Friday, October 31, 2014

Cegah Kanser Payudara Sebelum Terlambat

Kanser merupakan pembunuh wanita utama di Malaysia. Kebiasaannya sering menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, statistik menunjukan kanaser payudara merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan wanita selain menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia. 

Dilaporkan sejumlah 3242 orang wanita yang menghidap kanser payudara pada tahun 2007 adalah mereka yang berumur sekitar 50 hingga 59 tahun paling tinggi menghidapnya.


Walaupun peratusan berlakunya kanser payudara pada wanita muda yang adalah rendah tetapi menurut Pakar Onkologi Klinikal dan Ahli Radioterapi Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr. Ahmad Kamal Mohamed, ia lebih agresif dan berisiko tinggi jika dihidapi oleh wanita berusia 20-an dan 30-an.

"Jangan pandang ringan dengan ketumbuhan pada payudara kerana jika benar ia kanser dan lambat mendapatkan rawatan, ia mungkin sudah berada pada tahap yang teruk dan boleh membawa maut kerana telah merebak ke organ penting yang lain seperti jantung dan hati.

Kanser payudara dalam kalangan wanta muda lebih agresif kerana selalunya mereka mempunyai gen mutasi BRCA1 dan BRCA2. Tambahan pula diagnosis kanser payudara dalam kalangan wanita muda lebih sukar kerana tisu payudara mereka lebih padat berbanding wanita yang berusia. Ketika mana ketulan pada payudara wanita muda boleh dirasai, selalunya kanser sudah merebak.

Ramai wanita muda yang menghidapi kanser payudara tidak mengendahkan simptom yang dialami seperti ketulan pada payudara dan pengaliran luar biasa menerusi puting kerana merasakan mereka terlalu muda untuk menghidapi kanser payudara.

Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala amat penting kerana rawatan di peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa pesakit namun ramai pesakit yang hanya bertemu doktor apabila kanser tersebut sudah teruk kerana sikap sambil lewa dan kurang prihatin pada bahagian payudara.

"Bagi penghidap kanser payudara tahap awal, peluang untuk pulih adalah tinggi. Jika lambat dan telah merebak hingga tahap empat ia mungkin masih boleh dikawal untuk tempoh beberapa tahun tetapi tidak boleh dipulihkan," terang Dr. Ahmad Kamal Mohamed.


PUNCA KANSER PAYUDARA

Menurut kata Dr. Ahmad Kamal Mohamed, kanser payudara berlaku berikutan perubahan sel kepada sel kanser pada bahagian kalenjar payudara yang menghasilkan susu atau bahagian tiub iaitu yang mengalirkan susu ke puting.

"Sebanyak 95% kanser berlaku pada bahagian tiub yang dipanggil invasive ductal carcinoma dan 5% pada bahgian kelenjar yang digelar invasive lobukar carcinoma.

"Punca utama penyakit ini tidak diketahui secara tepat. Hanya beberapa faktor risiko kanser payudara dilihat ada kaitan dengan hormon wanita," katanya.


Berikut merupakan beberapa faktor yang meningkatkan risiko berlakunya kanser payudara:

#1 Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun).
#2 Lewat putus haid (58 tahun ke atas)
#3 Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada usia 30 tahun ke atas 
#4 Sejarah keluarga mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara seperti ibu atau adik beradik perempuan.
#5 Mengamalkan pemakanan tinggi lemak
#6 Menghidapi 'atypical hyperplasia'.


SIMPTOM-SIMPTOM

  • Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara yang dirasai berbeza dengan bahagian lain.
  • Cecair seperti darah keluar daripada puting payudara.
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara
  • Perubahan pada kult sekeliling payudara seperti lekuk
  • Puting payudara masuk ke dalam
  • Kulit atau bahagian puting mengelupas atau bersisik
  • Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk seperti kulit buah oren.
simptom-simptom kanser payudara

PENCEGAHAN

Bilakah kali terakhir anda melakukan sendiri pemeriksaan payudara? Tahukah anda, kebanyakan kes kanser payudara ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika di rumah?? 

Anda digalakkan melakukannya setiap bulan di tengah-tengah kitaran haid iaitu kira-kira seminggu hingga dua minggu selepas hari terakhir haid. Waktu terbaik untuk melakukannya ketika sedang mandi kerana sabun akan memudahkan untuk memeriksa payudara. 

Selain itu cara pencegahan yang terbaik mengamalkan cara hidup yang sihat dengan tidak merokok, tidak mengambil alkoho, mengurangkan makanan yang berlemak, memperbanyakkan sayur-sayuran, cukup tidur dan bersenam.
Bagi wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas lakukan mamogram sekali sebulan dan bagi wanita lebih muda imbasan ultra bunyi boleh dilakukan.

