Manfaat Berjalan Kaki Untuk kesihatan

manfaat berjalan laju untuk kesihatan
Berjalan kaki antara senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Senaman yang mudah dan praktikal tanpa mengeluarkan kos untuk ke gimnasium dan membeli peralatan bersenam yang mahal. Ia boleh dilakukan di mana sahaja yang sesuai dengan tempat seperti di kawasan rumah, taman permainan, dan sebagainya.

Berjalan kaki di sini maksudnya berjalan kaki secara laju. Ia dikatakan memberi banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Berdasarkan kajian yang dijalnkan oleh  Jom Achives of Internal Medicine menunjukkan berjalan kaki selama 30 minit sehari boleh memanjangkan umur seseorang  itu sekurang-kurangnya 1.3 tahun. Jom kita tengok apa kelebihan dan manfaat berjalan kaki untuk kesihatan.

#1 MENSTABILKAN KESIHATAN
Mungkin ramai yang tidak tahu berjalan kaki dengan laju mampu menaikkan kadar metabolisme dalam tubuh seseorang. Apabila metabolisme meningkat secara tidak langsung dapat membakar sejumlah kalori dan menyingkirkannya keluar dari tubuh dan sekaligus menyukarkan pertambahan berat badan. Ia sangat membantu anda mengkalkan berat badan yang ideal dan kekal langsing.

#2 MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG
Otot-otot di bahagian jantung memerlukan aliran darah yang kuat agar ia mampu berfungsi secara normal. Aktiviti berjalan kaki dengan laju membantu mempercepatkan aliran darah dalam koroner jantung.
Dengan senaman ini juga membantu pembuluh darah menguncup dan mengembang dengan baik. Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di bahagian pembuluh darah ke jantung.

#3 MENGURANGKAN RISIKO ANGIN AHMAR.
berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pesakit Pusat Perubatan Harvard, Amerika Syarikat yang melibatkn 70 ribu pesakit berkaitan dengan aktiviti berjalan kaki dengan laju dengan penyakit angin ahmar. Dipercayai pesakit yang mengamalkn senaman berjalan kaki laju lebih kurang 20 jam seminggu mampu mengurangkan risiko mendapat angin ahmar.

#4 MENGELAKKAN KENCING MANIS (DIABETES)
Kebiasaannya mereka yang didiagnos obesiti berisiko tinggi mendapat penyakit kencing  manis. Untuk mengelakkan terkena penyakit diabetes tahap 2, berjalan kaki secara laju dan pantas dikatakan boleh membantu mencegahnya. Kandungan gula dalam darah juga boleh dikawal dengan aktiviti tersebut.

#5 MENGURANGKAN SAKIT LUTUT.
Golongan yang telah berusia kebanyakkan mereka menghadapi penyakit sakit lutut atau osteoartritis. Bagi mengatasi masalah ini mereka digalakkan membuat senaman berjalan kaki secara laju.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Comments