Khasiat Tomato Untuk Kesihatan

Nama saintifik bagi tomato ialah lycopersicon esculetum. Buah ini sememangna menjadi kesukaan ramai. Masyarakat Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomatao sebagai ramuan asas dalam masakan mereka. Rasanya yang masam-masam memenang menyelerakan walaupun di makan begitu sahaja tanpa dimasak terlebih dahuluTomato bukan sahaja digunakan di dalam masakan malah di dalam industri kecantikan juga. Tomato banyak digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan.

Umum mengetahui buah toamto mengandungi pelbagai khasiat bukan sahaja untuk kesihatan kulit malah untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh. Tomato berasal dari keluarga Solanaceae. Ia kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Warna merah pada tomato adalah disebabkan oleh lycopene iaitu sejenis pigmen yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran. Pigmen ini penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Amerika Syarikat lycopene yang terdapat di dalam buah tomato mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit barah prostat di kalangan lelaki. 


Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
Jom kita baca apa maafaat buah tomato untuk kesihatan.
#1 OBESITI
obesiti ialah satu penyakit kegemukan yang melampau yang disebabkan corak pemakanan yang tidak seimbang mengikut keperluan. Hari ini ramai masyarakat di Malaysia menghadapi obesiti terutama kanak-kanak. Bagaimana tomato boleh mengurangkan kegemukan ini?? Bagi yag telah disahkan menghadapi obesiti anda boleh memakan tomato untuk turunkan berat badan. Ambil tomato antara satu hingga dua biji sehari sebagai sarapan anda. Amalkan selama 2 bulan. Jangan bimbang anda tidak mendapat nutrien yang secukupnya kerana di dalam tomato terdapat unsur tenaga dan gula yang diperlukan untuk tubuh anda. Anda tidak akan rasa lapar walaupun hanya makan tomato. Cubalah.

#2 GANGGUAN PERNAFASAN
Gangguan pernafasan seperti athma dan lelah memang membataskan pergerakan dan aktiviti harian apabila ia datang menyeranga. Sungguh tidak selesa bukan?? Jadi apa kata anda cuba minum segelas jus tomato yang dicampurkan dengan madu dan juga buah pelaga. Cuba amalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai perbezaannya.

#3 USUS DAN HATI
Ini adalah berkaitan dengan masalah penghadaman, sembelit dan angin di dalam perut. Anda boleh meminum segelas jus tomato yang dibuang kulitnya dicampur sedikit dengan gara garam serta lada sulah. Minum pada waktu awal pagi untuk memudahkan proses penghadaman dan mengatasi masalah sembelit. 
Khasiat Tomato Untuk Kesihatan

#4 MATA
Penyakit mata seperti rabun malam dan jauh terjadi adalah disebabkan kekurangah sesetengah vitamin seperti vitamin A. Tomato yang kaya degan vitamin A boleh membantu mendapatkan mata yang sihat. Daun dari pokok tomato jika direndamkan di dalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat dikatakan mampu merawat penyakit saraf mata. Jadikan meminum jus tomato amalan harian anda terutamanya pada waktu pagi dan juga malam.

#5 KANSER PROSTAT
Kanser prostat sejenis penyakit yang berkaitan dengan lelaki. Kanser prostat boleh membunuh lelaki secara perlahan-lahan kerana ia tidak menunjukkan gejala dan simptom awal kehadiran penyakit ini. Amalan memakan buah tomato sehingga 10 bji seminggu dikatakan mampu mengurangkan mendaat risiko penyakit kanser prostat sehingga 35%.

#6 KENCING MANIS
Tomato mengandungi unsur karbohidrat yang sangat rendah dan menjadikannya sejenis sayuran yang sangat sesuai dan baik untuk penghidap kencing manis. Tomato berperanan mengawal kandungan gula dalam darah bagi penghidap kencing manis atau diabetes. Gantikan nasi atau makanan manis yang lain dengan tomato apabila anda merasa lapar. Makan secara mentah adalah lebih baik. 


RUJUKAN:

http://pesonapengantin.karangkraf.com/idea-pesona/sedap-tingginya-khasiat-tomato-1.177681

http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/358-khasiat-buah-tomato

Comments