Tekanan (Stress): Kesannya Kepada Kulit Wajah

Tekanan atau di dalam bahasa Inggeris disebut stress. Tekanan atau stress ialah gangguan pada emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 

Stress terjadi apabila badan mula bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berasa gelisah, takut dan tidak tenteram. 

Stress berlaku apabila adanya tekanan yang begitu mendesak dan menekan yang melebihi tahap kemampuan seseorang itu untuk menerima dan menanganinya. Apabila seseorang itu stress badan akan menghasilkan hormon adrenalin dan cortisol. 

Stress boleh menyumbang kepada masalah beberapa kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, obesiti dan diebetes.

Beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan terjadinya stress.

Faktor Dalaman
#1 Keinginan untuk melakukan sesuatu yang terbaik
#2 Tidak ada keyakinan diri (
#3 Putus asa / rendah diri
#4 Kurang berpengetahuan dalam ilmu agama
#5 Terlalu ingin menjaga kepentingan dan perasaan orang lain
#6 Desakan untuk mendapat pujian atau penghargaan
#7 Kaki kerja (workholic)
#8 Gagal menguruskan masa

#9 Perceraian/perpisahan/kematian orang yang tersayang

Faktor Luaran
#1 Ketua atau majikan yang terlalu mendesak
#2 Karenah/ sikap pasangan hidup
#3 Masalah keluarga (konflik antara ibu bapa, anak-anak yang bermsalah)
#4 Maslah kewangan
#5 Perbezaan budaya

Apabila seseorang itu tertekan, bukan sahaja anggota badan yang akan memberi kesan malah begitu juga dengan kulit. Langkah yang kurang bijak apabila tertekan ialah dengan merokok, makan makanan ringan dan tidur yang melebihi keperluan. 

Aktiviti yang tidak sihat ini mendorong keadaan kulit menjadi lebih teruk. Terdapat beberapa masalah kulit apabila seseorang itu stress.

#1 Jerawat mudah tumbuh
Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Apabila stress kulit akan menghasilkan minyak yang menjadi sebab liang-liang roma tersumbat. secara tidak langsung kulit terdedah kepada bakteria.

Untuk mengatasi masalah jerawat pilihlah produk penjagaan kulit yang sesuai. Jauhi amalan memicit jerawat kerana tindakan ini boleh memburukkan lagi keadaan jerawat dan merosakkan kulit.

#2 Kulit menjadi kering
Tekanan perasaan menyebabkan perjalanan darah tidak lancar dan memberi kesan kepada kulit di mana kulitmenjadi kering, pucat dan kemerahan. Oleh itu gunalah produk hypoalergenic dan yang kadar pHnya rendah.

#3 Kulit menjadi sensitif secara tiba-tiba
 Stress menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan kulit di mana lapisan epidermis yang mengandungi kelembapan semulajadi menurun dan berkurangan. 

Kesannya kulit menjadi sensitif, terdedah kepada pencemaran dan tidak tahan dengan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam sesuatu produk. Atasi dengan memilih produk yang mengandungi aloe vera ataupun camomile.

Bunga camomile
#4 Wajah semakin berminyak
Semasa stress kulit akan menghasilkan minyak secara berlebihan kerana rembesan hormon testosteron yang meningkat. 

Sebagai penyelesaiannya gunalah produk yang tidak ada minyak. Apa yang paling penting membersih muka dengan lebih kerap dan sediakan kertas penyerap minyak.

#5 Kulit Kusam
Kulit manusia akan sentiasa mengalami regeneration. Walaubagaimanapun apabila seseorang itu stress proses penggantian kulit berlaku secara tidak sempurna. 

Untuk mengatasinya buatlah rawatan wajah secara mendalam untuk menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati seperti menggunakan pencuci wajah yang mengandungi asid glycolic

Selain itu corak pemakanan dan minuman juga perlu diberi perhatian. Biasakan diri menggunakan krim malam. Yang paling penting amalkan suplemen untuk kesihatan kulit luaran dan dalaman seperti Vitamin C dan Vitamin E.

#6 Kedutan halus
Pengeluaran hormon kortisol semasa stress akan mengurangkan kolagen dan menghalang protein yang diperlukan oleh kulit. 

Keadaan ini juga menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah sekaligus merosakkan kulit dan mempercepatkan kedutan halus pada kulit wajah. Atasinya dengan menggunakan krim yang mengandungi retinol dan antioksidan untuk membantu pengeluaran kolagen secar semulajadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Comments