Bekam Amalan Nabi: Kebaikan dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Bekam atau dalam istilah bahasa Arab ialah al-Hijamah iaitu ilmu perubatan sunnah Nabi yang kian hampir dilupakan oleh umat Islam. Saya percaya dan yakin ramai rakyat Malysia tidak mengetahui apa itu bekam.

Langkah-langkah untuk berbekam
Diriwayakan daripada  Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Penyembuhan boleh dilakukan dengan salah satu daripda 3 cara iaitu dengan menyiat menggunakn pisau pada tempat berbekam atau menelan seteguk madu atau tuaman besi dengan api. Aku menegah umatku daripada tuaman besi panas. 
(Riwayat al-Bukhari: 5681)


Anas bin Malik r.a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila aku melalui di hadapan sekelompok (malaikat) pada malam ketikka aku diperjalankan (israk), mereka berkata, "Wahai Muhammad! Perintahkanlah umatmu agar berbekam." 
(Riwayat Ibn Majah: 3479)

Draipada hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa bekam merupakan suatu perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Baginda mengiktiraf bekam sebagai perubatan yang terbaik untuk merawat dan juga mencegah penyakit.

KAJIAN ILMIAH MENGENAI BEKAM

Dr. Michael Reed dalam bukunya yang beertajuk Potent Points: A Guide to Self-Care For Common Ailments, terpaksa mengakui akan kehebatan rawatan bekam untuk pelbagi penyakit. Setelah menjalankan pelbagai kajian saintifik dan terbukti keajaiban rawatan ini, beliau menyarankan supaya amalan berbekam diterapkan di dalam masyarakat Barat. Begitu juga Kohler D (1990) menerbitkan buku yang berkaitan dengan bekam iaitu The Connective Tissue as the Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Masyarakat China dan Korea juga turut mempraktikkan ilmu perubatan Nabi ini sejak beribu tahun dahulu. 

JENIS BEKAM

#1) Bekam Kering
Bekam kering juga dkenali dengan bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah. Kebiasaannya kulit yang dibekam akan menjadi merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira 3 hari

#2) Bekam Basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai/mencucuk permukaan kulit dengan menggunakan jarum tajam atau pisau. Darah yang mengandungi toksik akan dikeluarkan. Darah yang mengandungi toksik biasanya berwarna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan agar tidak mandi selepas 3 jam berbekam.

WAKTU BERBEKAM
Mengikut pengamal perubatan tradisional berbekam waktu yang paling baik untuk berbekam ialah ketika pertengahan bulan kerana dipercayai ketika itu darah yang mengandungi toksik berkumpul. Walaubagaimanapun, untuk tujuan rawatan bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Mereka yang ingin berbekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam. Adalah lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

ALAT BEKAM
Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam. Manakala orang Cina pada zaman kuno menggunakan tanduk. Orang Eropah pula menggunakan lintah untuk menghisap darah. Kaedah masih digunakan di beberapa tempat di Barat pada hari ini.

Sejajar dengan perkembangan masa dan teknologi maklumat, pelbagai alat telah dicipta untuk berbekam seperti mangkuk yang dihasilkan daripada plastik, pisau khas, bahan antiseptik, dan juga sarung tangan getah. 
alat yang digunakan untuk berbekam
alat yang digunakan untuk berbekam
9 KEBAIKAN BERBEKAM
#1 menghilangkan pening dan migrain
#2 membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dn sistem perkumuhan
#3 memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
#4 memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
#5 Mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar
#6 Mengeluarkan toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
#7 Meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
#8 Menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
#9 Merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Hari ini masih ramai yang tidak tahu apa itu bekam. Marilah kita sama-sama mengamalkan amalan sunnah nabi ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

RUJUKAN:
Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku. Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani al-Falahi. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Cetakan Pertama Julai 2013

Comments