==============@@@@@@@@@=====================

CADANGAN SUPLEMEN 

Suplemen terbaik yang dicadangkan untuk mencegah kanser payudara ialah VIVIX

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee sahaja ok.
Vivix mampu mencegah kanser payudara

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang VIVIX boleh klik di link di bawah:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda nak sihat sepanjang hayat?? Jom beli sekarang. Saya yakin anda takkan menyesal. Alami kehebatan produk Shaklee yang telah terbukti keberkesanannya. Ramai yang telah merasai kehebatan produk Shaklee. Anda bila lagi?? Jangan tunggu lama-lama nanti menyesal. Tak rug pon kitala burkan sedikit duit untuk kesihatan kita. Hidup sihat tanpa penyakit itu lebih baik dari duit banyak berkepok tapi sakit sana sini..

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Thursday, October 30, 2014

Vitamin C dan Kolagen Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Umumnya pertambahan usia da gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif. Bagi membantu mengatasi masalah 40-an pakar kecantikan mencadankan pengambilan vitamin dan kolagen.


Gambar sekadar hiasan
Vitamin C merupakan vitamin yang paling dikenali kerana fungsinya bukan sahaja untuk kesihatan kulit malah sangat sangat penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti pemulihan dan pertambahan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink.

Pengambilan Vitamin C setiap hari secara konsisten mampu mengurangkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil kajian mendapati  ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selama dengan mengutakan sistem imun badan. 

Bagi golongan wanita pengambilan vitamin C sebagai amalan harian sangat popular untuk kecantikan kernan ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. 

"Vitamin C bersifat larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai antioksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai antibakteria dan antikulat."

"Vitamin C juga merupakan agen anti radang dan anti histemina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Seterusnya vitamin C membantu mensintesis kolagen, pembentukan tulang da nmenyahtoksin. dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan." jelas Dr Chin Shih Choon yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Menurut Dr. Shih Choon lagi, penambahan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan mengasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Keperluan Vitamin C boleh diperolehi daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussel, kubis, lada loceng hijau dan bayam.

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam mas 10 hari selepas buah itu ranum. 

Oleh itu, buah yang tidak masak mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabia terdedah kepada kepanasan.


sumber terbaik vitamin C
Sumber terbaik vitamin C
Kata Dr. Shih Choon lagi, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal. Semasa kita masih muda, kita tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan berkulit licin dan gebu je kan.

Begitu juga dengan vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit mula menampakkan kedut-kedut halus, kulit kusam tidak bermaya dan timbul garisan wajah.
Perbezaan kulit yang cukup kolagen dengan yang kurang kolagen
Perbezaan ketara yang terjadi pada kulit wajah apabila kita kehilangan kolagen dalam tempoh yang lama dan berterusan

Kolagen boleh diperolehi daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka dan avokado. Makanan-makan ini boleh membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita.

Kekurangan Kolagen boleh menyebabkan masalah kesihatan. Antaranya ialah:

  • Rambut - kering dan bercabang
  • Kulit berkedut
  • Mata - penglkihatan kabur, lingkaran gelap/hitam, sembap
  • Penyakit gigi
  • Payudara hilang keanjalan
  • Organ dalaman kurang berfungsi
  • Kuku mudah pecah dan kurang bersinar
  • Pori besar, jeragat hitam dan binti-bintik
  • Tulang kekurangan kalsium dan risiko mendapat osteoporosis
  • Kulit otot kendur dan hilang keanjalan
  • Sakit sendi dan penuaan 

Kesan-kesan kehilangan kolagen
Kesan kehilangan kolagen kepada tubuh badan kita.

Serat kolagen berasal daripada protein yang memunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang  tingi. Asid-asid amino amat penting untuk pembentukan semua jenis kolagen. Dr. Shih Choon mencadangkan semua golongan tua dan muda mengamalkan pengambilan vitamin C dan kolagen secara berterusan.

=================@@@@@@@@@@==================

Anda ingin mendapatkan suplemen Vitamin C dan Kolagen terbaik???

Pilih la Vitamin C dan Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder


Nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder boleh klik link di bawah okey..!!

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Dengan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Untuk Cantik

Fungsi Kandungan Utama Shaklee Collagen Powder

Suatained Release Vitamin C Shaklee
Sustained Release Vitamin C Shaklee

Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEEuntuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.


Haiwan menghasilkan vitamin C mereak sendiri seperti arnab yang mampu menghasilkan 18 000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Dengan sifatnya yang larut air, Vitamin C akan hilang secara perlahan-lahan drai tubuh kita. Oleh sebab itu ada;ah sangat penting kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberikan kesan toksik. 

