Khasiat Buah Tiin (Fig) untuk Kesihatan

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui khasiat buah tiin untuk kesihatan. Secara botaniknya buah tiin tergolong dalam keluarga mulberi. Nama saintifiknya ialah Ficus Carica

Khasiat Buah Tiin (Fig) untuk Kesihatan
Buah tiin telah menjadi makanan utama yang dinikmati sejak zaman dahulu kala lagi. Umumnya buah tiin kaya dengan fitonutrien yang bermanfaat untuk kesihatan, antioksidan dan juga vitamin.

Di dalam al-Quran dinyatakan secara khusus buah tiin di dalam surah al-Tiin. Semestinya buah ini kaya dengan manfaatnya. Jika tidak masakan Allah menyebut tentang buah tiin di dalam surah yang khusus. 

Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah buah tinmengandungi pelbagai manfaat seperti membantu engurangkan penyakit sesak nafas. 

Buah tiin juga membantu membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul, serta bertindak sebagai benteng melawan racun di dalam badan. 

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).

Terdapat penemuan  sains yang membuktikan bahawa bauh tiin mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan manusia. Hasil kajian yang dilakukan oleh Prof J.A Vinson dari Universiti Scranton Amerika Syarikat menunjukkan bahawa buah tiin tidak mengandungi lemak, garam dan juga kolesterol. 

Ia kaya dengan zat galian seperti serat, kalium dan zat besi. Kajian beliau juga mendapati bahawa satu hidangan buah tiin (100 gram atau 1/4 cawan) membekalkan 20% serat yang diperlukan oleh tubuh seharian. 


Buah tiin merupakan snek yang terbaik untuk semua peringkat umur tidak kira dewasa atau kanak-kanak kerana ia mengandungi serat pemakanan terlarut yang tinggi dan rasanya manis semulajadi seta berkalori rendah.


 Setiap 100 gram buah tiin segar mengandungi hanya 74 kalori. Pengambilan makanan yang kaya dengan serat dalam diet harian kita seperti buah tiin amat penting untuk mengelakkan terjadinya penyakit kanser dan sakit jantung.

 
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh J.A Vinson mendapati jumlah kandungan flavonoid polyphenol yang terdapat di dalam buah tiin adalah lebih banyak berbanding buah-buah dan sayur-sayuran lain. 

Buah tiin yang segar terutama jenis black mission kaya dengan polyphenol seperti carotene, lutien, tannin, chlorogenic acid dan sebagainya bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat menting untuk tubuh kita kerana ia berperanan menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel seterusnya menyebabkan penyakit kanser.

Chlorogenic acid yang terdapat di dalam buah tiin membantu menurunkan paras gula dalam darah dan mengawal paras glukos bagi penyakit diabetes mellitus jenis 2.

Buah tiin yang kering menjadi sumber tenaga utama yang tinggi kepekatannya, juga mengandungi mineral dan vitamin-vitamin. Buah tiin yang dikeringkan menyediakan 249 kalori.

Khasiat Buah Tiin (Fig) untuk Kesihatan

Buah tiin yang jering menjadi sumber yang terbaik bagi mineral seperti kalsium, patassium, copper, mangan, iron, selenium dan zink. 100 gram buah tiinn kering mengandungi 680 mg potassium, 162 mg calcium dan 2.03 mg iron. 

Potassium merupakan komponen penting bagi sel dan cecair badan yang menbantu mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. 

Manakal cooper (tembaga) diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Zat besi (iron) pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan juga pengoksidaan sellular. 


Jenis makanan yang diambil setiap harian dalah amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita. Badan yang sihat bukan untuk hari ini sahaja malah untuk sepanjang hayat kita.


SUMBER RUJUKAN:


http://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/2284

http://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/health-benefits-figs
http://healthfame.blogspot.com/2013/03/15-figs-health-benefits-nutrition-facts.html

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang baik sekali...saya pengedar shaklee area batang kali, ulu yam, rawang, Kuala Kubu Bharu dan Genting Highland. ..bagi anda yang berada dikawasan berhampiran boleh menghubungi saya yer.

    ReplyDelete

Post a Comment