KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Maksud berselawat orang yang beriman ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, mengurniakan keutamaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW. Manakala takrif selawat daripada Allah (terhadap hamba-Nya beriman ialah) ialah memberi rahmat. Makna selawat di sisi malaikat pula ialah meminta keampunan Allah.
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Sebagai seorang hamba yang beriman kedap Allah dan berpegang teguh dengan talinya kita sanagt digalakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Berselawat ke atas Nabi SAW berkait rapat dengan konsep iman dan Islam. Kenapa kita sbagai hamba Allah yang lemha dan hina ini perlu berselawat. Sedangakan Allah berselawat ke atas kekasihnya bgainda Nabi, apatah lagi kita yang tiada apa-apa pun.

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab :56 yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

KELEBIHAN BERSELAWAT
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
KELEBIHAN BERSEAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
#1 Berselawat ke atas Nabi merupakan salah satu amalan paling mulia dan utama yang sangat dituntut dan dianjurkan untuk dilaksanakan oleh semua umat Islam.
Hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah yang bermaksud;
"Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku."

#2 Berselawat boleh menghapuskan kesalahan dan dosa seseorang mukmin.
Rasulullah bersabda yang bermaksud; 
"Sesiap yang membacakan satu selawat kepadaku nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-hakim daripada Anas r.a)

"Sesipa yamg membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni oleh Allah segala dosanya selama 200 tahun".
(Riwayat al-Dailami daripada ABu Zar r.a)
#3 Orang yang sentiasa bibirnya basah dengan selawat ke atas Nabi diberi jaminan untuk mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat serta syafaat Nabi SAW.
"Sesiap membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda' r.a.)

#4 Kelebihan berselawat boleh menjadi benteng dan dinding sifat munafik dan kafir

#5 Selamat daripad keadaan huru-hara pada hari kiamat.

#6 Menjadi asbab hajat, doa dan amalan baik seseorang mukmin diterima oleh Allah.

#7 Satu tiket mudah untuk memasuki syurga dan terlepas daripada dihisab segala amalan di dunia.

#8 Amalan berselawat boleh menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu bersdekah. Hebatnya kelebihan berselawat ni.

#9 Sesiapa yang lidahnya sentiasa berselawat ke atas Nabi kan dikasihi baginda dan mendapat keistimewaan pada hari akhirat kelak iaitu dapat berdamping dengan baginda di syurga

#10 Berbahagilah bagi mukmin yang selalu berselawat kerana telah dijanjikan akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia manakala di akhirat pula terlepas dari segala yang mendukacitakan. 

Sabda Nabi:
"Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku nescaya selawat itu sampi kepadaku".
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a.)

Subhanallah...hebatnya Allah sediakn ganjaran untuk orang yang suka berselawat..Ayuh kawan-kawan apa tunggu lagi marilah kita berselawat...Basahkan bibir kita dengan selawat..ajarkan anak-anak kita tentang selawat ini. Berselawat lah di mana-mana sahaja. dalam kereta. di dapur, di kedai, di pasar, sambil menyusu anak, sambil lipat kain, sambil kemas rumah, sambil masak..Mudahkan nak berselawat. jangan beralasan lagi saya tiada masa nak berselawat.. Orang yang sentiasa beralasan dia lah yang rugi..Rugi tau..rugi sangat-sangat..Amalkan lah selawat anda pasti merasai perbezaan dalam hidu anda.

MASA & TEMPAT YANG AFDHAL UNTUK BERSELAWAT
# Selepas azan dilaungkan
# Ketika kaki melangkah untuk memasuki masjid dan juga ketika keluar darinya
# Di dalam solat jenazah
# Di dalam takbir hari raya
# Semasa membaca tahiyat yakni tasyahud akhir dalam solat

# Di permulaan dan pengakhiran bacaan doa
# Pada malam dan siang hari Jumaat
# Di dalam khutbah dan bacaan doa Qunut
# Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
# Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
# Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.

Semoga perongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Rujukan:
Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Comments