Sunday, September 28, 2014

Jus Buah-buahan Berfungsi Melawan Penyakit

Selain dimakan secara segar, khasiat dari buah-buahan juga dapat diperolehi dengan menjadikannya sebagai minuman atau jus. Air buah-buahan ataupun jus ini menjadi minuman yang cukup berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita.
Jus Buah-buahan Melawan Penyakit

Vitamin dan serat yang terdapat di dalam hidangan jus buah-buahan ini membantu proses metabolisme tubuh. Namun begitu jika anda menggabungkan lebih daripada satu jenis buah-buahan ketika membuat jus, air tersebut mampu memberi khasiat yang berlipat ganda antaranya membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

Jus Epal, Lobak Merah dan Halia

Gabunngan buah epal dan lobakmerah ini membantu mengurangkan risiko terkena selesema. Lebih enak lagi jika ditambah dengan beberapa hirisan haia segar ke dalam jus bauh ini.

Jus Epal, Oren dan Anggur

Campuran tiga jenis bauh ini mengandungi vitamin C. Ia akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan memerangi jangkitan kuman dan virus. Jus anggur juga mengandungi zat anti mencegah jangkitan dan batu karang.

Jus Lobak Merah, Lemon dan Seleri (saderi)

Selain vitamin C, campuran jus ini mengandungi karotenoid yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menambahkan pertumbuhan bakteria baik dalam pencernaan dan efektif untuk mengurangkan dehidrasi. 

Untuk mendapatkan khasiat dan manfaat yang lebih optimum daru gabungan jus ini, anda bolehmencampurkan dua sudu makan madu sebaagi pemanis. Umum mengetahui madu sememangnya makanan yang disebut di dalam al-Quran dan juga hadith yang mengandungi pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan kita.

Buah yang segar

Untuk mendapatkan khasiat jus yang optimum, anda dinasihatkan untuk menggunakan buah-buahan yang segar. Janganlah kerana sayangkan buah yang sudah terbiar lama, baru dibuat jus. Khasiat serta kualiti asalnya pasti sudah berkurangan. Jus yang telah dibuat sebaiknya diminum segera.


Jika anda membiarkan jus yang telah dibuat terdedah kepada udara selama beberapa jam lamanya, vitamin yang terdapat di dalamnya akan menjadi rosak.

Meminum jus buah-buahan kombinasi ini membantu kita memperoleh manfaat serta khasiat dari pelbagai jenis buah tanpa memakannya satu persatu. Selain itu, jus juga akan membuat tubuh kita menyerap segala nutrisi dengan mudah. Selepas ini, si cantik di luar sana bolehlah mencubanya. 


Di samping dapat mengawal rasa jus yang diinginkan, ia juga sudah terjamin bersih dan halal dengan hasil buatan tangan. Jadikan amalan minum jus setiap hari sebagai satu amalan gaya hidup yang sihat.

BERDASARKAN Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional ketiga, 70 peratus daripada rakyat Malaysia dalam semua kumpulan usia mengamalkan diet tidak sihat dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi. 

Selain itu, hanya 30 peratus daripadanya kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Di negara maju seperti Jepun, Korea dan negara Timur Tengah, rakyat mereka hidup lebih lama kerana mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat

Salah satu unsur dalam diet mereka ialah makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bijirin penuh dan sederhana dalam protein tanpa lemak seperti ikan dan minyak. 

Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, di Malaysia isu kesihatan yang biasa dihadapi adalah berkaitan kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai manfaat dalam kesihatan selain bebas rokok, tidak me­ngambil minuman beralkohol dan dadah.

Pemakanan yang baik adalah apabila seseorang mengamalkan makanan sihat bagi mengekalkan berat badan supaya tidak terlalu berat atau kurus. 

Bersenam untuk menguatkan jantung, paru-paru dan otot, tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari serta menguruskan tahap tekanan yang akan mempengaruhi kehidupan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini.

No comments:

Post a Comment