minit sahaja.


# Kehilangan darah

Kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan. Keadaan ini boleh menyebabkan kepada penurunan tekanan darah ayng teruk.


#6 Jangkitan yang teruk (septisemia)

Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil 'septic shock'.


#7 Kekurangan Zat Dalam Diet

Tekanan darah rendah juga berkaitan dengan makanan yang kita ambil setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dan asid folik serta zat besi boleh menyebabkan tekanan darah rendah dan akhirnya boleh menyebabkan anemia.

Anemia ialah keadaan apabila badan kita tidak menghasikan sel-sel darah merah yang mencukupi lalu menyebabkan tekanan darah rendah. Zat besi sangat penting untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang mencukupi untuk badan.


GEJALA DAN SIMPTOM

Beberapa gejala dan simptom yang boleh ditunjukkan bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Antaranya adalh seperti berikut;
  • Cepat lelah
  • Pening kepala ketika posisi badan berubah
  • Rasa mual da loya
  • Penumpuan Kelam
  • Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Cepat haus dan keletihan
  • Penglihatan kabur
  • Pitam atau pengsan

BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH UNTUK KESIHATAN

mereka yang menghadapi tekana darah rendah memiliki risiko rendah untuk mendapat strok, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung. Atlet, individu yang ingin mengekalkan berat badan ideal dan mereka yang tidak merokok cenderung mengalami tekanan darah rendah. Walaubagaimanapun jika tekanan darah tidak terlalu rendah ia tidak membahayakan.

CARA MENCEGAH DAN MENGATASI TEKANAN DARAH RENDAH


1# Makan lebih garam dalam diet
tetapi jangan terlalu banyak kerana natrium yang berlebihan bolehmenyebabkan kegagalan jantung.

2# Minum lebih banyak air
Minum air yang banyak terutama ketika cuaca panas dan semasa anda sakit seperti selesema. Iar boleh meningkatkan isipau darah dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium adalah digalakkan.

3# Ubah Posisi badan secara perlahan-lahan
Jika anda bangun daripada tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit. Kemudian bangkit duduk perlahan-lahan. Setelah itu, berdiri. Tidur dengan kedudukan kepada; sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

4# Makan sedikit tetapi kerap
Kurangkankan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. 

===============@@@@@@@@@@@===================

SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN

  • membantu meningkatkan sel darah merah yang sihat dan hemoglobin.
  • merawat dan mencegah anemia
  • B-complex shaklee lengkap dengan kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita termasuklah vitamin B12 dan asid folik
  • Klik di sini untuk maklumat lanjut MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan menghasilkan sel darahmerah yang baru dan sihat.
  • PELENGKAP NUTRISI - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Klik di sini untuk maklumat lanjut MANFAAT UTAMA VITA-LEA IRON FORMULA
  • Vitamin C atau memakan buah yang mengandungi vitamin C seperti limau membantu tubuh kita menyerap zat besi dengan cepat dan lebih efektif. 
  • Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan dari serangan penyakit (imunisasi).
  • Klik di sini untukk maklumat lanjut Kelebihan Vitamin C Shaklee

Jom order sekarang. Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

4 comments:

  1. good info dear..kena banyakkan bersabar dan beristighfar juga untuk elak hipotensi :) Ibu sedang menyusu pun jangan tension2 nanti susu segan nak keluar :)

    rujuk sini buat ibu menyusu yang susunya segan nak kluar:) KLIK SINI: http://tinyurl.com/l6kdp9s

    ReplyDelete
  2. Ada kakak office memang terpaksa MC 4 hari disebabkan oleh tekanan darah rendah.
    Boleh suggest B Complex pada dia nanti.

    Jom Baca Berkenaan Radikal Bebas Yang Menjadi Penyebab Kanser

    ReplyDelete
  3. good info. baru tau makan garam boleh elakkan hipotensi. thanks for sharing ye.

    ReplyDelete