Anda nak sihat sepanjang hayat?? Jom beli sekarang. Saya yakin anda takkan menyesal. Alami kehebatan produk Shaklee yang telah terbukti keberkesanannya. Ramai yang telah merasai kehebatan produk Shaklee. Anda bila lagi?? Jangan tunggu lama-lama nanti menyesal. Tak rug pon kit alaburkan sedikit duit untuk kesihatan kita. Hidup sihat tanpa penyakit itu lebih baik dari duit banyak berkepok tapi sakit sana sini..

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Wednesday, October 29, 2014

MAMOGRAFI, Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (Part 2)

Entry ini merupakan sambungan kepada MAMOGRAFI Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (part 1)


Bagaimana Mamografi Dilakukan??

Mamogram atau Mammografi ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara. 

Doktor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan mamografi ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (Lump), ,kesakitan payudara (breast pain) nipple discharge, dan changes of the nipple.

Semasa proses melakukan mamogram anda akan diminta berdiri di hadapan mesin khas X-ray. Jururadiografi yang mengambil X-ray akan meletakkan payudara anda, satu bahagian pada satu masa, antara plat X-ray dan plat plastik. 

Plat plastik ini bersambung pada mesin X-ray dan menekan payudara untuk meratakannya. Cara ini memastikan tisu-tisu payudara dapat dilihat dengan jelas. 
Mesin Mamografi Digital

Anda akan merasakan tekanan pada payudara dalam beberapa saat. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sedikit rasa sakit. Tetapi rasa ini hanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Biasanya dua gambar akan diambil pada setiap bahagian payudara.


Kekerapan Pemeriksaan Mamogram atau Ultrasound 

Berapa kerapkah anda perlukan melakukan pemeriksaan mamogram atau ultrasound atau kedu0duanya sekali? Tidak kira berapa usia anda, bagi anda yang melakukan Mamogram secara teratur, mungkin juga anda memerlukan pemeriksaan ultrasound sebagai pemeriksaan tambahan untuk menyiasat sesuatu kelainan yang mungkin bukan disebabkan oleh kanser tetapi memerlukan pemantauan yang rapi.

Walaubagaimanapun, kekerapan pemeriksaan bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Apa yang digunakan kepada orang ramai yang menjalani pemeriksaan saringan (bermakna mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala penyakit payudara) mungkin tidak boleh disamakan dengan apa yang dialami oleh anda. 

Apa yang perlu difahami ialah mamografi saringan mempunyai implikasi yang berbeza dengan mamografi diagnostik bagi merekan yang mempunyai gejala penyakit.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan rasa sangsi boleh berbincang dengan doktor yang merawat anda.

  1. Apa yang dikesan semasa pemeriksaan pertama?
  2. Gejala-gejala yang anda alami
  3. Apakah yang dikesan semasa pemeriksaan yang berikutnya?
  4. Riwayat keluarga anda dan faktor risiko yang lain
  5. Perancangan doktor untuk proses pengawasan
  6. Tahap kebimbangan anda yang biasanya dinyatakan kepada doktor anda
  7. Persepsi anda mengenai manfaat dan risikonya.

Jika Pemeriksaan Mamogram Menunjukkan Masalah.

Jika hasil ujian menunjukkan adanya kanser, doktor perlu mencari sama ada ia adalah kanser atau penyebab lain. Doktor mungkin akan bertanyakan sejarah perubatan peribadi dan kaluarga anda. Anda juga mungkin perlu melakukan pemeriksaan fizikal. doktor jug aboleh mencadangkan agar ujian-ujian berikut dilakukan:
  • Mamogram Diagnostik untuk memfokuskan kepada kawasan spesifik pada payudara.
  • Ultrasound atau ujian pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi bagi menghasilakan gambar payudara. Gambar ini boleh menunjukkan sama ada benjolan itu pepejal atau dipenuhi dengan cecair. Sista adalah kantung berisi cecair. Sista bukan kanser. Tetapi benjolan pejal yang besar boleh berkemungkinan adalah kanser. Selepas ujian ini doktor akan menyimpan gambar dalam bentuk video atau mencetakya. Ujian ini boleh digunakan bersama denagn mamogram.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI), menggunakan magnet berkuasa besar yang disambungkan pada komputer. MRI menghasilkan gambar-gambar terperinci tisu-tisu payudara. Doktor boleh melihat gambar-gambar ini pada monitor atau mencetaknya ke dalam filem. MRI boleh digunakan bersama dengan mamogram.
  • Biopsi merupakan satu ujian di mana cecair atau tisu-tisu dikeluarkan daripada payudara bagi membantu mengesan sama ada wujudnya kanser atau tidak. Doktor boleh merujuk anda kepada pakar bedah atau doktor pakar dalam penyakit payudara untuk melakukan biopsi.
Dimanakah anda boleh melakukan pemeriksaan mamogram??
Anda boleh mendapat perkhidmatan ini dari mana-mana klinik kesihatan, klinik LPPKN ( Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), klinik FPA ( Persatuan Perancang Keluarga) dan klinik swasta.

