MAKAN BANYAK BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Betul ke makan banyak boleh turunkan berat badan?? Bunyi macam tak betul jekan..Agak kontradik je kan. Biasanya kalau nak kuruskan badan mestilah kena makan cikit atau orang Malaysia sebut kena diet. Mana satu yang betul ni?? Dah ada yang confuse dah. Tak payah pening-pening kepala nak fikir lama-lama. Nak tahu jom kita baca seterusnya.

Maksud makan banyak di sini ialah makan makanan yang betul dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang betul membantu anda menurunkan berat badan dengan membakar kalori. Apakah jenis makanan yang membantu anda turunkan berat badan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak?? Mari kita baca satu-satu..

#1 STIK


MAKAN BANYAK BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Mengikut satu kajian yang dikeluarkan oleh The Amerika Journal of Clinical Nutrition, mengatakan bahawa kaum wanita yang sedang di dalam fasa menguruskan badan digalakkan mengambil makanan seperti daging merah. Ia mampu menurunkan berat badan yang lebih banyak. Bagaimana dengan cara penyediaannya?? Mestilah dengan cara yang tidak menggunakan minyak atau santan. Maksudnya tak boleh lah nak goreng atau gulai kari daging tu. Tak jadi diet la namanya kalau dah bermintyak dan bersantan. Cara yan paling terbaik ialah dibakar dan dipotong nipis-nipis untuk dimasukkan ke dalam campuran salad atau boleh dicampur degan sayur-sayuran kegemaran anda yang lain. Jadikan ia menu yang sihat.

#2 TELUR

MAKAN BANYAK BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Jangan risau untuk makan telur dalam kuantiti yang banyak sama ada telur kuning atau bahagian yang putih. Telur tidak memberi kesan buruk kepada hati anda tetapi sebaliknya membantu mengurangkan berat anda. Bagi anda yang tidak sempat masak, telur dadar dan telur omelette adalah pilihan yang terbaik lagi menyihatkan.

#3 SAYUR KUBIS 


Semangkuk sayur kubis mengandungi 34 kalori dan 1.3 gram serat serta mengandungi zat besi dan kalsium.

#4 GANDUM
Gandum yang diproses secara minimum mempunyai serat sebanyak 5 gram per hidangan yang menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin turunkan berat badan. Manakala gandum segera mempunyai 4 gram per hidangan. 

#5 KEKACANG


MAKAN BANYAK BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Ada pelbagai jenis kacang yang membantu untuk turunkan berat badan. Kekacang amat berkhasiat untuk merampingkan perut yang buncit. Memakan kekacang dapat membantu menghalang peningkatan kadar insulin yang menjadi punca lemak berkumpul di dalam badan terutama di bahagian perut.

#6 EPAL
MAKAN BANYAK BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Mengambil sebiji epal sehari mampu menjaga berat anda. Epal sangat sesuai bagai anda yang memerlukan makanan yang berkalori rendah.

semoga perkongsian ini memberi mafaat.

Comments

  1. Info menarik.. Ada yang saya dh maklum, dan ada yang baru.. Yang penting, penjagaan pengambilan kalori yang betul dan bersenam, insyaAllah lebih membantu penurunan berat..^_^

    ReplyDelete

Post a Comment