Manfaat Dan Khasiat Anggur Untuk Kesihatan

Di dalam al-Quran disebut tentang buah-buahan (yang turut diakui oleh ilmu pengaetahuan moden) memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Selain rasanya yang enak, buah-buahan yang tecatat di dalam wahyu Allah memberikan manfaat kepada tubuh manusia dalam pelbagai cara.

Anggur merupakan salah satu buah yang disebut banyak di dalam al-Quran. Mari kita baca dan teliti tentang manfaat dan khasiat anggur utuk kesihatan. Di bawah ini antara ayat dan surat yang disebut tentang anggur. Anggur termasuk di dalam makanan petunjuk wahyu.

~1) Surah Abasa 80:27-28. 
Maksudnya: Lalu di sana kami tumbuhkan biji-bijian dan anggur dan sayur-sayuran..
~2) Surah Al-Mukminun 23:19. 
Maksudnya: Kemudian, kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu kebun-kebun tamar dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

~3) Surah An-Nahl 16:11
Maksudnya: Dengan sebab air hujan itu Dia (Allah) menumbuhkan bagi kamu tanam-tanaman, pokok-pokok zaitun, kurma (tamar) serta anggur dan segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. 

~4) Surah al-An'am 6: 99
Maksudnya: dan Dia lah Yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman Yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) Yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah Yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, Yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan Yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang Yang beriman


Anggur atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai grapes merupakan beri yang kecil, bulat atau buju. Buah hebat ini termasuk di dalam spesies vitis dan keluarga Vitaceace dan ia merupakan tanaman asli yang banyak tumbuh di kawasan Mediterranean, Eropah Tengah, Barat Daya Asia, Barat Maghribi, Sepanyol dan Utara Jerman serta Utara Iran. Buah anggur tumbuh dari batang pokok menjalar yang berkayu.

Buah anggur terdapat dalam pelbagai warna iaitu hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan dan putih. 

Buahnya tumbuh bergugusan antara 6 hingga 300 tangkai. Pada hari ini buah anggur ditanam untuk tujuan komersil seperti makanan tambahan (supplement), jem anggur, jelly, jus, kismis dan wain. 


Buah Anggur Manfaat Untuk Kesihatan


5 khasiat anggur
Anggur merah dan gelap mengandungi banyak anthocyanin iaitu sejenis fitokimia polyphenolic yang berfungsi sebagai antioksidan, anti radang, anti alahan dan anti mikrob. 

Manakala di dalamm anggur putih terdapat catechin sejenis tannin flavonoids yang juga bersifat antioksidan. Anggur juga kaya dengan asid ellagic iaitu sejenis flavonoid yang mampu menghalang kanser.

Kaya dengan Resvaratrol
Orang Perancis dikatakan memiliki jangka hayat yang lebih panjang walaupun diet harian mereka tinggi dengan lemak tepu (satured fat). Ini berkaitan dengan budaya mereka meminum wain merah yang dihasilkan daripada anngur yang mengandungi resveratrol

Resveratrol merupakan sebatian polyphenol fitokimia yang mempunyai antioksidan yang berkuasa. Resveratrol memainkan peranan menghalang serangan penyakit seperti kanser kolon dan prostat, penyakit koronari jantung, penyakit saraf merosotpenyakit Alzheimer dan virus/jangkitan kulat

Ini kerana kebolehannya menyekat kebanyakan langkah-langkah dalam proses karsinogenesis iaitu proses pembentukan dan perkembangan kanser.

Manfaat resveratrol
Pigmen-pigmen pekat yang terdapat pada kulit dan biji anggur berfungsi mencegah penyakit berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Ia membantu menahan darah beku, menyekat pengoksidaan kolesterol LDL, mengurangkan tahap homicystein dan kandungan antherosclerotic. 

Antioksidan yang terdapat di dalam anggur dikatakan membantu merangsang keimunan dan mencegah penyakit seperti kanser, katarak, kemerosotan makular dan tanda-tanda penuaan.

Anggur juga dikatakan bertindak sebagai tonik pencernaan yang membantu menbersihkan hati dan buah pinggang. Zat besi yang terdapat di dalam buah anggur berupaya melancarkan aliran darah dan menjadi ubat bagi pesakit hati, ginjal dan sistem pencernaan. 

Anggur merangsang fungsi ginjal dengan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea.

Sumber tenaga
Anggur menjadi sumber tenaga segera keranan di dalamnya terdapat kandungan gula yang mudah diserap oleh tubuh. Kandungan air yang tinngi di daalam anggur membantu mencegah batu buah pinggang dan pundi kencing. 

Gabungan di antara air, kalium dan garam yang rendah bertindak sebagai diuretik yang bermanfaat dalam mengatasi masalah buah pinggang. 

Anggur mengandungi unsur besi organik yang rendah dan mudah diserap bermanfaat untuk penyakit anemia. Ia juag membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.

Anggur adalah sumber yang kaya dengan mineral mikronutrien seperti besi, kuprum dan tembaga. Ia juag menjadi sumber yang baik utuk Vitamin C, vitamin K, vitamin A, karotene, kumpulan vitamin B seperti pyridoxine, thiamin, dan riboflavin. 

100 gm anggur baru (fresh) mengandungi lebih kurang 191 mg elektrolit dan kalium untuk manfaat kesihatan. Sebagai tambahan, buah beri sangat rendah kandungan kalori. Manakala 100gm anggur segar (fresh) hanya mengandungi menyediakan 69 kalori dan sifar paras kolesterol.

Ekstrak Biji Anggur
Biji angur pula dekstrak untuk menghasilkan minyak yang digunakan sebagai supplemen. Ekstrak biji anggur membantu menguatkan diding kapilari dan amat sesuai untuk merawat masalah ketidakcukupan vena dan edema selepas pembedahan. Pengambilan ekstrak biji anggur membantu mengurangkan darah beku.

Walaupun buah anggur mengandungi banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan, namun begitu pengambilannya hendaklah terlebih dahulu mendapat nasihat pengamal perubatan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Comments