Cegah Kanser Payudara Sebelum Terlambat 


Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Tuesday, October 28, 2014

MAMOGRAFI, Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (Part 1)

Apa Itu Mamografi??

Mamografi ialah ujian x-ray khas untuk menghasilkan imej-imej terperinci payudara. Ia adalahkedah yang amat berkesan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Diagnosisi (mengenal pasti sesuatu penyakit) dan Saringan (ujian yang dibuat pada individu yang sihat) adalah dua sebab utama untuk melakukan mamografi

Mamografi merupakan pemeriksaan payudara mengggunakan sinar-X yang memaparkan kalenjar susu, lemak dan sluran darah serta kalenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruaudiografi.

Ia akan menghasilkan imej payudara yang kemudian akan diproses secara digital dan dicetak pada filem. Doktor Pakar Radiologi akan meneliti filem-filem itu untuk mengesan payudara sama ada ia sel kanser atau sebaliknya.

Adakah Mamogram Menyakitkan?

Prosedur Mamogram mengambil masa kurang dari 20 minit. Ketika ia dilakukan, payudara anda akan ditekan untuk beberapa saat. ia mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Bagaimanapun ramai menganggapnya tidak sakit.


Kenapa Anda Perlu Melakukan Mamogram?

Saringan di kalangan wanita tanpa gejala telah menurunkan kadar kematian disebabkan kanser payudara.

  1. Mamogram dapat mengesan kanser dan ketumbuhan yang bukan kanser yang masih terlalu kecil untuk dirasa oleh anda dan atau pun doktor.
  2. Mamogram boleh mengesan ketumbuhan dua tahun lebih awal sebelum ia dapat di rasa melalui pemeriksaan.
  3. Mamogram juga boleh mengesan perubahan pada tisu-tisu payudara yang boleh menunjukkan tanda-tanda kanser pada peringkat awal.


Adakah Mamogram Selamat?

Denagn menggunakan peralatan Mamografi yang terkini, kesan sinaran radiasi pada payudara adalah sangat rendah. risiko kesihatan menjalani pemeriksaan Mamogram adalah lebih rendah daripada risiko menghisap sebatang rokok . Mamogram boleh menyelamatkan nyawa anda.


Sejauh manakah Keberkesanan Mamogram?

Mamogram ialah cara terbaik untuk mengesan kanser patudara di kalangan wanita yang ;ebih berusia. Perlu diingatkan bahawa lebih kurang 10% kanser payudara tidak dapat dikesan melalui Mamogram. Oleh itu, pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan disrankan pada semua wanita.

Apakah Persediaan yang Diperlukan?


  • Rancang pemeriksaan anda selepas haid atau apabila payudara anda berasa tidak sakit dan tegang.
  • Berhenti mengambil produk yang berasaskan kafein seperti kopi, teh dan juga makanan yang ada coklat serta air bergas seminggu atau 2 minggu sebelim temujanji
  • Pakai pakaian seperti kemeja dan seluar kerana anda perlu membuka baju dari paras pinggang ke atas.
  • Jangan guan deodoran, minyak wangi, bedak atau krim pada bahagian payudara atau ketiak.


Kelabihan Mamografi

Tidak semua kanser membentuk ketulan. Tidak semua kanser boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal atau sentuhan tangan kecuali ia menjadi cukup besar. Ada jenis kanser yang hanya boleh dirasai selepas satu atau dua tahun mengikut kadar pembesaran kanser tersebut.

Walaupun mamogram tidak seratus peratus tepat. Namun ia boleh:
  • mengesan lesi (lesion) pada peringkat awal.
  • mengesan lesi yang tidak dapat dirasai dengan tangan.
  • mengesan lesi sebelum ia boleh dirasai dengan tangan.
  • memberi maklumat penting mengenai ketulan atau perubahab payudara yang dikesan oleh anda atau doktor.
Lesi (lesion) mengikut kamus Dwibahasa Oxford Fajar ialah perubahan yang bahaya pada tubuh yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.


Dipetik dari www.medicinenet.com,  Pronounced "lee-sion" with the emphasis on the "lee," a lesion can be almost any abnormal change involving any tissue or organ due to disease or injury. There are numerous types of lesions with different naming classifications.

Lesions can be categorized according to whether or not they are caused by cancer. A benign lesion is non-cancerous whereas a malignant lesion is cancerous. For example, a biopsy of a skin lesion may prove it to be benign or malignant, or evolving into a malignant lesion (called a premalignant lesion).


