Tuesday, September 9, 2014

Ostematrix Shaklee Atasi Penyakit Tulang Rapuh (Osteoporosis)


ostematrix untuk tulang rapuh/osteoporosis


Tulang rapuh ataupun di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Osteoporosis. Penyakit ini berlaku apabila tulang kita mengalami kehilangan dan kekurangan kepadatan dan ketumpatan iaitu jisim yang menyebabkan tulang menjadi nipis dan mudah patah.


Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang terdiri daripada sel-sel atau tisu-tisu yang hidup. Di mana bahagian luaran adalah keras dan mengandungi jaringan kolagen yakni serat elastik yang kuat, bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang.

Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam masalah tulang rapuh (osteoporosis) ruangan yang terdapat di antara tulang adalah adalah besar. Ini menyebabkan tulang menjadi lemah dan kurang elastik.



perbezaan antara tulang normal dan osteoporosis
PERBEZAAN antara tulang sihat dan tulang rapuh akibat osteoporosis.


Tulang rapuh (osteoporosis) terjadi tanpa disedari. Ia berlaku secara senyap. Ia mengambil masa yang lama antara beberapa bulan dan beberapa tahun untuk menunjukan tanda-tanda seseorang itu menghadapinya.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghadapi osteoporosis ialah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. 

Pada lingkungan umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat. 

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus.

Faktor tulang rapuh (osteoporosis)


Terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan tulang rapuh (osteoporosis). Antaranya ialah:
  • wanita menopause
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Kekurangan kalsium.
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
  • Pengambilan kafein yang banyak dari minuman kopi, teh dan sebagainya.
  • Mengguna ubat mengandungi steroid untuk jangka waktu yang sangat lama
  • Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.
  • Paras estrogen yang rendah selepas putus haid (menapous) atau selepas pembuangan ovari.
  • Tidak melakukan senaman atau tidak aktif


Selain makan makanan yang mengandungi sumber kalsium yang tinggi kita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan untuk menampung kekurangan kasium dan vitamin D iaitu mineral penting untuk kesihatan tulang.

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium


Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium


OsteMatrix Membekalkan:

  1. 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  2. 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  3. 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.


Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan. Nutrien - nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kalsium berfungsi menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf. ia juga mampu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

VITAMIN D membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

Ujian klinikal keberkesanan Osteamtrix Shaklee dalam masa 12 jam

Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.


Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Cegah sebelum parah.


Jadi apa tunggu lagi. Takkan nak tunggu tulang repu dulu baru nak beli..Hihi..Ayat sentap..Jom order sekarang sebelum kehabisan stok. Untuk order sendiri pon boleh dengan menggunakan kad kredit atau debit anda boleh klik link di bawah ini. 

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:

Whatsapp/Telegram: 0139279846

COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment