Wednesday, September 3, 2014

Menjelang UPSR 2014

Peperiksaan UPSR tinggal beberapa hari sahaja lagi. Di saat ini bukan murid sahaja yang merasai getaran dan debaran untuk menduduki peperiksaan ini, malah guru-guru dan ibu bapa juga turut merasai debaran dan getarannya.
Walaupun saya tidak mengajar subjek teras dan terlibat secara langsung dengan UPSR, namun saya tetap merasai debaran dan getaran sahabat seperjuangan yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing murid-murid tidak kira siang dan malamdemi sebuah kejayaan. Itulah pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kecemerlangan anak didik..panjang pulak intronya ye..

Sebenarnya saya bukan nak cerita tentang tugas guru. Apa yang nk dikongsi untuk entry kali ini ialah tentang pengalaman menjdi pengawas peperiksaan UPSR. Tahun ni merupakan tahun ke-5 saya berkhidmat sebagai seorang guru. Ini bermakna dah lima tahun saya bermukim di negeri Johor.
taklimat pengawas UPSR 2014 mengikut zon
Taklimat pengawas peperiksaan UPSR 2014 Zon Bandar
Tahun 2014 merupakan tahun ke-3 saya dilantik menjadi pengawas UPSR. Setiap pengalaman yang dilalui pastinya berbeza. Sebelum ini, saya bertugas di sekolah kecil atau sekolah kurang murid (SKM). Sekolah yang mana enrolmen murid di bawah 60 orang murid dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. 

Jadi bilangan calon UPSR dalam lingkunga 10 hingga 20 sahaja. Bertugas kat sekolah kecil ni best. Kerja tak banyak sangat. Tahun ini akan bertugas di sekolah bandar yang mana calonnya hampir 100 orang. Pengalaman pertama bertugas di sekolah yamh calonnya ramai. Yang pasti pengalaman yang akan diperolehi nanti pastinya berbeza. Tak sabar menanti hari itu. Takut pun ada. Harapnya semua berjalan lancar.

Pada tahun 2012 kali pertama dilantik menjadi pengawas peperiksaan. Jadi timbalan pulak tu. Surat makluman dan lantikan agak lambat. Agak blurr juga la masa tu. tak tahu apa masalah di peringkat PPD menyebabkan saya tidak dimaklumkan tentang taklimat untuk Ketua dan timbalan. Nasib baik kena jaga sekolah kecil je..Kalau tak haru biru jadinya.

Tahun 2013 sekali lagi dilantik menjadi pengawas peepriksaan UPSR. Kali ini jadi pengawas biasa je dan secara automatik sayalah yang kena mengiringi Ketua Pengawas di bilik kebal. Awal pagi dah kena gerak ke bilik kebal. Maklumlah 6.30 dah nak kena beratur untuk ambil soalan. Walauapapun setiap tahun pengalaman yang dilalui pastinya tidak sama.  

Menjadi pengawas mungkin bebanan kerja tak ada sangat jika dibandingkan dengan Ketua pengawas dan timbalannya. Apa pun kita bekerja secara teamwork. Semua kena terlibat sama. Tidak ada yang berkecuali.

Khas untuk calon-calon UPSR di mana sahaja anda berada, semoga detik-detik terakhir yang masih berbaki ini digunakan sepenuhnya oleh untuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran serta doa jangan dilupakan..

Akhir kalam, khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang terlibat sebagai pengawas UPSR, buatlah kerja seikhlas hati dan bersungguh-sungguh. Usah mengeluh. Inilah tugas dan tanggungjawab kita. Inilah jalan yang kita pilih, kenapa harus mengeluh???

No comments:

Post a Comment