Mamogram yang dilakukan harus dibandingkan dengan mamogram yang dibuat sebelumnya untuk mendapat maklumat baru yang membantu pakar radiologi mengesan perubahan kecil yang disebabkan oleh kanser. 

Mamogram yang dilakukan secara teratur dapat memberi peluang yang lebih baik untk mengenal pasti kanser pada peringkat awal jika dibandingkan dengan mamogram yang dilakukan secara sekali sekala sahaja.

Ikuti topik mamografi pada entry yang akan datang. 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mamogram boleh klik link di bawah ini:
MAMOGRAFI, Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa (Part 2)

Bagaimana nak cegah kanser payudara??
Anda boleh klik link di bawah ini.
Cegah Kanser Payudara Sebelum Terlambat 



Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur#2 konsultasi percuma secara berterusan#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Monday, October 27, 2014

Diet Vegetarian Untuk Pesakit Buah Pinggang

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Masalah buah pinggang boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menapis darah dan membuang bahan toksin, menyingkirkan kotoran serta menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh.

Penyakit buah pinggang disebabkan beberapa faktor risiko seperti kandungan racun atau toksin yang berlebihan dalam badan, masalah diabetes, hipertensi, anemia dan penyakit lupus. 

Amalan pemakanan yang salah terutama bagi yang mengamalkan diet tinggi protein boleh juga menyebabkan masalah buah pinggang.
Diet Vegetarian Untuk Pesakit Buah Pinggang

Bagi mereka yang mengalamai penyakit buah pinggang digalakkan mengamalkan makanan seimbang dan mengambil lebih makanan bersumberkan buha-buahan dan juga sayur-sayuran. Diet vegetarian adalah antara alternatif paling baik dan tepat. Di bawah ini terdapar berapa tips yang penting yang boleh diamalkan oleh pesakit buah pinggang.

#1 Amalkan menu makanan yang kaya dengan bua-buahan dan sayuran agar dapat mengurangi risiko tubuh daripada dibanjiri lemak tepu (satured fat), gula dan makanan yang diproses. 

Antara makanan yang baik yang boleh diamalkan adalah seperti asparagus, seleri, pisang, lobak merah, timun kerana jenis makanan kaya dengan klorin. 

Nutrisi yang terdapat di dalam jenis makanan ini akan membantu membentuk jaringan dan memperbaiki saraf yang telah rosak. Kekacang seperti soya yang kaya dengan asid amino jug amat penting untuk fungsi ginjal.

#2 Bagi menjaga kadar gula dalah darah pada tahap yang baik, makanlah sekurang-kurangnya lima hidangan sihat yang berasaskan buah-buahan dan sayur sayuran.

#3 Elakkan daripada makan makanan segera (fast food) kerana makanan sebegini diketahui umum mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Jika anda teringin sangat untuk menikmati makanan segera seperi burger, adalah sebaiknya makanan itu disediakan dan di masak sendiri dengan meletakkan lebih daun salad, tomato dan juga bawang Bombay.

#4 Pilihlah makanan yang dipanggang atau kukus berbanding makanan yang digoreng. Tempe, pisang dan sayuran lain boleh disediakan menggunakan kaedah memasak dengan cara memanggang atau kukus.

#5 Sup sayuran adalah pilihan yang terbaik untuk makan malam setelah seharian bekerja. Pastikan anda memiloh sup syiran yang mengandungi sedikit kandungan sodium atau lebih baoik jika anda sendiri yang menyediakannya.

Masalah kerosakan buah pinggang mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.


Jagalah kesihatan kita. Amalkan gaya hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang. Ambilah suplemen supaya badan kita sentiasa cukup dengan nutrisi yang deperlukan. 

Sunday, October 26, 2014

Kenali Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Rambut gugur (alopecia) memang merimaskan. Di mana-mana sahaja rambut bertaburan. Memang menyakitkan mata melihat rambut bersepah-sepah di atas lantai. Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita. Berdasarkan kajian yang dijalankan masalah keguguran rambut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. 

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 


Rambut normal mengalami keguguran di antara 80 hingga 100 helai setiap hari, namun jika lebih daripada jumlah itu, keguguran rambut dianggap membimbangkan. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berbuat sesuatu agar masalah ini tidak berlarutan. Anda boleh berjumpa doktor untuk membuat rawatan atau cuba mengambil supplemen yang berkaitan untu merawat dari dalam.


Kenali Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Terdapat beberapa punca yang dikaitkan dengan masalah keguguran rambut. Mudah-mudahan dengan mengetahui punca sebenar masalah, dapatlah kita mencari jalan penyelesaiannya yang terbaik. Jom teruskan bacaan anda.

