Kegunaan Dan Khasiat Limau Purut (Kaffir Lime)

Nama botanik atau saintifik bagi limau purut ialah citrus hystrix. ia digunakan secara meluas di dalam masakan masyarakat Asia. Di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai kaffir lime, masyarakat Indonesia memanggilnya dengan nama jerut purut, manakala Thailand dikenali dengan nama Bai Makrut

Pokok limau purut tergolong di dalam keluarga Rutaceae. Walaupun pokok ini berasal dari benua Asia tetapi pada hari ini ia banyak ditanam di Malaysia dan Thailand.
Pokok limau purut sama sahaja dengan poko limau biasa. Perbezaannya hanya pada daun di mana daun limau purut beranak dan bentuk buahnya juga bulat dan kulitnya menggerutu, berkedut, tebal manakala rasanya masam dan pahit. 

Tumbesaran pokok agak perlahan jika dibandingkan dengan spesis limau yang lain. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 30 meter. Ia merupakan tanaman belukar berduri dengan aromatik yang tersendiri.

Tanaman ini biasanya digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan namun daunnya tidak akan dimakan dan ramuan perubatan pelbagai bangsa. Daun limau purut yang muda akan digunakan secara segar atau dikeringkan. 

Manakala buahnya amat jarang digunakan dalam masakan. Bahagian yang digunakan hanyalah bahagian kulitnya sahaja di mana buahnya kan diparut terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam masakan. Ia bertujuan untuk menaikkan aroma masakan tersebut. 

Bagi masyarakat Laos dan Thai, kulit limau purut dimasukkan ke dalam masakan seperti tom yam dan digunakan untuk dijadikan pes kari bgai menambahkan aromatik dan rasa astrigen

Manakala orang kemboja pula menggunakan kulit limau purut untuk dijadikan pes asas "krueng". Orang Vietnam pula menggunakannya di dalam  masakan ayam untuk menambah wangian dan selera makan. 

Buah limau purut juga digunakan dalam perubatan tidak kira secara tradisional ataupun moden. Di dalam buah dan daun limau purut terdapat minyak pati yang bernilai tinggi dari sudut perubatan seperti alfa, beta-pinena, citronellal, neral dan limonena

Daun limau purut yang berbentuk balang waktu (hour-glass) kerana bertingkat, kaya dengan minyak yang beraroma dikenalpasti sebagai citronellal (80%) serta 10% neral dan limonene manakala kulit buah limau purut mengandungi komponen utama iaitu limonene dan pinene.

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan ekstrak daun limau purut bersifat anti pertumbuhan kuman, membantu menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menaikkan nafsu makan.

Daun limau purut juga dipercayai kaya dengan flavonoid dan polifenol yang menjadikannya tinggi kandungan antioksidan dan mampu mencegah penyakit berkaitan jantung serta barah

Daun limau purut juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium serta bersifat antibakteria.

Khasiat dari untuk kesihatan

Dari sudut kesihatan daun limau purut membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah, membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengatasi PMS (pra menstrual simptom) serta meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain itu, di dalam rawatan aromaterapi daun limau purut dan minyak pati digunakan untuk menenangkan perasaan gelisah dan ketegangan. Minyak patinya juga digunakan sebagai ramuan mandi terapeutik, mandi wap, dan minyak urut badan.

Bagi wanita berpantang masyarakat Melayu khususnya, mereka menggunakan daun limau purut sebagai salah satu bahan dalam air rebusan mandian.

Pada hari ini penggunaan daun dan bauh limau purut semakin berkembang maju. Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengetahui kegunaannya selain dari perubatan. Ia juga digunakan dalam industri kecantikan dan kesihatan seperti untuk membersihkan rambut, menghilangkan kelumumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut.

Buahnya juga digunakan semasa mandi dengan menggosok ke seluruh badan untuk mengharumkan dan menghialngkan bau badan yang busuk akibat peluh.

Gigi yang berkarat dan kotor boleh dihilangkan dengan menyapu jus limau purut. Perahan jus limau purut yang ditambah dengan setengah cawan air juga boleh digunakan untuk berkumur agar mulut berbau harum dan menyegarkan.

Bagi mereka yang mengalami selesema, kekurangan tenaga dan keletihan, boleh cuba minum jus buah limau purut yang dicampurkan dengan air kosong. ia mampu melancarkan peredaran darah.

Walaupun limau purut mengandungi pelbagai manfaat dan fungsi, namun penggunaannya haruslah mendapat pandangan dan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu supaya tidak berlaku masalah dan kemudharatan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Comments

  1. Assalam. kalau boleh kongsi cara tradisional nak ekstrak daun/buah limau purut. boleh digunakan oleh orang biasa juga. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun tu just rebus ja sampai pekat airnya. nk mudah lagi beli sj ekstrak daun limau purut Dyom Citrus. 100% tulen tanpa campuran. 012 2542127

      Delete
    2. daun tu just rebus ja sampai pekat airnya. nk mudah lagi beli sj ekstrak daun limau purut Dyom Citrus. 100% tulen tanpa campuran. 012 2542127

      Delete

Post a Comment