Thursday, September 11, 2014

Apa Sudah Jadi Dengan UPSR 2014???

10 September 2014 negara kita Malaysia digegarkan dengan berita kebocoran soalan UPSR bagi matapelajaran Sains. Oh apa sudah jadi dengan negaraku yang tercinta ini??? 
Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membocor dan menyebarkan soalan UPSR ni ia amat memalukan kita semua dan tidak boleh diterima dengan akal yang waras. Ia mencemarkan sistem pendidikan negara kita.

Kejadian ini membuka persoalan kepada kita semua bahawa masih wujudkah sistem nilai dalam diri masyarakat terutamanya warga pendidik yang bertanggungjawab memikul amanah dalam menddidik anak bangsa?? 

Golongan pendidik yang terlibat dalam membocorkan kertas soalan UPSR 2014 ini dianggap tidak berintegriti dan tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Apa hendak jadi?? Sudah tiadakah rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri guru-guru kita hari ini?? 

Apa yang berlaku semalam dan hari ini tidak lagi membuatkan kita rasa terkejut, akan tetapi rasa terlalu malu dan sangat marah. Sebagi seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ia sangat memalukan seluruh warga pendidikan yang terlibat secara langsung tidak tidak langsung.

Dari peristiwa yang tidak diduga ini telah menimbulkan persoalan dibenak fikiran rakyat Malaysia tentang acuan sistem pendidikan yang diguna pakai pada hari ini?? Di mana silapnya sehingga perkara yang menjatuhkan maruah ini boleh berlaku.. 

Kita sebenarnya pada hari ini mengukur nilai kejayaan seseorang murid itu berdasarkan berapa banyak A yang diperolehi mereka di dalam peperiksaan awam terutamanya. Murid yang dapat keputusan dengan A yang banyak dikira baik..Manakala murid yang tidak mendapat A yang banyak dianggap kurang baik..Begitukah??

Pendidikan hari ini terlalu menekankan aspek akademik tanpa mengambil kira pengisian rohani murid-murid yang amat diperlukan oleh mereka untuk membentuk akidah yang kukuh. 

Tekanan yang dihadapi oleh guru dan pentadbir sekolah untuk melaksanakan sesuatu dasar dan halatuju pendidikan negara yang setiap tahun berubah mendorong mereka mengabaikan aspek pendidikan rohani tanpa disedari. 

Maka lahirlah manusia-manusia yang bijak pandai tetapi bermasalah dari sudut sistem nilai dan akhlaknya. Korup, menyeleweng, pecah amanah, jenayah kolar putih dan banyak lagi kepincangan yang sedang berleluasa di dalam negara kita. Oh..malangnya nasib anak bangsa kita jika sedemikianlah sistem yang diterap di dalam diri murid dan masyarakat..Kita tak boleh banyangkan apa akan jadi jika sistem pendidikan ini tidak diubah. 

Semoga apa yang berlaku ini membuka mata, hati dan minda semua pihak agar menilai kembali sistem pendidikan negara kita bermula dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti. 

No comments:

Post a Comment