1 Bahan Kimia
Bagi mereka yang kerap menggayakan rambut dengan fesyen terkini seperti melurus, mewarnakan rambut mereka lebih berpotensi  menghadapi masalah keguguran rambut yang agak teruk. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut hingga ke akar. Lama kelamaan rambut menjadikering dan berguguran.

2 Perubahan Hormon
Bagi wanita yang hamil akan mengalami perubahan hormon. Begitu juga wanita yang melahirkan cahaya mata dan menyusukan anak. Keadaan ini menyebabkan hormon di dalam badan tidak stabil dan akhirnya boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut yang teruk.

3 Genetik (Family History)
Keguguran rambut juga boleh disebabkan faktor genetik. Jika ada ibu atau bapa yang menghadapi masalah keguguran rambut ketika umur meningkat, kebarangkalian seseorang anak untuk mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi.

4 Perjalanan Darah Tidak Lancar
Seseorang yang mengalami masalah keguguran rambut menunjukkan isyarat adanya masalah dalaman iaitu berkaitan perjalanan darah yang tidak lancar. Ini menyebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik termasuklah bahagian kepala. Kesannya menyebabkan rambut tidak kuat dan akhirnya gugur.

5 Kekurangan Vitamin
Diet yang tidak seimbang seperti makan makanan berlemak dan berminyak secara berlebihan menyebabkan badan tidak menerima ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Kekuranga zat besi dan protein di dalam pemakanan harian boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut. 

Protein sangat penting untuk menghasilkan rambut yang sihat. Rambut dihasilkan daripada protein. Kekurangannya menyebabkan pertumbuhan rambut tidak berlaku dengan sempurna. 

Jika masalah ini berterusan ia akan menyebabkan keguguran rambut. Manakala zat besi merupakan elemen yang sangat penting. Ia berfungsi dalam pertumbuhan rambut.
6 Produk Tidak Sesuai
Pemilihan produk penjagaan rambut yang tidak sesuia memberi kesan kepada kesihatan rambut. Rambut boleh menjadi kering dan mudah rosak apabila sering bertukar produk. Pilihlah produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi yang selaamt tanpa bahan kimia. 

7 Pengambilan Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan tertentu untuk merawat penyakit boleh menyebabkan rambut gugur. Keguguran rambut boleh disebabkan oleh ubat yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit berikut:
  • Kanser
  • Artritis
  • Kemurungan (depression)
  • Masalah jantung
  • Tekanan darah tinggi
RUJUKAN:

=====================@@@@@@@@@@@@===================

SUPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK MERAWAT RAMBUT GUGUR

Set rambut gugur Shaklee


Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE
Klik di sini untuk maklumat lanjut MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE
Klik di sini untuk mengetahui tentang Kebaikan Vitamin Zink Complex
untuk mengetahui tentang Revitalizing Shampoo 

Anda berminat nak mencuba? Takut?? Jangan takut.. Shaklee adalah produk yang berasakan bahan semulajadi tanpa mengggunakan bahan kimia. Tiada kesan sampingan. Jangan biarkan masalah rambut gugur mengganggu hidup anda.

Saya yakin dengan mengambil set rambut gugur ini bukan masalah gugur rambu sahaja yang dapat diatasi, malah banyaklagi faedah dan manfaat yangandakandaapt. Tak percaya?? Percayalah..Cuba dulu baru tahu..

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
Whatsapp: 0139279846

Saturday, October 25, 2014

Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Tubuh

Bila disebut perkataan bakteria ramai yang fikir bakteria ni sesuatu yang boleh membawa penyakit..Betul tak?? Tapi tajuk kat atas tu bakteria baik....Eh ada ye bakteria baik?? Macam tak pernah dengar je kan..Meh sini saya nak bagitahu anda semua apa itu bakteria baik??? Penting ke tak bakteria baik ni?? Dah namanya pun baik. Mestilah penting kan.

Secara umumnya bakteria baik adalah penting untuk kesihatan tubuh. Di bahagian usus terutamanya terdapat banyak bakteria. Jom kita tambah ilmu, syaratnya kena baca sampai habis la ok..

Di dalam salur gastrousus manusia terdapat 10 kali ganda sel-sel bakteria daripada jumlah sel-sel dalam tubuh. Dikatakan jumlah bakteria yang terdapat di dalam usus sebanyak 100 trilion. Wow banyak tu!!
Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Kita

Bakteria yang terdapat di dalam usus membantu mengawal kebanyakan fungsi tubuh dan sekaligus menyumbang kepada kesihatan. 

Dr. Sampo Lahtinen, Pengurus Kumpulan Penyelidik dan Pembangunan Kesihatan dan Nutrisi Danisco Finland berkata, "Banyak faktor menyebabkan bakteria boleh berada di dalam usus. Antaranya ialah  proses penuaan, pemakanan atau diet, tekanan (stress), jangkitan penyakit dan persekitaran."

"Bakteria diperlukan di dalam sistem imun. Usus merupakan bahagian tubuh yang terletaknya sistem imun. Sebahagian besar sel-sel imun terdapat di dalam usus. 

Sel-sel imun ini berfungsi mengawal agen penyakit yang di bawa masuk bersama diet atau pemakanan seseorang seterusnya melindungi diri daripada bakteria jahat atau merbahaya."


Kawal dan Aktifkan Sistem Imun

Bakteria yang terdapat di dalam usus manusia membantu sistem imun untuk mengenal pasti bakteri baik atau jahat. Bakteria baik di dalam usus akan menjadi benteng pertahanan bagi tubuh yang sihat. 

Sistem imun ini akan membersihkan bakteria yang berbahaya. Tetapi adakalanya sistem pertahanan tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya boleh membawa kepada jangkitan penyakit. 
Bakteria Baik Lindungi Sistem Imun Kita

Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu perlu mengambil probiotik atau bakteria baik. Pengambilan probiotik ini membantu sistem imun melindungi diri dari serangan penyakit. Probiotik yang masuk ke dalam usus akan mengawal sistem imun dan mengaktifkan sistem imun. 

Secara tidak langsung kaedah ini membantu mencegah seseorang daripada mendapat penyakit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik didefinisikan sebagai mikro orgnisma hidup yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh dalam kuantiti yang secukupnya mampu memberi kebaikan dari segi kesihatan kepada tubuh.

Pengambilan probiotik dikatakan mampu memberikan kesan yang berbeza kepada sistem imun. Apabila sistem imun berfungsi terlalu perlahan probiotik dikatakan membantu meningkatkan sistem imun. situasi ini memberi perlindungan pada diri seseorang terhadap jangkitan penyakit. 

Ada juga keadaan di mana fungsi sistem imun terlalu tinggi dan imun memberi reaksi berlebihan, probiotik boleh digunakan untuk menekan fungsi imum dan membantu menentang alahan. Alahan adalah keadaan apabila fungsi imun memberi reaksi berlebihan.
Fungsi Probiotik kepada sistem imun badan

Bakteria di dalam usus dan bakteia dalam probiotik melakukan tugasnya melalui gabungan pelbagai mekanisme yang masih lagi dalam penyelidikan. Bakteria ini boleh menghentikan pathogen (mikroorganisma penyebab penyakit) daripada melekat pada dinding usus kerana ia memang telah melekat di sana. Bakteria baik ini juga boleh mencetus penghasilan sel-sel pertahanan antibakteria daripada sistem imun tubuh.


Apa itu Probiotik??

Probiotik atau bakteria baik amat sesuai diambil oleh semua golongan daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Bagu mereka yang mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan pada bahagian pernafasan seperti kanak-kanak, warga emas, pengembara dan mereka yang berada dalam keadaan stress atau terdedah kepada mereka yang sakit amat sesuai mengambil probiotik. 

Walaubagaimapapun probiotik tidak sesuai diambil oleh mereka yang sedang sakit tenat (serious illness) atau mempunyai sistem imun yang sangat lemah (weakened immune systems).

Probiotik boleh di dapati di dalam makanan seperti yogurt yang mengandungi bakteria hidup yang telah dikultur dan makanan tambahan (suplemen). Kebanyakan probiotik adalah bakteria yang hampir sama dengan apa yang ditemui dalamm usus manusia. 

Bakteria ini datang daripada dua kumpulan iaitu Lactobacillus atau Bifidobacterium. Di dalam setiap kumpulan dua probiotik ini terdapat spesies yang berbeza. Di dalam setiap spesies terdapat strain yangberbeza. Setiap strain yang berbeza mempunyai mnafaat kepada bahagian tubuh yang berbeza.

"Lactobacillus casei Shirota has been shown to support the immune system and to help food move through the gut, but Lactobacillus bulgaricus may help relieve symptoms of lactose intolerance, a condition in which people cannot digest the lactose found in most milk and dairy products. In general, not all probiotics are the same, and they don’t all work the same way." 

Bagi mereka yang mengambil makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi probiotik anda harus faham  bahawa probiotik bukanlah antibiotik atau pun ubat-batan. 

Namun begitu, probiotik boleh digunakan bersama antibiotik untuk menentang kesan sampingan berbahaya antibiotik seperti gangguan pada usus normal dan cirit-birit berkaitan antibiotik.

Rujukan:




http://www.gastro.org/patient-center/diet-medications/probiotics

Friday, October 24, 2014

10 Kebaikan Tomato Untuk Kecantikan

Tomato bukan sahaja digunakan di dalam masakan, malah ia juga bermanfaat untuk mengatasi pelbagai masalah kulit. Hari ini tomato digunakan secara meluas untuk menghasikan produk kecantikan. Tomato sangat mudah didapati di Malaysia kerana ia ditanam dan dijaga dengan baik. 

Walaupun rasanya sedikit masam tetapi khasiatnya yang pelbagai tidak dapat dinafikan lagi. Tomato mengandungi pigmen yang dinamakan lycopene yang berfungsi memberikan warna merah kepada tomato dan sayur-sayuran lain. 

Lycopene sangat penting untuk kesihatan tubuh. Ia berfungsi sebagai antioksidan secara semulajadi bagi melawan radikal bebas (free radicals) yang boleh merosakkan se-sel dan menyebabkan pelbagai penyakit kanser.
10 Kebaikan Tomato Untuk Kecantikan

Di sini saya ingin berkongsi beberapa resepi kecantikan yang menggunakan buah tomato sebagai asasnya. Jom kita tips yang mudah dah menjimatkan ini untuk kulit yang mulus dan gebu.


1# Atasi masalah jerawat.

Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah anda terutama di bahagian yang berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30 hingga 40 minit. Kemudian anda boleh membilas wajah dengan mengunakan air suam. 

Anda boleh mencuba tips ini dua kali seminggu.Tomato dapat menyejukkan kulit wajah, menyerap lebihan minyak pada wajah dan hasilnya jerawat menegecut dan kulit menjadi licin.


2# Mengurangkan Bintik-bintik Hitam

Bagi anda yang menghadapi masalah bintik-bintik hitam di wajah anda boleh mengurangkannya dengan menggunakan tomato. Caranya mudah sahaja, ambil sebiji tomato, potong kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Untuk mendapatkan hasilnya yang ketara anda boleh mencuba tips ini secara konsisten. 


3# Kecilkan Liang Pori Wajah

Ambil perahan air tomato dan campurkan dengan putih telur. Kemudian sapu pada wajah dan biarkan ia kering seketika. Selepas itu, bilas dengan jus lemon atau limau lipis. Kemudian barulah dibilas dengan air suam. Kombinasi tomato dan putih telur dikatakn membantu mengecilkan liang pori klit wajah.

4# Atasi Kulit Kering

Bagi mengatasi masalah kulit kering anda boleh menjadikan tomato sebagai masker. Caranya ialah dengan mengisar tomato dan ambil perahan airnya. Kemudian campur perahan air tersebut dengan yogurt asli. Kemudian sapu masker ini ke seluruh wajah. Biarkan ia kering lebih kurang 30 minit. Bilas dengan air suam. Petua ini dikatakan membantu melembapkan kulit wajah anda.


5# Tona Kulit Tidak Sekata

Bagi mengatasi masalah tona kulit tidak sekata anda boleh mencuba masker yang dihasilkan daripada tomato dan madu. Caranya senang sahaja. Campurkan jus tomato dengan madu dan sapu bahan tersebut pada wajah anda. Biarkan ia kering seketika. Bilas dengan iar suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.

6# Buang Lemak

Pengambilan bua tomato secara konsisten pada waktu pagi dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Jus buah tomato amat digalakkan diambil sebagai minuman harian bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minum jus ini sebelum 15 minit anda mengambil makan berat, ia akn membuatkan anda berasa kenyang. Jadi, anda tidaklah makan terlalu banyak selepas itu.


7# Kulit Kering Akibat Dehidrasi

Bgai anda yang bekerja di dalam bilik dan tempat yang berhawa dingin anda akn menghadapi masalah dehidrasi. Kesannya kulit anda akan mudah kering dan yang paling teruk akan bersisik. Untuk mendapatkan kembali kulit yang lembap mudah sahaja. Lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering seketika. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


8# Rambut Kering & Bercabang

Tomato juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambt bercabang dan kering. Rambut bercabang dan kering adalah masalah biasa bagi kaum wanita terutama bagi mereka yang berhijab. Memakai tudung ketika rambut masih lagi basah memang boelh menyebabkan rambut bercabang.

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan melumurkan rambut dengan jus tomato dan balut atau bungkus rambut anda dengan tuala selama 15 hingga 20  minit. Kemudian bilas dengan air bersih.


9# Masalah Kelemumur

Lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.


10# Lingkaran Gelap/Hitam Di bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuat seseorang itu kelihatan sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah dirundung masalah. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Biarkan ia antara 15 hingga 20 minit. 

Selamat mencuba.